Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANJUARI / 2019

HDPS 3203

BAHASA, LITERASI DAN KOMUNIKASI

NO. MATRIKULASI : 930127085664001


NO. KAD PENGNEALAN : 930127-08-5664
NO. TELEFON : 012-415 4399
E-MEL : rajashahida@oum.edu.my
KANDUNGAN

Bahagian 1 ................................................................................................................................ 3

RUJUKAN ................................................................................................................................ 8

Bahagian 2 ................................................................................................................................ 9
Bahagian 1

Pengenalan
Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad ( 2012 ) , seni drama merupakan salah satu
kaedah pembelajaran yang boleh digunakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Sebarang objek yang digeraklakonkan dan disertai dialog dianggap sebagai drama dan
dramatika kreatif. Ia adalah penting untuk perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak
di prasekolah. Hal ini kerana, elemen asas yang terdapat dalam seni drama dapat
mencerminkan kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, kanak-kanak
dapat dibimbing berkomunikasi secara suara atau tanpa suara dengan lebuh efektif. Mereka
turut boleh dilatih dalam akspek pemggunaan laras bahasa yang mengikut konteks dan situasi
yang sesuai menerusi aktiviti main peranan, simulasi dan improvisasi. Kanak-kanak dapat
menguasai kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran bertutur dan mendengar dalam
aktiviti drama dan dramatika kreatif dan ia turut dapat membantu perkembangan kreativiti dan
imaginasi kanak-kanak. Pembelajaran melalui drama akan menjadikan pembelajaran murid-
murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan yang lebih menyeronokkan.

Drama merupakan salah satu elemen yang merentas kurikulum kerana boleh digunakan sebagai
teknik pengajaran dan pembelajaran atau pendekatan dalam semua bidang seperti Bahasa
Melayu. Menurut Farizah Nazir et al. ( 2015 ) aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah
dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran komunikasi secara lebih berkesadn dan tepat
seperti yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Selain itu, drama
turut berperanan sebagai medium penyebaran ilmu pengetahuan dan boleh menjadi sumber
rujukan budaya masyarakat yang boleh digambarkan. Drama dalam pendidikan merangkumi
aktiviti lakon peranan, teater membaca, teater bercerita, simulasi, teater boneka, dan
improvisasi.
Lakon Peranan
Lakon peranan merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Lakon peranan iailah permainan di mana kanak-kanak melakonkan watak sebagai
ibi, bapa, kakak, abang, adik, polis, bomba, doktoer dan lain-lain mengikut sesuatu peristiwa
yang sesuai. Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu
situasi atau peristiwa. Teknik lakon peranan ini bertujuan untuk mengekalkan tumpuan dan
memberi lebih perhatian serta dapat menarik minat kanak-kanak serta dapat membangkitkan
rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering menjadi
pilihan guru kerana ianya adalah untuk melatih kanak-kanak memperkembangkan unsur
bahasa mereka. Selain itu, pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk
meluahkan emosi mereka. Dalam aktiviti ini juga kanak-kanak boleh memainkan peranan
mereka dalam situasi bahasa yang terkawal rapi atau bekerja berdasarkan skrip sepenuhnya
atau dalam betuk separuh skrip. Guru akan membuat penilaian dan rumusan selepas aktiviti
selesai dijalankan.

Teater Membaca
Membaca ialah proses psikolinguistik yang bermula apabila kanak-kanak mengamati
perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang terdapat dalam teks yang dibaca. Melalui proses
mebaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan diantara bahasa
dengan pemkiran biasanya berlaku dalam dimesi yang lebih luas. Teater membaca bertujuan
untuk memupuk minat membaca dan melatih kanak-kanak menguasai kemahiran lisan dan
intonasi suara dalam pembacaan. Ianya turut meningkatkan daya pemikiran agar cerdas dan
kreatif. Aktiviti ini mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimic muka.
Cara ini dapat membantu kanak-kanak menjadi penonton memahami, menghayati dan
merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mata mereka. Untuk menjalankan
aktiviti ini, guru perlu menyediakan skrip pendek yang sesuai dan mempunyai dialog. Guru
perlu memilih seorang kanak-kanak sebagai pencerita untuk memulakan cerita dan seterusnya
menyambung jalan cerita pada bahagian yang perlu sehingga cerita selesai. Kanak-kanak yang
mengambil bahagian perlu duduk atau berdiri dalam separuh bulatan di hadapan penonton.
Pencerita berada di tepi sebelah kanan pelakon dan pelakon perlu membaca cerita masing-
masing.
Teater Bercerita
Teater bercerita mengabungkan teknik teater dan bercerita untuk mengajar sesuatu kepada
kanak-kanak. Teknik ini sesuai untuk dipratikkan di prasekolah kerana kanak-kanak pada
peringkat ini suka mendengar cerita. Mereka akan mendengar dengan penuh perhatian dan
mudah menangkap isi cerita. Teater bercerita merupakan kaedah pengajaran di dalam bilik
darjah dan dapat meningkatkan kemahiran dan kecekapan bahasa kanak-kanak. Dalam teater
bercerita, guru boleh mendapatkan bahan daripada buku-buku cerita dan mengolah semula
isinya untuk dijadikan bahan lakonan. Terdapat lima elemen penting yang perlu ada dalam
aktiviti bercerita iaitu pencerita, pendengar, tempat, cerita dan masa. Teater bercerita dapat
memberi pengetahuan dan menyampaikan nilai-nilai moral kepada kanak-kanak. Aktiviti ini
dapat melatik kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur kanak-kanak prasekolah. Selain
itu aktiviti teater bercerita dapat membantu perkembangan kognitif afektif dan psikomotor
kanak-kanak prasekolah.
Bagi melaksanakan teater bercerita, kanak-kanak perlu membaca buku cerita dan faham akan
ceritanya. Guru perlu meminta kanak-kanak melakonkan babak-babak penting dalam
peristiwa-peristiwa di dalam buku cerita. Teater bercerita yang dihasilkan perlu mewujudkan
emosi dan manarik minat kanak-kanak. Teater yang berkesan perlu mempunyai lima kriteria
seperti cerita perlu mempunyai pengajaran, nilai-nilai dan mesej. Selain itu tema yang dipilih
perlu ringkas menarik dan ,mudah difahami. Seterusnya cerita itu perlu sesuai dengan latar
belakang pendengar dan mempunyai plot yang mudah, serta susunannya mengikut urutan dan
pengakhiranya mengembirakan. Cerita itu juga perlu mempunyai bahasa yang mudah
difahami, banyak pengulangan perkataan, ayat-ayatnya pendek dan mempunyai unsur bahasa
yang indah dan halus.
Teater Boneka
Boneka sesuai digunakan di peringkat prasekolah kerana kanak-kanak di peringkat ini masih
berfikiran animism dan suka akan boneka, Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk
mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh
digerakkan seolah-olah hidup. Boneka juga mempunyai sifat-sifat tersendiri, yang
menampilkan watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang
digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc
Caslin ( 1984 ) menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan
dapat menarik minat pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan
seterusnya dapat memotivasikan pelajar.
Tujuan penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah adalah supaya
kanak-kanak dapat belajar bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan. Selain itu aktiviti
ini dapat mengukuhkan lagi kemahiran mendengar, bertutur membaca dan menukis kanak-
kanak. Seterusnya penggunaan boneka dapat mempercepatkan dan mempermudahkan
pemahaman kanak-kanak dan dapat memupuk daya kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat
melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat membina
keyakinan diri untuk berkomunikasi. Selain itu juga penggunaan boneka dapat memupuk
semangat bekerjasama, berkongsi pengalaman dan boleh merangsang minat kanak-kanak
untuk terus belajar. Kebiasaannya penggunaan boneka tidak terhad kepada bentuk orang, tetapi
boleh juga dalam bentuk haiwan dan objek-objek kain mengikut watak, situasi, dan cerita yang
tertentu. Ketika boneka dimainkan muzik katar atau bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi
pergerakkan yang dibuat. Jenis-jenis boneka yang boleh digunakan untuk peringkat prasekolah
ialah boneka sarung tangan, boneka jari, boneka berbatang, boneka tali dan wayang kulit. Jenis-
jenis pentas yang dicadangkan termasuk pentas meja, pemtas kerusi, pentas tingkap, pentas
pintu, pentas papan putih, dan pentas mudah alih. Persembahan teater boneka menggalakan
kanak-kanak berbual secara spontan. Kanak-kanak bertindak balas dengan boneka yang
dipegang. Guru hanya memberi nasihat, panduan dan arahan kepada kanak-kanak.
Kesimpulan
Konsep Drama dalam Pendidikan dengan Drama Pendidikan sering kali disalahertikan oleh
masyarakat umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan bermakna melatih kanak
membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan.
Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih
penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap
pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri
mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan
keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Drama dalam Pendidikan membolehkan kita melatih
para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap
nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran
berkomunikasi. Aktiviti drama boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu
murid mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan drama juga berperanan membentuk
insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Kesimpulannya, pengajaran dramatika dapat membantu keseluruhan perkembangan kanak-
kanak terutamanya dalam perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi, dan kreativiti kanak-
kanak. Dalam aktiviti drama, guru akan meminta kanak-kanak untuk berimaginasi dan
melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak juga diminta untuk
menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Dan secara tidak langsung, kanak-
kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir dengan lebih
kreatif. Selain itu, aktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak-kanak dalam aspek
pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan tentang perkara yang mereka tahu
dan melalui aktiviti ini dapat membantu mereka sedar tentang pengetahuan mereka sendiri.
Aktiviti drama ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko
dan mencuba sesuatu yang baru.Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak
berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati watak, melihat sesuatu dalam cara
yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan kanak-kanak yang
aktif dapat menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam
aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan dan secara tidak langsung nilai estetika
kanak-kanak turut dapat dipupuk. Oleh itu, pengajaran dramatika kanak-kanak amat
digalakkan dalam ekspresi kanak-kanak. ( 1 405 patah perkataan)
RUJUKAN

Abdul Halim Masnan ( 2014). Bahasa, literasi, dan komunikasi ( HDPS3202). Open University
Malaysia (OUM)
Kurikulum Permata Negara. (2013). Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun.
Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA).Jabatan Perdana Menteri.

KSPK ( 2017 ), Bahagian Pembangunan Kokurikulum

Nor Fauzian Kassim. (2015). Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Dan Modul
Pendidikan Akhlak: Isu Dan Cabaran Masa Kini. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Noor Azlina Nortarja. ( 2013). Pengenalan Kepada Perkembangan Kanak-kanak . Open


University Malaysia ( OUM )

Zulkifli Yaakob , ( 2013 ). HDPS1203 : Pengurusan Tingkah Laku Kanak-kanak


(pp. 54-67). Open University Malaysia ( OUM )
Bahagian 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : Tabika Perpaduan Taman Merdeka
Tarikh : 28/2/2019
Hari : Khamis
Masa : 9.30 – 10.00 Pagi (30 minit)
Bil Murid : 25 Orang
Umur : 5 & 6 Tahun
Tajuk : Kisah Kura –Kura & Arnab
Tunjang Utama : Komunikasi Bahasa Malaysia
Tema : Haiwan
Subtema : Haiwan Jinak
Standard Kandungan : KE 2.0 – Melakonkan pelbagai watak
Standard Pembelajaran : KE 2.1.1 – Melakonkan watak menggunakan imaginasi
KE 2.1.2- Melakonkan watak berdasarkan cerita
Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
i. Murid dapat menceritakan semula perkara yang didengar
dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas.
ii. Murid dapat melakonkan watak mengikut situasi setelah
mendapat bimbingan guru.
iii. Murid dapat membaca ayat-ayat dalam cerita dengan
sebutan dan intonasi yang betul setelah mendapat bimbingan
guru.

Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah mendengar cerita tentang haiwan


BBM : Topeng, Video cerita arnab & kura-kura.
MASA/ ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
LANGKAH
SET Tayangan video.
INDUKSI 1. Guru menayangkan video kisah 1. Murid menonton BBM : Komputer
(5MINIT) Arnab & kura-kura tayangan video dengan riba, pembesar
penuh minat. suara, boneka
2. Guru menceritakan dan
memperkenalkan watak yang ada
pada jalan cerita.

3. Tajuk cerita ialah Kisah Arnab


dan Kura-kura
 Arnab
 Kura-kura
 Pencerita
LANGKAH
1 1. Guru memperkenalkan kanak- 1. Murid meniru BBM : Boneka
( 5 MINIT) kanak dengan pergerakkan haiwan pergerakkan guru dengan Arnab & kura-kura
 Arnab menggunakan boneka
 Kura-kura

LANGKAH Persembahan Boneka denga .BBM : Big book


menggunakan teknik bercerita 1. Murid memberi
1. Guru menyoal murid haiwan yang respond dan KB: Menjana idea
2
(10 MINIT) terdapat dalam cerita ini perhatian tehadap PN: Yakin, teliti,
2. Guru menyoal murid haiwan yang soalan guru
bersikap baik dan sombong patuh arahan
Mi: Bahasa,
bekerjasama
LANGKAH BBM : Patung
3 1. Guru mengarahkan kanak-kanak 1. Murid dikehendaki
melakonkan watak-watak dalam Boneka
(5 MINIT) melakonkan
cerita arnab & kura-kura situasi/pergerakan KB: Menjana idea
mengikut cerita..
PN: Yakin, teliti,
patuh arahan
Mi: Bahasa,
bekerjasama
PENUTUP Treassure Hunt
(5 MINIT) 1. Guru menyorokkan boneka di 1. Kanak-kanak BBM : Patung
sekitar kawasan kelas tabika mencari boneka Boneka
2. Guru mengarahkan murid haiwan dengan KB: Menjana idea
untuk mencari boneka haiwan bersungguh- PN: Yakin, teliti,
yang disembunyikan di dalam sungguh patuh arahan
kelas Mi: Bahasa,
bekerjasama
BLOG SUBSCRIPTI
Catatan Refleksi Guru :

Murid : Kanak-kanak berjaya menceritakan semula kisah yang telah diperdengarkan kepada
mereka dan memberi pendapat masing-masing mengenai cerita itu.

Guru : Guru perlu menggalakkan lebih ramai lagi kanak-kanak turut serta bagi meningkatkan
perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.

Anda mungkin juga menyukai