Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

“Professional Learning Community ( PLC )“ merupakan elemen baru dalam pendidikan


masa kini yang bertujuan untuk melihat perkembangan professional guru di sekolah.
Pelaksanaan“ Lesson Study ” dalam PLC pula bertujuan membentuk jati diri guru-guru ke arah
yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, diharapkan dengan pelaksanaan ”
Lesson Study “ ini guru-guru akan dapat memahami konsep satu kitaran pengajaran dan
pembelajaran yang teratur dan sempurna di sekolah. Dunia pendidikan dalam Abad ke-21
sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan guru akan berperanan sebagai
fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
bagi mencapai standard pembelajaran yang digarisi.

Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah
berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju di mana pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dlihat sebagai usaha yang dapat
meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional di negara-
negara tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di
luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah
ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta
aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Dalam mencapai usaha tersebut satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional atau
dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) mula diperkenalkan dan disebar luas
ke sekolah-sekolah seluruh negara. PLC merupakan sebahagian daripada kualiti guru di
bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib
Tun Razak pada Julai 2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara
ke arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta cintakan
negara. Dalam merealisasikan aspirasi negara ini satu perubahan dalam kurikulum negara
perlulah lebih bervariasi dan menarik dengan pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovaif
serta mampu mengembangkan profesionalisme guru dan memberi kesan terhadap
keberhasilan pencapaian murid selaras dengan objektif PPPM. Pembudayaan PLC
sepenuhnya dalam PdPc menjadikan proses pembelajaran lebih lancar dan dapat

1
mengurangkan kebergantungan guru kepada arahan pihak atasan serta mampu menjadi guru
yang kreatif serta sentiasa mengamalkan amalan pengajaran yang baik, lebih sistematik dan
berinovasi dalam sesi PdPc mereka

Konsep Lesson study

Lesson Study berasal dari bahasa Jepun, “jugyokenkyu” yang merupakan gabungan
dua perkataan iaitu ‘jugyo’ bermaksud pelajaran, dan ‘kenkyu’ yang bererti pengkajian. Lesson
Study yang telah mula bertapak di Jepun pada tahun 1960an merupakan penelitian atau
pengkajian terhadap pelajaran. Ia merupakan satu program pembangunan professional guru
yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan
guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan. Melalui
kegiatan Lesson Study, guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan
pemerhatian secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya
dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.

Terdapat empat ciri utama Lesson Study iaitu Lesson Study ialah model peningkatan
pengajaran guru berterusan jangka panjang, Lesson Study berfokus kepada pembelajaran
murid Lesson Study secara langsung bertumpu kepada peningkatan pengajaran dalam konteks
dan seterusnya Lesson Study bersifat kolaboratif.

Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah paradigma
selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini, guru-guru
sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yangmemerlukan penggemblengan
idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkanpengetahuan isi kandungan dan juga
pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi
perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu,
perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama.
Amalan begini juga boleh memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of
belonging) antara guru di sekolah. Kebaikan amalan sebegini sewajarnya dipupuk dan
dimantapkan secara berterusan agar menjadi budaya kerja oleh guru-guru di sekolah

2
seterusnya. Amalan ini diharapkan dapat menghasilkan sekolah yangcemerlang, berkualiti dan
bertaraf dunia.

Lesson Study mempunyai ciri-ciri berikut iaitu Lesson Study ialah model yang
berasaskan peningkatan profesional guru berterusan secara jangka panjang, Lesson Study
berfokus kepada pembelajaran pelajar, Lesson Study berfokus secara langsung kepada
peningkatan pengajaran berdasarkan kesesuaian murid dan yang terakhir ialah Lesson Study
ialah satu usaha yang kolaboratif dalam kalangan guru yang terlibat dalam Lesson Study
melihat diri mereka menyumbang kepada perkembangan pengetahuan mengenai pengajaran
dan juga perkembangan profesional diri sendiri.

Berdasarkan kitaran Lesson Study, ringkasnya Lesson Study ialah amalan guru-guru
secara kolaboratif untuk menentukan goal dan objektif pengajaran untuk merancang dan
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Selain itu, membuat pemerhatian terhadap
pengajaran guru dan membuat refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali
ialah mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Lesson Study
perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang terlibat mendapat impak
yang sewajarnya. Dalam usaha menerapkan budaya Lesson Study, guru-guru perlu mengubah
paradigma selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pendekatan ini,
guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian.

Rumusan

Kesimpulannya, Lesson Study sebenarnya lebih merupakan suatu budaya dalam


amalan perkembangan profesional, dan oleh yang demikian ia memerlukan satu bentuk
anjakan budaya guru di negara kita. Perlunya dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar
guru-guru yang terlibat mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanannya bergantung
kepada penglibatan guru secara sepenuhnya dan dengan kerelaan hati. Lesson Study yang
berkesan boleh berimpak kepada amalan pengajaran harian guru kerana ia menyediakan ruang
kepada guru untuk berfikir mengenai rancangan pengajaran dan juga melihat kepada
pembelajaran dan pemikiran murid. Budaya Lesson Study diharapkan dapat memupuk
kesedaran guru untuk lebih komited dan berdedikasi terhadap profesion perguruan.
Pemantauan dan Bimbingan yang terhadap pelaksanaan aktiviti PLC seperti Lesson Study
akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

3
masing-masing dengan pelbagai pendekatan termasuk secara “outsite in” dan “insite out”.
Semua dapatan aktiviti akan dilaporkan kepada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri
untuk makluman dan tindakan lanjut.

4
Rujukan

Arbain Bin Miswan. (2014, November 15). PELAKSANAAN STRATEGI KOMUNITI


PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) DALAM KALANGAN GURU SMK SRI KUKUP
BERMULA PADA TAHUN 2015. Retrieved March 28, 2018, from SMK Sri Kukup:
http://srikukup.pontian.edu.my/mainsite/index.php/2014/11/pelaksanaan-strategi-
komuniti-pembelajaran-profesional-plc-dalam-kalangan-guru-smk-sri-kukup-bermula-
pada-tahun-2015/

Hailmi. (2016, Januari 10). Lesson study di malaysia Retrieved March 20, 2018, from
CikguHailmi: http://www.cikguhailmi.com/2014/04/lesson-study-di-malaysia.html

Kementeian Pendidikan Malaysia. (2011). Komuniti Pembelajaran Professional (PLC).


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Narzuki. (2016, Januari 30). Kelas abad ke 21. Retrieved March 29, 2018, from CgNarzuki:
http://cgnarzuki.com/bicara-guru/kelas-abad-ke-21/

Ragbir Kaur. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.

Anda mungkin juga menyukai