Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


PERTANDINGAN BOLING TERTUTUP PERINGKAT IPG 2019
TARIKH: 4 NOVEMBER 2019 (ISNIN)
TEMPAT: PUSAT BOLING ENDAH PARADE
Bil Masa Cue Ann Catatan
1. 9.30 KEHADIRAN AJK - Mempersiapkan tempat untuk majlis perasmian pertandingan
PAGI SEMESTER 7 - Head count siswa guru semester 7
- Mempersiapkan apa yang perlu untuk kelancaran majlis
9.45 KETIBAAN PESERTA - Peserta mendaftarkan diri
PAGI

2. 10.00 PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, Encik Thahir bin Nuruddin, Ketua Jabatan, AJK Protokol &
PAGI KETIBAAN VIP Jabatan Pengajian Melayu, diiringi oleh Yang Berusaha, Encik Amat Tarop bin Sumo, Sambutan
penasihat Pertandingan Boling Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas tahun 2019, serta Yang
Berusaha, Encik Ahmad Azhan Fahmi bin Ramli, Pengerusi Pertandingan Boling AJK Multimedia
Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas tahun 2019 masuk ke dalam dewan.

Bil. Masa Cue Ann Catatan


3. 10.05 NYANYIAN LAGU Hadirin diminta berdiri untuk nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Maju dan Sejahtera dan AJK Teknikal
PAGI lagu IPG Kampus Ilmu Khas.

SELESAI NYANYIAN Mohon hadirin sekalian, mengambil tempat. AJK Multimedia


4. 10.15 SENARAI PROTOKOL
Yang Dihormati, Encik Thahir bin Nuruddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian
PAGI
Melayu,

Yang Berusaha, Encik Amat Tarop bin Sumo, penasihat untuk Pertandingan Boling
Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas 2019 merangkap pensyarah kursus Pengurusan
Acara,

Yang Berusaha, Encik Hasizan bin Dahalal, (tak sure perlu mention gak ke tak?)

Yang Berusaha, Encik Ahmad Azhan Fahmi bin Ramli, Pengerusi Pertandingan Boling
Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas 2019,

Peserta pertandingan, siswa guru serta hadirin yang dimuliakan.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera. salam sehati sejiwa, dan selamat datang ke
Pertandingan Boling Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas bagi tahun 2019.

Kuntum melati tumbuh melata,


Burung merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pertandingan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk
memenuhi satu tugasan dalam kursus Pengurusan Acara dan dikendalikan sepenuhnya
oleh siswa guru Semester 7 Ambilan Jun 2016.

Bil. Masa Cue Ann Catatan


5. 10.20 BACAAN DOA Hadirin yang dihormati sekalian, AJK Teknikal
PAGI
Bagi memberkati pertandingan kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menadahkan tangan, mengangkat kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Majlis
mempersilakan (……………………………...) bagi memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan.
SELESAI BACAAN
DOA Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada (………………………….) atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

Bil. Masa Cue Ann Catatan


6. 10.25 UCAPAN PENGERUSI Sidang hadirin yang dhormati sekalian,
PAGI PERTANDINGAN Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengerusi Pertandingan Boling
Tertutup IPG Kampus Ilmu Khas 2019, Encik./Saudara Ahmad Azhan Fahmi Bin
Ramli untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Bil. Masa Cue Ann Catatan
10.35 SELESAI UCAPAN Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik./Saudara Ahmad Azhan Fahmi
PAGI PENGERUSI Bin Ramli atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
PERTANDINGAN

7. 10.35 UCAPAN DAN Hadirin yang dihormati,


PAGI PERASMIAN OLEH
TETAMU KEHORMAT Pergi ke kota membeli selasih,
Sayang si dara senyum tertawa,
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Besar langit ditepi busut,


Di atas papan batang jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi

Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita mempersilakan Yang


Dihormati, Encik Thahir bin Nuruddin, Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu untuk
menyampaikan ucapan beliau sekaligus merasmikan pertandingan boling tertutup
IPGKIK tahun 2019. Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.
SELESAI UCAPAN Hadirin yang dihormati sekalian, dengan berakhirnya ucapan itu sebentar tadi, maka
DAN PERASMIAN rasmilah pertandingan boling tertutup IKGKIK tahun 2019.
OLEH TETAMU
KEHORMAT Majlis sekali lagi dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan Yang Dihormati Ecik
Thahir bin Nuruddin berserta tetamu yang lain untuk sama-sama menyaksikan gimik
perasmian pertandingan boling tertutup yang disediakan oleh siswa guru. Sama-sama
kita saksikan. (tak sure vip setakat tengok je or buat something untuk gimik)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Dihormati, Encik Thahir bin Nuruddin atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis
pada hari ini.

8. 10.45 PENUTUP DAN Tuan-tuan dan puan-puan,


PAGI PERALIHAN KEPADA
JURUHEBAH/SIARAYA Dengan pelancaran gimik perasmian itu sebentar tadi, maka berakhirlah tugas kami
sebagai pengaraca majlis. Kami menyusun 10 jari memohon kemaafan dan ampun
seandainya ada tersilap kata dan terguris hati.

Sebelum kami menyerahkan majlis ini kepada juruhebah pertandingan, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan tetamu kita serta hadirin sekalian untuk melakukan
senamrobik yang dikendalikan oleh siswa guru Semester 7.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Bil. Masa Cue Ann Catatan
9. PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang di hormati, AJK Hadiah
CENDERAMATA
KEPADA VIP Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Thahir AJK Multimedia
*cenderamata tak sure bin Nuruddin atas kesudian menghadiri dan seterusnya merasmikan pertandingan
(sesi fotografi)
bila nak beri. boling pada pagi ini.
*nak beri waktu majlis
ataupun during Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Pengerusi Pertandingan Boling
penyampaian hadiah Tertutup IPGKIK, Encik/Saudara Ahmad Azhan Fahmi bin Ramli untuk menyampaikan
cenderamata kepada Encik Thahir bin Nuruddin.

Dijemput Yang Dihormati. Encik Thahir bin Nuruddin untuk menerima cenderamata
tersebut. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Anda mungkin juga menyukai