Anda di halaman 1dari 9

TUGASAN 1

1.0 Proses Integrasi Dapat Meningkatkan Pembangunan Masyarakat Dalam


Kemajuan Sosial, Ekonomi dan Politik

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang merangkumi pelbagai kaum yang
mengamalkan budaya dan adat yang berlainan antara satu sama lain. Membentuk
kesatuan yang kuat antara kaum dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuag
negara yang sejahtera dan makmur memerlukan satu proses integrasi yang lancar
dan berkesan. Proses integrasi amat penting bagi meningkatkan pembangunan
masyarakat dalam kemajuan sosial, ekonomi dan politik. Menurut Zaid Ahmad et.al
(1996), integrasi adalah sebuah proses penyatuan ke arah mewujudkan identiti
nasional menerusi pelbagai kelompok sosial dan budaya dalam sesebuah wilayah.
Integrasi amat penting dalam melahirkan sebuah kesefahaman antara semua bangsa
dengan menghayati dan menghormati setiap kepercayaan dan pegangan antara satu
sama lain. Proses integrasi amat penting kerana melalui perkara ini, pembangunan
masyarakat dari aspek sosial, ekonomi dan politik dapat dipertingkatkan.

1.1 Kemajuan Sosial

Umum mengetahui bahawa masyarakat Malaysia merupakan masyarakat


majmuk yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Kemajuan sosial dalam
kalangan masyarakat di Malaysia dapat ditingkatkan melalui proses integrasi.
Kepelbagaian budaya dalam komuniti negara dapat ditonjolkan melalui
sambutan perayaan yang diraikan dengan adanya amalan kunjung-
mengunjung yang amat jelas dalam masyarakat. Walaupun terdapat
perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa, amalan ini menjadi bukti bahawa
integrasi sosial amat tinggi dalam kehidupan masyarakat (Abdul Shukor &
Hassan, 1983). Hal ini juga dapat dilihat melalui program-program yang
dijalankan baik melalui sekecil-kecil aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan
rukun tetangga dalam sesebuah kawasan perumahan sehinggalah program
kebangsaan seperti Hari Sukan Negara dan Citra Kebudayaan. Program-
program ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti sosial warganegara
Malaysia yang akan saling bekerjasama dan berinteraksi antara satu sama lain
dalam menjayakan aktiviti ini. Apabila kualiti sosial dipertingkatkan, perpaduan

1
dan kesefahaman dapat dicapai dengan adanya hubungan dan komunikasi
yang sihat dan bermanfaat.

1.2 Kemajuan Ekonomi

Selain aspek sosial, kemajuan dalam bidang ekonomi juga dapat ditambah
baik melalui proses integrasi dan perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Tidak dapat dinafikan, terdapat jurang dan perbezaan
dalam aspek penguasaan ekonomi dan pendapatan dapat dilihat dan ini boleh
menimbulkan perasaan tidak puas hati dan boleh menjurus kepada perbalahan
antara kaum (Wan Hashim, 1983). Pelbagai strategi dan cara yang dianjurkan
melalui proses integrasi untuk memastikan perpaduan dapat dicapai dan
seterusnya meningkatkan taraf dan kemajuan ekonomi dalam kalangan rakyat
Malaysia pelbagai kaum, antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru yang
diwujudkan pada tahun 1971 yang bermatlamat untuk menghapuskan
kemiskinan dalam semua kaum dan menyusun semula masyarakat agar
pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi dapat dibasmi. Proses integrasi ini
membantu dalam memastikan setiap lapisan masyarakat yang berlatar
belakangkan pelbagai adat dan kepercayaan mencapai keseimbangan dalam
ekonomi dan seterusnya menikmati kemakmuran bersama. Antara kemajuan
lain yang dicapai melalui proses integrasi ialah perancangan ekonomi dan
pembangunan yang lebih sistematik dan penyatuan sistem kewangan dan
modal antara wilayah (.., 000). Hal ini membuktikan bahawa proses integrasi
antara proses yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan
kemajuan masyarakat dalam aspek ekonomi.

1.3 Kemajuan Politik

Sikap dan amalan tolak ansur yang begitu jitu dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini merupakan sesuatu perkara yang istimewa yang
jarang didapati di negara lain, sehinggakan amalan ini menjadi satu tembok
yang kuat dalam mengelakkan rusuhan kaum di Malaysia. Proses integrasi
yang berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu sikap sedia menghormati dan
menerima perbezaan pandangan dan pendapat daripada kaum lain telah
berjaya mewujudkan sebuah negara yang mampu mengecapi kemerdekaan.
British telah meletakkan syarat bahawa setiap kaum di Tanah Melayu pada

2
ketika itu harus bersatu padu sekiranya ingin mencapai kemerdekaan. Selain
itu, sifat keterbukaan orang Melayu dalam memberi hak kerakyatan kepada
kaum bukan Melayu yang sebilangan besar tidak mahir dalam berbahasa
Melayu walaupun dalam memperolehi kerakyatan, seseorang harus lancar
dalam pertuturan Bahasa Melayu.
Kedudukan istimewa bumiputera juga perlu diterima oleh kaum lain
demi memastikan hak Melayu terjaga dan terpelihaa. Kesediaan setiap kaum
dalam saling menerima antara satu sama lain menjadikan Malaysia
mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sama seperti
struktur kerajaan British dan diterima pakai oleh seluruh rakyat tanpa
persoalan.

2.0 Perbandingan Kegiatan Ekonomi, Politik dan Sosial Dalam Kumpulan Etnik
Melayu, India, Bajau dan Kedayan Dalam Membentuk Masyarakat Pluralistik
Yang Baik.

2.1 Kegiatan Ekonomi

Dalam pembentukan masyarakat pluralistik yang baik demi keamanan dan


keharmonian negara, setiap kaum dan etnik di Malaysia berperanan penting
dalam kegiatan ekonomi. Hal ini demikian kerana peranan setiap etnik mampu
menyumbang kepada kegemilangan sesebuah negara, termasuk dari segi
kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu lebih terarah kepada
pertanian, sara diri dan pekebun kecil pada zaman sebelum kemerdekaan.
Pada masa kini, masyarakat Melayu sudah mula bergerak maju seiring dengan
perkembangan pesat teknologi dan modenisasi. Kerajaan Malaysia telah
mewujudkan FELDA dan FELCRA yang membantu ekonomi masyarakat
Melayu dalam bidang pertanian ke arah yang lebih sistematik dan terurus.
Bagi kaum India pula, kegiatan ekonomi pada zaman sebelum
kemerdekaan lebih tertumpu kepada perladangan dan estet, dan sebahagian
kecil bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Masyarakat India pada
masa sekarang juga masih ada yang membanting tulang di kawasan
perladangan, dan ada juga yang memulakan perniagaan dan berkhidmat di
kawasan bandar, bekerja dalam pelbagai sektor.
Bagi masyarakat Kedayan pula yang merupakan suku kaum dari
Sarawak, kegiatan ekonomi mereka sama seperti masyarakat Melayu pada

3
masa dahulu iaitu lebih tertumpu kepada pertanian (Baszley Bee et. al, 2009).
Walaubagaimanapun, kegiatan ekonomi mereka juga telah berubah ke arah
yang lebih moden dengan bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta. Corak
kehidupan tradisi masyarakat ini berkait rapat dalam bidang pertanian dan
penanaman seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan menternak haiwan.
Mereka juga berburu kerana faktor geologi dan kedudukan penempatan yang
dikelilingi hutan yang menjadi dorongan kepada kegiatan ekonomi tersebut.
Dari segi ekonomi masyarakat Bajau, kegiatan utama mereka
melibatkan aktiviti perikanan dan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di
laut. Hasil tangkapan mereka dijual di daerah Semporna dan juga diimport ke
daerah lain. Selain perikanan, mereka juga menjalankan aktiviti perniagaan
seperti membuka kedai makan, peruncitan dan pertanian.

2.2 Kegiatan Politik

Kewujudan parti-parti politik di Malaysia yang banyak telah merancakkan


medan politik di negara ini disebabkan oleh kepelbagaian etnik dan kaum.
Situasi ini mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan masyarakat dan
semangat perjuangan yang dibawa oleh setiap individu memberi kesan
terhadap imej politik di Malaysia (Ramlah Adam, 1993).
Bagi masyarakat Melayu, kewujudan United Malays National
Organisation, atau kini dikenali sebagai UMNO menjadi parti politik bagi kaum
Melayu dalam pentadbiran dan pemerintahan. Ini membuktikan kaum Melayu
masih mempunyai semangat kepimpinan dan perpaduan dalam kalangan
kaum. Tunku Abdul Rahman yang merupakan perdana menteri yang pertama
telah bekerjasama dengan pemimpin dari MCA dan juga MIC yang mewakili
kaum India untuk mencapai kemerdekaan.
Kaum India juga tidak ketinggalan dalam penglibatan politik. Sehingga
ke hari ini, kaum India masih mendapat tempat dalam bidang politik dan
kepimpinan. Buktinya, Waytha Moorthy dilantik menjadi menteri di Jabatan
Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan demi mewujudkan
masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu. Begitu juga dengan
masyarakat kaum Kedayan yang sama-sama melibatkan diri dalam arena
politik demi kesejahteraan negara dan keharmonian masyarakat di Malaysia
(Julayhi Tani, 1991). Masyarakat Kedayan pada masa kini juga sudah mula
mengambil kira hal dan isu-isu politik di negara ini.

4
2.3 Kegiatan Sosial

Kegiatan sosial di Malaysia juga berbeza mengikut amalan dan kepercayaan


kaum dan etnik. Walaubagaimanapun, setiap kaum semestinya mementingkan
adab dan kesopanan dalam amalan sosial dalam kehidupan. Bagi masyarakat
Melayu, walaupun masa kini merupakan zaman teknologi dan globalisasi, adat
dan kepercayaan dalam amalan kehidupan masih menjadi pegangan. Amalan
hormat-menghormati dan kunjung-mengunjung dalam kalangan masyarakat
masih menjadi ikutan dan teladan, bukan sahaja bagi masyarakat Melayu,
malahan juga masyarakat India. Amalan ziarah-menziarahi ini sangatlah
menjadi pegangan bagi kedua-kedua kaum terutama pada musim perayaan
untuk mengeratkan lagi hubungan dan ikatan kekeluargaan dan persaudaraan.
Budaya dan adat ini menguatkan lagi hubungan dan perpaduan antara satu
sama lain.
Kaum Kedayan juga tidak lari daripada mengamalkan budaya dan
amalan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini dapat
dilihat melalui adat perkahwinan mereka yang sama seperti kaum Melayu yang
dimulakan dengan merisik, meminang dan bersanding. Mereka juga
mengadakan aktiviti gotong-royong dalam kalangan keluarga dan jiran terdekat
bagi membuat persiapan perkahwinan. Kegiatan ini dapat membantu komuniti
dan masyarakat mencapai kata sepakat di samping memurnikan lagi
kehidupan bermasyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Bagi masyarakat Bajau pula, khususnya Bajau Simunul, pelbagai sumbangan
yang telah diberikan untuk pembangunan sosial seperti pembinaan masjid oleh
Sarip Jaafar untuk kemudahan bagi masyarakat di Semporna dan juga rumah-
rumah ibadat yang lain untuk memudahkan kehidupan penduduk di kawasan
tersebut. Masyarakat ini juga berfikiran terbuka dalam soal ilmu dan aktiviti
kemasyarakatan seperti perkahwinan campur dengan masyarakat pulau-pulau
sekeliling.

3.0 Kepentingan Perlembagaan Dalam Mengukuhkan Perpaduan Rakyat Malaysia

3.1 Menghormati Perlembagaan Negara

Sebagai undang-undang yang mempunyai sifat yang tertinggi di negara ini,


Perlembagaan Negara Malaysia perlu dimuliakan, dihormati dan dipatuhi.

5
Peraturan-peraturan yang termaktub dalam perlembagaan seperti kedudukan
raja-raja, hak-hak Bumiputera dan bukan Bumiputera, serta kedudukan agama
Islam hendaklah diketahui dan difahami oleh semua rakyat Malaysia.
Sekiranya warganegara Malaysia tahu dan faham dengan jelas tentang asal-
usul perlembagaan dan tujuan perlembagaan digubal, kesefahaman dan tolak
ansur dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan melahirkan
masyarakat Malaysia yang akan menghormati hak-hak dan menjaga sensitiviti
sesuatu perkara dengan lebih baik dan seterusnya mengukuhkan keharmonian
hidup.

3.2 Menjamin Kestabilan Politik

Pembahagian kuasa antara badan-badan kerajaan, corak pemerintahan dan


prinsip-prinsip umum cara kuasa ditentukan oleh perlembagaan agar
kestabilan sistem politik dapat dibentuk dan pentadbiran dapat dibina dengan
lebih terancang dan sistematik. Selain daripada itu, tanggungjawab
warganegara dan larangan turut ditentukan oleh perlembagaan, misalnya, hak
istimewa Bumiputera tidak boleh dipersoalkan bagi mengelakkan konflik dan
perbalahan kaum. Kestabilan politik ini amat penting bagi memastikan
perpaduan antara kaum dapat dibentuk dengan lebih aman dan selamat tanpa
perlunya pertumpahan darah dan persengketaan.

3.3 Pemerintahan Yang Adil

Perlembagaan turut membentuk satu cara pemerintahan yang adil dan


sakasama meliputi seluruh undang-undang yang melibatkan segenap lapisan
masyarakat di negara ini. Perlembagaan yang digubal dapat mengawal dan
menyekat salah guna kuasa oleh pemerintah yang berkemungkinan untuk
menggunakan kuasa yang diberikan untuk tujuan yang tidak sepatutnya.
Selain itu, perlembagaan turut diguna pakai untuk penyelesaian sesuatu konflik
dan kesulitan seperti rusuhan kaum, penipuan, salah guna kuasa dan lain-lain
yang termaktub dalam perlembagaan. Pemerintahan yang adil yang dapat
dilaksanakan melalui penggubalan perlembagaan mampu mewujudkan sikap
kerjasama dan toleransi antara rakyat bagi memastikan keselamatan dan
keamanan negara dapat dikekalkan dengan keadilan dan kesaksamaan.

6
3.4 Memupuk Semangat Perpaduan Nasional dan Pembangunan Negara

Perlembagaan memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan


terhadap kepentingan semua kaum di Malaysia. Keadilan sosial antara
segenap masyarakat terjamin melalui perlembagaan yang dapat menerapkan
perpaduan nasional dna seterusnya meningkatkan kualiti dan taraf
pembangunan negara (Surtahman Kastin Hasan, 2008). Pemilikan harta,
kebebasan beragama dan kebebasan bersuara yang merupakan hak asasi
bagi rakyat Malaysa ditentukan oleh perlembagaan. Oleh hal yang demikian,
segala kesulitan dapat dirujuk dan diselesaikan melalui perlembagaan dan
seterusnya mampu melahirkan kesejahteraan dan keamanan rakyat dan
negara.

4.0 Cabaran Utama Dalam Bidang Sosial Yang Mengeratkan Hubungan Etnik

4.1 Bahasa Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang diduduki oleh penduduk berbilang kaum, bangsa
dan agama, semestinya bahasa menjadi cabaran dalam komunikasi dan
interaksi antara satu sama lain. Bahasa merupakan medium dalam
menyampaikan maklumat atau bertukar-tukar pengetahuan dan soalan, justeru
itu pertuturan bahasa yang lancar dan difahami amatlah penting. Bahasa
kebangsaan negara iaitu bahasa Melayu perlulah dikuasai oleh setiap kaum
yang berada di Malaysia memandangkan bahasa tersebut merupakan bahasa
rasmi negara. Dalam kemahiran sosial, masyarakat Malaysia, terutamanya
mereka yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dalam kehidupan seharian tentunya mengalami kesukaran dalam
menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, usaha dalam menguasai
bahasa kebangsaan perlu diterapkan agar komunikasi dapat dijalankan
dengan lebih berkesan dan mengeratkan hubungan antara kaum. Kaum lain
juga digalakkan untuk mempelajari bahasa ibunda kaum lain sebagai
tambahan kepada ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemesraan antara
satu sama lain.

7
4.2 Pendidikan

Sekolah-sekolah di Malaysia yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan dan


Sekolah Jenis Kebangsaan memberikan cabaran yang besar dalam bidang
sosial, terutama kepada golongan kanak-kanak yang meningkat dewasa.
Perbezaan dalam pendidikan mengikut acuan sekolah telah memberi cabaran
kepada setiap warga Malaysia dalam mencapai perpaduan dan kata sepakat.
Sistem pendidikan yang tidak sama rata telah memaksa rakyat Malaysia untuk
berinteraksi dengan lebih banyak antara satu sama lain melalui program-
program yang dianjurkan seperti Hari Sukan, pertandingan-pertandingan dan
aktiviti yang dianjurkan dalam sektor pendidikan. Cabaran ini yang membentuk
mereka untuk melatih kemahiran sosial dan mengeratkan hubungan melalui
aktiviti pendidikan yang berfaedah dan memberi impak positif kepada minda
dan perkembangan sosial.

4.3 Pengasingan Fizikal

Amalan dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan sewaktu pemerintahan


British telah menimbulkan cabaran dan memberi impak kepada perpaduan
antara kaum di negara ini. Dasar yang diterapkan telah mencipta jurang dalam
kalangan masyarakat untuk bersosial dan bekerjasama antara satu sama lain
(A. Aziz Deraman, 1992). Walaubagaimanapun, cabaran ini dapat
mengeratkan lagi hubungan etnik di Malaysia dengan adanya kesefahaman
dan nilai saling memerlukan. Misalnya, masyarakat Melayu yang menanam
padi semestinya bertukar barang atau beras kepada masyarakat kaum lain.
Manakala masyarakat Cina pula yang melaksanakan aktiviti perlombongan
memberikan bijih timah atau tin kepada kaum lain. Masyarakat perlu mengatasi
cabaran ini dan seterusnya melahirkan rakyat yang lebih mesra dan bijak
mengawal situasi.

4.4 Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar

Bidang pendidikan merupakan mekanisme yang pentingan dalam mewujudkan


pelajar-pelajar yang bermoral, bernilai murni, beretika dan menghormati.
Walaupun pada peringkat persekolahan tadika, integrasi antara kaum adalah

8
sangat baik, berlainan dengan pelajar pada peringkat institut pengajian awam.
Bagi mengeratkan dan menguatkan lagi hubungan antara kaum, para pelajar
perlu lebih banyak bergaul dan bersosial dalam kalangan bangsa berbilang
kaum untuk lebih mengenali dan memahami lagi budaya kaum lain dan
seterusnya dpaat bertukar-tukar pandangan dan berkongsi
pendapat.

5.0 Kesimpulan

Proses integrasi dan penyatupaduan masyarakat di negara ini bukanlah sesuatu yang
mudah untuk diterapkan. Proses ini memerlukan usaha dan kesabaran yang jitu
daripada segenap pihak agar hasilnya mampu memberikan kesejahteraan dan
kemakmuran kepada bangsa, agama dan negara. Proses ini sewajarnya diamalkan
secara berterusan agar keamanan dan perpaduan antara kaum dapat dikekalkan dan
ditingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai