Anda di halaman 1dari 4

SOP SUKAN MEMANAH

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil :

1.Peralatan peribadi

Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda
perlu selalu mengawal anak panah anda dan jangan sesekali hilang kawalan dari
segi langkah-langkah keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu
dipatuhi:

1. JANGAN SAMA SEKALI :

a. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan


menyebabkan kerosakkan kepada busar.
b. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN
PANAHAN KETIKA TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN
(busar hanya boleh diarahkan kepada target butt sahaja).
c. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.
d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN
MEMANAH.

PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh


disingkirkan dari pertandingan .

2. Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki
sebarang kerosakkan sekiranya perlu.
3. Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda
sepatutnya tahu bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah
rosak.
4. Periksa nock dan mata panah.
5. Pastikan batang anak panah adalah lurus.
6. Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam
keadaan yang baik , selamat dan sesuai untuk digunakan.

II. Padang dan peralatan padang

1. Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari


anak panah yang hilang.
2. Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.
3. Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat. Panahan yang
kerap boleh melemahkan kaki target stand.
4. Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya,
gantikan dengan lebih baik.
5. Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya
semua orang dengar dengan jelas dan faham.

III. Ajar teknik memanah yang betul dan pastikan pelajar patuh

1. Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas
oleh tali panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana mereka
membuat kesilapan semasa memanah.
2. Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line,
JANGAN AMBIL ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua
pemanah menghabiskan panahan.
3. Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan anda MEMANDANG
KEDEPAN supaya anda tidak tertikam oleh anak panah sendiri atau orang
lain punya .
4. Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak
panah yang sedang terbang. Semasa mencabut anak panah dari sasaran,
letakkan sebelah tapak tangan ke sasaran dan sebelah lagi memegang anak
panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut.Anda boleh
menggunakan alatan mencabut anak panah .Pastikan muka anda dan
pemanah lain tidak berada dibelakang anak panah kerana ia mungkin anak
terkena muka atau mata semasa cabutan dilakukan.
5. Gunakan alat pelindung semasa memanah bagi mengurangkan sebarang
kecederaan.

IV. Panduan keselamatan untuk jurulatih.

1. Perhatikan sebarang binatang atau manusia yang mungkin berada di


hadapan shooting line. Jangan benarkan pemanah bermain-main denagn
peralatan memanah.
2. Pastikan pemanah dijarakkan antara satu sama lain begi mengurangkan
mereka dari terkena satu sama lain.Cadangan jarak meletakkan sasaran
adalah lebih kurang 6 ela setiap satu.Ini memberikan ruang yang cukup
untuk pemanah melakukan panahan.
3. Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line selepas arahan
memanah diberikan
4. Jangan samasekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik
dengan tujuan untuk menunjuk atau membetulkan sesuatu.
5. Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunaka ketulan
ais atau sebarang air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak.
Pemanah baru hendaklah memakai pelindung lengan pada setiap masa.
6. Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang
kesakitan ataupun ketidakselesaan pada bila-bila masa..
7. Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua orang.

Penyelengaraan peralatan
Memasang mata panah ke anak panah aluminium

Anak panah aluminium disertakan dengan mata jenis masuk. Cara


memasukkan mata panah jenis ini kebiasaanya dengan menggunakan gam yang
dipanaskan terlebih dahulu. Proses memasang mata anak panah adalah seperti
berikut :

1) Cuci minyak dan kotoran pada batang anak panah.

2) Menggunakan nyalaan api yang kecil, panaskan hujung gam ( hot melt glue)
dan hujung anak panah.AWAS: jangan terlebih panaskan batang anak panah.

3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6mm kedalam batang anak panah.

4) Panaskan gam ( hot melt glue) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair ke
batang mata anak panah.

5) Tekan perlahan-lahan mata anak panah ke dalam batang anak panah. Lap
lebihan gam. Menanggalkan mata anak panah dari anak panah aluminium

1) Panaskan sedikit hujung mata anak panah.

2) Pegang hujung mata anak panah dengan menggunakan sepasang playar.

3) Putar dan tarik keluar mata anak panah.

4) Sekiranya mata anak panah tidak boleh dicabut, ulangi langkah-langkah di


atas.

Memasang mata anak panah ke dalam anak panah karbon

Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan
terlalu lama. Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut :

1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah.


2)Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak

panah.

3)Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar.

4) Panaskan sedikit mata anak panah .

5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah.

6) Bersihkan lebihan gam.

7) Ulangi langkah-langkah diatas sekiranya perlu.

PERHATIAN – Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.

Menaggalkan mata anak panah dari anak panah karbon

1) Panaskan sedikit mata anak panah.

2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut mata anak panah.

3) Putar dan cabut mata anak panah perlahan-lahan.

4)Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.