Anda di halaman 1dari 1

Ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan

Ciri-ciri bilik darjah pada masa hadapan yang saya inginkan ialah bilik darjah yang penuh dengan
kecanggihan teknologi.

Dinding pada bilik darjah haruslah boleh bertukar warna setiap minggu agar kanak-kanak tidak akan
berasa bosan.Begitu juga dengan hiasan-hiasan dalam bilik darjah tersebut.

Penggunaan buku tulis juga perlu dikurangkan dengan menggunakan buku hanya menggunakan
menyentuh menggunakan jari "touch screen". Ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan baik dan pantas.

Selain itu,guru juga tidak perlu menggunakan "maker pen" untuk menulis di papan tulis, guru juga
hanaya menggunakan jari untuk menulisnya.Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran di kelas akan
bertambah mantap.

Kesimpulannya, jika di Malaysia mempunyai bilik darjah yang begitu canggih,perkembangan-


perkembangan kanak-kanak juga akan lebih berkembang dengan baik.

Ciri-ciri bilik darjah “Star Trek”sebagai salah satu contoh yang terbaik. Timbunan buku latihan dan buku
teks atas meja mungkin lenyap dengan adanya bilik darjah masa depan yang cangih seperti mana di
negara Britain.Bilik darjah “Star Trek”merupakan sebuah bilik darjah yang dilengkapi sistem papan pintar
utama yang menyalurkan maklumat ke dalam meja pelbagai sentuh. ia membantu belajar secara
berkumpulan atau individu serta memudahkan guru untuk melihat sama ada murid menyelasaikan
tugasan yang diberi.Teknologi tinggi di sepanjang proses pembelajaran menerusi bilik darjah “Star Trek”
yang pelbagai sentuh dan bermeja pintar.Sistem bilik darjah sebegini kelihatan agak
menarik sebenarnya sebab memang sedia maklum kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu dan
kreativiti yang tinggi.Tidak mustahil pada masa hadapan akan lebih banyak sekolah di seluruh dunia yang
mengaplikasikan sistem pengajaran dan pembelajaran seperti ini.Kajian membuktikan menerusi meja
interaktif pintar,penggunaan kertas juga dapat dikurangkan.Cara guna adalah dengan hanya
menggunakan jari sehaja untuk belajar dan tidak memerlukan buku dan alat tulis.Medium ini juga mampu
meningkatkan tahap kecekapan matematik seseorang.Dengan itu saya mencadangkan bahawa Ciri-ciri
bilik darjah seperti ini boleh dilaksanakan di negara kita sendiri seperti mana nagara-negara yang maju.

Ciri sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif pada masa hadapan adalah bilik darjah yang
menyediakan kelengkapan penggunaan teknologi yang seperti telefon pintar, komputer riba, projekter,
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih berjalan dengan lancar, pengguna alat
teknologi yang canggih ini bukan sahaja memudahkan pembelajaran malah penyampaian maklumat
pengajaran akan lebih baik serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya, penggunaan
telefon pintar dimana pelajar dapat memcari maklumat dengan cepat semasa sesi pembelajaran
didalam kelas dan bukan hanya memudahkan pelajar malah guru juga dapat meneruskan pembelajaran
dengan lebih lancar semasa penganjaran didalam kelas tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah semasa sesi pembelajaran.