Anda di halaman 1dari 6

“INDAHNYA HIDUP BERNEGARA”

(30 Mac 2018 / 12 Rejab 1439)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khatib hari ini berpesan kepada diri sendiri dan menyeru sidang Jumaat yang
dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada
Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat
keberkatan di dunia dan di akhirat.
Alhamdulillah pada hari yang mulia ini sama-samalah kita bersyukur ke
hadrat Allah SWT kerana sehingga hari ini kita masih lagi dipanjangkan umur
dapat bertemu dengan bulan Rejab. Khutbah hari ini akan membicarakan tajuk:
“ Indahnya Hidup Bernegara ”.

1
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Agama Islam merupakan suatu cara hidup yang syumul dalam memberikan
panduan dan etika terhadap kehidupan manusia termasuk soal kenegaraan.
Berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, Islam bukannya agama yang bersifat
ritual semata-mata tetapi holistik mencakupi soal pentadbiran dan pengurusan.
Negara kita Malaysia sangat bertuah kerana dipandu oleh Perlembagaan
Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan selain
kesungguhan para pemimpinnya mentadbir berasaskan Maqasid Syariah.
Langkah ini menjadikan Malaysia terus berdaulat dan berdiri kukuh memenuhi
keperluan hidup dan aspirasi rakyat.
Justeru, dalam melangsungkan kehidupan bernegara, ilmu pengetahuan
dalam politik menurut perspektif Islam sangat diperlukan agar dapat
memelihara kedaulatan dan kestabilan negara tersebut. Pada masa sama, rakyat
atau warga negara dilarang melakukan pengkhianatan dan kerosakan yang boleh
menjejas kesejahteraan dan keharmonian serta perpaduan sesama mereka.
Firman Allah SWT dalam Surah al-An aam ayat 151:

Maksudnya: “ Dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang


daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan
oleh Syara’). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu memahaminya.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Malaysia merupakan sebuah tanah air yang menjadi kebanggaan kita yang
mendiaminya. Selain keindahan sumber alam semula jadi seperti spesies flora
dan fauna, kita turut menjadi tumpuan dunia kerana keunikan sistem
pentadbirannya yang mengamalkan prinsip kesederhanaan.

2
Oleh itu, dalam konteks negara Malaysia yang sama-sama kita cintai ini,
semua umat Islam wajib mengimpikan sebuah negara seperti negara Islam
Madinah. Negara yang harmoni, aman damai, dibangunkan dan dipertahankan
bersama-sama, menjadi tempat tumpahnya taat setia seluruh rakyat di samping
menjunjung keluhuran undang-undang sepertimana penduduk Madinah
menjunjung Piagam Madinah.
Untuk mencapainya, semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat
mestilah disemai dan dipupuk demi memastikan kesejahteraan sesebuah negara
dapat diteruskan dan dikekalkan. Dalam hal ini, kerjasama golongan pemimpin
dan rakyat sangat penting untuk digembeleng agar kedaulatan Islam kekal
menunjangi pentadbiran negara.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Namun demikian, usah kita lupa bahawa keamanan dan kestabilan yang
dikecapi di negara kita saat ini memerlukan ruang pembangunan yang pesat dari
sudut pembangunan fizikal mahupun pembangunan spiritual. Ini bagi
memastikan umat Islam di negara ini aman melaksanakan ibadat tanpa ada
sekatan dan halangan.
Antara bukti jelas perkara ini ialah penganjuran Majlis Tilawah al-
Quran Hafazan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 1 hingga
6 April 2018 ini. Bertepatan dengan tema penganjuran kali ini iaitu Kesatuan
Ummah Kesejahteraan Negara, maka marilah kita mengambil semangatnya
untuk memantapkan gandingan antara pemimpin dan rakyat ibarat aur dengan
tebing ke arah menghayati indahnya hidup bernegara.
Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar yang mulia ini ingin
merumuskan beberapa perkara iaitu:

Pertama: Manusia tidak dapat hidup dengan teratur, tertib dan terjamin
3
keamanannya tanpa sebuah negara.
Kedua: Sebagai warganegara kita perlu melakukan sesuatu demi negara
dengan mengharumkan nama negara.
Ketiga: Jangan sekali-kali kita menjual maruah negara hanya kerana sedikit
ketidakpuasan hati terhadap beberapa isu dalam negara.

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu


dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh
menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah banyak-banyak, supaya
kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah al-Anfaal:45)

4
KHUTBAH KEDUA

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk
sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya.
Oleh itu, marilah kita bertakwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan
serta menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka. Firman Allah SWT dalam
Surah al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada


Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta
mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

Ya Allah, ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan


mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meningggal dunia.
Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan
pertolongan kepada ketua-ketua negara Islam dan Raja-Rajanya, khasnya
kepada;

5
6

Anda mungkin juga menyukai