Anda di halaman 1dari 1

Asalnya, Hajar pembantu Siti Sarah, isteri pertama Nabi Ibrahim.

Siti Hajar yang berkulit hitam dan berasal


dari Qibti, Mesir, dayang hadiah daripada raja Mesir.[1] Pada mulanya, Siti Sarah setuju Siti Hajar berkahwin dengan
Ibrahim kerana dia sendiri tidak dapat beranak (mandul).

Kemudian, rasa cemburu timbul apabila dia melihat Siti Hajar sedang mengandung. Walaupun Sarah cantik tetapi
terasa dikalahkan kerana belum mengandung. Keretakan rumah tangga berlaku. Oleh itu, dia menyarankan suaminya
membawa bekas hambanya itu jauh-jauh. Bagaimanapun tidak lama kemudian, Sarah pula mengandung lalu
mendapat anak lelaki bernama Ishaq.

Dari Syam, Nabi Ibrahim membawa Siti hajar dengan unta ke selatan hingga ke tapak kota purba bernama Faran
yang kini ialah lokasi Makkah. Tiada seorang manusia pun ada di situ ketika itu dan hal ini menimbulkan rasa
bimbang kepada Siti Hajar. Nabi Ibrahim meminta Siti Hajar bertawakal kerana "Dialah (Allah) yang memerintahkan
aku membawamu ke sini". Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dan kembali ke Palestin. Pada saat genting kehausan
dan kelaparan, Siti Hajar berlari 7 kali dari Bukit Safa ke Marwah.

Pada saat inilah munculnya Telaga Zam-Zam. Air zamzam yang memancut keluar ini menarik perhatian
burung-burung. Kafilah Arab juga terperasan dengan kehadiran burung-burung lalu pergi ke sana. Akhirnya, mereka
setuju menetap di sana dan membangunkan kota.

Tiga belas tahun kemudian, Nabi Ibrahim kembali menemui isterinya Siti Hajar dan Ismail dan sama-sama
membina Baitul Haram yang berbentuk empat segi. Sebelum ini, ia telah dibina oleh Nabi Adam. Setelah itu Nabi
Ibrahim kembali semula ke utara iaitu di Palestin di mana isteri Siti Sarah dan anaknya Nabi Ishak tinggal.

Anda mungkin juga menyukai