Anda di halaman 1dari 75

1

SYARAT-SYARAT & PERATURAN

Hak Cipta Terpelihara © (UPDATED 25 Jan.2019)


Dengan memiliki panduan ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk
mematuhi syarat dan terma penggunaan panduan ini. Panduan ini diterbitkan oleh
Ariel Collections dan Hafizi Zain di bawah syarikat Idea Master Network Sdn Bhd
dan ianya dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987. Pengguna tidak dibenarkan
untuk menyebar panduan ini dengan apa jua sekalipun. Panduan ini hanyalah untuk
kegunaan peribadi pengguna sahaja. Pengguna juga tidak dibenarkan untuk
menyalin ulang mana – mana bahagian didalam panduan ini tanpa kebenaran
daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan atau perbuatan menyebar panduan ini
tanpa kebenaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja akan
menyebabkan hak pengguna akan terbatal serta merta. Sesetengah nama produk,
syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam panduan ini adalah dilindungi
oleh hak cipta © atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala
syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

Anda tidak dibenarkan mencetak, menyalin, menyewa, menjual dan menyiarkan


mana-mana bahagian di dalam ebook dalam apa jua bentuk samada elektronik,
fotokopi, mekanik atau audio video tanpa kebenaran bertulis daripada kami selaku
penulis ebook Panduan Part Time Shopee (PPTS) ini. Sekiranya anda dikesan dan
didapati melanggar hak cipta, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil
tindakan tegas mengikut saluran perundangan Malaysia.

Dengan membeli ebook ini anda bersetuju dan faham dengan peraturan-peraturan
yang ditetapkan. Semua jualan adalah daripada website www.bisnesparttime.com.
Jika anda dikesan menjual selain daripada yang tersebut di atas tindakan tegas
akan di ambil mengikut akta perundangan Malaysia.

Anda juga dilarang mengambil bahan di dalam kandungan ebook ini untuk tujuan
komersial seperti seminar, bengkel atau personal coaching tanpa kebenaran bertulis
daripada saya.

2
Penafian Penulisan

Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum dan
teknikal mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat
kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti.
Strategi yang disebut di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin
dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.

Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan informasi di dalam ebook ini
ketika penulisan, namun begitu informasi selalu bertukar dengan cepat. Oleh itu, sesetengah dari
maklumat yang ada di dalam ebook ini mungkin sudah tidak tepat ketika anda membacanya. Juga,
kemungkinan ada kesalahan tipografi dan kandungan.

Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam kegiatan khidmat
nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak yang
bertauliah dan professional jika diperlukan. Informasi yang dibekalkan tidak ada kena mengena
dengan mana – mana pihak sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati.

Logo dan Trademark "Shopee" adalah hak milik pihak Shopee sepenuhnya. Ebook panduan ini
hanyalah menyediakan strategi untuk menjana jualan melalui platform tersebut.

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam ebook panduan ini
adalah tepat dan lengkap. Pihak kami dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas
apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat
penggunaan dan aplikasi kandungan ebook panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.

Strategi yang disebut di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin
dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Sebarang maklumat yang diberikan di
dalam ebook ini mungkin berbeza sekiranya terdapat ubahsuai paparan platform oleh Shopee.

Pihak kami tidak bertanggungjawab jika pembaca menggunakan barang cetak rompak, vero (verified
right owner) dan copy right / trademark sehingga menyebabkan anda dikenakan tindakan undang-
undang daripada pihak lain.

Diharapkan dengan terbitnya ebook ini akan dapat membantu anda semua menjana pendapatan
sampingan atau tetap.

3
PESANAN PENTING:
Tahniah kerana membuat keputusan untuk mendapatkan Ebook Panduan Part Time
Shopee ini. Sebelum anda baca satu persatu dalam ebook ini, saya nak anda faham dulu
beberapa part penting dalam keseluruhan pakej yang anda dapat. Ini adalah sangat
penting untuk anda nampak ‘value’ yang anda dapat dan senang untuk anda ‘take
action’ untuk langkah seterusnya.

PART 1: EBOOK UTAMA


Dalam ebook utama ini, anda akan dapat semua info penting untuk anda memulakan
bisnes di Shopee bermula dari cara daftar akaun shopee, cara buat listing produk di
shopee, cara guna Shopee Ads dan banyak lagi. Jadi, pendek cerita, selepas anda habis
baca ebook utama ini, anda boleh ‘take action’ dan terus menjual barang di Shopee.

PART 2: STEP BY STEP BUAT ‘BULK LISTING’ DI SHOPEE.


Di Shopee, ada 1 function menarik iaitu ‘Bulk Listing’ yang boleh membantu kita buat
listing banyak produk tanpa perlu mengambil masa lama. Jadi, dalam ebook ini, kita
akan ajar, STEP BY STEP cara nak buat ‘Bulk Listing’ supaya store anda dapat penuh
dengan barang dalam masa sekejap sahaja.

PART 3: SENARAI EXCEL UNTUK ‘BULK LISTING’


Dalam Part 3 ini, anda diberi senarai excel lebih 200 produk untuk anda buat bulk
listing di store anda. Semua produk yang disenaraikan tersebut anda boleh dropship
sahaja dengan kami. Kita ada sertakan sekali cara nak submit order bila anda dah ada
customer nanti. Kalau yang dah pernah beli ChinaMethod sebelum ni, anda boleh guna
supplier anda sendiri direct dari China. Anda kena faham, tujuan untuk kita buat bulk
listing ini selain dari untuk menjana jualan, ianya adalah untuk memeriahkan store
Shopee kita. Nanti anda tambah lah produk-produk lain yang anda rasa boleh terjual di
Shopee ini. Baru lagi meriah!

PART 4: GROUP TELEGRAM SUPPORT.


Untuk memudahkan anda semua, kita ada sediakan group Support Melalui Telegram.
Kenapa Telegram? Sebab Telegram ni tak guna space phone. Kalau whatsapp, risau
‘hang’ pulak phone kita nanti. Hehhe. Jadi, harap anda boleh aktif di Group Support
ya.. Kalau ada soalan yang menyentuh isu sensitive, boleh terus PM inbox Ariel
Collections di fb: https://www.facebook.com/ariel.collections

4
ISI KANDUNGAN

BAB 1 : PENGENALAN TENTANG SHOPEE

BAB 2 : CARA MENDAFTAR DI SHOPEE

BAB 3 : CARA NAK BUAT SHOP SETTINGS

BAB 4 : CARA NAK GUNA MARKETING CENTER

BAB 5 : APA ITU MY INCOME & MY WALLET

BAB 6 : PENTINGNYA MY SHOP CATEGORIES

BAB 7 : JOM DAFTAR FREE SHIPPING PROGRAM

BAB 8 : CARA SEBENAR UNTUK BOOST & CHAT

BAB 9 : STEP BY STEP CARA BETUL LISTING PRODUK

BAB 10 : ACTION PLAN PENTING UNTUK ANDA BOLEH BERTINDAK SEGERA

PENUTUP

PENTING!
Pastikan anda baca ebook ni sampai habis dan masuk ke
group Support melalui Telegram ya.. Di mukasurat akhir
ebook ini saya ada bagitau cara nak masuk ke group
support.

5
BAB 1: PENGENALAN

Shopee merupakan sebuah syarikat mobile market place yang berasal dari
Singapura dan merupakan spinoff company by Garena. Shopee ini boleh dikatakan
sebagai anak syarikat Garena dan dari situlah asal mula tertubuhnya Shopee yang
kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk berbeli-belah secara
atas talian.

Shopee beroperasi sama sahaja seperti market place yang lain seperti Lazada, 11th
street, carousell dan lain-lain. Tetapi Shopee mempunyai beberapa kelebihan utama
berbanding yang lain antaranya mampu mengurangkan jurang komunikasi antara
pembeli dan penjual dengan wujudnya butang 'Chat Now' pada setiap produk. Ini
bermakna, apabila pembeli hendak membeli sesuatu produk, mereka boleh bertanya
dahulu kepada penjual sama ada barang itu masih ada atau tidak, bila tarikh
shipping, apakah perincian barang seperti saiz dan sebagainya; malah untuk
menawar harga juga pun boleh dengan function 'Make Offer' yang ada dalam kotak
chat tersebut. Lebih menarik, antaramuka yang digunakan oleh Shopee juga sangat
mesra pengguna dan sangat mudah dibuka dengan menggunakan telefon pintar.

Selain itu, yang menjadikan Shopee ini lebih menarik adalah wujudnya FREE
SHIPPING PROGRAM di mana program ini disediakan oleh Shopee dengan
kerjasama Poslaju yang bertujuan supaya lebih ramai pengguna membeli secara
atas talian. Ia sangat menguntungkan kedua-dua belah pihak, baik sebagai buyer
mahupun sebagai seller. Dengan kepesatan pembeli yang semakin menggemari
belian melalui Shopee ini, penulis yang telah terlibat secara langsung dengan
penjualan barangan menggunakan Shopee mengambil inisiatif untuk menyediakan
tutorial ini agar dapat membantu para usahawan lainnya turut menjual menggunakan
platform ini.

6
BAB 2: MENDAFTAR DI SHOPEE

Seperti marketplace online yang lain juga jika anda ingin menjadi penjual atau
pembeli, anda juga perlu mendaftar dahulu di shopee. Caranya senang sahaja dan
terdapat 2 cara mendaftar di shopee iaitu:

1. Menggunakan Smartphone
Jika anda ingin mendaftar menggunakan smartphone anda perlu install
aplikasi shopee di google store atau apple store.

2. Menggunakan Desktop atau Laptop


Sekiranya anda menggunakan desktop atau laptop anda perlu pergi ke laman
rasmi shopee iaitu www.shopee.com.my untuk mendaftar.

# Sebagai seorang Seller di shopee, sekiranya anda ingin memaksimakan


penggunaan platform shopee ini untuk jualan. Saya cadangkan anda perlu
menggunakan desktop atau laptop kerana?

1. Dapat explore banyak tools yang menarik dalam dashboard shopee


2. Tools di desktop biasanya tiada dalam smartphone.
3. Boleh buat unlimited listing dengan cepat.
4. Listing kita lebih teratur mengikut kategori produk

# Manakala jika anda menggunakan smartphone ianya masih juga boleh guna untuk
listing barang, boleh cek order masuk dan juga respond mesej dengan cepat.
Kira shopee guna smartphone ini lebih kepada instant user dan ianya senang nak
monitor.

7
Daftar menggunakan desktop atau laptop

# Layari www.shopee.com.my daftar menggunakan desktop atau laptop.

dan KLIK SIGN UP.

# Mendaftar di Shopee adalah yang paling MUDAH. Anda boleh terus mula menjual
sebaik sahaja selesai mendaftar.

Nota Penting!!!!!

# Perlu saya ingatkan

SATU NOMBOR TELEFON hanya boleh digunakan untuk SATU USERNAME


SAHAJA

dan

SATU NAMA hanya boleh digunakan untuk SATU USERNAME SAHAJA.

8
# Anda perlu mengisi maklumat akaun shopee seperti dibawah, kemudian shopee
akan menghantar verifikasi kod ke telefon bimbit anda untuk pengesahan

Ada 3 pilihan untuk mendaftar iaitu menggunakan Email / No.Phone /


Facebook
(Sila pilih no.phone atau email kerana lebih senang)

9
Daftar Menggunakan Smartphone

# Cara-caranya

1. Install aplikasi Shopee di google store


2. Klik Sign Up untuk mendaftar
3. Ada 3 pilihan untuk mendaftar iaitu guna Email / No. Phone / Facebook
(Sila pilih no. phone atau email kerana lebih senang)
4. Buat username dan masukkan password

10
Shopee Fees 1%

Setelah 3 tahun market place Shopee ini beroperasi dengan FREE OF CHARGE
(FOC) kepada seller dan buyer . Kini bermula pada tarikh 14 Januari 2019 dengan
secara rasminya Shopee telah megumumkan mereka akan mengenakan 1%
Payment Fees untuk setiap semua order yang berjaya dibuat oleh SELLER.

Caj 1% ini akan dikenakan kepada semua Seller dalam Shopee, sebenarnya caj
fees ini tak la begitu banyak pun. Kerana shopee masih lagi mengekalkan FREE
SHIPPING PROGRAM (SSL) mereka bagi kemudahan kepada semua seller
shopee. (itu yang penting Free Shipping Program)

11
Bagi setiap order yang sudah lengkap dibuat beserta dengan bayaran penuh, maka
barulah Shopee akan mengenakan caj 1% seperti gambar transaksi di bawah ini.

12
13
BAB 2: SHOP SETTINGS

Bina Profile Kedai di Shopee

Bagi yang pertama kali log in ke shopee, jika anda masuk ke marketplace shopee ini
sebagai seorang seller. Perkara yang pertama sekali anda perlu buat adalah set up
kedai shopee anda. Di shopee setiap pengguna akan diberikan seller dashboard
iaitu Shopping Seller Center untuk anda setting dan update informasi berkenaan
profile kedai online anda.

Selepas anda selesai log in akaun anda di shopee, kemudia anda klik pada Seller
Center seperti gambar di bawah.

14
Anda akan dibawa masuk ke dashboard kedai online anda di Shopee.Disinilah pusat
pengurusan kedai online anda di shopee. Kemudian Klik pada Shop Setting seperti
gambar dibawah.

15
SETTING SHOP PROFILE KEDAI ONLINE SHOPEE

Shop Profile

Bila dah masuk ke shop profile ini langkah seterusnya anda perlu masukkan
informasi berkenaan kedai online shopee seperti

1. Logo - Masukkan Logo Kedai


2. Cover Photo - Masukkan Cover Photo Kedai
3. Shop Name - Bina ‘Shop Name’ untuk produk anda (username dan shop
name memang boleh tak sama)
4. Image & Video - Letakkan Image atau Video berkenaan kedai dan detail
produk anda bagi nampak real dengan adanya slide image atau video
5. Shop Description - Buat simple description tentang maklumat kedai

16
Nota Penting!!

Didalam maklumat kedai anda boleh juga tuliskan keberadaan produk anda samada
ianya Ready Stock atau Pre Order dan detail shipping untuk rujukan pembeli seperti
contoh gambar dibawah.

17
Di bawah ini adalah contoh paparan yang orang akan lihat untuk kedai online
shopee anda.

18
My Shipping / Penghantaran

Terdapat 2 cara penghantaran yang Shopee berikan iaitu samada anda boleh
menggunakan cara SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL) atau secara manual
menggunakan shipping yang lain.

19
SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS (SSL)
(Free Shipping Program)

Anda digalakkan untuk memohon bagi mendapatkan SHOPEE SUPPORTED


LOGISTICS kerana?

1. Kos Penghantaran adalah RM5.04 sehingga 5kg sahaja dan jika pembelian
melebihi RM40, penghantaran adalah percuma. Kos penghantaran ke Sabah
Sarawak juga lebih murah berbanding biasa.

2. Mudah dan anda tidak perlu lagi menulis consigment bagi setiap order. Hanya
print sahaja consgiment dan hantar sahaja ke POSLAJU.

Setiap seller di Shopee layak untuk mendapatkan program SHOPEE SUPPORTED


LOGISTIC ini. Tidak kira samaada anda low volume seller atau high volume seller.
Ianya juga dipanggil FREE SHIPPING PROGRAM, saya akan terangkan pada bab
seterusnya.

20
My Address

Sebagai seller baru anda perlu masukkan alamat yang akan anda gunakan untuk
transaksi jual atau beli dalam shopee. Alamat ini juga digunakan samada untuk di
pickup oleh pos laju atau untuk diprintkan dekat borang.

Note: Sila masukkan alamat anda sendiri di bahagian ini, kerana jika ada parcel
‘RETURN BACK’ ianya akan terus dihantar ke alamat anda.

Dekat bahagian ini semasa anda melakukan shipping anda diberi pilihan samada
nak menggunakan:

1. Dropoff
2. Arrange Pickup

21
Bank Account / Cards

Dekat bahagian ini pula, anda boleh masuk dan tetapkan akaun bank anda yang
akan digunakan dalam shopee.

Tujuannya jika ada berlakunya transaksi dan duit dah pun shopee release kedalam
wallet so kita boleh lah withdraw duit tu dalam akaun bank kita.

Biasanya shopee akan mengambil masa 2-3 hari untuk verify samada akaun bank
tersebut betul-betul valid untuk tujuan withdraw.

Note: Mengikut pengalaman saya, satu akaun bank boleh link lebih dari satu akaun
shopee untuk withdraw.

22
Setting-setting lain

Shop Settings – Bahagian ini anda boleh setkan pada produk anda samada
pembeli dibenarkan untuk boleh tawar menawar atau pun tidak. Ianya terpulang
kepada anda dan anda boleh juga Enable vacation mode jika anda pergi bercuti.

Privacy Settings – Jika anda tidak mahu kongsikan dengan seller lain segala aktiviti
didalam akaun shopee anda, hanya perlu Disable sahaja.

Chat Settings – Jika pergi bercuti anda boleh setkan auto reply , so customer akan
tahu status anda.

Notification Settings – Anda boleh pilih samada nak Enable atau Disable semua
item dalam bahagian ini.

23
BAB 3 - MARKETING CENTRE

Selain daripada meningkatkan produk anda dengan cara ‘BOOST’, anda juga boleh
membayar untuk memasang iklan atau membuat kupon diskaun untuk
meningkatkan penjualan anda.

Shopee telah menyediakan bahagian ini iaitu di Marketing centre.

# My Ads - Anda perlu membayar jika anda ingin memasang iklan berdasarkan
keyword yang diberikan. Ia boleh membantu anda expose produk anda kepada lebih
ramai orang jika anda adalah seller baru.

# Jika tidak, anda boleh menggunakan "My Discount Promotion" atau "My Voucher "
untuk menarik lebih banyak pembeli. Saya fikir ini berguna apabila anda sudah
mempunyai beberapa pendedahan di Shopee. Anda juga boleh cuba meletakkan
produk anda di bawah kempen Shopee.

24
My Ads

# My Ads – Satu pengiklanan berbayar yang baru sahaja diperkenalkan oleh shopee
bagi menaikkan ranking julan anda di shopee. Dan ianya sangat berkesan
membantu anda buat sale di shopee.

# Fungsinya sama seperti boost tapi berbayar, berbeza dengan boost percuma.

# My ads juga akan menaikkan listing produk anda dibahagian atas sekali mengikut
harga bid yang telah anda tetapkan dan juga keyword yang digunakan.

# Untuk menggunakan My Ads di shopee ini, pastikan keyword yang anda akan
gunakan itu mestilah tepat dan sesuai dengan produk anda, dan kos Jika tidak anda
akan rugi menanggung kos pengiklanannya nanti.

# Mari kita lihat bagaimana cara menggunakan ads di shopee

25
# Bagi yang pertama kali klik My Ads anda akan lihat gambar seperti di bawah ini.

# Untuk mengaktifkan my ads ini, anda perlulah Top Up duit, shopee telah sediakan
jumlah amount yang boleh anda gunakan untuk top up seperti gambar di bawah.

# Untuk permulaan percubaan saya cadangkan anda top up RM20 dahulu untuk
melihat flow pengiklanan ads shopee ini. Pastkan pilih produk dan keyword yang
sesuai untuk running ads ini supaya ianya berbaloi.

# Pilih produk mana yang anda nak buat seterusnya kilk Next.
26
# Produk yang saya telah pilih untuk pengiklanan My Ads ialah Kasut Vans Pa’din
Musa, anda boleh lihat didalam kotak yang telah saya highlight merah diatas itu ialah
keyword yang di rekomen oleh shopee. Anda boleh juga tambah masuk keyword
yang anda rasa boleh digunakan untuk produk anda , hanya klik Add More.

# Tolong elakkan menggunakan keyword yang terlalu umum

# Setiap keyword tersebut anda boleh lihat dibawahnya ada tertulis kos ‘Bid Per
Click’ mengikut keyword. Kos tersebut bukan lah tetap , anda boleh edit mengikut
kos yang anda inginkan.

# Bid Per Click (BPC) bermaksud setiap kali orang klik masuk di iklan produk anda
maka akan ada caj yang dikenakan oleh Ads walaupun orang itu tak beli . Jadi
nasihat saya, edit kos (BPC) itu jadikan ia murah seperti saya buat , sila lihat gambar
di bawah ini.

27
# Saya hanya pilih keyword yang perlukan sahaja dan kemudiannya saya tukarkan
kos (BPC) mengikut kos yang saya nak, seperti gambar diatas saya letakkan kos
BPC untuk produk saya hanya RM0.05 sahaja. Setelah selesai, klik Publish
Promotion.

28
# Seterusnya anda boleh lihat gambar diatas produk saya sudah mula diiklankan
menggunakan My Ads Shopee.

# Shopee hanya menyediakan 5 slot teratas sahaja di desktop untuk pengiklanan my


ads dan nampaknya untuk produk kasut vans padin ini, tiada orang menggunakan
ads jadi 5 slot paling atas masih kosong. Walaupun saya hanya menggunakan BPC
RM0.05, iklan saya masih berada di ranking paling atas.

# Bila orang search sahaja salah satu keyword yang telah saya guna tadi, anda
boleh nampak iklan saya berada di ranking teratas sekali, dan untuk mengetahui
produk di shopee samaada menggunakan pengiklanan ads atau tak. Anda boleh
lihat ada logo ‘Ad’ pada gambar utama prosuk teesebut seperti gambar diatas.

# Disini saya nak tekankan jika anda decide untuk menggunakan pengiklanan my
ads di shopee ini tolong pastikan pemilihan produk kos bid dan keyword yang
digunakan mestilah tepat.

# Kebanyakan masalah yang berlaku pada seller shopee ini, kos iklan mereka lebih
mahal berbanding dengan sale yang mereka terima.

29
My Discount Promotion

# Mari kita lihat cara-cara untuk memberi diskaun produk dalam tempoh masa
tertentu . Klik ‘My Discount Promotions’

# Bahagian seterusnya ini anda boleh klik ‘New Discount promotion’ untuk
mengaktifkan bahagian promotion anda .
30
# Pada bahagian ini masukkan nama promotion anda dan setting promotion period
yang hendak anda berikan

# Sila pilih produk mana yang nak beri promotion , anda juga boleh pilih semua
produk untuk bagi diskaun.

31
# Nyatakan diskaun yang hendak anda berikan dalam ruangan seperti gambar
diatas .

# Disini saya berikan 5% diskaun pada produk saya , jadi harga kasut dari RM139
selepas diskaun 5% harganya RM132.05 .

32
# Selesaikan bagi diskaun , klik ‘Done ‘ dan diskaun produk anda akan bermula
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

# Diskaun produk anda akan aktif dalam masa 15 minit

33
# Diskaun produk anda telah aktif dipaparkan dalam kedai shopee anda dan
seterusnya Klik ‘BOOST’ .

34
BAB 5 : MY INCOME & MY WALLET

Seterusnya setting dalam Shopee Seller Centre yang perlu anda tahu adalah My
Income & My Wallet.

# Dalam shopee konsep yang digunakan dalam jual beli ialah dimana duit yang
dibayar oleh pembeli itu akan masuk ke Wallet akaun Seller sementara menuggu
waktu untuk dilepaskan.

# Bila barang dah sampai mengikut tempoh yang ditetapkan, baru lah duit tersebut
akan dilepaskan masuk sepenuhnya ke Wallet.

# Seterusnya duit boleh di proses untuk Withdraw

35
# Klik My Income

# Gambar diatas menunjukkan jumlah duit yang masih menunggu untuk dilepaskan,
pembeli kena confirmkan yang mereka betol-betol dah menerima barang tersebut
dengan selamat

# Setiap rekod pembelian selalunya anda kena upload Tracking Number kepada
pembeli, rekod status barang tersebut juga penting untuk rujukan pembeli bagi
memastikan barang tersebut selamat sampai mengikut tempoh yang ditetapkan.
Dan seterusnya duit anda juga cepat untuk dilepaskan

# Anda juga boleh cuba follow up dengan mereka dan ingatkan untuk update confirm
received order pada rekod pembelian mereka di shopee, supaya duit anda di wallet
cepat release untuk di Withdraw.

36
# Klik My Wallet

# Bagi duit yang telah di lepaskan anda boleh lihat di My Wallet.

# Jumlah RM105.00 adalah baki duit yang selamat dilepaskan dan sedia untuk di
withdraw. Withdraw adalah percuma, tiada sebarang fees yang dikenakan.

37
# Klik Withdraw

# Seminggu hanya boleh withdraw 3 kali sahaja dan percuma.

# Dan satu hari hanya sekali sahaja dibenarkan withdraw. So saya cadangkan anda
kumpul dulu duit dalam wallet dan withdraw lah dalam seminggu sekali .

# Proses withdraw selalunya mengambil masa dalam 2-5 hari waktu berkerja untuk
duit masuk dalam bank akaun. Tetapi selalunya saya withdraw pagi, keesokan
harinya duit dah masuk. Nanti anda boleh juga cuba .

38
BAB 6 : MY SHOP CATEGORIES

# Untuk mencantikkan lagi kedai online shopee anda boleh asingkan produk anda
dengan lebih teratur mengikut kategorinya. Jadi semua produk akan berada di
kategori mereka sendiri dan memberi kemudahan kepada customer untuk melihat
dan memilih produk tersebut.

# Jika anda menjual 10 produk yang berbeza maka anda perlu ada 10 kategori
produk tersebut dalam shopee.

# Di bawah ini saya kongsikan cara-cara untuk setkan kategori bagi produk anda.

39
# Untuk kategori yang baru anda hanya perlu klik ‘Add a new customised category’
seperti gambar diatas.

# Kemudiannya anda perlu masukkan nama bagi kategori itu dan masukkan produk
yang anda nak add dalam kategori tersebut seperti gambar dibawah.

40
# Setelah selesaikan add masuk semua produk mengikut kategori masing-masing,
seterunya klik Active supaya kategori produk anda itu akan dipaparkan di kedai
shopee anda seperi gambar di bawah ini.

41
BAB 7 : APA ITU FREE SHIPPING PROGRAM?

Sebelum penerangan cara urus dan pos order yang masuk, di sini diterangkan
terlebih dahulu tentang program yang cukup menarik yang ditawarkan oleh Shopee
iaitu FREE SHIPPING PROGRAM.

Free Shipping Program merupakan satu kolaborasi antara Shopee dan Poslaju
untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Program ni bermaksud,
sebagai buyer mahupun seller, kedua-dua pihak tidak perlu membayar kos postage
apabila berjual-beli di Shopee. Program ni juga dipanggil Pengeposan Poslaju
Berkontrak.

Walau bagaimanapun, terdapat terma dan syarat untuk program ini iaitu:

1. Free shipping terhad kepada pembelian RM40 ke atas.


2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke bawah untuk Semenanjung dan 1kg ke bawah
untuk Sabah Sarawak.
3. Free shipping dibenarkan sehingga anggaran 5x pembelian sahaja seminggu
untuk satu akaun buyer. Seller tiada masalah boleh berapa ramai buyer pun, tetap
tersedia free postage.

Di dalam banyak keadaan, walaupun terma no 1 tak dapat dipenuhi, fee postage
yang dikenakan tetap jauh lebih murah daripada pos biasa. Fee tersebut hanya
sekitar RM1-RM5 sahaja (setakat tutorial ini ditulis) dan fee ini ditentukan oleh
Shopee dan akan dapat ke Shopee, bukan seller. Seller hanya akan dapat harga
barang. Sekiranya buyer bertanya berapa postage untuk belian kurang RM40, seller
boleh minta buyer klik dahulu pada Shipping Option untuk tahu berapa postage yang
Shopee kenakan (kerana ia berubah mengikut alamat dan kuantiti barang).

Free Shipping Program ini boleh diapply di www.shopee.com.my/poslajusignup.

Sebaiknya apply awal kerana mengambil masa lebih kurang seminggu atau lebih
untuk Shopee approve.

42
Apakah kelebihan program ini ?

1. FREE SHIPPING.

2. Tak perlu bayar apa-apa di kaunter, drop off sahaja parcel.

3. Tak perlu tulis borang Pos Laju lagi, print sahaja.

4. Kalau banyak barang dan berat melebihi had free yang ditetapkan, maka fee
akan diadjust secara automatik mengikut berat yang lebih tersebut.

Secara ringkasnya, process penghantaran menggunakan SHOPEE SUPPORTED


LOGISTICS adalah seperti rujukan di atas.

43
Apa perlu buat SEBELUM apply Free Shipping Program?

1. Kena ada PRINTER. Sebab nak kena print waybill (yang menggantikan borang
poslaju).

2. Kemaskini maklumat shipping (address seller).

3. Siap-siap timbang berat produk supaya tak exceed berat ditetapkan.

4. Sediakan borang PL9

44
Apa itu borang PL9? Di mana nak dapatkan? Bagaimana nak isi borang PL9?

Anda boleh baca info dibawah ini cara untuk mendapatkan borang ini dan panduan
isi borang PL9 .

45
Contoh borang yang pelu anda isi untuk aktifkan FREE SHIPPING PROGRAM

46
47
PROSEDUR POS BARANG MELALUI FREE SHIPPING PROGRAM

Step 1 - Bila order dah masuk pertama sekali anda klik SELLER CENTRE

Step 2 - Bila anda telah masuk ke dashboard seller centre sila kill MY SALES ,
semua maklumat order ada disini.

48
Step 3 - Klik bahagian TO SHIP untuk melihat senarai penuh order yang telah
masuk dan seterusnya bagaimana nak proses order tersebut sila kilk ARRANGE
SHIPMENT

Step 4 - Anda diberikan dua pilhan untuk proses shipping ini iaitu DROPOFF &
PICKUP, pilih salah satu dan klik confirm

49
NOTE: Pilih dropoff kalau rasa lama nak tunggu posmen datang pickup -
contohnya kalau dapat order hari Jumaat, pilih dropoff dan cuba poskan
Sabtu/Ahad di pejabat pos UTC. Kalau nak tunggu posmen kena tunggu Isnin.

NOTE: Pilih pickup kalau anda ada masalah transport nak ke pejabat pos atau
nak jimat kos minyak sekiranya dropoff.

Step 5 - Selepas pilih shipment, akan keluar seperti dibawah ni yang ada maklumat
tracking number. Yang best di Shopee ni seller tak perlu update tracking number
pada customer sebab dah auto-generated dalam sistem buyer dan seller. So buyer
boleh terus cek tracking number mereka dalam Shopee tanpa perlu tanya seller.

Waybill tu apa? Waybill tu macam consignment notes yang menggantikan borang


Poslaju. So anda tak perlu isi borang lagi dan hanya klik PRINT sahaja. Klik Print
Waybill

50
Step 6 - Ok dah siap waybill yang ada maklumat alamat pengirim, alamat penerima,
tracking number dan poskod. Ada lagi maklumat lain tapi ni antara yang penting.
Perlu diingat ya, maklumat ni bukan seller yang isi, ini auto-generated dalam sistem.

Maksudnya bila buyer place order, waybill ni akan terus tersedia dan seller tinggal
nak print jer

Parcel yang dh siap untuk dropoff ke Post office

51
FREE SHIPPING VOUCHER (FSV)

# Free Shipping Voucher adalah baucer yang mesti digunakan pada pembelian di
Shopee untuk menikmati diskaun penghantaran. Program FSV ini baru sahaja
diperkenalkan oleh shopee pada Ogos 2018 kepada pengguna shopee.

# Shopee telah menghantar notification Free Shipping Voucher ini pada setiap
pengguna shopee pada 1 Ogos 2018. Anda semua boleh semak dibahagian
Notification, Shopee Update seperti gambar dibawah.

# Anda boleh claim FSV ini dengan hanya ikut step yang shopee berikan dengan
hanya klik notification tersebut.

# Dalam Free Shipping Voucher ini , bila anda boleh gunakan FSV ini ?

1. Satu hari hanya SEKALI sahaja boleh guna.


2. Seminggu dapat guna 5 kali sahaja.
3. Sebulan hanya dapat guna 7 kali

# Pada setiap 1hb shopee akan berikan lagi 7 voucher kepada anda.

52
# Setiap voucher shopee yang diberi ada dituliskan tarikh luput voucher tersebut,
jadi anda perlu menggunakannya sebelum tarikhnya habis. Kalau tak guna, hujung
bulan akan luput dan tidak boleh di bawa ke bulan seterusnya. Di bawah ini gambar
voucher yang telah diclaim dari shopee beserta tarikh luputnya.

53
# Content dan detail yang diberikan oleh shopee untuk anda claim dan step
untuk menggunakannya.

54
55
56
BAB 8 : ‘BOOST’ PRODUK DAN CHAT

Boost Produk

# Sebagai seller di shopee, kita mahukan produk kita mendapat permintaan yang
tinggi dan laris dipasaran dari pesaing-pesaing yang lain.

# Oleh itu shopee telah menyediakan ikon ‘BOOST’ pada setiap produk tujuannya
untuk meningkatkan ‘Keyword ‘produk anda di paparan shopee.

# Shopee beri kita ‘BOOST’ setiap 4 jam sekali untuk 5 produk sahaja dalam satu
masa. Jadi saya nasihatkan kepada anda, cari produk yang BETOL-BETOL banyak
permintaan sahaja untuk selalu anda klik button BOOST.

# Pada pengalaman saya, saya cadangkan anda perlu ‘BOOST’ produk anda pada
setiap 6 jam sekali. Cara ini benar-benar membantu untuk membiarkan orang
mencari produk anda di tengah-tengah masa yang sesuai dengan mereka

57
Ruangan Chat

# Salah satu perkara yang best di shopee ini adalah ruang chat yang disediakan
oleh shopee kepada penjual dan pembeli. Chat ini berfungsi untuk mewujudkan satu
komunikasi yang positif antara mereka bagi memastikan kedua-dua pihak
berpuashati dengan apa yang mereka bincangkan.

# Selalunya di chat ini pembeli membuat tawar menawar untuk mendapatkan produk
tersebut dengan harga paling rendah, itu pun bergantung kepada persetujuan
penjual.

# Jika anda pergi bercuti, anda boleh juga setkan auto reply di ruang chat ini untuk
sebarang pertanyaan dari pembeli semasa ketiadaan anda.

# Diatas ini contoh perbualan chat shopee dimana pembeli membuat offer untuk
produk kasut Vans yang ingin dibelinya. Selalunya diakhiri dengan persetujuaan
kedua-dua pihak.
58
Shopee Extended Guaranteed

Jaminan Shopee melindungi pengguna dengan melepaskan pembayaran kepada


seller selepas pembeli mengesahkan penerimaan pesanan tersebut. Setelah confirm
received , pembayaran akan dilepaskan kepada Wallet seller, dan akan dikeluarkan
melalui pengeluaran withdraw.ke bank akaun.

Tempoh jaminan pembeli dibuat dari 2 elemen seperti di bawah, bermula dari tarikh
pengesahan pembayaran anda.
1. Semasa hari penghantaran ditentukan oleh seller berdasarkan bilangan hari yang
diperlukan untuk mempersiapkan penghantaran
2. Anggaran masa penghantaran sampai atau berdasarkan purata masa
penghantaran.

Jika saya belum menerima produk ini. Bolehkah saya melanjutkan tempoh
pembelian saya?
1. Ya, anda dibenarkan melanjutkan tempoh lagi 3 hari dan sila rujuk sellerl jika
anda masih belum menerima produk anda.
2. Untuk melanjutkan Jaminan Beli , hanya klik pada "Extend the Shopee
Guarantee" di bahagian page order. Seperti gambar di bawah ini.

59
BAB 9: Step Listing ( Single Product )

# Ini adalah bahagian yang paling penting dalam shopee dimana anda perlu
masukkan produk anda untuk dipaparkan di shopee.

# Saya akan tunjukkan step-step dan juga tips penting semasa kita listing produk
kita di shopee.

# Penting bagi anda yang masih baru di shopee untuk ikut step-step di bawah ini.

Step 1

# Login akaun shopee anda.

# Pergi ke Shopee Seller Center dan Klik My Products,

# Kepada yang masih baru dalam shopee , saya cadangkan anda guna desktop @
laptop untuk listing produk.

60
Step 2

# Sila klik ‘Add a New Product’ untuk upload gambar produk baru anda.

61
# Anda boleh masukkan 9 gambar untuk satu listing

Step 3

BASIC INFORMTION

# Product Name – Bahagian ini adalah sangat penting sekali,untuk paparan di


shopee tajuk atau nama bagi produk anda mestilah betul-betul tepat.

62
TIPS!!: SILA GUNAKAN KEYWORD YANG BETUL DAN SELALU ORANG CARI
BILA MEREKA SEARCH DI SHOPEE. TERUS FOKUS KEPADA SATU
KEYWORD ON DEMAND.

# Tujuan kita letakkan Keyword ini supaya kita nak bila orang cari produk terus
mereka jumpa produk kita.

# Jangan letakkan tajuk atau nama produk yang terlalu panjang takut nanti kita
terlepas Keyword yang kita nak sampaikan.

TIPS!!: COMBINE KAN KEYWORD DALAM BAHASA MALAYSIA DAN ENGLISH.

63
# Gambar diatas adalah contoh result penggunaan keyword combine, keyword yang
digunakan Cadar 3 in 1 & Bedsheet 3 in 1 . Pencarian bagi keyword ini terus kepada
produk yang mereka cari

TIPS!!: JANGAN LETAK SATU GAMBAR PRODUK DI HALAMAN GAMBAR


UTAMA SEMASA LISTING.

# Pemilihan gambar untuk digunakan semasa listing adalah penting kerana orang
akan tertarik kepada gambar yang nampak meriah dan mempunyai kepelbagaian
pilihan dan ceria bila melihatnya.

# Jika produk anda mempunyai variasi , cuba tunjukkannya di gambar utama seperti
gambar di bawah ini.

64
# Orang ramai akan lebih tertarik bila melihat paparan gambar utama seperti ini ,
mesej yang nak disampaikan gambar ini juga jelas.

# Product Description – Bahagian ini pula anda perlu isikan detail berkenaan dengan
produk anda. Apa yang and perlu isi?

1. Keadaan produk anda samada baru atau pun telah diguna (2 nd hand)
2. Variasi yang pada produk anda
3. Keberadaan produk anda samada ready stock @ kena pre order
4. Caj penghantaran dan masa penghantaran yang anda perlukan
5. Contact detail untuk rujukan pembeli seperti phone number atau link store
6. Pakej FREE GIFT @ FOC yang ingin anda berikan kepada pembeli

65
7. Cara-cara nak order produk

# Dalam bahagian ini juga apabila sudah habis cerita tentang produk anda , sila
letakkan #hashtag. #Hashtag ini juga membantu dimana orang akan lebih senang
jumpa produk anda. Sebagai contoh jika anda jual produk kasut NIKE , anda boleh
guna hashtag seperti #nikeshoes, #kasutnikemurah, #nikeairmax rujuk gambar
dibawah.

# Category – Pastikan pemilihan kategori mestilah ada kena mengena dengan


produk yang hendak anda jual.

# Tujuannya apabila orang mencari produk melalui carian kategori, mereka boleh
terus jumpa produk anda

66
# Seterusnya , anda perlu isikan detail bagi produk anda seperti

1. Brand (produk anda jenama apa?)


2. Material (menggunakan material apa?)
3. Recommended Age ( sesuai untuk umur berapa?)

TIPS!!: JIKA ANDA RASA JENAMA PRODUK ANDA ITU AKAN ADA MASALAH
BILA DIGUNAKAN DI SHOPEE, LEBIH SELAMAT ANDA BOLEH TULIS ‘OEM’
PADA BRAND PRODUK.

67
Step 4

PRICE & INVENTORY

# Price – Bahagian ini anda hanya perlu masukkan harga yang ingin anda tetapkan
pada produk anda. Letakkan harga yang sesuai sebab ada masanya pembeli akan
mintak diskaun, jadi berilah harga yang terbaik.

# Stock – Anda boleh masukkan kuantiti produk anda yang sedia ada atau pun pre
order .

# Add Variations – Variation ini selalunya digunakan jika produk anda mempunyai
size , design dan warna yang banyak. Oleh itu fungsi variation ini akan keluarkan
paparan detail variasi berasingan supaya anda boleh memilhnya . Contoh seperti di
bawah

68
Paparan bahagian Variations di shopee

# Bile kita selesai tetapkan variasi pada produk kita, dan kemudian publish maka
keluarlah paparan variation pada listing shopee kita seperti gambar diatas.

# Wholesale – Anda juga boleh menjual produk anda di shopee dengan harga
borong , hanya perlu masukkan harga dan berapa MOQ kepada pembeli.Seperti
gambar di bawah .

69
Step 5

SHIPPING

Produk Ready Stock

# Jika listing anda itu untuk produk ready stok , pada bahagian shipping anda perlu
gunakan FREE SHIPPING PROGRAM yang sebelum ini anda mohon. Iaitu Shopee
Support Logistics ( SSL ), untuk dapatkan free shipping dengan pos laju.

# Hanya tetapkan pada bahagian shipping seperti gambar di bawah

Produk Pre Order

# Jika anda menggunakan produk pre order, anda hanya perlu pilih Other untuk
tetapan shipping pada bahagian ini seperti gambar di bawah.

70
Step 6

OTHER

# Bagi listing produk yang ready stock anda diberikan masa 3 hari waktu bekerja
untuk menguruskan shipping produk tersebut.

# Jika produk anda itu pre order, anda boleh setkan ikon ‘Pre Order’ dan pilih berapa
hari yang anda perlukan untuk pre order produk tersebut. Seperti gambar dibawah.

# Condition – Jika produk anda itu baru sila pilih ‘NEW’ atau sebaliknya pilih ‘USED’

# Setelah selesai listing produk , sila periksa semula semua bahagian dan pastikan
semuanya telah pun diisi. Seterusnya klik save dan paparan produk anda akan
keluar di shopee

71
NOTA PENTING:
PRODUK READY STOCK

# Jika anda listing untuk produk READY STOK sila pastikan anda menggunakan
shipping FREE SHIPPING PROGRAM atau SHOPEE SUPPORT LOGISTICS (SSL)

# Free Shipping Program ini hanya sesuai bagi produk READY STOCK sahaja.

# Untuk megaktifkan program ini SILA PASTIKAN anda ikut step-step yang diberikan
selepas anda barjaya mengaktifkan program ini. Jika tidak anda tidak akan nampak
perkatan SHOPEE SUPPORT LOGISTICS pada paparan shipping fee semasa
listing

# Sila rujuk STEP 5 untuk untuk melihat detail bahagian shipping.

PRODUK PRE ORDER

# Untuk produk Pre Order biasanya mengambil masa untuk shipping kepada
customer, biasanya dalam 7 -14 hari barang akan sampai ke customer. Jadi saya
sarankan untuk listing bagi produk pre order ini anda boleh pilih OTHERS.

# Sila rujuk STEP 5 untuk untuk melihat detail bahagian shipping.

# Sekarang ni musim Chinese New Year. Jadi, China akan cuti 1 bulan sehingga
hujung Februari. Dalam tempoh ini, pastikan anda tidak upload barang dari China
ya.. Nanti susah pula kalau ada pembeli yg beli barang anda.

72
BAB 10 : ACTION PLAN

Berikut adalah beberapa Cadangan ‘Action Plan’ yang anda boleh buat selepas
anda habis baca Ebook ini. ‘Action Plan’ ini khas untuk anda yang ‘Beginner’ dalam
Shopee ini.

Anda daftar akaun Shopee mengikut Step-step yang diberi. Nak


guna Smartphone saja pun boleh. Tapi kami galakkan guna
Komputer sebab lebih banyak ‘function’ boleh nampak.

Anda setting Shopee Store anda dan Apply Free Shipping


Program. Gunakan function-function menarik yang ada di Shopee
dan Create Category supaya customer senang untuk memilih
produk di Store anda.

Anda boleh start listing produk dan adjust harga ikut kesesuaian.
Nak listing produk sendiri saja boleh, nak listing produk yang kami
rekemen pun boleh. (Kami cadangkan listing produk yang kami
rekemen dan TAMBAH dengan produk anda sendiri.)

Anda boleh mula BOOST produk anda ikut cara yang diajar. Dan
nak bagi ramai lagi orang datang ke Store anda, anda boleh juga
guna Shopee Ads pada kos yang minima.

Bila dah dapat order, anda boleh handle untuk delivery kepada
customer mengikut step yang diajar di atas.

73
PENUTUP

Alhamdulillah dah sampai ke bahagian Penutup.. Tahniah kepada anda kerana telah
berjaya menghabiskan bacaan Ebook Part Time Shopee ini. Lepas ni anda boleh
rujuk kepada ‘Action Plan’ di atas untuk memudahkan anda bertindak segera untuk
mendapatkan income segera tanpa perlu menunggu lagi. Sila rujuk file-file lain yang
ada bersama-sama dengan ebook ini juga ya.

Shopee adalah salah satu Marketplace yang sangat user-friendly dan trafik pun
semakin tinggi dari hari ke hari. Jadi, sayanglah kalau anda tidak mengambil
peluang keemasan ini dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber income
untuk anda.

Di pihak Team ChinaMethod, kami dah cuba sedaya upaya untuk memberikan info
yang terbaik kepada anda. Jangan pernah ada rasa terlambat untuk memulakan
bisnes di Shopee ini. Sekiranya anda tanya kami bila waktu sesuai untuk bermula
berniaga di Shopee, maka jawapan kami adalah: SEKARANG!. Ya, mulakan
sekarang tanpa perlu bertangguh lagi. Dapatkan dulu jualan yang pertama dan anda
akan lebih yakin untuk dapatkan jualan yang seterusnya.

Kami doakan semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah
swt. Semoga anda semua berjaya menjana income di Shopee. InsyaAllah.

Salam bisnes dari,

Ariel Collections & Hafizi Zain

74
Untuk memudahkan anda bertanya sekiranya ada persoalan, kita ada sediakan
Group Support Melalui Telegram. Pastikan anda install Apps Telegram di Phone
anda ya.

Jadi, sekiranya anda dah beli ebook ini, pihak Admin akan masukkan anda ke Group
Telegram ini menggunakan nombor yang anda masukkan dalam borang dalam
masa 24-48 jam.

Sekiranya anda belum berjaya dimasukkan ke dalam group setelah lebih 48 jam,
anda boleh terus Whatsapp ke Admin di 010-7044940 (Husna) dengan
menggunakan format berikut:

Saya nak join Telegram Support Panduan Part Time Shopee.

Nama Penuh:
No.HP Telegram:
No.Invoice Pembelian: (sila rujuk email)

Penting: Pastikan anda ikut step yang diberi untuk melancarkan proses dan untuk
mengelakkan orang luar dari masuk ke Group Support ini.

75