Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Menurut responden, terdapat tiga isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru.
Pertamanya, responden menyatakan bahawa pembelajaran kemahiran abad ke-21 adalah
salah satu isu pada masa kini. Ini disebabkan perkembangan teknologi di era globalisasi ini
semakin hari semakin berkembang dengan pesat. Menurut Azmi, M.N. & Nurzatulshima
(2017), empat kemahiran (4K) seharusnya dikuasai oleh murid dalam pembelajaran abad ke-
21 iaitu komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti. Contohnya, STEM (Science,
Technology, Engineering and Mathematics). Oleh itu, responden menekankan bahawa guru
memainkan peranan yang penting untuk memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21
dalam merealisasikan misi ini bagi mencapai hasil yang terbaik.
Oleh hal yang demikian, responden menyatakan bahawa guru menghadapi cabaran
dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam
penggunaan alatan teknologi yang semakin canggih pada masa terkini. Selain itu, guru perlu
sentiasa memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan
era globalisasi yang dihadapi. Namun demikian, responden berasa bahawa kebanyakkan
guru tidak sanggup menerima perubahan dan menyebabkan sebahagian guru tidak mahir
dalam menggunakan teknologi untuk pengajaran dan menganggap penggunaan ICT
merupakan sesuatu yang komplex.
Isu yang kedua yang dikatakan oleh responden adalah isu perkongsian ilmu di
kalangan guru. Responden menyatakan bahawa setiap sekolah akan menghantar beberapa
guru sebagai wakil untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia. Selain itu, responden berkongsi bahawa program yang telah
diperkenalkan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia. Contohnya, Lesson study. Menurut
Mokhzani Fadir (2017), dalam budaya Lesson Study, guru-guru sekolah secara kolaboratif
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi perjumpaan dan
1
Tugasan 1
Jadi, responden menyatakan satu cabaran yang dihadapi oleh guru adalah budaya
perkongsian ilmu antara guru yang rendah. Walaupun KPM menganjurkan kursus dan
program tersebut, tetapi wakil guru jarang mengamalkan budaya perkongsian ilmu di sekolah
selepas kursus tersebut. Ini menyebabkan hanya satu atau beberapa guru yang mengetahui
bahawa ilmu tersebut. Dalam sekolah, budaya perkongsian ilmu, iaitu Lesson study turut
jarang diamalkan oleh guru-guru di sekolah. Oleh hal yang demikian, kejayaan kursus dan
program tersebut sangat bergantung kepada kerjasama antara guru-guru.
Isu yang ketiga dikongsikan oleh responden adalah cabaran berkaitan dengan
penyediaan pelbagai dokumen yang terlalu rencam serta tidak melibatkan tugas utama
seorang guru dalam pengurusan pembelajaran dan pengajaran (PNP) dalam bilik darjah.
Berdasarkan perspektif responden, guru terpaksa menjadi kerani yang perlu mengisi pelbagai
dokumen pengurusan pendidikan. Seorang guru terpaksa mengagihkan pinjaman buku teks,
sistem maklumat murid, sistem kokurikulum sekolah dan borang-borang tertentu yang
melibatkan murid yang langsung tiada kaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di bilik
darjah. Jadi, resonden menyatakan sokongan pentadbiran adalah sangat penting untuk
megurangkan kerja-kerja guru supaya cikgu ada masa untuk membuat kajian penyelidikan,
berkongsi kaedah mengajar bersama-sama untuk meningkatkan kualiti professional guru.
Pendek kata, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang makin hebat
sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Jadi, responden berkongsi
bahawa seseorang guru perlu bersifat terbuka, sanggup keluar dari zon selesa, bersedia
untuk berubah, menerima, dan mempelajari kaedah ataupun pendekatan yang terkini supaya
visi PPPM 2013-2025 tercapai di Malaysia.