Anda di halaman 1dari 7

Kumpulan soalan-soalan perihal pengurusan jenazah dan jawapan untuk rujukan.

NO SOALAN JAWAPAN
1. Salam, boleh terangkan kaedah pengurusan jenazah Waalaikumusalam w.b.t,
semasa darurat / kemarau?
• Menurut rujukan kitab Fiqh Sunnah (Kitab Jenazah) dimana dinyatakan
bahawa jika tidak ada air atau tidak boleh digunakan air untuk pengurusan
jenazah tersebut, maka mayat tersebut cukup untuk ditayamumkan.

• Berlaku di sesetengah kawasan dimana sukar untuk mendapatkan air bagi


menguruskan jenazah maka di bolehkan untuk bertayamum ke atas mayat
sebagai gantian mandian jenazah.

• Seperti itu juga bagi keatas jenazah yang dikhuatiri bilamana dimandikan akan
merosak jasadnya kerana luka,bakar dan sejenis dengannya, maka cukup
ditayamumkan. Wallahualam

• Rujuk- Al Majmu (178/5) dan Al-Muhalla (122/5)

2 Assalamualaikum w.b.t,
Waalaikumusalam w.b.t,
1.Bagaimana mengajar orang didalam keadaan
koma untuk mengucapkan syahadah? • Soalan (1), berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abi Sa’id dan Abu
Hurairah, mereka berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W : Ajarkanlah
2.Jika isteri memandikan jenazah suami, kalimat “Lailahaillah” kepada orang yang hampir mati.” Maka dengan ini
bagaimanakan dengan wuduknya? menjadi sunnah dan kewajipan kepada orang yang masih hidup untuk kita
laksanakan kepada orang nazak ataupun sudah ternampaknya tanda-tanda
kematiannya. Adapun, beberapa keadaan seperti koma iaitu tidak sedarkan
diri dan tidak berupaya untuk melafazkan kalimah terakhir sebelum
menghembuskan nafas, maka sudah cukuplah bagi orang yang masih hidup
untuk tetap mengunkapkan talqin “Lailahailallah” di telinganya dan selebihnya
berserah kepada ketentuan Allah S.W.T. Wallahualam.

• Soalan (2), untuk memahami lebih mengenai keperluan untuk mewudukkan


jenazah, perlu merujuk kepada hadis Dari Aisyah R.A, ia berkata “ Kalau
aku berniat mengerjakan sesuatu pastilah tidak akan mundur dan tidak
ada yang berhak memandikan baginda kecuali isteri-isterinya”(Hadis
riwayat Ibnu Majah dan lain-lain). Didalam hal ini, masing-masing (suami
atau isteri) dibenarkan memandikan yang lain. Misalnya, jika isteri meninggal
maka, suami boleh memandikannya dan begitu juga sebaliknya kerana tidak
ada dalil yang melarang demikian dan sesuai dengan kaedah ushul fikah yang
baku bahawa asal segala sesuatu adalah boleh (halal), terutama dalam
masalah ini.

• Dibawakan juga satu lagi dalil dimana sebuah hadis Dari Aisyah R.A
berkata,”Suatu hari Rasulullah S.A.W datang kepadaku seusai
menghantar jenazah ke kuburan Baqi’. Ketika itu aku menderita sakit
kepala dan aku katakan kepada baginda sambil mengeluh “Kepalaku
pening”. Baginda berkata “Bahkan aku pun demikian pula, kepalaku
pening. Apa rugimu apabila engkau mendahuluiku meninggal dunia, lalu
aku memandikan engkau, mengkafankan engkau lalu aku solatkan dan
aku kuburkan engkau” (Hadis riwayat Ahmad, Al-Darimi, Ibnu Majah, Ibnu
Hisyam, Al-Daruqutni dan Al-Baihaqi).

• Rujuk Kitab Ahkamul Janaiz Wa Bid’ah (Muhammad Nashiruddin Al-Albani)

3 1.Jika mayat ada tatu, perlukah dikikis atau dibuang • Soalan (1), jika mayat yang didapati mempunyai tatu pada tubuh badannya
kulitnya? maka tidak perlu untuk dikikis atau disiat kulitnya kerana ia akan
memudharatkan mayat dan menyukarkan proses mandian. Apabila dikikis atau
2.Jika mayat memakai bearing pada kemaluan disiatnya badan mayat bagi membuang tatu, maka sudah tentu darah akan
(zakar), apa yang perlu dilakukan, adakah perlu keluar dan ini akan memudharatkan mayat.
dibuang?
• Cukuplah Allah S.W.T yang menilai dan menghukum apa sahaja perbuatan
simati semasa hayatnya dan menjadi kewajipan bagi si pengurus mayat itu
untuk merahsiakan perkara ini (tidak dihebahkan perihal tatu pada badan
simati kerana perbuatan tersebut membuka aib simati). Wallahualam

• Soalan (2) jika mayat pernah memakai atau masih terdapat sesuatu yang
ditanam di dalam anggota badan simati maka jika ia adalah barang perhiasan
yang boleh ditanggalkan seperti subang, cincin, gigi palsu atau apa-apa jenis
tindikan, harus ditanggalkan.

• Namun begitu, jika ia ditanam di dalam tubuh badan simati, maka tidak perlu
untuk mengeluarkannya. Sepertimana keterangan dari soalan (1), ia boleh
memudharatkan mayat dimana perlu melakukan pembedahan untuk
mengeluarkan barang tersebut. Wallahualam.

4 Assalamualaikum, Waalaikumusalam w.b.t,


1.Adakah kedudukan wanita untuk solat jenazah • Soalan (1), haruslah difahami terlebih dahulu bahawa wanita boleh
sama dengan solat fardhu? mensolatkan jenazah dengan catatan mereka tidak mengiringi jenazah.
Namun kedudukan wanita didalam solat jenazah adalah dihujung saf yang
terakhir dan jika jumlahnya ramai dan boleh terbentuk sebanyak 3 saf.

2.Apakah hokum memakai kasut semasa menziarahi • Soalan (2) Hukum larangan memakai kasut di kuburan adalah berdasarkan
kubur?Sebab sesetengah tempat dilarang memakai hadis Basyir bin Handzalah R.A, meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W
kasut apabila masuk ke tanah perkuburan. menanggalkan sandalnya bila berada di kawasan perkuburan.(HR. An-
Nasai, Tirmidzi, Abu Daud & Ibnu Majah).

• Manakala di dalam sebuah hadis lagi yakni HR. Al-Baihaqi dimana “Ketika
aku menemani Rasulullah S.A.W melalui perkuburan kaum Muslimin,
baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai
terompah, maka baginda pun bersabda “Wahai orang yang memakai
terompah, lepaskanlah kedua terompahmu itu. Maka orang tersebut
memandang dan ketika bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah,
dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan
keduanya.

• Selain itu, Ibnu Hajar berpendapat makruh hukum nya memakai kasut/sandal
di kawasan perkuburan. Namun begitu, Imam At-Thahawi mengatakan jika
kawasan perkuburan itu bersih dan selamat barulah ditanggalkan kasut atau
sandal dengan tujuan menghormati ahli kubur, tetapi jika kawasan kuburan itu
kotor atau berduri dan merbahaya maka tidak perlu membuka kasut atau
sandal. Wallahualam

5 Perihal solat jenazah, takbir yang ke-3 dan 4 adakah • Ketika menunaikan solat jenazah pada takbir yang ke-3 dan ke-4 dimana kita
membaca doa yang sama? dianjurkan untuk berdoa kepada simati. Seharusnya kita mengikhlaskan doa
untuk simati sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, ia
berkata,”aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, “Jika kalian
mensalatkan jenazah maka ikhlaskan doa untuknya” Hadis shahih
riwayat oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Al –Baihaqi dan Ibnu Hibban.

• Dan diantara dia lain yang boleh dibaca adalah seperti “Ya
Allah,ampunkanlah ia, rahmatilah ia, dan maafkanlah ia, Muliakanlah
tempantya, lapangkanlah tempat masuknya, sucikanlah ia dengan air
salju dan embun, bersihkanlah ia sebagaimana Engkau membersihkan
pakaian dari kotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari
rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarga nya, pasangan yang
lebih baik dari pasangannya, masukkanlah ia ke dalam syurga dan
lindungilah ia dari adzab kubur atau adzab neraka (Hadis Shahih riwayat
Muslim). Adalah mubah (boleh) untuk berdoa mengikut kefahaman dan
keikhlasan hati masing-masing kepada simati.

6. Assalamualaikum Waalaikumusalam w.b.t,

1.Apa hukum kalau ziarah kubur, lepas itu menabur • Soalan (1), bukanlah dari amalan Rasulullah S.A.W untuk melakukan
bunga,bakar colok , siram air di kubur ? Di minta beri sedemikian seperti menabur bunga, membakar colok menyiram air bunga
penjelasan. mawar di atas kuburan. Terdapat sebuah hadis riwayat Daruquthni “Dari Amir
bin Rabi’ah, bahawa Nabi S.A.W telah mensolatkan Utsman bin Madz’un
2.Di musim perayaan, ramai orang kita akan pergi ke dan ia datang ke kuburnya dan menaburkan tanah dengan dua tangannya
kubur untuk menziarah, adakah mendapat pahala tiga kali sambil berdiri”. Darjat hadis ini adalah hasan dan hukumnya,
lebih? Di minta member penjelasan yang mantap. menaburkan tanah ke atas kubur adalah sunnah.
Rujuk Subulus Salam (Bulughul Maram) Ibnu Hajar Asqalani Kitab Jenazah

• Soalan (2), sudah menjadi kebiasaan dan adat bagi umat muslim di Malaysia
terutamanya apabila tiba musim perayaan, maka seusai solat sunat perayaan
tersebut, maka destinasi seterusnya adalah ke kuburan bagi menziarahi dan
mendoa kan kepada ahli keluarga mereka yang telah mati.

• Harus kita ketahui bahawa terdapat larangan daripada Rasulullah S.A.W


dimana di larang untuk meratap kematian di kuburan baik lelaki ataupun
wanita sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Dari Abu
Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W melaknat perempuan-perempuan
yang(sering) ziarah kubur”

• Namun selepas itu, didalam sebuah hadis Shahih riwayat Muslim “Dari
Buraidah bin Hushaib Al Aslami, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah
S.A.W “ AKu pernah melarang kamu (pergi) menziarah kubur, tetapi
sekarang ziarahilah ke tempat itu”. Anjuran daripada Rasulullah S.A.W
untuk menziarahi kubur adalah dengan syarat tidak berbuat maksiat dan
dengan tujuan untuk mengingatkan diri pada kematian dan akhirat.

• Di samping itu, menjadi kewajipan kita untuk menjaga adab-adab ketika


menziarahi kubur dengan mengingati larangan dari Rasulullah S.A.W untuk
tidak duduk di atas kubur.

Rujuk Subulus Salam ( Bulughul Maram) Ibnu Hajar Asqalani Kitab Jenazah

• Telah diterangkan di dalam hadis Ummu Athiyah yang memandikan jenazah


7. Sebagai seorang anak lelaki boleh kah saya putri Rasulullah S.A.W dimana Rasulullah S.A.W berdiri disebalik tabir dan
memandikan jenazah ibu saya? mengajarkan tatacara memandikan jenazah kepada Ummu Athiyah dan tidak
menguruskan ia sendiri. Ini dapat difahamkan sebaliknya bagi menjawab
soalan ini di mana jika anak lelaki tidak boleh memandikan jenazah ibunya
kerana masalah aurat. Namun begitu,terdapat sebuah hadis Mursal yang
diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Al-Baihaqi “ Jika seseorang lelaki
mati di tengah-tengah kaum wanita atau seorang wanita ditengah-tengah
kaum lelaki, maka keduanya ditayamumkan lalu dikuburkan kerana
kedudukan keduanya seperti orang yang tidak mendapatkan air”. Hadis
ini dapat difahamkan bagi situasi darurat sahaja. Wallahualam

8. Mandian jenazah bilangan ganjil adakah termasuk • Ya, mandian terakhir haruslah dengan air campuran kapur barus. 2 kali air
dengan kiraan mandian terakhir iaitu air yang daun bidara dan terakhir dengan kapur barus.
bercampur dengan kapur barus?

9. Betul ke pernah terbaca , talqin tidak boleh dibuat? • Terdapat sebuah hadis Dari Dhamrah bin Habib, seorang tabi’in ia berkata”
Apabila sudah diratakan kubur si mayat dan orang pun pulang, maka ada
yang berkata di sisi kuburnya:”Hai fulan, ucapkanlah, Tuhanku adalah
Allah, dan agamaku adalah Islam serta Nabiku adalah Muhammad”
Perawi hadis ini ialah Sa’id bin Mansyur dengan mauquf tetapi darjat hadis ini
adalah lemah (dhaif). Hukum hadis ini ialah mentalkinkan orang mati adalah
bid’ah(haram) kerana tidak ada tuntunan yang sah dari Nabi S.A.W.

• Adapun begitu, tujuan kita memberi tazkirah di atas kubur adalah bertujuan
untuk mewujudkan perasaan prihatin dan waspada kepada kehidupan akhirat
bagi yang masih hidup. Di samping menyedarkan bahawa mati itu pasti
berlaku dan segala harta benda serta sanak saudara dan keluarga kita akan
pergi meninggalkan kita sendirian kecuali amalan yang akan setia bersama
kita. Wallahualam

10. Kenapa jenazah lelaki menggunakan 3 helai dan • Jumlah kain kafan bagi muslimin dan muslimat adalah seperti mana yang
wanita menggunakan 5 helai? diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W. Baginda Ar-Rasul telah dikafani dengan
tiga helai kain kafan, sebagaimana yang diriwayatkan At-Tabarani daripada
Anas. Sebahagian fuqaha memakruhkan menambah lebih dari tiga helai kain
ini, dan mereka mendakwa ini adalah perbuatan yang sia-sia dan membazir.
Sebahagian fuqaha lainnya membolehkan menambah hingga lima helai, satu
baju, tutup kepala dan tiga pakaian. Perkara mengenai ini sangat luas tanpa
ada pembatasan. Namun tiga helai kain adalah sebagaimana sunnah
Rasulullah S.A.W. Jumlah kain adalah lebih bagi wanita bertujuan untuk
menjaga aurat daripada ternampak ketika dikafankan. Wallahualam

11. Ketika memandikan jenazah, ada yang • Wallahualam, tidak terdapat dalil mengenai penggunaan air panas atau sejuk
menyarankan menggunakan air yang tidak panas cuma dianjurkan untuk berlemah lembut dalam pengurusan jenazah tersebut.
dan tidak terlalu sejuk kerana diyakini dapat Adapun menggunakan air panas adalah tidak sesuai kerana ia boleh
menyakitkan simati. memudharatkan tubuh badan mayat sehingga mengakibatkan melecur.
Disarankan untuk menggunakan air paip yang biasa suhunya.

• Diriwayatkan daripada Aisyah R.A berkata “ Rasulullah S.A.W telah


bersabda “Mematahkan tulang mayat sama dengan mematahkannya
ketika hidup”

• Ibnu Mas’ud berkata”Melukai atau menyakiti seorang mukmin ketiak


kematianya sama dengan melukainya ketika masih hidup” Diriwayatkan
Ibnu Abu Syaibah

12. Diwasiatkan untuk dikebumikan di tempat lain. • Wasiat seperti ini tidak boleh ditunaikan kerana ia bertentangan dengan
Contohnya meninggal di Johor dan wasiat untuk suruhan Nabi S.A.W untuk menyegerakan pengebumian dan sebagai langkah
dikebumikan di Penang. untuk mengelakkan mayat menjadi buruk atau berbau kerana tempoh
perjalanan yang terlalu jauh atau lama serta boleh menimbulkan fitnah ke atas
si mati. Sebagai contoh, jika jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah,
maka seharusnya terus diuruskan dan dikebumi di Mekah. Wallahualam.

13. Bagaimana pula dengan amalan kebiasaan orang • Perkara kebiasaan ini adalah dilarang oleh Rasulullah S.A.W didalam
kita yang duduk diatas kubur ketika membaca talqin. sebuah hadis baginda melarang mengapur kubur dan duduk diatasnya
serta membuat bangunan diatasnya.Hadis Shahih, Muslim. Maka dengan
adanya larangan daripada Rasulullah S.A.W sendiri, adalah lebih baik untuk
kita mengelak daripada melakukannya walaupun sekadar menziarahi kubur,
mendengar tazkirah(talqin) atau membaca tazkirah(talqin).

14 Apakah boleh orang yang junub atau mengalami • Dibolehkan bagi orang yang berada dalam keadaan junub atau haid untuk
haid untuk memandikan jenazah? membantu menguruskan jenazah kerana bersandarkan pada hadis Rasulullah
S.A.W bersabda “ Seorang mukmin tidak najis”.

Anda mungkin juga menyukai