Anda di halaman 1dari 1

Kompetensi Guru Dalam Melaksanakan Program Inklusif

Mastura binti Ramali (P101382)


Nur’alia binti Mat Nawi (P102817)
Mohamad Fitri bin Nordin (P103096)
Ariff Muazzam bin Ab Halim (P103095)

Abstrak :

Program inklusif semakin meluas dilaksanakan di Malaysia dalam usaha merealisasikan Zero
Reject Policy yang diperkenalkan oleh KPM yang diperkenalkan pada tahun 2019 di mana polisi
ini menyokong Akta Pendidikan Khas 1993 yamg menggariskan bahawa murid berkeperluan khas
juga berhak mendapat akses pendidikan yang sama seperti murid normal. Fokus kertas konsep ini
adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan program
inklusif dari aspek kompetensi guru. Kertas konsep ini akan menggunakan Model Kompetensi
Iceberg untuk mengenalpasti 3 aspek dalam kompetens iguru iaitu pengetahuan,kemahiran dan
sikap. 10 jurnal terkini digunakan sebagai dapatan kajian yang menyokong isu yang akan
dibahaskan di dalam kertas konsep ini. Dapatan kajian mendapati tahap kompetensi guru masih di
tahap sederhana iaitu guru-guru memerlukan latihan dan bimbingan untuk menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran dalam program inklusif supaya murid berkeperluan khas mendapat
manfaat semaksimanya di dalam bilik darjah. Cadangan penambahan perjawatan guru resos
pendidikan khas yang berkualiti akan membantu menyediakan bahan bantu megajar yang akan
menyokong proses pdpc guru dalam program inklusif. Selain itu, guru-guru amat memerlukan
latihan dan pendedahan mengenai program pendidikan inklusif dalam semua aspek agar program
inklusif dalam dilaksanakan dengan baik dan membangunkan potensi murid berkeperluan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Khas.

Kata kunci : inklusif, kompetensi, guru, guru resos

Anda mungkin juga menyukai