Anda di halaman 1dari 1

Laras bahasa umum

1. Apakah ciri-ciri laras bahasa umum?


Mudah difahami. Menggugurkan penggunaan kata sendi nama. Menggunakan
ragam bahasa umum. Menggunakan ayat pendek dan ringkas
2. Berikan satu contoh ayat.
Sarah pergi pasar raya untuk beli barang-barang dapur.

Laras bahasa iklan

1. Berikan satu ciri laras bahasa iklan.


Bahasanya ringkas.

Jawapan lain yang boleh diterima:


Mementingkan kepentingan diksi. Bahasanya kreatif dan berkesan. Banyak
menggunakan kata adjektif. Kurang menitikberatkan aspek ketepatan tatabahasa.
Menggunakan bahasa yang bersifat emotif dan sensasi. Mempengaruhi pengguna
untuk membentuk tanggapan atau melakukan tindakan.

2. Berikan satu contoh ayat .


Jualan gudang di Pasar Raya Mesra.
Jawapan lain yang munasabah boleh diterima.

Laras bahasa klasik.

1. Apakah ciri-ciri laras bahasa klasik?


Laras bahasa klasik banyak menggunakan struktur ayat pasif atau ayat songsang
dengan pendepanan predikat dan diikuti dengan subjek di belakangnya.
Laras bahasa klasik juga memperlihatkan penggunaan bahasa istana.
Ciri seterusnya laras bahasa klasik ialah ayat yang digunakan dalam laras bahasa ini
biasanya panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit.
Laras bahasa klasik juga sering memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat.

Laras bahasa kreatif.

1. Apakah yang dimaksudkan laras bahasa kreatif?


Laras bahasa kreatif merupakan bentuk bahasa yang terhasil daripada daya cipta atau
cetusan imaginasi dan pengalaman penulis.
2. Apakah fungsi laras bahasa kreatif?
Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan
bentuk pemikiran, memperlihatkan nilai seni dan estetika yang tergabung dalam satu
bentuk pemakaian yang segar lagi bertenaga.

Laras bahasa agama.

1. Apakah contoh kosa kata yang akan digunakan dalam laras bahasa agama?
Hadis, afdal, halal, mukmin, al-Quran, surah, ibadah, amal, tauhid, sujud dan lain-lain.