Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

SAMBUTAN BULAN BAHASA DAN SEMARAK NILAM


SMK BATU 5, JALAN JENIANG
TAHUN 2020

ANJURAN

BIDANG BAHASA DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER


SMK BATU 5, JALAN JENIANG

“BAHASA MEREALISASIKAN
NEGARA BANGSA”
1.0 PENGENALAN
Bahasa mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam masyarakat sebuah negara bangsa. Hal ini
dapat dilihat apabila bahasa mempunyai kuasa untuk mendukung, meneruskan serta
mengekalkan identiti budaya bagi masyarakat itu. Bagi masyarakat Malaysia, bahasa Melayu
digunakan untuk berinteraksi dan berkomunikasi yang mana ia turut mengungkap kejayaan
dan segala macam pencapaian bangsa Malaysia yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.
Bahasa Melayu juga membolehkan masyarakat menyimpan sejarah negara. Selain itu, bahasa
Melayu mempunyai peranan besar dalam mengekalkan identiti budaya masyarakat Malaysia.
Di samping itu, proses pembentukan sebuah negara bangsa sering mengambil kira bahasa
sebagai faktor utama dalam perpaduan masyarakat majmuk. Di Malaysia, bahasa Melayu telah
dipilih sebagai bahasa perpaduan. Sesungguhnya, bahasa didapati mendukung peranan dan
langkah penting dalam konteks pemerkasaan bahasa Melayu untuk pembinaan sebuah negara
bangsa. Dasar Memertabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyebabkan
penekanan terhadap aspek penguasaan dan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar
menjadi sangat penting. Pendidikan Bahasa Malaysia berhasrat membina rasa bangga
terhadap bahasa yang mencerminkan akal, budi dan pemikiran rakyat serta berperanan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat dalam satu wawasan. Sementara itu, Bahasa Inggeris diketahui umum sebagai bahasa
yang penting dalam memperoleh ilmu pengetahuan dan juga bahasa utama di dunia. Begitu
juga dengan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang tidak kurang penting sebagai cerminan
masyarakat majmuk di negara ini. Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar MBMMBI, Panitia-panitia dalam Bidang Bahasa SMK Batu 5, Jalan
Jeniang dan Pusat Sumber SMK Batu 5 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bulan
Bahasa bagi tahun 2020 dengan matlamat membantu melengkapkan murid dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,
pendidikan dan pekerjaan.

2.0 RASIONAL
Sekolah menjadi wahana dalam usaha memertabatkan dan memperkukuhkan bahasa
sebagai bahasa kebangsaan dan juga bahasa ilmu. Lantaran itu, pelbagai aktiviti akan
dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar cintakan
bahasa kebangsaan, memupuk budaya ingin meneroka ilmu dan lebih mahir berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa melalui berbagai-bagai aktiviti yang akan dijalankan. Dalam masa yang
sama, penyertaan pelajar dalam pelbagai aktiviti akan dapat mencungkil bakat pelajar dalam
kemahiran-kemahiran tertentu.

3.0 MATLAMAT
Memantapkan jati diri bangsa Malaysia yang cemerlang melalui penghayatan terhadap
bahasa dan sastera serta mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sementara Pusat Sumber Sekolah pula berperanan sebagai tempat bagi pelajar mengakses
segala maklumat.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan menguasai pelbagai bahasa
sebagai alat komunikasi
4.2 Memperkukuh kesatuan bangsa Malaysia melalui kegiatan kebahasaan yang dianjurkan
4.3 Menanamkan semangat cinta akan bahasa dalam jiwa pelajar

2
4.4 Mengembangkan bakat dan potensi pelajar melalui pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan
4.5 Mendedahkan pelajar kepada kemahiran berbahasa dalam kehidupan
4.6 Membina sahsiah diri yang positif
4.7 Memantapkan penguasaan bahasa para pelajar

5.0 TEMA
“Bahasa Merealisasikan Negara Bangsa”

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua pelajar SMK Batu 5, Jalan Jeniang dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

7.0 CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


23 Februari hingga 29 Mac 2020

8.0 TEMPAT
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 5, Jalan Jeniang

9.0 AKTIVITI SEMPENA BULAN BAHASA DAN SEMARAK NILAM 2020

9.1 PANITIA BAHASA MELAYU


ANGGARAN
AKTIVITI SASARAN
BELANJAWAN
1 Kuiz Tonton dan Menang (Individu) TERBUKA 10XRM10.00 = RM100.00
Pn.Che Nassri/Pn. Nur Amy Shuhada/
Pn. Norhidayah

2 NYANYIAN LAGU IRAMA MALAYSIA TERBUKA TEMPAT PERTAMA : RM 20.00


(Individu) TEMPAT KEDUA : RM 15.00
Pn.Noor Filawati/Pn Faizah/Pn. TEMPAT KETIGA : RM 10.00
Norashikin
3 TEKA SILANG KATA (Individu) TERBUKA
TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
En. Zamri TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM 10.00
4 Pertandingan Pantun (Berpasukan) TERBUKA TEMPAT PERTAMA : RM 50.00
Pn. Khairida/Pn. Zaharah/ En. Johari TEMPAT KEDUA : RM 40.00
TEMPAT KETIGA : RM 30.00
5 Melagukan Syair (Individu) TERBUKA TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
Pn. Tn. Zunaidah/ Pn. Kamariah/ Pn Nor TEMPAT KEDUA : RM 15.00
Habibah TEMPAT KETIGA : RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 355.00

9.2 PANITIA BAHASA INGGERIS


ANGGARAN
AKTIVITI SASARAN
BELANJAWAN
1 WATCH AND WIN (Individu) TERBUKA 10XRM10.00 = RM100.00
En Vivekanandan/ Pn Sharmalah

2 Word Search (Individu) MEN ATAS/ 10XRM10.00 = RM100.00


En Dizam RENDAH

3
3 Bonanza Quiz (Individu) MEN ATAS/ 10XRM10.00 = RM100.00
Pn. Norhafizah/ En Shafiq RENDAH
4 Grammar Tree (Inter-Class Competition) MEN ATAS/ 2XRM50= RM100
Pn Roshida/ Pn Normi RENDAH 2XRM40 = RM80
2XRM30 = RM60
JUMLAH KESELURUHAN RM 540.00

9.3 PANITIA BAHASA TAMIL


BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN BELANJAWAN
1 MENULIS TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
KARANGAN MENENGAH ATAS TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM 10.00
2 DEKLAMASI SAJAK MENENGAH RENDAH TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM 10.00
3 SYARAHAN MENENGAH RENDAH TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 135.00

9.4 PANITIA BAHASA CINA


BIL AKTIVITI SASARAN ANGGARAN BELANJAWAN
1 TULISAN KALIGRAFI MENENGAH RENDAH TEMPAT PERTAMA : RM 20.00 X 2
MENENGAH ATAS TEMPAT KEDUA : RM 15.00 X 2
TEMPAT KETIGA : RM 10.00 X 2
PERALATAN : RM 20.00
2 KUIZ TERBUKA TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM 10.00
3 SCRAPBOOK TERBUKA TEMPAT PERTAMA : RM 20.00
TEMPAT KEDUA : RM 15.00
TEMPAT KETIGA : RM 10.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 200.00

9.5 AKTIVITI SEMARAK NILAM


AKTIVITI
1 JEJAK TOKOH NILAM 2020 5 LALUAN ILMU
2 JOM BACA 10 MINIT 6 PEMINJAM PALING AKTIF
3 ANUGERAH NILAM 7 KUIZ PAMERAN BERTEMA
4 RESENSI BUKU 8 PENERBITAN BULETIN ASPIRASI

10 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah harga (RM)


1. Hadiah peserta 1230.00
2. Peralatan/bahan 150.00
3. Banner 100.00
4 Sumbangan untuk majlis perasmian 200.00
5. Pelbagai 150.00
JUMLAH RM1,830.00
4
11 SUMBER PENDAPATAN

Peruntukan Panitia Bahasa Melayu = RM400


Peruntukan Panitia Bahasa Inggeris = RM500
Peruntukan Panitia Bahasa Tamil = RM130
Peruntukan Panitia Bahasa Cina = RM140
Peruntukan Pusat Sumber Sekolah = RM660
JUMLAH = RM1,830.00

12 PENUTUP
Program ini merupakan program utama bidang bahasa pada tahun ini. Diharapkan semoga
program yang telah dirancang ini akan dapat mencapai matlamat yang diharapkan.Kerjasama
daripada pihak pentadbiran, guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu 5, Jalan Jeniang akan dapat menjayakan program dan memberi manfaat kepada para
pelajar.

Disediakan oleh Disemak oleh,

NORMI BINTI MOHAMAD MARZITA BINTI MANSOR


Ketua Panitia Bahasa Inggeris GKMP BAHASA
SMK Batu 5 SMK Batu 5
Jalan Jeniang Jalan Jeniang
08300 Gurun, Kedah. 08300 Gurun, Kedah.

Disahkan oleh,

MOHD YAZIZ BIN MOHD ISA


Pengetua
SMK Batu 5,
Jalan Jeniang
08300 Gurun,
Kedah.

5
JAWATANKUASA INDUK BULAN BAHASA DAN SEMARAK NILAM TAHUN 2020

Pengerusi Encik Mohd Yaziz bin Mohd Isa


Pengetua

Naib Pengerusi I Puan Rosdiah binti Shuid


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi II Pn Hasliza binti Hussin


Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi III Encik Mohd Nadzir bin Zakaria


Penolong Kanan Ko Kurikulum

Penyelaras Puan Marzita binti Mansor


Guru Kanan Bahasa

Setiausaha I Puan Normi binti Mohamad


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Setiausaha II Puan Noor Filawati binti Abdullah


Ketua Panitia Bahasa Melayu

Bendahari Cik Chea Ley Shin

Jawatankuasa : Encik Shafik bin Abd Rahim - Gimik


Perasmian Puan Filawati binti Abdullah - Gimik
Puan Norhidayah binti Othman -Persembahan BM (Pelancaran)
Puan Sharmalah Devi a/p Selva Rajoo- Persembahan BI (Penutup)

Dokumentasi & : Puan Zaharah binti Zulkifli


Fotografi Pn Nor Habibah binti Abd Hamid
Puan Nur Amy Shuhada binti Amiruddin

AJK Hadiah/ Puan Khairida binti Mohamad


Cenderahati Puan Che Nassri binti Fadzil

Sijil Puan Faizah binti Mazlan


Puan Kamariah binti Aripin

AJK Brosur & Gegantung Puan Norasyikin binti Ismail


Cik Chea Ley Shin

AJK PersiapanTempat Encik Vivekanandan a/l Adaiken


(Hari Pelancaran & Puan Norazura binti Abu Bakar
Penutup)
Penyelaras Majlis : Puan Marzita binti Mansor
Puan Normi binti Mohamad

Penyelaras Perasmian & Puan Norafiza binti Abd Hamid


Penutup Puan Roshida binti Che Ya

6
Pengacara Majlis Puan Tuan Zunaidah binti Tuan Senik

Bacaan Doa Encik Dizam bin Abdul Razak

Siar Raya/ Kru Teknikal Encik Zamri bin Salleh


En Johari bin Abdullah

JK Pameran Puan Norazura binti Abu Bakar


PSS Cik Vartamal a/p Thopasamy

JK Pertandingan Panitia Bahasa Melayu


Panitia Bahasa Inggeris
Panitia Bahasa Cina
Panitia Bahasa Tamil
PSS

JK Kawalan & Disiplin Guru Bertugas Mingguan

Diskripsi Tugasan
Ahli Jawatankuasa Guru

Jawatankuasa Penyelaras Majlis Perasmian dan Penutup


i. Memastikan majlis perasmian dan penutup berjalan lancar.
ii. Memastikan penerima-penerima hadiah bersedia untuk menerima hadiah.
iii. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Hadiah.

Jawatankuasa Brosur & Gegantung


i. Menyediakan banner Bulan Bahasa.
ii. Menyediakan brosur Bulan Bahasa.
iii. Mengedarkan bosur pada hari pelancaran.

Jawatankuasa Rakaman Peristiwa & Dokumentasi:


i. Mengambil gambar sepanjang Bulan Bahasa .
ii. Merakamkan peristiwa di blog sekolah.
iii. Membuat dokumentasi

Juruacara Majlis
i. Menjadi pengacara atau melantik dan membimbing pelajar menjalankan majlis perasmian.
ii. Memastikan majlis berjalan lancar.

Bacaan Doa
i. Membaca doa ketika majlis pelancaran dan penutup Bulan Bahasa.

Siar Raya dan Kru Teknikal


i. Memastikan alat siaraya berfungsi dengan baik dan lancar semasa majlis perasmian dan
penutup.

Jawatankuasa Persembahan PSS


i. Menyediakan tempat untuk pameran.
ii. Menyediakan bahan-bahan yang sesuai untuk pameran.
7
Jawatankuasa Persembahan
i. Melatih pelajar untuk acara yang bersesuaian untuk persembahan perasmian dan penutup
Bulan Bahasa.
ii. Menyediakan OPR bagi setiap aktiviti yang dijalankan

Jawatankuasa Persiapan Tempat


i. Menyediakan tempat bagi pelaksanaan majlis atau program sepanjang aktiviti.
ii. Memastikan kerusi disusun.
iii. Memastikan tempat majlis atau program diadakan dalam keadaan bersih.

Jawatankuasa Aktiviti dan Pertandingan


i. Mengadakan promosi dan iklan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.
ii. Mengendalikan aktiviti dan pertandingan.
iii. Menyerahkan keputusan hasil aktiviti dan pertandingan kepada Jawatankuasa Hadiah dan Sijil.
iv. Menyediakan OPR bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Jawatankuasa Hadiah dan Sijil


i. Menyediakan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam aktiviti atau pertandingan yang
diadakan.
ii. Menyediakan sijil kepada pemenang-pemenang.
iii. Menguruskan pemberian hadiah semasa majlis penutup.

Jawatankuasa Kawalan Disiplin


i. Memastikan semua pelajar berada di lokasi majlis ataupun aktiviti dijalankan.
ii. Mengawal disiplin pelajar semasa majlis atau aktiviti yang dijalankan.

8
TENTATIF PROGRAM
PELANCARAN BULAN BAHASA DAN SEMARAK NILAM
TAHUN 2020

Tarikh: 23 Februari 2020 (AHAD)

Atur cara Program :


7.15 pagi Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Seri Delima

7.30 pagi Pengetua dan Pentadbir mengambil tempat


Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Ikrar
Bacaan doa

7.40 pagi Ucapan ringkas Guru Kanan Bahasa


Persembahan 1 (Bahasa Melayu)

7.55 pagi Ucapan dan perasmian oleh Tuan Pengetua


Gimik Pelancaran Bulan Bahasa dan Semarak Nilam 2020

8.05 pagi Nyanyian Lagu Sekolah


Nyanyian Lagu Negeri Kedah

PENUTUP BULAN BAHASA DAN SEMARAK NILAM


TAHUN 2020

Tarikh: 29 Mac 2020 (AHAD)

Atur cara Program :


7.15 pagi Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Seri Delima

7.30 pagi Pengetua dan Pentadbir mengambil tempat


Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Ikrar
Bacaan doa

7.40 pagi Persembahan (Bahasa Inggeris)

7.50 pagi Penyampaian Hadiah dan Sijil Bulan Bahasa dan Semarak Nilam 2020

8.05 pagi Nyanyian Lagu Sekolah


Nyanyian Lagu Negeri Kedah

Anda mungkin juga menyukai