Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA PERSARAAN

PUAN BEH, PUAN LIM DAN PUAN YAP


( 22 Mac 2019 - JUMAAT)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera;

Terima kasih, Pengacara Majlis;

Yang Dihormati ……………………………………………………… Naib Yang Dipertua PIBG


SK Jalan Semyih 2

Yang Berusaha Barisan Pentadbir

Yang Dihormati Encik Tan …………………………….. mantan Guru Besar SK Jalan


Semenyih 2

Yang diraikan

Puan Beh Mee Fong,

Puan Lim Lan Kwan

dan

Puan Yap Sze Eng

Ahli-ahli keluarga yang diraikan

Guru-guru serta murid-murid yang saya kasihi sekalian.Saya bersyukur kepada


Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurniaNya kita dapat meraikan majlis
yang sungguh bermakna pada pagi ini. Didalam mana-mana ucapan perpisahan
atau persaraan, suasana puji memuji adalah sesuatu yang lazim. Dalam majlis
“Jasamu Disanjung, Budimu Dijunjung” ini, saya ingin merakamkan ucapan
terima kasih khusus kepada Puan Beh Mee Fong, Puan Lim Lan Kwan dan
Puan Yap Sze Eng yang akan bersara pada hari ini.
Tentu sekali didalam perkhidmatan yang begitu panjang ada jasa-jasa besar
yang telah dicurahkan yang menjadi tinta emas di sekolah ini juga didalam
sejarah pendidikan.

Sidang Hadirin Yang dihormati,

Manusia secara nalurinya akan merasa bahagia dan berbangga apabila


mengenang kembali detik-detik pengorbanan yang pernah disumbangkan.
Didalam mengimbau kembali peranan dan penglibatan ketiga-tiga orang guru
ini, tentu sekali akan terasa sebuah kepuasan pada diri mereka yang tidak ada
tolak bandingnya.

Ini lebih-lebih lagi benar, apabila mengingatkan kerja-kerja yang dilakukannya


itu ada kaitan dengan niat yang tulus ikhlas untuk kepentingan murid-murid
juga sekolah.

Sebagai seseorang yang bertanggungjawab kepada SEJASE 2 ini, saya merasa


bangga kerana mereka telah menjalankan tugas dengan amanah dan penuh
dedikasi.Mereka bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas
dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan muird melebihi
diri mereka sendiri. Ketiga-tiga mereka juga dikenali sebagai seorang yang
berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat murid-muridnya.

Sesungguhnya didalam tempoh perkhidmatan Puan Beh, Puan Lim juga Puan
Yap, sudah tentu, telah melalui ranjau pengalaman suka dan duka. Oleh itu,
apa yang ditinggalkan mereka, merupakan sebuah jasa yang menjadi ukuran
untuk dikenang sepanjang hayat.

Sebelum mengakhir ucapan izinkan saya menghadiahkan sebuah pantun


seperti berikut :-
Di sana padi di sini padi
Itulah nama sawah dan bendang
Disana budi disini budi
Baru sempurna bernama orang

Kalau ada pauh didaik


Bawa sebiji ke tanah seberang
Kalau ada budi yang baik
Sampai mati dikenang orang

Selamat Bersara. Jagalah kesihatan dan semoga bahagia selalu.

Sekian Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai