Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN BAKERKONG

96200 DARO, SARAWAK


____________________________________________________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA 2020

TAHUN 4

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011

1 JAM 15 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

____________________________________________________________________________

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan
D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja dengan membulatkannya..

NAMA : ________________________

TARIKH : ________________________

____________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak di bahagian A dan 6 halaman bercetak di
bahagian B.
BAHAGIAN A
[20 markah]
20
Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Ayah menggunakan ____________ pahat untuk mengukir hiasan kayu yang ditempah oleh
pelanggannya.
A sebilah
B selaras
C sebuah
D sebatang

2 Kemudahan yang rosak di chalet itu telah ____________ oleh Encik Ismail demi keselesaan
pelanggan.
A disoal siasat
B dicari gali
C dikemas kini
D dibaik pulih

3 Mereka bekerjasama untuk mendirikan ____________ di kawasan lapang di hutan lipur itu.
A rakit
B khemah
C pondok
D jambatan

4 Kami sekeluarga akan bercuti di Sabah. Semasa berada di ____________, kami akan
menginap di rumah Pak Usu.
A itu
B sini
C situ
D sana

2
5 Encik Faiz : Raja Muda akan ___________________ untuk
menghadiri jamuan diraja di Laman Suri.
Cik Anim : Baiklah, segala persiapan akan saya lakukan dengan
sebaik-baiknya.

A menjunjung kasih
B merafak sembah
C mencemar duli
D menerima menghadap

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.

6 Makanan yang terdedah di gerai itu telah ____________ oleh lalat.


A dicuit
B disentuh
C dihinggapi
D dipegang

7 Fakri bekerja di klinik itu ____________ keputusan peperiksaan SPM diumumkan.


A sehingga
B sekiranya
C seandainya
D selagi

8 Nenek menjemur tilam lama itu kerana dihinggapi oleh ____________.


A sesiku
B pepijat
C kekuda
D gegendang

3
9 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Kejayaan pasukan Najwa dalam pertandingan kuiz kesihatan itu menjadi ____________
warga sekolah.
A mulut murai
B berat mulut
C buah hati
D buah mulut

10 Kain songket tenunan tangan itu mahal kerana hasil buatannya sangat halus.
Pilih perkataan antonim bagi halus.
A nipis
B kasar
C keras
D jarang

11 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Perkara itu mesti difikirkan masak sebelum membuat keputusan.
II Kita haruslah minum air yang masak semasa musim banjir.
III Pisang emas yang ditanam oleh datuk sudah masak.
IV Ibu sudah masak dengan perangai adik yang kuat merajuk.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

12 Pilih ayat tanya yang sesuai dengan jawapan yang diberikan.


Pembaikan chalet di Laman Seri Buana itu dipercepatkan oleh pihak pengurusan kerana
bimbang akan keselamatan para pengunjung.
A Bilakah pihak pengurusan mempercepat pembaikan chalet di Laman Seri Buana?
B Bagaimanakah pembaikan chalet itu dapat menjamin keselamatan para pengunjung?
C Siapakah yang merasa bimbang akan keselamatan para pengunjung?
D Mengapakah pembaikan chalet itu perlu dipercepatkan?

4
13 Pilih jawapan yang sesuai dengan ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah Farah dan Rahila berjumpa dengan CIkgu Hashim?
A Mereka hendak mendapatkan maklumat tentang amalan untuk menjadi murid yang
cemerlang.
B Mereka berjumpa dengan Cikgu Hashim pada waktu rehat.
C Memang CIkgu Hashim hendak berjumpa dengan mereka.
D Mereka berjumpa dengan CIkgu Hashim di bilik guru.

14 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Ceramah penjagaan kesihatan diri telah disampaikan oleh Doktor Harris di dalam dewan.
A Ceramah penjagaan kesihatan diri di dalam dewan telah disampaikan.
B Di dalam dewan, Doktor Harris ceramah penjagaan kesihatan diri telah disampaikan.
C Penyampaian ceramah penjagaan kesihatan diri telah dilakukan oleh Doktor Harris di
dalam dewan.
D Doktor Harris telah menyampaikan ceramah penjagaan kesihatan diri di dalam dewan.

Soalan 15 dan 16
Pilih ayat yang betul.
15 I Kipas angin di luar legar hotel itu berpusing dengan ligatnya.
II Ketua kumpulan bertanggungjawab oleh tugas yang diberikan.
III May Li berasa gayat sementara menaiki kereta kabel.
IV Kami memberikan makanan kepada arnab-arnab di kawasan rekreasi itu.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

16 I Tiap petang saya beriadah di taman.


II Rina dan rakannya belajar secara berkumpulan di waktu petang.
III Kami mendengar ceramah tentang penjagaan kesihatan.
IV Kita perlu makan makanan seimbang agar badan kita sihat.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

5
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

17 Apakah perkara penting yang perlu dilakukan sebelum mendaki?


A Minat mendaki.
B Sihat tubuh badan.
C Mengambil selok-belok mendaki.
D Mempunyai rakan yang pernah mendaki.

18 Mengapakah aktiviti mendaki dikatakan dapat menjadi terapi kepada diri pendaki?
A Berpeluang beriadah bersama rakan karib.
B Diri terpesona dapat menjumpai spesies tumbuhan yang unik.
C Aktiviti mendaki menguatkan stamina dan melancarkan otot badan.
D Fikiran menjadi tenang apabila melihat keindahan alam semula jadi.

6
19 Berikut ialah perasaan seseorang pendaki apabila berjaya sampai di puncak bukit, kecuali
A teruja.
B kagum.
C pasrah.
D gembira.

20 Rangkai kata memori abadi dalam petikan bermaksud


A tugu yang kekal.
B peristiwa yang indah.
C aktiviti yang mencabar emosi.
D kenangan yang tidak dapat dilupakan.

7
BAHAGIAN B
[30 markah]
30
Soalan 21
(a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang
betul dalam ruang yang disediakan.

(i) Farah tidak dapat melupakan bayangan semasa berkunjung ke Laman Idaman pada hari
Ahad yang lepas.
__________________

(ii) Kami mengikuti ekspedisi berakit di waktu pagi kerana suasanya begitu nyaman.
__________________

(iii) Perpustakaan Raja Tun Uda dibuka daripada pukul 8:30 pagi hingga 6:30 petang pada
setiap hari.
__________________
[3 markah]

(b) Tandakan ( ✔ ) di dalam petak yang disediakan bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah.

(i) Kuman ialah hidupan yang amat _______________ serta boleh hidup di tempat yang
sejuk sekali.

halus kecil lembut

(ii) Penyakit kamu ini _______________ sembuh sekiranya kamu tidak mengikut nasihat
doktor.

perlahan lambat lembab

[2 markah]

8
(c) Tulis jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat
yang lengkap.

Ibu : Bolehkah kamu ambilkan ubat di dalam rak dan segelas air?

Zaza : _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
[2 markah]
(d) Garis jawapan yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

(i) Sayur-sayuran lebih baik (dimakan, dihadam, dimasak) secara mentah kerana zatnya
masih terpelihara.
(ii) Kamu boleh makan makanan yang (disyorkan, dibasuh, dipilih) oleh doktor untuk sihat
dan cergas.
[2 markah]

Soalan 22
Tandakan ( ✔ ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah.

(i) Farid belajar bersungguh-sungguh demi untuk memenuhi impiannya


menjadi juruterbang.
(ii) Ibu tertarik ke pasar raya itu kerana terdapat pelbagai jenis barang dapur
yang murah harganya.
(iii) Sebahagian besar murid-murid di sekolah ini sering berkunjung ke
Perpustakaan Tun Uda itu.
(iv) Laman Seri Buana ialah kawasan rekreasi yang terbesar di daerah Kuala
Kangsar.
(v) Kami menginap di Mutiara Chalet semasa bercuti di Pulau Langkawi.

[5 markah]

9
Soalan 23
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

khusyuk dibualkan apabila disampaikan

kerana lalai supaya bila

(i) Ceramah penjagaan mata itu ____________________ oleh Doktor Rajini dari Hospital
Taiping.
(ii) Murid-murid begitu ______________________ menyaksikan demonstrasi tentang penjagaan
gigi yang betul.
(iii) Doktor menasihati ibu _____________________ menjaga makanan serta rajin melakukan
senaman.
(iv) Pandangan Farah menjadi gelap dan kepalanya pening _______________________ begitu
lama menghadap komputer.

[4 markah]

10
Soalan 24
Teliti carta di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aktiviti yang Dilakukan Sebelum Tidur

Bersihkan muka Gosok gigi Tukar baju

Tidur Tutup lampu Bersihkan katil

(a) Sebelum tidur, apakah yang perlu dilakukan selepas menggosok gigi?

(i) ______________________________________________________________________
(ii) ______________________________________________________________________
[2 markah]

(b) Mengapakah kita perlu mempunyai tidur yang mencukupi?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, apakah kesannya jika kita tidak cukup tidur serta mengabaikan rehat
yang berkualiti?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[3 markah]

11
Soalan 25
Baca resepi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat yang lengkap.

Ainan membantu ibunya menyediakan bekalan untuk hari keluarga. Ainan belajar membuat
sandwic telur daripada ibunya.
Sandwic Telur
Bahan-bahan
 1 buku roti
 2 biji telur yang sudah direbus
 Sayur (salad dan timun)
 2 sudu besar mayones
 1 sudu kecil lada sulah
 Sedikit garam
 Mentega

Cara-cara memasak
1. Telur direbus. Sapu roti dengan mentega dan diketepikan.
2. Basuh salad dan timun sehingga bersih. Kemudian, hiris timun nipis-nipis.
3. Lenyek telur sehingga lumat serta memasukkan mayones, garam serta lada sulah. Gaul
sehingga sebati.
4. Setelah itu, letakkan telur di atas roti serta letakkan salad dan timun.
5. Letakkan sekeping roti di atasnya lalu dipotong kulit roti.
6. Potong roti kepada dua bahagian.

(a) Nyatakan satu bahan yang tidak menggunakan sukatan tertentu untuk menyediakan sandwic
telur.

_________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Sekiranya tiada telur, apakah bahan yang sesuai untuk sandwic ini?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]
12
(c) Apakah yang boleh dibubuh supaya sandwic yang disediakan ini menjadi lebih enak ketika
dimakan?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

13

Anda mungkin juga menyukai