Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Definisi “masalah” menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua (2016) bermaksud
sesuatu yang mesti diselesaikan atau sesuatu yang memerlukan penyelesaian,perkara atau
keadaan yang menimbulkan kesukaran. Di dalam kajian tindakan, maksud masalah merujuk
kepada satu perkara yang ingin dicari jalan penyelesaiannya. Masalah ini merupakan sesuatu
yang didapati tidak memuaskan, belum sempurna, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu
diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan..

Seterusnya,definisi “peningkatan” menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Kedua (2016)


bermaksud perbuatan atau hal yang disebabkan meningkat atau meningkatkan.Contohnya
seperti peningkatan mutu,peningkatan hasil, peningkatan masalah dan sebagainya.Oleh
itu,perkataan peningkatan biasanya digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang mempunyai
kedudukan,nilai dan tahap sesuatu perkara yang berlaku.

Definisi “kes” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016) bermaksud keadaan khusus
yang berhubung dengan seseorang atau sesuatu hal.Contohnya ,kes rompakan , kes demam
denggi dan sebagainya.Manakala menurut,Kamus Dewan Edisi Keempat,perkataan “kes”ini
diertikan sebagai tunai,wang atau kontan.Perkataan “kes”ini juga merupakan kata pinjaman
daripada bahasa Inggeris iaitu “case” .Oleh itu,ia juga sinonim dengan perkataan hal ,kejadian,
peristiwa, atau perkara.

Definisi “rokok” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) bermaksud tembakau
yang digulung dengan daun nipah,kertas dan lain-lain.Menurut Roslee Ahmad (2006) tabiat
merokok merupakan suatu fenomena masyarakat di mana kewujudannya boleh ditafsir dari
pelbagai aspek. Antaranya adalah aspek hubungan sosial, persekitaran, risiko
kebergantungan, risiko kesihatan dan lain-lain lagi. Kita dapat melihat orang merokok di
merata tempat samada di kampung, bandar dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya,
masyarakat menjadikan kelakuan merokok sebagai satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan
ukuran status kedewasaan, kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di
kalangan orang lelaki.

“Vape” merupakan satu perkataan baru yang telah di promosikan oleh pengguna rokok
elektronik. “Vape” berasal dari perkataan “Vaporisation” membawa maksud proses
pengewapan. Vape adalah rokok elektronik generasi ketiga. Rokok elektroniktelah mula berada
di pasaran semenjak tahun 2003.Fenomena penggunaan Vape telah menjadi satu fenomena
yang menjadi ikutan anak muda dan golongan remaja dan ini merupakan sesuatu yang perlu
dibimbangkan. Fenomena ini adalah bertentangan dengan dasar dan polisi Kementerian
Kesihatan Malaysia iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang bebas dari
sebarang bentuk amalan merokok. Ia juga tidak selari dengan perjanjian WHO Framework
Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang telah ditandatangani oleh Malaysia
semenjak tahun 2005.

(http://pulmonologykkm.org/resources/Fakta%20Kesihatan%20berkaitan%20Isu%20Rokok
%20Elektronik%20dan%20%20%20Vape.pdf)

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,definisi bagi perkataan “kalangan” kelompok


orang atau kelompok bangsa tertentu contohnya seperti golongan,lingkungan, golongan atasan,
golongan orang-orang yang berpangkat tinggi,orang-orang besar.Selain itu,perkataan
“kalangan” juga boleh didefinisikan juga sebagai lingkaran di keliling bulan, matahari dan lain-
lain.

Maksud “penuntut” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud orang yang
menuntut , pendakwa.Yang kedua ia juga di ertikan sebagai orang yang sedang belajar atau
“pelajar”.Ia juga membawa maksud orang yang menyelidiki ilmu.

Seterusnya,definisi “lelaki” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud manusia


daripada jantina yang tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kepada perempuan.

Masalah kemerosotan disiplin di sekolah bergantung pada individu itu


sendiri.Masalah kurangnya keimanan dan daya ketahanan diri di kalangan pelajar
mempercepatkan lagi pengaruh yang tidak baik masuk ke dalam diri pelajar. Pelajar
seperti ini bertindak mengikut perasaan tanpa mengira batasan. Meninjau dari aspek
psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks, dan para remaja sering
menumpukan perhatian mereka kepada perkara-perkara seperti ketidakpuasan hidup,
kesedihan dan perasaannya yang tidak difahami orang lain. Semua ini dicetuskan oleh
hubungan sosial dengan alam sekeliling mereka, yang akhirnya memaksa ramai
golongan remaja kini cuba bertindak mengikut perasaan tanpa mengambil kira ianya
mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Akhirnya lahirlah konflik peribadi yang juga
dikenali sebagai krisis identiti kepada golongan remaja yang bermotivasi rendah dan tidak
yakin dalam menerima hakikat hidup.

Isu menghisap vape dan rokok elektronik kembali hangat diperkatakan setelah dilihat
ia menular dalam kalangan pelajar termasuk murid sekolah rendah hingga menimbulkan
keresahan masyarakat termasuk ibu bapa dan guru-guru.Lebih membimbangkan, pelajar dan
murid-murid perempuan turut terpengaruh menghisap vape dan bilangan mereka dilihat
semakin meningkat, memandangkan peralatan vape atau peranti rokok elektronik itu boleh
didapati dengan mudah di pasaran.Pelbagai bentuk peranti rokok elektronik yang menarik
ditawarkan oleh penjual, sama ada dijual secara terbuka di kedai-kedai atau secara dalam talian,
menyebabkan para pelajar mudah terjebak dalam aktiviti menghisap vape ini, sehingga ia
menjadi trend, terutama selepas waktu persekolahan.Naib Pengerusi Kanan Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye ketika diminta mengulas
mengenai fenomena ini berkata, tindakan tegas dan bersepadu melibatkan semua pihak
berkepentingan perlu diambil bagi mengatasi isu ini kerana ia tidak boleh ditangani secara
bersendirian.Katanya, ketiadaan undang-undang khusus menyebabkan aspek penguatkuasaan
sukar dilakukan hingga penjualan vape dilihat berleluasa meskipun ia tidak dihalang dalam
kalangan golongan dewasa.

Rasional kajian adalah masalah disiplin yang berlaku akibat daripada peningkatan
dalam kes rokok dan vape dalam kalangan pelajar lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab,Kuching,Sarawak.Selain itu, pengkaji juga ingin
mengenal pasti punca peningkatan kes pelajar mengambil rokok dan vape di Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab dan mengkaji keberkesanan
program yang telah dijalankan terhadap pelajar lelaki di sekolah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai