Anda di halaman 1dari 3

KEANGKUHAN FIRAUN

Firaun ialah seorang raja dari bani israil yang berkuasa di Mesir pada zaman Nabi Musa a.s

Firaun adalah seorang raja yang zalim dan angkuh.

Firaun dikurniakan kekayaan, kekuatan dan kerajaan yang besar serta tidak pernah sakit.
Oleh itu, firaun telah mengaku bahawa dirinya sebagai tuhan.

Pada suatu malam,firaun telah bermimpi bahawa akan lahir anak lelaki keturunan bani israil
yang akan menghancurkan kerajaan mesir dan kekuasaan firaun. Oleh itu,firaun telah
memerintahkan supaya tangkap dan bunuh semua bayi lelaki yang lahir pada masa itu.

Zalimkan firaun kawan-kawan.

Ingat kawan-kawan, jangan kita berlaku zalim terhadap manusia sebagaimana dilakukan
oleh firaun.

Allah berfirman dalam surah al-qasas yang bermaksud:

Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan


penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih
anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya
Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.

Baji bukan sebarang baji,

Baji besi puan dahlia,

Bayi bukan sebarang bayi,

Bakal menjadi rasul yang mulia.

Allah maha berkuasa kawan-kawan. Nabi musa dilahirkan dengan selamat disaat bayi lelaki
lain dibunuh dan dijadikan anak angkat oleh firaun. Nabi musa dibesarkan didalam istana
dengan penuh kasih sayang.

Allah berfirman yang bermaksud "Letakkanlah ia (Musa) didalam peti, Kemudian lemparkanlah ia ke
sungai (Nil), Maka pasti sungai itu membawanya ke tepi, supaya diambil oleh (Fir'aun) musuh-Ku dan
musuhnya. dan Aku Telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dari-Ku dan supaya
kamu diasuh di bawah pengawasan-Ku, (surah toha ayat 39)
Apabila dewasa, nabi musa telah berdakwah kepada firaun supaya beriman dengan Allah.
Dengan sombong dan angkuh firaun mencabar kuasa Allah dengan meminta bukti daripada
nabi Musa.

Allah menurunkan wahyu kepada nabi musa supaya mencampakkan tongkat, lalu tongkat
tersebut menjadi ular.

Firaun tetap angkuh dan tidak mahu beriman dengan dakwah nabi musa. Nabi musa pula
tetap terus berdakwah kepada firaun dan kaumnya walaupun firaun menentang dengan
hebat dakwah baginda.

Firaun menuduh nabi musa seorang tukang sihir dan firaun telah mencabar nabi musa untuk
beradu tenaga dengan tukang sihir istana yang hebat-hebat. Setelah tukang sihir firaun
melepaskan ular-ular mereka, maka nabi musa pun mencampakkan tongkatnya lalu menjadi
ular yang besar dan mengalahkan semua ular tukang sihir yang ada.

Lantas,semua tukang sihir tersebut bertaubat dan beriman kepada Allah.

Dengan bengis firaun berkata,wahai ahli sihir sekalian, kembali kepadaku, seandainya kamu
tidak mahu dibunuh.

Surah toha ayat 73

Keimanan ahli sihir terhadap dakwah nabi musa semakin kuat akhirnya mereka semua mati
dibunuh oleh firaun yang zalim itu.

Berjam jam merebus keladi,

Terlalu mengantuk mata terpejam,

Kezaliman firaun makin menjadi-jadi,

Rakyat diperintah dengan kejam

Firaun semakin angkuh dan membunuh setiap lelaki bani israil dengan kejam. Firaun juga
perintahkan pengikutnya menangkap dan membunuh nabi musa. Mereka meminta agar nabi
musa membawa mereka ke luar dari bumi mesir. Atas persetujuan nabi musa, bertolaklah
mereka ke baitulmaqdis di palestin. Mereka berjalan beramai-ramai takut dikesan oleh
tentera firaun. Menjelang fajar menyinsing sampailah mereka dipersisiran laut merah.

Bersuaralah sahabat nabi musa, yusha bin nun

Dibelakang musuh yang mengejar, didepan laut terbentang…..

Bagaimana harus kita melepasinya.


Musa menjawab:

Jangan khuatir, Allah akan me,bantu kita, memberi kita jalan ke luar dari cengkaman
mereka. Dalam saat genting itu, tatkala firaun dan bala tentera makin hampir, Allah
berfirman:

Wahai musa, pukullah tongkatmu.

Dengan izin Allah, terbelahlah laut merah lalu menyeberanglah nabi musa dengan
pengikutnya dengan selamat. Firaun dan bala tenteranya menyangka laluan itu selamat
untuk mereka. Dengan angkuhnya firaun dan bala tenteranya menyeberang laluan yang
terbelah itu.

Setelah nabi musa sampai di seberang, Allah memerintahkan nabi musa memukul
tongkatnya ke laut sekali lagi. Laut merah bercantum semula dan menelan firaun dan
tenteranya yang berada di tengah-tengah laut yang terbelah ketika itu.

Maka berakhirlah riwayat hidup fitaun yang kononnya abadi, hidup tidak akan mati.

Daripada kisah tadi, dapat saya petik 5 pengajaran

1 kekuasaan Allah tidak dapat di tandingi

2 hanya Allah tempat memohon pertolongan

3 kehidupan manusia di bawah urusan tadbir Allah

4 iman penyelamat manusia

5 kesabaran itu kunci setiap perjuangan hidup.

Sebelum mengundur diri, dengarkan alunan saya

Iman adalah mutiara,

Di dalam hati manusia,

Yang menyakini, hanya Allah,

Tuhan yang esa, lagi kuasa.

Wabillahi taufik walhidayah, wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai