Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

Bahagian m/s

1. Borang Maklum Balas i

2. Isi Kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Tugasan 2 : Tugasan Kerja Kursus (Individu) 3

5. Rujukan 7

1
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahiim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Segala puji yang selayaknya untuk Allah, kepada-Nya kita memohon keampunan,
kepada-Nya juga kita memohon perlindungan daripada segala keburukan. Selawat dan salam
ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad yang banyak berjasa kepada kita.

Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus (EDUP3073) Budaya & Pembelajaran,


pelbagai pihak yang sudi telah menghulurkan bantuan dan sokongan yang sepenuhnya kepada
saya. Pada kesempatan ini, tidak lengkap sekiranya kami tidak zahirkan rasa syukur dan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang membantu kami dalam pelbagai sudut
untuk menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih khusus kepada pensyarah
subjek (EDUP3073) Budaya & Pembelajaran, iaitu En Kalaiselvan a/l Patcheyapan atas tunjuk
ajar dan bantuan beliau sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Beliau telah bersusah payah
dalam memberi taklimat dan tunjuk ajar kepada kami semasa proses menyiapkan tugasan ini.
Justeru itu, tanpa bantuan beliau tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang membantu
saya melaksanakan tugasan ini. Rakan-rakan saya juga sanggup berkongsi maklumat tanpa
adanya sikap mementingkan diri. Lebih-lebih lagi, rakan-rakan saya sering memberi motivasi
dalam melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga penghargaan buat insan teristimewa iaitu ibu bapa saya
yang amat dicintai iaitu En Sabudin bin Omar dan Pn Rosemini bt Idris. Ibu bapa saya telah
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sama ada dari segi mental ataupun dari
segi kewangan. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya

2
1.0 Pengenalan

Pada era globalisasi kini, perkembangan murid-murid dari aspek Jasmani, Emosi,
Rohani dan Intelek adalah sangat penting dan bergerak secara seiringan tanpa mengabaikan
aspek yang lain. Selain itu, penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013-2025) juga mengambil berat kesemua murid tanpa mengira latar belakang dan bangsa
supaya dapat mengikuti arus perkembangan pendidikan di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk
melahirkan modal yang insan yang seimbang dalam semua aspek tersebut.

Oleh itu perlaksanaan sistem pendidikan negara bukan sahaja hanya untuk
mendidik, memberi ajaran, pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan
sebaliknya ia turut menjadi salah satu saluran terpenting untuk menyampaikan dan
mengajar kebudayaan melangkaui generasipelbagai budaya bagi mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu. Justeru, pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-
ciri masyarakat dan kebudayaan kepada generasi muda supaya mereka mengenali jati diri
masyarakat yakni sesuai dengan konteks pendidikan di Malaysia di mana aspek
kebudayaan dan masyarakat dititikberatkan bagi meningkatkan perpaduan rakyat. Akan
tetapi, dewasa ini telah menjadi salah satu cabaran kepada sektor pendidikan untuk
bertindak sebagai agen membentuk dan mengekalkan perpaduan masyarakat di
Malaysia selaras dengan era moden. Isu persaingan kaum dan etnik dan faktor lain dikatakan
menyukarkan tugas kerajaan untuk mencapai identiti kebangsaan, Najimah Md Yusof (2007)

2.0 Langkah Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

2.1 Susun atur di dalam kelas

Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), pengurusan bilik darjah dapat
didefiniskan sebagai kemahiran guru dalam menguruskan masa, ruang di bilik darjah, sumber
pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai
untuk sesi PdP. Manakala budaya menurut Edward B. Tylor (n.d seperti yang dinyatakan oleh A
Aziz Deraman, 2005), pula menyatakan budaya adalah keseluruhan kompleks yang
mengandungi penentuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-ungdang, moral, adat
resam, dan tabiat yang didapati oleh manusia sebagai ahli sesebuah masyarakat. Oleh itu,
dapat ditafsirkan bahawa dalam membentuk sebuah bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu
memainkan peranan penting dalam mengendalikan dan menguruskan bilik darjah tersebut.

3
Dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu terlebih dahulu
menyusun atur kedudukan murid-murid di dalam kelas. Kedudukan guru perlu diletakkan di
bahagian yang memudahkan guru untuk memantau murid dan tidak mengganggu pergerakan
aktiviti di bilik darjah. Menurut (Shahabuddin Hashim, Dr.Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir
Ahmad, 2011), kedudukan susun atur meja yang kondusif adalah dalam bentuk kumpulan yakni
bersesuaian dengan kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya bukan sekadar melibatkan unsur-unsur fizikal yang dapat
dilihat dengan pancaindera semata-mata seperti ruang bilik darjah serta peralatan di
dalamnya, sebaliknya persekitaran bilik darjah turut melibatkan unsur-unsur emosi dan
hubungan kemanusiaan.

Selain itu, dalam membentuk bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menyusun
murid-murid supaya tidak mengikut kaum. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah bilik darjah itu
terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India, guru perlu mencampurkan kaum-kaum
tersebut supaya mereka dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain. Menurut Syed
Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2012), susunan meja dan kerusi dalam bilik
darjah sebaik-baiknya memberikan kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan serta dapat berinteraksi antara satu
sama lain. Dengan ini, tidak wujud pergaulan secara berkelompok dalam kalangan pelajar.

Selain itu, guru juga boleh mewujudkan satu sudut atau ruang fizikal seperti sudut
bacaan, sudut informasi, pusat literasi dan ruang hasil kerja murid. Menurut Noriati A. Rashid,
Boon, Y. P., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2011), guru perlu
menyediakan pusat literasi di dalam bilik darjah bagi memudahkan murid mencari maklumat
dan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Ruang fizikal ini boleh meningkatkan
motivasi murid untuk belajar dan memperkembangkan bakat yang dimiliki. Selain itu, sudut
informasi dan sudut bacaan sebagai medium untuk murid berkomunikasi antara satu sama lain
dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada sudut bacaan diletakkan buku-buku cerita cina yang
mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu. Manakala pada sudut informasi diletakkan info-
info yang berkaitan dengan kaum seperti pakaian kebudayaan, makanan tradisi dan
sebagainya.

4
2.2 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Selain susun atur kelas, dalam menguruskan bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu
mahir dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya, persekitaran
biliik darjah mesra budaya ialah suatu persekitaran pembelajaran yang selesa dan ceria
melalui perlakuan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memain peranan
penting dalam membina kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasakan
perbezaan budaya murid. Ini kerana, setiap murid mempunyai kaedah tersendiri untuk
mempelajari dan memahami sesuatu perkara. Oleh sebab itu, guru tidak boleh menggunakan
satu kaedah untuk belajar. Guru perlu melibatkan murid secara langsung bagi menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan mesra budaya.

Antara kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru pengajaran dan pembelajaran ialah
kaedah lawatan. Kaedah ini antara kaedah yang sesuai digunakan dalam pembelajaran
sejarah. Ini kerana sejarah merupakan mata pelajaran yang memerlukan murid untuk fokus dan
mengingat banyak fakta dan semestinya bagi murid-murid iainya amat membosankan. Adalah
lebih berkesan dan menyeronokkan sekiranya guru membawa mereka melawat ke tempat
bersejarah untuk mereka pelajari sesuatu tajuk. Sebagai contoh, guru boleh menganjurkan
lawatan ke Muzium Negara untuk murid-murid mempelajari pelbagai maklumat tentang
kepelbagaian budaya kaum dan etnik. Berdasarkan kajian Mohamad Johdi bin Salleh &
Ariegusrini Bte Agus (2009), mereka mengatakan bahawa kaedah lawatan adalah kaedah
yang mampu meningkatkan pemahaman murid secara aktif dan produktif. Hal ini kerana,
murid melihat sendiri secara maujud mengenai sejarah sesuatu budaya.

Selain itu, guru boleh menjalankan kaedah pembelajaran koperatif dan


kolaboratif di mana pembentukan kumpulan boleh dijalankan semasa aktiviti berlangsng di
dalam bilik darjah.Kaedah ini dapat melahirkan persekitaran bilik darjah mesra budaya
kerana murid akan lebih menghormati antara satu sama lain. Guru boleh membuat
kotak beracun, undian warna dan menentukan sendiri kumpulanmulai kiraan nombor
secara berulang mengikut bilangan kumpulan yang ingin dibentuk. Guru seharusnya
mengalakkan daripada membiarkan murid memilih sendiri pasangan atau ahli kumpulan
kerana khuatir ianya akan menyebabkan kelas menjadi bising dan tidak terkawal. Selain
itu, pemilihan secara undi adalah adil dan membolehkan murid pelbagai kaum dan
etnik dapat dihimpunkan bagi meningkatkan perkongsian idea, pendapat juga pemikiran
daripada mereka. Dengan itu, murid pelbagai kaum dapat bertukar idea seterusnya
menghasilkan satu hasil kerja yang berkualiti.

5
3.0 Rumusan

Kesimpulannya, dalam menguruskan bilik darjah, seorang guru perlu bekerjasama


dengan anak muridnya supaya kelas mereka menjadi mesra budaya. Ini kerana, sekiranya guru
menguruskan setiap perkara secara berseorangan seperti bilik darjah, berkemungkinan murid
tidak akan menghargai usaha guru tersebut kerana mereka tidak mengetahui kesusahan dalam
menguruskan bilik darjah. Guru perlu melibatkan murid pelbagai kaum secara langsung bagi
membina sebuah kelas yang mesra budaya. Dengan itu, murid akan menghargai hasil kerja
mereka.

6
4.0 Rujukan

Afandi Kamaruzaman, Mohd Yusrizal Mohd Noor, Barharudin Zainal Abidin & Muhammad Zaini

Othman. (t.t.). Definisi pemikiran kritis. Retrieved from

http://eprints.utm.my/23065/1/Definisi%20Pemikiran%20Kritis.pdf

Azizi Yahaya & Intan Sapinas Bahuri. (t.t.). Pembelajaran koperatif. Retrieved by Mac 1, 2017

from http://eprints.utm.my/10378/1/28.9_PEMBELAJARAN_KOPERATIF.pdf

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku.

Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jesus, L. (2006). Garis panduan mengenai literasi maklumat untuk pembelajaran sepanjang

hayat. Retrieved from

Joseph Anjuman & Wan Rozali Wan Hussin. (2013). Ict dan kelestarian penggunaannya dalam

pengajaran dan pembelajaran geografi di sekolah. Retrieved from

http://www.ums.edu.my/fpp/images/stories/Document/SPSG2013/ict%20dan%20kelest

arian%20penggunaannya%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20geo

grafi%20di%20sekolah%20joseph_wan_usm.pdf

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. (2009). Pengurusan bilik darjah. Dalam

Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala

Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid (2011).

Budaya dan pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Sandra Rahman et al. (2013). Penggunaan ict merentas kurikulum standard prasekolah

kebangsaan (KPSK): tinjauan di prasekolah kementerian pelajaran Malaysia. Jurnal

Kurikulum & Pengajaran Asia Pasikfik – Oktober 2013, Bil. 1 Isu 4. Retrieved from

https://www.academia.edu/31628659/kekangan_penggunaan_teknologi_maklumat_dan

_komunikasi_tmk_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_guru_prasekolah

7
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan pembelajaran.

Puchong. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai