Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Memelihara Alam Sekitar

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai,tumbuh-tumbuhan,dan bukit-


bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar.Alam sekitar yang bersih akan
menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita.Alam sekitar yang terpelihara akan
dapat mendamaikan jiwa kita.Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat
tinggal.Selain itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai
pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam


keseimbangan alam.Tumbuh-tumbuhan mengeluar kan gas oksigen.Gas oksigen ini
diperlukan oleh manusia untuk pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan
untuk dijadikan suber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan tebal yang


menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.Kawasan hutan menjadi habitat
pelbagai jenis haiwan seperti harimau,singa dan gajah.Aktiviti pembalakan dan pertanian
perlu dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu
dipelihara.Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita.Lautan yang terbertang
luas menjadi tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan.Kita perlu memelihara sungai
dan lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran.Alam sekitar


yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.Alam sekitar yang terpelihara
merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan dating.

Anda mungkin juga menyukai