Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

BULAN PUSAT SUMBER


SMK TAMAN MUTIARA RINI 2
2011

1.0 PENGENALAN
Pusat Sumber Sekolah merupakan salah satu nadi utama dalam menjamin
keberhasilan pelajar dan kecemerlangan sekolah. Sejak sekian lama, penubuhan Pusat Sumber
yang dimulai dengan perpustakaan sentiasa mengalami perubahan dan anjakan demi
menjamin keberkesanan dan fungsinya dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran
yang berkesan. Selain mewujudkan prasarana Pusat Sumber yang sesuai dan menarik, minat
para pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber juga haruslah sentiasa disemai dan dipupuk
dari masa ke semasa. Pelbagai program dapat dianjurkan oleh pihak sekolah dan Pusat
Sumber sendiri untuk menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber seterusnya
menggunakan Pusat Sumber sebagai salah satu sumber ilmu.

2.0 NAMA PROGRAM


Bulan Pusat Sumber Sekolah SMK Taman Mutiara Rini 2

3.0 MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

4.0 OBJEKTIF
i. Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah dengan berkesan
iii. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan
mengendalikan program.
iv. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

5.0 TEMA
PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG

6.0 TARIKH PELAKSANAAN


Sepanjang bulan Julai 2011

7.0 TEMPAT
Sekitar SMK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru.

8.0 SASARAN PESERTA


Semua pelajar SMK Taman Mutiara Rini 2

9.0 AKTIVITI DAN PROGRAM

BIL NAMA OBJEKTIF KAEDAH PELAKSANAAN


PROGRAM
1. Majlis  Menghebahkan  Majlis perasmian akan diadakan pada hari
Perasmian kepada semua pelajar Isnin 4 Julai 2011 ketika perhimpunan
mengenai bulan Pusat rasmi.
Sumber Sekolah

2. Kuiz PSS  Menambahkan ilmu  Dua soalan mengenai PSS akan diberikan
pengetahuan pelajar kepada pelajar pada waktu perhimpunan
mengenai PSS sekolah pada setiap hari khamis.
 Pelajar yang dapat menjawab dengan
tepat akan diberi hadiah.

3. Treasure  Mengeratkan  Akan dijalankan pada hari Sabtu 9 Julai


Hunt hubungan antara 2011.
 10 kumpulan peserta terdiri daripada 3
Pengawas Pusat
Sumber dan pelajar orang pelajar akan dipilih berdasarkan
 Menambahkan ilmu penyertaan terawal.
 Aktiviti akan diadakan di sekitar sekolah.
pengetahuan pelajar
mengenai PSS Lima checkpoint akan diwujudkan dan
pelajar perlu melepasi semua check point
dan menyiapkan tugasan di setiap check
point.
 Hadiah akan diberi kepada 3 kumpulan
pertama yang berjaya menyiapkan
kesemua tugasan dengan tepat.

4. Pengunjung  Menarik minat pelajar  Semua pelajar yang mengunjungi PSS


bertuah untuk mengunjungi akan diberikan slip untuk diisikan
Pusat Sumber maklumat peribadi.
 Setiap hari, seorang pengunjung akan
Sekolah
dipilih secara rawak untuk menerima
hadiah.

5. Pertandingan  Menarik minat pelajar  Program ini akan berlangsung sepanjang


Menulis untuk menggunakan bulan PSS.
Ulasan Buku buku-buku di PSS  Peserta dikehendaki meminjam sebuah
 Mencungkil bakat
buku dan membuat ulasan mengenai buku
pelajar dalam
tersebut.
penulisan.  3 peserta terbaik akan menerima hadiah.

6. Peminjam  Menarik minat pelajar  Setiap minggu, seorang pelajar yang


Terbanyak untuk meminjam meminjam buku paling banyak akan
Mingguan. buku dari Pusat dipilih sebagai pemenang.
 Dua kategori disediakan iaitu kategori
Sumber Sekolah
pelajar sesi pagi dan pelajar sesi petang.

7. Rekod  Memupuk sifat suka  Pelajar dikehendaki merekod semua


Bacaan membaca di kalangan bacaan di dalam buku Nilam mereka dan
Nilam pelajar menyerahkannya kepada guru PSS
Terbanyak  Mencari calon untuk sebelum 29 Julai 2011
Pertandingan Nilam  Hadiah akan diberikan kepada 3 peserta
Peringkat Daerah yang mempunyai rekod nilam terbanyak.
2012
8. Program  Mengumpul semula  Semua buku yang dipinjam tetapi sudah
Pengampunan buku-buku yang tidak melebihi tarikh pemulangan akan diterima
PSS dipulangkan oleh tanpa sebarang denda sepanjang minggu
pelajar ke-2 dalam bulan Julai.

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En Zainal Bin Buang


(Pengetua SMK Taman Mutiara Rini 2)
Pengerusi : Pn Bibi Aishah Binti Roslan
(Guru Media dan Perpustakaan,
SMK Taman Mutiara Rini 2)
Setiausaha : Pn Hadizah Binti Ahmad
Ahli Jawatankuasa :
i. Kuiz PSS : Noraliya Binti Ripin (5PA)
ii. Treasure Hunt : Siew Jia Yin (4SN)
iii. Pengunjung Bertuah : Foo Sze Hui (4SN)
iv. Ulasan Buku : Cornie Chin (4SN)
v. Peminjam Terbanyak : Kanntini A/P Krishnan (2A)
vi. Rekod Nilam Terbanyak : Mohd Imran Bin Moh Shajahan (2B)
vii. Minggu Pengampunan PSS : Amirul Ashraf Bin Naim (3A)

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan
i. Pusat Sumber Sekolah RM 530.00
Perbelanjaan
i. Majlis Perasmian
 Banting RM 50.00
ii. Hadiah
 Kuiz PSS (8 x RM 5) RM 40.00
 Treasure Hunt RM 100.00
 Pengunjung Bertuah (20 x RM 5) RM 100.00
 Ulasan Buku RM 100.00
 Peminjam Terbanyak (4 x RM 10) RM 40.00
 Rekod Nilam Terbanyak RM 100.00
JUMLAH RM 530.00

12.0 CARTA PELAKSANAAN PROGRAM

Ulasan Buku
Treasure Hunt
Kuiz PSS

Program
PerasmianMajlis

TerbanyakPeminjam

Program Pengampunan
BertuahPengunjung

TerbanyakRekod Nilam

PSS
Tarikh

01.07.2011
02.07.2011
03.07.2011
04.07.2011
05.07.2011
06.07.2011
07.07.2011
08.07.2011
09.07.2011
10.07.2011
11.07.2011
12.07.2011
13.07.2011
14.07.2011
15.07.2011
16.07.2011
17.07.2011
18.07.2011
19.07.2011
20.07.2011
21.07.2011
22.07.2011
23.07.2011
24.07.2011
25.07.2011
26.07.2011
27.07.2011
28.07.2011
29.07.2011
30.07.2011
31.07.2011
01.08.2011
02.08.2011 Penyampaian Hadiah

13.0 PENUTUP
Besarlah harapan pihak penganjur agar Bulan Pusat Sumber SMK Taman Mutiara
Rini 2 ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak seperti yang diharapkan.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menjadi titik permulaan kepada Pusat Sumber
SMK Taman Mutiara Rini 2 yang lebih cemerlang dan gemilang.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

………………………………. ……………………………
Pn Bibi Aishah Binti Roslan
Guru Media dan Perpustakaan
SMK Taman Mutiara Rini 2
Johor Bahru

Anda mungkin juga menyukai