Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Siti Noor Hayati binti Salleh


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SMK Seri Sentosa
(c) Kumpulan Perkhidmatan : DG 44
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


GURU SEBAGAI PENDORONG DALAM BILIK DARJAH
1. Tajuk Buku:

2. Pengarang: Abdullah Hassan, Ainon Mohd

3. Tahun
31 Disember 2002
diterbitkan:

4. Diterbitkan
oleh: PTS Publishing House

5. Sinopsis Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya
Buku Yang rajin belajar dan menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila
Dibaca: dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan
niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu mengadakan
program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah itu tidak
menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi menyampaikan sesinya,


kemudian mereka tidak datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak mungkin
dapat mendorong murid dengan berkesan disebabkan proses mendorong murid
tidak dapat dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang perlu dilakukan
sepanjang masa bagi setiap murid.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali
ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila
guru memberitahu pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi murid-
murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka memberitahu mereka dihantar
mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi dengan pelbagai pengalaman


negatif dan menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan pengalaman
dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa dan seumpamanya oleh motivator-
motivator yang mengendalikan program itu.
Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah
tanpa asasnya. Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi
murid-murid sekolah menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga
menimbulkan kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu tidak mempunyai latar belakang
ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi melayakkan
mereka menggunakan gelaran itu, oleh sebab yang demikian mereka tidak
berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah
punca utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi
dengan isi kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-
murid yang mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi adalah sains yang sudah
lama diterokai oleh pakar-pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi.
Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi negara ini, yang berada di
universiti-universiti tempatan, tidak muncul ke depan dan menerangkan kepada
masyarakat apa yang dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi. Akhirnya
kekosongan ini diisi oleh individu-individu yang pandai bercakap tetapi tidak
mempunyai pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu sendiri.

 Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.


6. Manfaat/  Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
pengajaran  Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
yang  Melatih murid bersikap optimis.
diperoleh
 Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada
daripada
buku yang
kejayaan.
dibaca:  Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu
kejayaan.

7. Tandatangan:

Disahkan oleh :

………………………………….
Nama:
Jawatan: