Anda di halaman 1dari 3

PERUTUSAN

KETUA PENGARAH AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN SEMPENA


BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN
SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah


Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya kita sama-
sama berada di tahun 2020 yang akan menyaksikan segala daya usaha kita
dicurahkan dalam memastikan wawasan kemakmuran Bersama 2030 dapat
dicapai.

Kemakmuran negara ini diterjemahkan melalui kebersamaan kita menjalani


kehidupan dalam suasana yang harmoni, bebas dari segala gejala sosial yang
menjadi ancaman kepada ganerasi muda yang merupakan aset kepada negara
yang kita cintai.

Peranan komuniti amat penting di dalam mendidik dan menanamkan


kesedaran berhubung bahaya penyalahgunaan dadah. Isu penyalahgunaan
dadah tidak boleh ditangani secara berasingan ianya menuntut komitmen
semua pihak untuk memastikan ganerasi kita terdidik dalam membuat pilihan
yang tepat.

Usaha memperkasakan pendidikan pencegahan amat penting dilaksanakan


biarpun hasilnya tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat namun usaha
ini amat perlu diambil serius oleh semua pihak. Dalam ledakan teknologi dan
arus kemodenan ibubapa dan masyarakat harus peka dan cakna terhadap
keperluan anak-anak seiring dengan perkembangan arus kemodenan yang
sentiasa menyediakan ruang dan peluang untuk mereka terdedah kepada
pelbagai pengaruh negatif. Kita harus mendidik ganerasi yang celik dan mampu
untuk membuat pilihan yang bijak dalam arus perkongsian maklumat tanpa
sempadan.

Sekiranya komuniti dan semua pihak berusaha bergandingan bahu untuk


melaksanakan usaha murni ini pastinya hasrat untuk menyaksikan gejala
penyalahgunaan dadah ini dapat dikawal bukanlah satu perkara mustahil. Ini
kerana statistik menunjukkan ganerasi kita telah terjebak dengan
penyalahgunaan dadah seawal persekolahan dan ianya merupakan “api dalam
sekam” yang akan memusnahkan ganerasi pemimpin masa hadapan negara.

AADK memegang amanah dalam merawat pulih dan mendidik masyarakat


untuk menanamkan kesedaran dan meningkatkan kepekaan masyarakat
seluruhnya berhubung isu dadah. Namun begitu isu dadah bukan masalah dan
tanggungjawab Agensi ini sahaja sebaliknya ianya adalah masalah kita
bersama.

Sehubungan itu di dalam memastikan wawasan kemakmuran bersama ini


dapat dicapai dan diterjemahkan ianya menuntut komitmen semua pihak
selaras dengan matlamat Dasar Dadah Negara iaitu untuk mewujudkan Negara
dan bangsa Malaysia yang bebas daripada ancaman gejala dadah bagi
menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan mengekalkan kestabilan dan
ketahanan nasional melalui (5) lima teras iaitu, Pendidikan Pencegahan,
Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan, Pengurangan Kemudaratan dan
Kerjasama Antarabangsa.

Akhir kata, dalam merealisasikan pelbagai usaha dan tekad di tahun 2020 ini
saya juga ingin menegaskan bahawa Bulan Antidadah Kebangsaan ini
merupakan platform dan ruang untuk kita memberi kefahaman dan
menanamkan jati diri masyarakat bahawa “prevention is better than cure”.
Semoga setiap langkah yang kita ambil adalah langkah ke arah kejayaan dan
kecemerlangan. Harapan saya agar segala usaha murni kita untuk
membebaskan negara dari permasalahan dadah akan diberkati Allah SWT
untuk Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama; Dadah Terkawal 2025.

Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

KETUA PENGARAH
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Anda mungkin juga menyukai