Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS -JAMUAN AKHIR TAHUN

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010(1)


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Tn. Hj. Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ

En Abdul Rahim b. Abdullah, Guru penolong Kanan Pentadbiran

En. Amran bin Ibrahim, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid

En Wan Pauzi bin Wan Mohd, Guru penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Rakan Kaunselor, Guru Cemerlang, dan rakan-rakan guru, staf sokongan
dan pekerja swasta yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya, maka kita diberikan luangan waktu untuk kita sama-sama berkumpul di
anjung yang santai ini Anjung Bahtera untuk majlis Jamuan Akhir Tahun SMKPNZ 2010.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Anjung nan indah Anjung Bahtera,

(2)
Hadirin yang dimuliakan,

Sebelum kita menjamu selera, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadzil
Ustaz Amri bin Daud untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

.......................

Terima kasih Al-Fadzil Ustaz.

Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan

**************************************************************
(3)
Hadirin yang dimuliakan,
Selepas kita menjamu selera dengan hidangan yang enak dan menyelerakan, kita ke acara
selanjutnya.

Memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Mulia
Tuan Kob bin Tuan Ibrahim, Pengerusi Kelab Warga PNZ untuk menyampaikan sepatah
kata.
********
Terima kasih diucapkan kepada YM Tuan Kob Tuan Ibrahim.

(4)

CABUTAN BERTUAH:

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya , tuah ayam tampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.
Sebentar lagi kita akan tahu siapa yang bertuah di kalangan kita.

(i)
Bagi maksud tersebut, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia En. Wan
Pauzi bin Wan Mohd, PK Ko untuk membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

.....
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia PK Ko.

(ii)
Seterusnya dijemput Yang Berbahagia En Amran bin Ibrahim, PK HEM untuk membuat 5
cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia PK HEM.

(iii)
Seterusnya dijemput Yang Berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, PK Pentadbiran untuk
membuat 5 cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia PK Pentadbiran.

(iv)

Seterusnya dijemput pula,Yang Berbahagia Tuan Pengetua untuk membuat 7 cabutan dan
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

(5)

SIJIL PENGHARGAAN KEPADA GURU DAN STAF SOKONGAN:

Bagi maksud tersebut, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia
En Abdul Rahim bin Abdullah, PK Pentadbiran untuk mengiringi Yang Berbahagia Tuan Hj
Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada
semua guru dan staf sokongan.
Dipersilakan.
*****

Majlis merakamkan sekalungan terima kasih kepada Yang Berbahagian Tuan Pengetua.

(6)

Berikutnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan yang Berbahagia
Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan
bingkisan kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis setulus hati merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Yang berbahagia Tuan Pengetua.

(7)
Hadirin yang dimuliakan,

Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon sedikit kesempatan untuk
merakamkan sekalungan bunga terima kasih atas kerjasama padu semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan acara petang ini
berlangsung dengan jayanya.Rakaman terima kasih juga kepada pihak pengurusan Anjung
Bahtera.

Pihak majlis mohon merakamkan serangkap pantun untuk semua yang hadir.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh tepi jambangan
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Majlis kita tamat di sini.

Sekian, Wassalamualaikum wbt.

contoh teks ucapan pengacara majlis sempena jamuan akhir tahun