Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.

Yang berusaha Tuan Pengarah


Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, yang dihormati Timbalan Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, para pensyarah dan rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Saya amat bersyukur kerana dapat
berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Isu
Penderaan: Di Mana Silapnya?”.

Hadirin yang dihormati,

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan
suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Namun,
sekarang kita telah mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini
semakin berleluasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas
daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung anak itu
sendiri. Mengapakah fenomena negatif ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan anak-anak yang
tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang boleh kita kaitkan dengan kes
penderaan kanak-kanak. Saya akan rangkaikan satu per satu.

Masalah institusi keluarga merupakan salah satu pemangkin berlakunya kes penderaan
kanak-kanak. Kes penderaan kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang berdekatan atau
mempunyai pertalian darah dengan anak-anak yang menjadi mangsa. Tamsilnya, pihak yang
biasanya menjadi titik permulaan kepada penderaan kanak-kanak termasuklah ibu bapa, ayah
dan ibu tiri ataupun ibu dan bapa saudara. Penderaan kanak-kanak dilakukan oleh ibu bapa yang
menghadapi konflik kekeluargaan seperti hubungan yang rapuh antara suami dan isteri akibat
daripada campur tangan pihak ketiga. Maka, pergaduhan antara suami dengan isteri akan
berlaku dan seterusnya perceraian. Ibu bapa yang tidak berfikir matang mampu melepaskan
geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek. Ibu bapa menjadikan anak-anak
sebagai tempat untuk melepaskan geram dan berlakunya penderaan.

Selain itu, tekanan di tempat kerja menyebabkan berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan melepaskan tekanan tersebut
kepada anak-anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka
merengek kerana mereka memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak berfikir
panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti menerajang,
mencucuk punting rokok dan sebagainya. Patutkah anak-anak yang tidak berdosa ini
diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.
Tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan yang saya hormati,

Sejarah silam ibu bapa yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa kecil juga
menjadi satu faktor berlakunya penderaan kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penderaan
kanak-kanak sering dilakukan oleh orang yang pernah menjadi mangsa penderaan semasa
mereka dalam alam kanak-kanak dahulu. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa beranggapan
bahawa anak-anak patut mengalami kesakitan dan penderitaan seperti yang pernah dialami oleh
mereka. Biasanya, keadaan ini akan berlaku kerana ibu bapa mengalami penyakit mental dan
mempunyai emosi yang tidak stabil. Penderaan yang berterusan pada peringkat umur yang
rendah sememangnya akan meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada anak-anak.
Tuntasnya, sejarah silam ibu bapa akan mengakibatkan kes penderaan kanak-kanak.

Di samping itu, kurangnya pendidikan agama dalam kalangan ibu bapa turut
mempengaruhi berlakunya kes penderaan kanak-kanak. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
kebanyakan ibu bapa memperoleh didikan agama. Namun, tidak ramai dalam kalangan ibu bapa
yang mengamalkan ajaran agama mereka. Keimanan ibu bapa akan menjadi lemah akibat
daripada penghayatan agama yang tidak utuh. Sekiranya penghayatan agama kuat, tidak
mungkin ibu bapa akan berkelakuan bagai haruan makan anak dan sanggup mendera darah
daging sendiri. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan
kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi
oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah
anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang
tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah
kepada kita.

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi,

Penderaan kanak-kanak meninggalkan banyak kesan kepada pendera dan juga mangsa.
Penderaan ini mampu memberi banyak kesan dalam pelbagai aspek terutamanya dalam aspek
emosi dan interaksi antara satu sama lain.

Kesan terhadap pendera ialah pendera berkemungkinan akan bertindak dengan lebih
agresif dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana tindakannya dalam kes-kes penderaan
yang telah dilakukan terdahulu tidak mengakibatkan kesan yang negatif ke atas dirinya. Justeru
itu, tidak mustahil sekiranya pendera akan menjadi lebih agresif dan hilang kewarasan. Pendera
berkemungkinan merasakan tekanan emosinya hanya dapat dilepaskan dengan melakukan
penderaan ke atas orang lain. Oleh itu, hal ini menyebabkan dirinya lebih cenderung untuk
melakukan penderaan berulang-ulang kali dan melibatkan lebih ramai mangsa.

Kesan terhadap mangsa penderaan pula ialah mangsa akan mengalami kecederaan dari
segi fizikal. Hal ini demikian kerana pukulan atau hentakan yang kuat terhadap mangsa
penderaan. Kesan penderaan kanak-kanak dapat dilihat melalui kecederaan pada anggota fizikal
mereka seperti luka di kepala, badan dan muka. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang
berlakunya kecacatan fizikal sama ada serius atau kecederaan kecil. Terdapat sesetengah kes
penderaan yang menyebabkan mangsa mengalami kerencatan otak yang berlaku akibat
hentakan di kepala oleh benda keras dan berkemungkinan boleh meragut nyawa mangsa.

Selain itu, mangsa juga berkemungkinan mengalami tekanan emosi yang mendalam.
Contohnya, mangsa akan menjadi lebih penakut untuk menghadapi masyarakat kerana trauma
akibat perlakuan penderaan ke atasnya. Mangsa sentiasa berkeadaan bimbang, kecewa, hilang
keyakinan diri, bersikap agresif dan fikiran mereka sering terganggu. Mangsa penderaan lebih
cenderung bertindak dengan lebih agresif dan mengakibatkan mereka melakukan penderaan
terhadap orang lain, sebagaimana yang diperlakukan ke atas dirinya. Hal ini demikian akan
menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah kanak-kanak apabila emosi
mereka terjejas.

Anda mungkin juga menyukai