Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM 5 MINIT MESEJ ANTI DADAH

(A) Cara-cara mengenal penagih dadah

1. Bajunya kotor dan berbau busuk

2. Matanya merah dan kuyu

3. Air liur meleleh

4. Jalan terhoyong-hayang

5. Percakapan meleret-leret

6 Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi tangga atau kaki lima

7. Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak makan atau tiada duit
tambang bas.

Rumusan: Penagih dadah tidak boleh mengurus diri.

______________________________________________________________

(B) Masa depan seorang penagih dadah

1. Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah

2. Dipulaukan oleh masyarakat

3. Susah dapat kerja

4. Sering dicaci dan dicurigai

5. Dibenci dan dihina

6. Dibuang kerja atau sekolah

7. Tidak dipercayai oleh rakan-rakan

8. Masa depan gelap

Rumusan: Pelajar sekolah yang ditangkap kerana mengguna atau mengedar


dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan kes polis
(C) Nasib Keluarga Penagih Dadah

1. Hubungan anak dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain akan
renggang.

2. Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram dan terancam.

3. Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat.

4. Keluarganya jadi huru-hara.

5. Harta benda keluarga tidak selamat.

Rumusan: Kerana penagih, ahli keluarga yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka juga.

______________________________________________________________

(D) Cara pengedar dadah mempengaruhi pelanggan baru yang terdiri


daripada para pelajar

1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang bermasalah di rumah


atau di sekolah

2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping selalu dengan
pelajar yang dikenal pasti.

3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar tersebut sehingga


dirinya dipercayai dan diterima sebagai sahabat.

4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan belanja rokok


semewah-mewahnya.

5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba dadah dengan


percuma. Bila pelanggan baru sudah mula seronok barulah dikenakan
bayaran. Selagi pelanggan baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila
sudah mula ketagihan, harga dadah melambung.

Rumusan: Pengedar dadah adalah manusia kejam yang mengaut


keuntungan di atas penderitaan orang lain. Awas! Pengedar dadah sangat
licik dan cekap.
(E) Ciri-ciri pelajar yang menjadi sasaran pengedar dadah

1. Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar

2. Ibu bapa yang selalu bergaduh

3. Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah

4. Nakal

5. Merokok

6. Suka buang masa

7. Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal

8. Beg sekolah bertampal-tampal

9. Pelajaran merosot

10. Selalu melanggar peraturan sekolah

Rumusan: Pengedar dadah tidak mempedulikan orang yang menderita,


asalkan dia kaya.

______________________________________________________________

(F) Mengapa pelajar sekolah menjadi sasaran pengedar dadah

1. Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi

2. Golongan remaja suka kepada keseronokan

3. Golongan remaja suka mencuba-cuba

4. Remaja suka kepada cara hidup bebas

5. Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat

6. Mudah dapat wang daripada ibu bapa

7. Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan diri seperti belajar

8. Suka kawan-kawan yang menyeronokkan

Rumusan: Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar sekolah yang


bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang setia walaupun mereka
tahu bahawa menagih dadah banyak keburukannya.
(G) Mengenalpasti pelajar yang menggunakan dadah

1. Selalu atau suka ponteng sekolah

2. Pandai berdalih

3. Selalu pinjam atau minta wang

4. Selalu bercakap bohong

5. Pakaian tidak kemas

6. Memilih kawan yang tertentu sahaja

7. Memiliki wang yang banyak

8. Selalu membawa pakaian harian ke sekolah

9. Pelajaran semakin merosot

10. Enggan bertentang mata bila bercakap dengan orang lain

Rumusan: Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada dalam keadaan


gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba menyembunyikan
perasaannya.

______________________________________________________________

(H) Ciri-ciri dadah

1. Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan manusia

2. Boleh merosakkan sistem saraf pusat

3. Mengakibatkan pergantungan fizikal seperti lemah jika tidak makan dadah

4. Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran dan perasaan dikawal


oleh dadah)

5. Memberi kesan buruk kepada kesihatan

6. Memberi kesan buruk kepada fungsi sosial seperti suka bersendirian

Rumusan: Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan keburukan.


(I) Kesan-kesan buruk ganja

1. Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan terhoyong-


hayang

2. Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah dan kanser sebab
asap ganja mengandungi THC (TETRAHYDROCANNABINOL)

3. Melemah dan merosakkan daya pemikiran dan pemahaman.

4. Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot. Bilangan sperma akan


kurang dan jadi cacat serta boleh menyebabkan mandul.

5. Merosakkan pertimbangan dan persepsi.

6. Menimbulkan sikap tidak peduli untuk bergaul dengan kawan-kawan

7. Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan mengurangkan


telur dalam ovari.

8. Mengurangkan susu badan dan boleh menyebabkan kecacatan pada janin.

Rumusan: Pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja terlebih dahulu


sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih kuat dan mahal.

______________________________________________________________

(J) KESAN BURUK CANDU

1. Boleh menyebabkan kematian mengejut

2. Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal pergerakan badan dan


mudah mendapat kemalangan

3. Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan banyak

4. Menjadi sesak nafas

5. Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan diri terhadap


penyakit

RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang merbahaya.
(K) KESAN BURUK MORFIN

1. Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu. Terdapat dalam bentuk
serbuk putih seperti tepung atau cecair atau ketulan hitam. Kesannya kira-kira

lapan kali lebih kuat daripada candu.

2. Selalu mengamuk dan berat badan merosot

3. Tidak berupaya mengurus diri dan mudah diserang penyakit

4. Kematian mengejut

RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan jual kepada
penagih dengan jenis-jenis dadah yang lain. Penagih-penagih akan

menyebabkan pengedar dadah lebih kaya.

_____________________________________________________________________

(L) Merokok

1. Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap jika merokok.

2. Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu nikotin, karbon
monoksid dan tar.

3. Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan degupan jantung

menjadi cepat.

4. Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh menyebabkan keupayaan

darah membawa oksigen B menurun.

5. Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah paru-paru, usus

atau mulut.

RUMUSAN : Peraturan sekolah tetap melarang pelajar merokok. Pelajar yang


melanggar peraturan ini akan dibuang sekolah.

Anda mungkin juga menyukai