Anda di halaman 1dari 1

AMPANG – Kejuaraan Pencak Silat Remaja Gayong Peringkat Kebangsaan telah menutup

tirainya dengan menyaksikan kontigen negeri Sarawak telah menunjukkan pencapaian yang
memberansangkan dengan menduduki naib johan keseluruhan dengan kutipan 3 emas 5 perak
dan 3 gangsa di belakang Selangor sebagai Johan Keseluruhan yang mengutip 4 emas 3 perak
4 gangsa. Kontigen negeri Sarawak menjadi sebut-sebutan di sepanjang kejuaraan yang
berlangsung dari 14 sehingga 16 Febuari 2020 kerana ini adalah julung-julung kalinya
penyertaan dari PSSGM Sarawak yang berentap dengan negeri-negeri elit di dalam sukan
Silat Olahraga seperti Selangor dan Pahang tetapi boleh bersaing dengan hebatnya
mengetepikan cabaran 11 buah negeri yang lain untuk berada di tempat kedua kejuaraan
tersebut.
Kontigen Sarawak telah menghantar 15 atlet bagi menghadapi lawan dalam kategori masing-
masing yang telah terpilih dari beberapa buah sekolah di Sarawak seperti SMK Matang Hilir,
SMK Seri Setia dan SMK Bandar Baru Samariang dari bahagian Kuching; SMK Sri Aman
dari Bahagian Sri Aman, MRSM Betong dan SMK BM Saratok dari bahagian Betong. 8
orang atlet dari Gayong Sarawak telah terpilih untuk mewakili pertubuhan ini di Kejuaraan
Sirkit Remaja Kebangsaan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) yang bakal berlangsung
pada Mac akan datang. Ini membuktikan bahawa atlet dari Gayong Sarawak sebenarnya
berpotensi untuk diketengahkan dalam sukan Silat Olahraga dan memerlukan perhatian dari
Majlis Sukan Negeri Sarawak.
Menurut jurulatih kontigen Sarawak, Muhammad Khawar Hezazy, walaupun pasukan ini
tidak mendapat sebarang tajaan dari mana-mana pihak, namun semangat juang dan kental
demi menaikkan nama Sarawak di persada kebangsaan menjadi inspirasi atlet-atlet ini
sepatutnya dipuji dan diberikan penghargaan yang sebaiknya dari semua pihak. Kekurangan
sumber tajaan juga menjadi halangan besar untuk pasukan ini meraih kejayaan yang lebih
besar, tapi ianya bukan menjadi alasan untuk mengalah. Kejayaan mendapat naib johan
merupakan pengalaman terbaik untuk kontigen ini bagi meraih kemenangan yang lebih besar
pada masa akan datang. Jurulatih Sarawak juga terdiri daripada Dayang Khalizah dari SK
Matang Jaya bagi jurulatih wanita, Muhd Hazeem Hadenan, Nur Fathi Murjih dan Mohd
Fazli Fauzi untuk jurulatih lelaki.

Bagi melahirkan lebih ramai lagi generasi belia Sarawak yang berkebolehan dan berdaya
saing dalam sukan silat ini pada masa akan datang, semua gelanggang Silat Gayong Sarawak
di seluruh bahagian negeri Sarawak akan dikhaskan untuk pembangunan sukan Silat
Olahraga pada masa akan datang. Berucap pada majlis Sambutan kedatangan atlet Sarawak
pada 17 Febuari 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Tuan Haji Uthman
selaku Yang Di Pertua PSSG Sarawak menyeru semua gurulatih untuk memfokuskan lebih
ramai lagi atlet untuk menghadapi sebarang kejohanan pada masa akan datang. Ianya selaras
dengan visi dan misi Silat Seni Gayong Sarawak iaitu untuk membudayakan Silat Seni
Gayong di kalangan rakyat Sarawak supaya akan melahirkan ramai tokoh-tokoh yang
berkaliber dan berguna untuk masyarakat di Sarawak khasnya. Beliau juga turut menzahirkan
rasa bersyukur kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak di atas sokongan yang padu dan
juga kepada semua pengetua sekolah yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada
pelajar sekolah mereka dalam menghadapi kejuaraan ini. Diharapkan, kerjasama ini akan
diteruskan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua aspek akademik dan ko-
kurikulum terutamanya dalam bidang persilatan.

Anda mungkin juga menyukai