Minggu Praktikum : 10
1. Masalah / Peristiwa
Sepanjang minggu kesepuluh saya berada di sekolah ini saya dapati saya
menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang telah
saya rancang terganggu kerana saya mengalami masalah kesihatan iaitu demam
dan batuk untuk beberapa hari. Saya hanya sempat mengajar pada hari Selasa, iaitu
9 Oktober 2018. Namun, pada hari tersbut, saya telahpun mengalami kesakitan yang
tidak diduga dan saya terpaksa menukar rancangan pengajaran pada hari tersebut
kepada bentuk yang lebih mudah kerana saya tidak dapat bergerak aktif dan
melontarkan suara yang kuat pada hari tersebut.
2. Analisis
Masalah kesihatan sering berlaku dalam keadaan yang tidak diduga, tidak
kira dalam kalangan guru mahupun murid. Masalah kesihatan seperti batuk, demam,
selsema, sakit perut, kecederaan dimana-mana anggota badan sering berlaku pada
masa yang tidak dijangka. Justeru, penting bagi guru untuk sentiasa menjaga
kesihatan dan merancang proses pengajaran yang mudah dan ringkas serta sesuai
dengan keadaan kesihatan pada hari tersbut. Seorang guru sepatutnya peka, bukan
sahaja terhadap tahap kesihatan murid, namun terhadap tahap kesihatan diri sendiri
juga. Jika terdapat tanda-tanda seperti pening kepala, mual-mual, sakit-sakit badan,
badan berasa lesu dan lemah, guru seharusnya mendapatkan rawatan yang segera
dari pihak hospital agar kesihatan guru dapat dikawal dan proses perancangan sesi
PdP dapat diselaraskan dengan tahap kesihatan guru. Guru tidak perlu memaksa diri
untuk melupakan tahap kesihatan dan tetap masuk ke dalam kelas apabila tidak
sihat. Hal ini amat membahayakan kesihatan dan keselamatan guru tersebut.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Saya akan mendapatkan rawatan secepat mungkin di hospital yang
berdekatan dan mendapatkan cuti sakit (jika perlu).
b. Saya akan merancang aktiviti PdP yang sesuai dan memberikan murid
tugasan semasa ketiadaan saya di sekolah.
c. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan
pensyarah pembimbing dan berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih
untuk mengatasi masalah ini.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Tahap kesihatan
guru yang baik amat penting dalam menentukan keberhasilan objektif pengajaran
dan pembelajaran dapat dicapai seperti apa yang dirancang. Oleh itu, amat penting
bagi saya mengatasi masalah ini daripada berulang kembali.
5. Rujukan
Abdul Rahim Abd. Rashid. 2005. Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.