Anda di halaman 1dari 3

RENANG

PENGENALAN
Renang menerangkan bagaimana manusia dan haiwan mampu bergerak di dalam air
tanpa bantuan apa alatan ataupun tenaga manusia. Renang bukan sahaja bertujuan untuk
pertandingan bagi merebut tempat pertama tetapi renang juga mempunyai tujuan yang lain.
Pertama, renang untuk pertandingan, berenang untuk tujuan pertandingan adalah untuk
berenang secepat mungkin bagi sesuatu jarak yang ditentukan bagi mendapat tempat yang
pertama. Terdapat juga tujuan renang untuk rekreasi di mana renang dianggap sebagai cara
melegakan diri serta senaman badan yang baik. Gaya renang yang kebanyakan digunakan oleh
perenang rekreasi adalah seperti gaya dada, gaya sisi, dan “gaya anjing mengayuh” dan
mereka lebih suka mengekalkan kepala mereka di atas permukaan air, dengan pemulihan
lengan di bawah air, tetapi pemulihan lengan di luar air dalam gaya bebas atau gaya rama-rama
membekalkan kelebihan yang diberikan oleh perbezaan rintangan antara udara dengan air.

Selain itu, renang juga merupakan salah satu daripada senaman. Tubuh lebih mudah terapung
di air kerana ketumpatan tubuh manusia adalah lebih kurang sama dengan ketumpatan air
malah tekanan pada sendi dan tulang dikurangkan. Oleh keran itu, renang sering digunakan
sebagai senaman untuk pemulihan selepas kecederaan atau untuk mereka yang mengalami
kehilangan upaya agar lebih cepat pulih. Renang rintangan merupakan sejenis senaman
renang yang bertujuan untuk latihan di mana ianya bertujuan untuk mengekalkan perenang
dalam kedudukan yang tetap untuk analisis kuak atau untuk membolehkan renang dilakukan
dalam ruang yang terbatas atas alasan olahraga atau terapi. Renang rintangan ini boleh
dilakukan dengan menentang arus yang sering diistilahkan sebagai mesin renang ataupun
dengan mengekalkan perenang dalam keadaan pegun melalui ikatan-ikatan kenyal. Renang
juga boleh dianggap sebagai sejenis senaman aerobic kerana tempoh senaman ini panjang dan
memerlukan bekalan oksigen yang tetap kepada otot.

SEJARAH RENANG DUNIA

Sejak dahulu lagi, lukisan-lukisan tentang perenang dari zaman batu telah ditemui di ‘gua
perenang’ yang berdekatan Sura di barat daya Mesir. Sejak 2000 SM lagi, rujukan-rujukan yang
bertulis telah wujud. Buku renang yang pertama telah ditulis oleh Nicholas Wynman pada tahun
1538. Pada sekitar tahun 1800, pertandingan renang telah bermula di Eropah dan
kebanyakannya menggunakan gaya dada. Pada ketika itu, gaya rangkak depan dikenali
sebagai gaya trudgen. Gaya trudgen ini telah dinamakan oleh John Arthun Trudgen pada tahun
1873 selepas menirunya daripada orang-orang asli Amerika.

Pada tahun 1900, gaya kuak lentang telah dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai satu acara
manakala gaya trudgen telah diperbaiki oleh Richard Cavill dengan menggunakan tendang keribas pada
tahun 1902. Gaya kupu-kupu yang merupakan salah satu kelainan gaya dada telah diterima sebagai
suatu gaya tersendiri pada tahun 1952. Persatuan renang dunia yang pertama kali ditubuhkan adalah
pada tahun 1908 dan dikenali sebagai FINA iaitu Federation Internationale de Nation dan kolam renang
yang pertama telah dibuka di Liverpool pada tahun 1828 manakala bandar yang pertama yang
memperkenalkan sukan renang adalah London pada tahun 1837, London mempunyai 6 buah kolam
renang.

Sukan Olimpik yang berlangsung pada tahun 1896 hanya mempertandingkan acara gaya bebas
(free style) sahaja di mana para perenang yang mengambil bahagian dibenarkan menggunakan pelbagai
gaya dan interpretasi untuk berenang. Tiga acara renang telah ditetapkan pada tahun 1900 iaitu acara
gaya kuak lentang (backstroke), acara gaya rangkak (the crawl) dan acara gaya kuak dada (breast
stroke). Menjelang tahun 1912, perenang wanita telah diberi peluang untuk bertanding dalam beberapa
acara, antaranya adalah seperti renang acara bebas, acara gaya kuak lentang, kuak dada, kupu-kupu,
acara gaya medley individu, acara gaya medley berganti-ganti, acara junam dan acara renang segerak.

Pada zaman dahulu, sukan renang adalah satu pertandingan untuk daya tahan dan bukan sebagai
satu perlumbaan kepantasan. Cabaran bagi orang yang terdahulu dalam sukan renang adalah untuk
menguji kebolehan dan daya tahan diri mereka dengan berenang menyeberangi Selat Inggeris. Orang
yang pertama berenang di Selat Inggeris adalah Captain Matthew Webb Shroshire, England pada tahun
1875 di mana beliau telah berenang dari Dover ke Calais, Perancis dalam masa 21 jam 45 minit. Namun
rekodnya telah dipecahkan oleh orang Mesir pada tahun 1956 iaitu Hassan Abdul Rahim yang berenang
menyeberangi Selat Inggeris dalam masa 10 jam 50 minit. Pada masa dahulu juga, renang merupakan
sebahagian daripada latihan tentera terutama bagi tentera Rom dan Yunani. Namun, sukan air termasuk
renang telah dihentikan pada Zaman Kelam Eropah kerana dikatakan kebanyakan penyakit menular
melalui air.

SEJARAH RENANG DI MALAYSIA

Rakyat di semenanjung Malaysia telah banyak menunjukkan minat dalam aktiviti-aktiviti sukan
renang terancang semenjak awal abad yang kedua puluh lagi. Oleh kerana aktiviti ini mendapat
sambutan di kalangan rakyat di semenanjung Malaysia, banyak kelab-kelab renang yang telah
ditubuhkan pada ketika itu. Antara kelab-kelab renang yang telah ditubuhkan pada ketika itu adalah
seperti Penang Swimming Club, kelab ini telah ditubuhkan pada tahun 1903. Pada tahun 1928 pula, satu
lagi kelab renang telah ditubuhkan iaitu Penang Chinese Swimming Club, dan menyusul selepas itu
European Swimming Club telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1930an di Ipoh, Taiping dan Kuala
Lumpur. Pada tahun 1936, satu lagi kelab telah ditubuhkan di Ipoh iaitu Kinta Swimming Club.

Oleh kerana kelab-kelab ini aktif, taraf sukan renang telah dinaikkan pada sekitar tahun 1931
dengan pengelolaan The Malayan Chinese Olympiad. Dengan penyertaan kelab-kelab renang dari Pulau
Pinang, Perak, Johor dan Melak, sukan ini telah diteruskan pada setiap tahun sehingga tahun 1937.
Banyak pertandingan renang dikelolakan di antara kelab-kelab renang orang Asia seperti dari Singapura,
Pulau Pinang, Ipoh, dan Kuala Lumpur. Malayan Amateur Swimming Union telah ditubuhkan pada tahun
1955. Dengan terbentuknya persatuan ini, dahulunya pertandingan antara kelab renang telah digantikan
dengan pertandingan antara negeri.
Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Malaya telah menyertai sukan Olimpik buat kali yang
pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia. Malaya telah mengambil bahagian dalam lima
jenis acara sukan pada ketika itu, antaranya adalah olahraga, angkat berat, menembak, hoki dan
termasuklah renang. Pada ketika itu, persatuan renang di Malaysia dikenali sebagai Amateur Swimming
Union, Malaysia iaitu (ASUM). Namun, kini ASUM merupakan ahli gabungan badan renang dunia yang
dikenali sebagai (FINA) iaitu Federation Internationale de Nation Amateur. Mulai tahun 1956, Malaya
telah banyak menyertai beberapa pertandingan renang antarabangsa termasuklah sukan Olimpik, sukan
Komanwel, sukan Asia, sukan SEAP/SEA dan kejohanan Asia.

Gaya Renang

Anda mungkin juga menyukai