Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN PENGETUA

SEMPENA PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-59 PERINGKAT SEKOLAH,


SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, KAJANG, SELANGOR.
TAHUN 2016

1. Terima kasih Puan Pengerusi Majlis,

Selamat tengah hari dan “salam 1 Malaysia” ….


Yang Berusaha En Mashudi bin Khailani,
Penolong Kanan SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor

Pn. Rosmawati bt Kamaruddin,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor

Pn Wan Norma bt Wan Pi


Penolong Kanan Ko Kurikulum
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor.

Pn Inah bt Mohd Yousop


Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor.

Pn Aliamah bt K Mohammad
Penolong Kanan Pendidikan Khas
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor.

Pn Rosmi bt Mohd Radzi


Penolong Kanan Petang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor.

Pn Kamilah bt Ismail
Pembantu Penolong Kanan Petang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang, Selangor.

Serta barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi
sekalian…
2. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana pada
hari ini kita dapat bersama-sama berkumpul sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan
ke-59 peringkat sekolah bagi tahun 2016. “Sehati Sejiwa”….merupakan TEMA
sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Ungkapan Sehati Sejiwa yang menggambarkan
keutuhan, perpaduan, kesefahaman, bersatu dalam menempuh saat kejayaan dan detik
kesusahan seluruh rakyat negara ini. Rakyat Malaysia dituntut supaya taat setia tanpa
berbelah bahagi. Jiwa raga dan kesetiaan hanya kepada tanah air tercinta.

3. Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Pada tanggal 31 Ogos 2016 nanti genaplah negara kita menyambut kemerdekaan kali
ke-59. Murid sebagai generasi muda pada hari ini saya percaya masih ada segelintir
daripada murid yang kurang arif mengenai peranan dan erti kemerdekaan yang
sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada
penjajahan secara fizikal semata-mata tetapi kita harus sentiasa berwaspada dan
menghindari penjajahan mental melalui pengaruh-pengaruh negatif serta amalan-
amalan yang merosakkan negara kita. Saya percaya sebagai seorang rakyat Malaysia
yang baik anda semua patut berasa bangga kerana menjadikan amalan berbudi pekerti
serta mengamalkan nilai-nilai murni dapat menyatupadukan seluruh rakyat yang
berbilang kaum sekali gus menjamin keamanan dan kedaulatan negara Malaysia yang
kita cintai. Setiap warganegara daripada kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata.

4. Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Sesungguhnya tujuan program pelancaran bulan kemerdekaan ini diadakan untuk


menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada negara melalui aktiviti-aktiviti yang bakal
kita jalankan sepanjang bulan Ogos dan September ini sehingga majlis penutup bulan
kemerdekaan kelak. Besarlah harapan saya agar semua aktiviti dapat dijalankan dengan
baik dan sempurna. Antara acara yang akan dilaksanakan sepanjang bulan merdeka ini
adalah Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pameran Sehati Sejiwa, Pertandingan Slaid
PowerPoint, Kelasku Ceria, Folio Merdeka, Bicara Merdeka, Nada Sehati Sejiwa dan
Sukaneka Sehati Sejiwa. Diharapkan semua aktiviti yang dilaksanakan akan mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar.

5. Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Setelah 59 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada
sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam
menjamin kesejahteraan rakyat. Masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan
berjaya. Rentetan daripada itu hampir semua murid telah pun menikmati infrastruktur
yang lengkap untuk belajar. Justeru, kalian haruslah bersyukur dan berusaha dengan
lebih gigih untuk mencapai cita-cita di samping berusaha menyumbang kepada
pembangunan Malaysia pada masa akan datang. Harapan saya agar anda semua
mengekalkan ciri-ciri warganegara yg baik, berakhlak mulia, berdisiplin serta hormat
menghormati antara satu sama lain apabila dewasa nanti, gunalah peluang yang ada
sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.

6. Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas


dan tahniah kepada ahli-ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan
pelancaran bulan kemerdekaan kali ke-59 ini. Saya menyeru agar kita sama-sama
menyemarakkan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk
di rumah kita sendiri. Semoga dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi
semangat patriotisme kepada tanah air tercinta. Kerjasama yang ditunjukkan dalam
program ini serta program akan datang memberi kekuatan untuk kita meneruskan
perjuangan mempertahankan Kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai. Tanpa
melengahkan masa lagi dengan lafaz “Bismilahirahmannirrahim” saya dengan ini
merasmikan pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan ke-59 peringkat sekolah SMK
Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang 2016.
Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufikwalhidayah
Assalmualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai