Anda di halaman 1dari 3

HALAMAN MANUSKRIP

Nama:

Nama pena

Legasi

Alamat

Nombor telefon

Alamat email

No akaun bank

Nama bank
KANDUNGAN MANUSKRIP

Aku tahu aku kuat. Cinta itu datang dengan hadirnya perasaan bagai pasir di tepi pantai. Pada
permulaannya seorang lelaki tidak menyedari kehadiran sang permata dalam hidupnya. Pada saban
hari seorang permata telah mengenali dengan lebih mendalam. Bila kelamaan telah mengenali
bermula kisah yang penuh liku-liku antara sang lelaki dan permata.

Sang lelaki dikenali dengan nama haris. Haris seorang yang sangat baik, peramah dan
soleh. Tetapi bila mengenali dengan sang permata hidupnya mula dengan obsess terhadap sesuatu.
Sang permata dikenali namanya aisyah. Aisyah beru pertama kalinya mula bercinta sebelum ini
dia tak pernah sedikitpun mengenali apa itu cinta. Aisyah berasa gembira mengenalinya tetapi
pertemuan yang berlaku hanya singkat.

“Haris! Haris!” Jerit Aisyah.

“Kenapa Aisyah?”

“Aku ada berita gembira nak bagitahu kau ni.”

“Ye”

“ Aku dapat masuk universiti sambung degree tau yang aku suka “

“ Alhamdulillah nanti belajar elok-elok ye kat sana “

“ Baik Haris “

Selepas beberapa minggu kemudian Aisyah berdaftar di sebuah university yang terkenal di
tanah air. Aisyah mula gembira kerana dapat menyambung pelajaran university itu. Pada beberapa
bulan selepas dia belajar di university itu, dia dikejutkan dengan berita yang tidak baik yang dia
tidak sanggup untuk menghadapinya.

Pada cuti pertengahan semester Aisyah pulang ke kampung halamannya dan memberitahu
kepada orang tuanya yang dia alami itu, Aisyah mula merasa takut dan sedih dengan berita itu.
Aisyah berjumpa dengan Haris di kampung sebab ada yang ingin disampaikan.
“ Haris !”

“Ya Aisyah, kenapa tu?”

“Aku ada nak bagi tahu sesuatu ni.”

“Apa tu?”

“Aku sebenarnya nak luahkan kat kau yang aku sukakan kau sejak sekolah tapi aku ada berita
sedih yang aku tak dapat nak bersama dengan kau “

Pada hari itu Aisyah terkaku nak menyatakan yang sebenar kepada Haris. Haris berasa
hairan kenapa Aisyah bercakap macam ini. Haris mula bingung memikirkan apa yang nak
disampaikan Aisyah. Saban hari Haris masih menunggu kata-kata dari Aisyah dan terus menunggu
Aisyah datang berjumpa dengan Haris.

Di rumah Aisyah menjadi murung dan menjadi lemah semangat untuk nak meneruskan
belajar tetapi dengan semangat ibunya Aisyah terus ada semangat untuk meneruskan walaupun
dirinya sangat lemah.

Tidak habis hujung semester Aisyah telah menahan sakit yang amat perih. Aisyah selalu
pergi membuat rawatan susulan di hospital sampai satu tahap doctor memberitahu yang Aisyah
berada di tahap empat penyakit yang dihadapi oleh Aisyah. Tidak lama kemudian Aisyah telah
berhenti belajar dan tidak mampu untuk meneruskan lagi dalam pelajaran. Justeru itu, Aisyah
berjumpa dengan Haris di kampung halaman untuk memberitahu hal yang sebenar.

“Haris.. Aku nak bagi tahu sesuatu tapi mungkin menyakiti hati kau.”

“Ya, kenapa Aisyah?”

“Aku tidak dapat meneruskan lagi perhubungan ini disebabkan aku tidak ada masa yang lama
bersama dengan kau. Aku harap kau faham aku.”