Anda di halaman 1dari 20

Perbezaan artikulasi dan artikulator.

Artikulasi
Bil. Artikulasi aktif pasif Perbezaan Artikulator (alat artikulasi)

1 Artikulasi merupakan Artikulator merupakan organ ya


alat-alat yang terlibat Definisi menghasilkan bunyi bahasa
dalam proses
pengeluaran bunyi-
bunyi bahasa

2 Bahagian yang Kedudukan Alat yang menyentuh


disentuh oleh
artikulator

3 Gigi atas, gusi, lelangit Contoh Lidah, bibir dan gigi bawah
keras dan lelangit
lembut

4 Bersifat statik kerana Sifat Tidak bersifat statik kerana boleh bergerak
tidak boleh bergerak.
Kepentingan Fonetik dan Fonologi kepada Guru Bahasa
Melayu
Oktober 19, 2016
Penulis: Muhammad Al Afzan bin Ali Hussin
Fonetik dan fonologi merupakan salah satu cabang bidang linguistik yang mengkaji
bahasa secara saintifik (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Bidang fonetik adalah suatu bidang
kajian mengenai cara menghasilkan bunyi menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk
tujuan bertutur. Manakala, aspek sistem bahasa merupakan fokus kajian aspek fonologi.
Fonetik dan fonologi memainkan peranan yang amat penting dalam konteks pertuturan
harian. Dalam konteks pendidikan di sekolah, bidang ini perlulah dikuasai oleh guru
bahasa Melayu kerana dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara efektif. Terdapat banyak manfaat yang diperoleh oleh guru bahasa seandainya
mereka menguasai bidang ini.

Awang Sariyan (1985) menyatakan bahawa kepentingan ilmu fonetik dan fonologi
kepada guru bahasa dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah
dapat membantu para pelajar untuk bertutur dengan menggunakan sebutan baku.
Penggunaan sebutan baku adalah penting untuk memastikan para pelajar dapat
berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan betul. Dengan menguasai ilmu fonetik dan
fonologi, guru dapat mengajarkan para pelajar mengenai cara untuk melafazkan sesuatu
perkataan dengan menggunakan kaedah sebutan baku yang berasaskan sebutan
fonemik dan sistem ejaan yang memerlukan para pelajar mengetahui tentang cara
membunyikan setiap huruf dengan betul. Implikasinya, pelajar dapat mengurangkan
penggunaan bahasa dialek tempatan ketika berkomunikasi. Konklusinya, penguasaan
terhadap ilmu fonetik dan fonologi terhadap guru bahasa Melayu untuk membantu pelajar
menggunakan sebutan baku dalam komunikasi harian ke arah menyeragamkan lagi
kaedah sebutan dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2007) menyatakan bahawa bidang fonetik dan fonologi


membantu dalam pembelajaran bahasa kanak-kanak. Guru bahasa yang mempunyai
pengetahuan tentang bidang fonetik dan fonologi dapat mengajarkan pelajar khususnya
di prasekolah untuk menguasai kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah
fonetik. Penggunaan kaedah tersebut membantu pelajar prasekolah membunyikan suku
kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi perkataan. Dalam erti kata yang
lain, kaedah fonetik ini menfokuskan penguasaan murid terhadap hubungan huruf dengan
bunyi huruf tersebut tanpa mengetahui nama huruf. Pengajaran kemahiran membaca
berasaskan kaedah fonetik bermula dengan pengenalan huruf vokal , diikuti oleh huruf
konsonan, pembentukan suku kata dan pembentukan perkataan yang bermakna. Dalam
pada itu, guru bahasa perlulah menggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
memastikan pelajar dapat memahami kaedah untuk membunyikan sesuatu huruf dengan
betul. Secara ringkas, penguasaan guru bahasa terhadap bidang fonetik dan fonologi
membantu guru untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan
pelajar.

Penguasaan terhadap bidang fonetik dan fonologi turut membantu guru bahasa
untuk membantu para pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur dengan betul. Bertutur
merupakan satu cara komunikasi yang kompleks iaitu penghasilan ujarandan melibatkan
proses mental yang menggerakkan alat-alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa
yang bermakna (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Selain daripada penghasilan bunyi bahasa,
penggunaan unsur-unsur suprasegmental seperti tekanan, intonasi, tempo, rima dan jeda
turut diperlukan untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan agar individu tersebut dapat
menyampaikan sesuatu mesej. Unsur-unsur tersebut adalah penting kepada para pelajar
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur yang tinggi
seperti debat, pidato, sajak dan sebagainya yang menekankan aspek-aspek pertuturan.
Aktiviti sedemikian memerlukan pelajar menguasai aspek-aspek suprasegmental.
Dengan menguasai ilmu fonetik dan fonologi, guru dapat mengajarkan pelajar tentang
cara berkomunikasi dengan berkesan melalui pengaplikasian aspek-aspek
suprasegmental. Deduksinya, guru bahasa yang menguasai ilmu fonetik dan fonologi
dapat mengajar pelajar untuk menguasai aspek-aspek pertuturan dengan betul.

Dengan menguasai ilmu pengetahuan berkaitan dengan bidang fonetik dan


fonologi, guru bahasa dapat mengatasi masalah yang berkenaan dengan sebutan pelajar
terutamanya pelajar bahasa kedua (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, 1982). Hal ini
demikian kerana, kebanyakan pelajar bahasa kedua menghadapi masalah untuk
membunyikan fonem-fonem segmental yang terdapat dalam bahasa kedua tersebut
disebabkan oleh fonem-fonem dalam bahasa kedua tidak terdapat dalam bahasa ibunda
mereka. Pelajar bahasa kedua kebiasaannya mengantikan fonem segmental yang
terdapat dalam bahasa kedua dengan bunyi yang paling hampir dengan bahasa ibunda
mereka. Sebagai tamsilan, pelajar Cina yang mempelajari bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua menghadapi masalah untuk menyebut beberapa fonem segmental dalam
bahasa Melayu seperti [r] yang digantikan dengan [l]. Dengan menguasai ilmu fonetik dan
fonologi, guru bahasa dapat membantu para pelajar khususnya pelajar bahasa kedua
untuk menyebut huruf-huruf dalam bahasa kedua tersebut dengan betul. Guru dapat
membantu pelajar tersebut untuk membunyikan fonem bahasa kedua dengan betul
dengan mengajar pelajar tersebut tentang cara untuk menggerakkan alat artikulasi
mereka dengan betul melalui latihan dan bahan-bahan analisis fonetik. Tuntasnya,
pengetahuan yang mantap tentang ilmu fonetik dan fonologi membolehkan guru bahasa
membetulkan masalah sebutan dalam kalangan pelajar bahasa kedua agar pelajar
tersebut dapat membunyikan setiap fonem dalam bahasa kedua dengan betul.

Kepentingan penguasaan terhadap ilmu fonetik dan fonologi turut membantu guru
bahasa untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
dengan lebih efektif. Penguasaan terhadap ilmu fonetik dan fonologi membantu guru
untuk mengetahui cara melafazkan setiap perkataan berdasarkan sistem sebutan baku
(Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1985). Dengan itu, guru
bahasadapat mengaplikasikan sebutan baku dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Hal ini disebabkan oleh, penggunaan sebutan baku dalam
menyampaikan sesuatu ilmu pengetahuan dapat membantu para pelajar dalam
memahami tentang apa yang diajarkan oleh guru kerana penggunaan cara bertutur yang
seragam. Seandainya guru bahasa menggunakan pelbagai variasi bahasa sedah tentulah
para pelajar tidak dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru kerana perbezaan
variasi bahasa yang dituturkan. Oleh itu, ilmu fonetik dan fonologi membantu guru untuk
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan disebabkan
oleh penggunaan satu variasi bahasa baku standard.

Secara kesimpulan, ilmu pengetahuan berkenaan dengan bidang fonetik dan


fonologi membantu guru bahasa untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid khususnya dalam aspek pertuturan di samping dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih efektif. Untuk menjadi
guru bahasa yang baik, pengetahuan tentang bidang fonetik dan fonologi adalah perlu
untuk dikuasai oleh guru bahasa tersebut bagi memastikan pelajar dapat membunyikan
fonem segmental dalam sesuatu bahasa dengan betul. Pengetahuan guru bahasa
terhadap ilmu fonetik dan fonologi dengan lebih mendalam juga mampu mewujudkan satu
cara berbahasa yang seragam.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I edisi kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=2622 awang sariyan Isu Sistem Bahasa dalam


Pendidikan Bahasa Melayu

Books
ISBN:
Dewey Class: 499.23595 RAJ
ME:Pers Name: Raja Mukhtaruddin Bin Raja Mohd Dain
Title: Pembinaan bahasa Melayu : perancangan bahasa di Malaysia / Raja
Mukhtaruddin bin Raja Mohd. Dain.
Imprint: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
Phys Descrpt: xvi, 200 p. ; 22 cm.
Subj:Topical: Language planning - Malaysia - Congresses
Abdullah Hassan. (2007).Linguistik Am. Selangor:PTS Professional

7.0 KEPENTINGAN FONEM SUPRASEGMENTAL Dalam pengajaran kemahiran lisan bahasa Melayu,
fonem suprasegmental memainkan peranan yang amat penting. Antara kepentingan fonem
suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan adalah seperti berikut : 7.1 Tatabahasa Melalui
pengajaran tatabahasa fonem suprasegmental amat penting terutamanya untuk membezakan
maksud ayat. Contohnya seperti ayat di bawah : a) # Emak makan nasi adik # b) # Emak makan nasi #
adik Melalui kedua-dua ayat yang diberikan di atas,walaupun ayatnya adalah sama tetapi dengan
penggunaan lambang jeda ( # )menjadikan ayat tersebut mempunyai maksud yang berbeza. Ayat
pertama # Emak makan nasi adik # bermaksud emak makan nasi kepunyaan adik iaitu ayat penyata.
Manakala bagi ayat kedua pula iaitu # Emak makan nasi # adik bermaksud memberitahu adik
bahawa emak sedang makan nasi iaitu kata kerja. 7.2 Kelancaran Kelancaran bermaksud boleh
bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Seseorang murid itu tidak akan menghadapi
sebarang masalah atau gangguan semasa percakapan itu 31 berlangsung. Murid boleh
mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkan idea, pendapat, dan
pandangan itu dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur. 7.3 Kefasihan Kefasihan bererti boleh
bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan
kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas. Pada peringkat rendah lagi
murid-murid telah diajar mengenal bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata, dan ayat.
Mereka kemudian dilatih menyebut aspek-aspek tersebut.Semua ini bertujuan untuk melatih murid-
murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepautnya.Mereka harus
boleh menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan, dan makna. 7.4 Laras Bahasa Bagi laras bahasa
pula fonem suprasegmental amat penting untuk membezakan jenis-jenis laras bahasa yang
digunakan. Ciri fonem suprasegmental iaitu intonasi boleh digunakan untuk mengajar laras bahasa
yang berbeza. Contohnya untuk mengajar pantun, puisi, dan sajak.Apabila seseorang itu berbicara, ia
akan menggunakan bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,marah,
benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting seperti intonasi, tekanan dan
jeda.Pada aspek keindahan pula, seseorang itu menggunakan bahasa untuk menyampaikan
nyanyian, puisi, pantun dansebagainya dalam bahasa yang puitis.

8.0 PENUTUP Kajian fonetik dan fonologi adalah melibatkan organ pertuturan ataupun alat
artikulasi manusia secara langsung. Terdapat banyak alat artikulasi manusia yang berfungsi untuk
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan setiap satunya mempunyai fungsi dan kedudukan yang
berbeza. Namun begitu, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi
manusia tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Unsur
tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara
bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia ialah bunyi vokal dan bunyi konsonan.Semua bunyi
vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak
bersuara.

Fonetik dan fonologi memainkan peranan yang amat penting dalam pertuturan.
Sehubungan itu, ilmu fonetik dan fonologi sangat ditekankan di dalam pendidikan di
sekolah, ilmu ini perlu dikuasai oleh guru terutama guru bahasa melayu kerana ia
membantu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih
efisyen/efektif. Pelbagai manfaat yang diperoleh oleh guru bahasa seandainya
mereka dapat menguasai bidang ini.

Kepentingan ilmu fonetik dan fonologi kepada guru adalah guru dapat membantu
pelajar bertutur dengan menggunakan sebutan baku. Guru dapat membimbing
pelajar unuk menggunakan kaedah sebutan baku dan mengurangkan penggunaan
dialek dalam komunikasi. Awang Sariyan (1985)

Selain itu, guru juga dapat membantu pelajar untuk menguasai kemahiran bertutur
yang betul. Bertutur adalah proses pengeluaran bunyi bahasa bermakna yang
melibatkan pergerakkan alat-alat pertuturan yang dikawal (Siti Hajar Abdul Aziz,
2011). Di samping itu, kemahiran bertutur yang betul juga melibatkan unsur-unsur
suprasegmental. Misalnya, tekanan, tempo, rima dan jeda yang membantu pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kepetahan bertutur seperti pidato,
sajak dan debat.

Guru dengan ilmu fonetik dan fonologi dapat mengatasi masalah berkenaan dengan
sebutan pelajar. (Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, 1982). Masalah sebutan sering
dialami oleh pelajar yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kedua. Hal
ini demikian kerana, dalam bahasa melayu terdapat fonem segmental yang tidak
terdapat dalam bahasa ibunda mereka.

Artikulasi dan Artikulator

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

Artikulasi adalah perangkat alat-alat ucap atau alat-alat bicara dimana hasil
mekanisme kerjanya memproduksi suara atau bunyi bahasa yang memiliki sifat-sifat
khusus. Sehingga bunyi yang dihasilkan antara satu dengan yang lainnya berbeda.
Organ artikulasi yang berkaitan dengan otot-otot bicara berperan penting dalam
perolehan bicara. otot-ototnya yaitu bibir, lidah, velum. Sedangkan yang
menggerakkan otot-otot bicara tersebut yaitu saraf cranial, yaitu nervus 10 atau
nervus vagus, nervus 12 atau nervus glosopharyngius dan nervus 5 + 9. nervus 10
mensyarafi otot-otot velum, dan nervus 12 mensyarafi dinding pharing.

Artikulator adalah alat ucap yang bersentuhan atau yang didekatkan untuk
membentuk bunyi bahasa. Daerah artikulasi adalah daerah pertemuan antara dua
artikulator. Berikut penjelasannya:

· Bilabial - bibir atas dan bibir bawah (kedua bibir terkatup),


misal: (p), (b), (m)

· Labiodental - bibir bawah dan ujung gigi atas, misal: (f)

· Alveolar - ujung/daun lidah menyentuh/mendekati gusi, misal: (t), (d), (s)

· Dental - ujung/daun lidah menyentuh/mendekati gigi depan atas


· Palatal - depan lidah menyentuh langit-langit keras, misal: (c), (j), (y)

· Velar - belakang lidah menempel/mendekati langit-langit lunak,


misal: (k), (g)

· Glotal (hamzah) - pita suara didekatkan cukup rapat sehingga arus


udara dari paru-paru tertahan, misal: bunyi yang memisahkan bunyi (a) pertama
dan (a) kedua pada kata saat.

Cara artikulasi adalah cara artikulator menyentuh atau mendekati daerah artikulasi :

· Bunyi hambat - kedua bibir terkatup, saluran ke rongga hidung tertutup,


kemudian katup bibir dibuka tiba-tiba. Misal: (p) dan (b)

· Bunyi semi-hambat - kedua bibir terkatup, udara dikeluarkan melalui


rongga hidung. Misal:(m)

· Bunyi frikatif - arus udara dikeluarkan melalui saluran sempit sehingga


terdengar bunyi berisik (desis). Misal: (f) dan (s)

· Bunyi lateral - ujung lidah bersentuhan dengan gusi dan udara keluar
melalui samping lidah. Misal: (l)

· Bunyi getar - ujung lidah menyentuh tempat yang sama berulang-ulang.


Misal: (r)

Selain bunyi-bunyi di atas, ada bunyi yang cara pembentukannya sama seperti
pembentukan vokal, tetapi tidak pernah dapat menjadi inti suku kata.
Misal: (w) dan (y) disebut dengan semi vokal

Start sini

Alat Artikulasi
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat
penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah
terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang
lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.

Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi


bahasa ( vokal, konsonan, dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah
pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang
berfungsi di dalam pertuturan.

Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah
satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi
siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa,
mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.

1.2 Objektif

Kajian kertas kerja ini akan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :
a) Mengetahui alat-alat tutur ( artikulasi ).
b) Menyatakan peranan alat-alat tutur ( artikulasi ) dan gambar rajah dalam
menghasilkan bunyi bahasa Melayu dari segi vokal dan konsonannya dan yang
dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat.

1.3 Kaedah

Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan
menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel
telah digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan semasa menyusun atur
tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber
telah dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelaskan serta
dikategorikan di bawah sub-topik.

1.4 Batasan Kajian

Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan,
untuk memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah
ditetapkan. Dalam hal ini penulis menumpukan kajian tentang alat tutur ( artikulasi )
dan peranannya dalam mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi
pengeluaran bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.

1.5 Definisi Konsep

Dalam kertas kerja ini, penulis ingin menjelaskan pengertian definisi berkaitan
dengan tajuk yang dikaji. Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian
tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula
bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala
peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau
memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang
antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan
sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan,
usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut
Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 :
191 ).

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu
dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama
suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 )
Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian-
bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan
alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa.
2.0 ALAT TUTUR ( ARTIKULASI )

Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-
bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung
dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur ( artikulasi )
atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa
terdiri daripada alat-alat yang berikut:

i. Paru-paru ( lungs ).
ii. Batang tenggorok ( trachea ).
iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ).
iv. Pita-pita suara ( vocal cord ).
v. krikoid ( cricoid ).
vi. Tiroid ( throid ) atau halekum.
vii. Aritenoid ( arythenoids ).
viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).
ix. Epiglotis ( epiglottis ).
x. Akar lidah ( root of the tongue ).
xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum ).
xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).
xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
xv. Anak tekak ( uvula ).
xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ).
xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ).
xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ).
xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ).
xxiii. mulut ( mouth ).
xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).
xxvi.
Rajah 1 : Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu

2.1 PERANAN ALAT TUTUR DALAM PENGELUARAN BUNYI BAHASA

Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna kejadiannya. Salah satu
anugerah yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang
berkaitan dengan penghasilan bunyi. Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur
dan peranannya dalam pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada
tiga, iaitu :
1) alat bahagian dalam tubuh
2) alat artikulasi
3) daerah artikulasi

3.1. Alat Bahagian Dalam Tubuh

3.1.1. Paru-paru

Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan mengepam


udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Kebanyakan bunyi
yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara dari paru-paru.
Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan dan
pengucupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut masuk
ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti kita bernafas biasa.

3.1.2 Trakea
Ia merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini
membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan
keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat
dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.

3.1.3 Larinks

Organ ini pula adalah bahagian pipa mengandungi tisu yang dinamakan pita
suara. Ini adalah alat yang terlibat dalam menghasilkan semua suara.
3.1.4 Pita Suara

Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua
keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi
terbuka luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan
cepat. Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan
udara keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata
habis dalam bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu
sehingga tisu pita suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya
menyebabkan ia bergetar.
Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah suai.
Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya
bunyi hentian glottis.
3.1.5 Kotak suara

Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa
Keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai
halkum. Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan
fungsi bahasa. Fungsi biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan
butir-butir makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi
bahasa, ia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang
diubah suai.

3.1.6 Epiglotis

Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk ke
larinks. Ia tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan
laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain.

3.1.7 Farinks
Alat ini adalah pipa yang membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks
dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak, dan rongga hidung.

3.2 Alat-alat Artikulasi

Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat
ini adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi,
batas gusi, lelangit keras, lelalangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi
kepada dua, iaitu yang aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh
digerakkan manakala yang pasif pula adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif
ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.

3.2.1 Lidah

Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa. Lidah
terbahagi kepada hujung lidah, depan lidah dan belakang lidah. Hujung lidah dapat
digerakkan ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan lidah pula
boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras, dan belakang lidah ( akar lidah )
boleh diangkat menyentuh lelangit lembut.

3.2.2 Bibir

Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal
yang boleh dihampar dan dibundarkan.

Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi terhampar,


sebaliknya apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar. Bibir juga
berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. Untuk membunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir.

3.2.3 Gigi

Gigi juga mempunyai peranan di dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa tetapi


peranannya tidaklah begitu aktif. Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan
fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga
mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ө ], [ ĵ ], [ č ] dan [ Õ ] gigi turut sama
berperanan , iaitu sebagai daerah penyebutan.

3.2.4 Lelangit

Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini
juga berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara
lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan
sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturun dan dinaikkan. Apabila ia
diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga
hidung. alat ini amat penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu
bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar
adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi sengau.

3.2.5 Gusi

Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah
penyebutan. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ]
dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

3.2.6 Rongga

Sebagaimana yang dapat digambarkan oleh gambarajah, rongga terbahagi kepada


tiga, iaitu rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan
bahagian lapang yang menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru.
Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara
hinggalah ke bahagian anak tekak.

Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada
bahagian bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di
belakang anak tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di
buka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan ataupun diturunkan.

3.2.7 Rahang

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun kedudukannya adalah
penting di dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua
rahang ( rahang atas dan rahang bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan
vokal-vokal [ i ] dan [ u ] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ э ].

3.3 Daerah Artikulasi

Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa


menghasilkan sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila
daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama
menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi
yang berlainan.

Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu
dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut.
Sebagai contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan
lelangit lembut pula menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan
adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana
udara yang tersekat di belakang lidah dilepaskan secara serta-merta dengan tidak
menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara menentukan sama ada bunyi
yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun sebaliknya.
Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara
sebaliknya pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan
sebagai tak bersuara.

Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku,
maka bunyi tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain
yang boleh dilakukan ialah meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan
bunyi bersuara, maka yang akan kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau
dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita
suara sedang bergetar.

4.0 Pengeluaran Bunyi Bahasa Melayu Dan Peranan Alat Tutur

Setelah membuat kajian penulis kertas kerja ini mendapati terdapat enam alat tutur
penting di dalam penghasilan bunyi bahasa iaitu paru-paru, larings, farings, epiglotis,
rongga hidung dan rongga mulut. Berikut dihuraikan organ-organ atau alat tutur bagi
penghasilan bunyi bahasa terutamanya bahasa Melayu dan peranananya dalam
pengeluaran bunyi bahasa tersebut Melayu.

4.0.1 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Sempit [ i ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut berlaku:


I. Bibir dihamparkan.
II. Depan lidah dinaikkan tinggi [setinggi mungkin kena gusi]
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar lalu getarkan pita
suara.
V. Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan dalam perkataan ialah :
Awal perkataan [ibu]
Tengah perkataan [bila]
Akhir perkataan [tali]

Rajah 2 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ i ] dalam Bahasa
Melayu

4.0.2 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Separuh Sempit


(Separuh Tinggi) [ e ]
Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit proses berikut berlaku:
I. Bibir dihamparkan separuh sempit.
II. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup hidung supaya udara tidak
keluar melalui rongga hidung.
IV. Bunyi yang dihasilkan ialah [e] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ekor]
Tengah perkataan [leper]
Akhir perkataan [sate]

Rajah 3 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa
Melayu
4.0.3 Proses Penghasilan Bunyi Vokal Hadapan Luas (Rendah) [ a ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:


I. Bibir dalam keadaan hampar.
II. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin.
III. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara
dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
IV. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan
pita suara ke rongga mulut.
V. Bunyi yang dihasilkan ialah [a] contoh dalam perkataan:
Awal perkataan [ajar]
Tengah perkataan [paku]
Akhir perkataan [kuda]

Rajah 4 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi vokal [ e ] dalam Bahasa
Melayu.
4.0.4 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan Bahasa Melayu letupan dua
bibir [ p ] dan [ b ]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan luas proses berikut berlaku:


I. Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan lelangit lembut
merapat ke dinding belakang rongga tekak.
II. Keadaan ini menyebabkan udara dari paru – paru tertahan di dalam rongga mulut
dan saluran suara. Kemudian udara yang ditahan ini dilepaskan dengan serta –
merta.
III. Apabila udara tertahan yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara
maka bunyi yang dihasilkan itu adalah letupan bibir tak bersuara
[ p ]. Apabila pelepasan udara tersebut menggetarkan pita suara maka bunyi yang
dihasilkan itu adalah letupan bersuara [ b ].
Contoh bunyi konsonan dalam bahasa Melayu :
Letupan dua bibir tak bersuara [ p ]
Awal perkataan [panjat]
Tengah perkataan [sepak]
Akhir perkataan [sedap]
Letupan dua bibir bersuara [ b ]
Awal perkataan [buku]
Tengah perkataan [tiba]
Akhir perkataan [sebab]

Rajah 5 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi bunyi konsonan


[ p ] dan [ b ]
4.0.5 Konsonan letupan pita suara / glotis [ ]
I. Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara dirapatkan, dan keadaan ini
menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan.
II. Apabila secara serta – merta pita suara ini terbuka dan membebaskan udara,
bunyi yang dihasilkan itu dinamakan letupan pita suara [ ].
III. Oleh sebab bunyi ini berlaku pada pita suara, bunyi ini tidak dapat dikatakan
bunyi bersuara atau tak bersuara.
Bunyi tersebut dalam Bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Awal perkataan [ribut ]


Tengah perkataan [sa at]
Akhir perkataan [gala ]
Rajah 6 : Peranan Alat Tutu Dalam Pengeluaran bunyi konsonan
letupan pita suara[ ]
4.0.5 Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ]
Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dirapatkan kepada
lelangit keras gusi.
Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan rongga melalui hidung .
Semasa melafazkan bunyi ini pita suara digetarkan.
Lihat contoh dibawah ini :
Awal perkataan [nyanyi]
Tengah perkataan [minyak]

Rajah 7 : Peranan Alat Tutur Dalam Pengeluaran bunyi konsonan[ ]


4.0 Penutup
4.1 Kesimpulan
Berdasarkan isi yang telah dihuraikan di atas, dapatlah dibuat satu kesimpulan
bahawa alat-alat tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang berfungsi di dalam
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan kita
seharian untuk berinteraksi antara individu dengan individu yang lain. Secara
terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik secara langsung
ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya bunyi bahasa itu ialah alat tutur ( alat
artikulasi ).

Kesemua alat artikulasi yang telah dihuraikan di atas memang memainkan peranan
yang amat penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan bergantung pada alat artikulasi dan daerah artikulasi yang terlibat.

Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan vokal Melayu kita perlu
mengambil kira tentang keadaan pita suara bagi menentukan sama ada bunyi yang
dihasilkan itu bersuara atau pun tidak. Disamping itu kita perlu mengetahui tentang
alat dan daerah artikulasi yang diperlukan semasa pengeluaran bunyi ini, dengan
cara ini kita akan mengetahui bunyi apakah yang didengar oleh kita itu.
Cara penghasilan bunyi
PENGHASILAN BUNYI KONSONAN Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1.
konsonan asli 2. konsonan pinjaman KONSONAN ASLI Terdapat 18 konsonan asli termasuk
dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 7 jenis
seperti berikut: 1. Letupan : p, b, t, d, k, g 2. Letusan : c, j
3. Geseran : s, h 4. Getaran : r 5. Sisian : l 6. Sengauan: m, n,
ny, ng 7. Separuh vokal : w, y, Cara penghasilan bunyi konsonan asli Konsonan Letupan:
Letupan Dua Bibir[p] dan [b] Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut
dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di
pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa
menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang
dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Letupan Gusi [t] [d] Hujung lidah
dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui
rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu
dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita
suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [d]. Letupan
Lelangit Lembut [k] [g] Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut
dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di
pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis
dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut
bersuara. Konsonan Geseran: Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Hujung lidah dirapatkan
pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga
hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan
daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara,
glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Geseran Glotis [h] Glotis terbuka
luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus
udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis
supaya semasa udara keluar melalui ruang tersebut,akan terhasil bunyi geseran.
Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi
dengan vokal-vokal yang lain. Konsonan Letusan: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j] Bunyi
letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang
keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan
depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j
] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak
digetarkan. Dalam bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan
tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-
perkataan pinjaman. Konsonan Getaran: Getaran Gusi [ r ] Untuk menghasilkan bunyi
konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut
digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan
dan pita suara digetarkan. Konsonan Sisian: Sisian Gusi [ l ] Untuk menghasilkan konsonan
ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi. Lelangit lembut dan
anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga mulut hanya boleh
keluarmelalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman
bahasa Arab seperti Allah,Salleh,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut
menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada
kedua-dua tepi hujung lidah. Konsonan Sengauan: Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau
nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit
keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi-bunyi sengau dhasilkan dengan
membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara
boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan
menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada
bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit
lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna
semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran.
Konsonan Sengauan Dua Bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut
diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan
dan pita suara bergetar. Konsonan Senjgauan Gusi [n] Hujung lidah ditemukan dengan
gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit
Keras[ny] Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng] Belakang lidah diangkat ke lelangit
lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga
hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi – Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus
udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara
bergetar. Konsonan Separuh Vokal: Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada
kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit
atau belakang sempit )kemudan dengan cepat lidah digerakkan kearah kedudukan semasa
menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-
bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar
melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w] Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan
seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan
setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang
mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Separuh Vokal
Lelangit Keras [y] Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu
bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku
geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara
bergetar. KONSONAN PINJAMAN Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v] Bibir bawah dirapatkan ke
gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran
sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan
untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara,
glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi
menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi
yang terhasil ialah [v]. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz] Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung
lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang
keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan
pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran
bersuara,[dh]. Konsonan Geseran Bersuara [z] Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan
dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita
suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. Geseran
Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy] Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit
keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut
dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan
pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy] Geseran
Lelangit Lembut [kh] dan [gh] Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah
dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga
mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi
menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi
menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan
pita suara tidak digetarkan.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Anda mungkin juga menyukai