Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum – Unit Beruniform (St.John Ambulances)

Kelas : 6H

Bilangan Murid : 26

Tarikh : 24 Oktober 2018

Masa : 2.00 – 3.00 petang

Tajuk : Pertandingan Ikatan & Balutan (Ikatan Buku Sila, Balutan Anduh Kecil, Balutan Anduh Besar)

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah mempelajari cara ikatan buku sila, balutan anduh kecil dan balutan anduh besae.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Kognitif : menerangkan cara-cara membuat balutan dan ikatan dengan jelas dan betul.

2. Psikomotor : melakukan aktiviti ikatan dan balutan anduh dengan cara yang betul semasa pertandingan dijalankan.

3. Afektif : bekerjasama, bertanggungjawab, mematuhi arahan dan yakin diri.

Nilai : Bekerjasama, berdisiplin


Alatan / Bahan Bantu Mengajar : Kain anduh besar
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Permulaan  Kehadiran diambil. 1. Guru mengambil kehadiran murid. Nilai : Keyakinan diri,
(5 minit)  Upacara Pelaporan 2. Guru membimbing murid untuk melakukan upacara Menghormati
a. Nyanyian lagu Negaraku pelaporan, nyanyian lagu Negaraku dan lagu St.
b. Nyanyian lagu St. John Ambulances John Ambulans. BBM : pembesar suara,
c. Guru menerangkan aktiviti 3. Guru menerangkan aktiviti pembelajaran pada hari laptop
pembelajaran pada hari ini. ini kepada murid.
- Balutan Anduh (Anduh lengan, lutut
dan kepala).
- Kawad kaki dinamik

Perkembangan  Pembahagian murid kepada pasangan 1. Guru membahagikan murid kepada pasangan. Nilai : Bekerjasama,
(15 minit)  Pengukuhan pengetahuan murid tentang 2. Guru memberikan anduh kepada setiap pasangan. berdisiplin
ikatan buku sila, balutan anduh kecil and 3. Guru mengukuhkan pengetahuan murid dengan
balutan anduh besar. membuat ikatan buku sila, balutan anduh kecil dan Alatan: Kain Anduh besar
 Ikatan buku sila balutan anduh besar bersama dengan murid.
4. Murid diberi masa 10 minit untuk melatih ikatan dan
balutan bersama dengan pasangan mereka
5. Guru memberikan bimbingan kepada setiap
pasangan.

 Balutan anduh kecil

 Balutan anduh besar


Kemuncak Pertandingan ikatan dan balutan 1. Guru menjelaskan kriteria pertandingan ikatan dan Nilai : Berdisiplin,
(35 minit) balutan. Mematuhi arahan
2. Murid-murid mendengar dengan teliti.
3. Setiap pasangan bergilir-gilir membuat ikatan dan Alatan : Kain Anduh Besar
balutan.
4. Guru memberi markah kepada setiap pasangan.
Penutup  Refleksi 1. Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan Nilai : Berdisiplin
(5 minit) kepada murid: Soalan:
2. Murid menjawab soalan guru. Apakah yang telah kita
3. Guru menamatkan sesi perjumpaan. pelajari pada hari ini?

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disemak oleh:

____________________ ______________________________ ___________________


(EMILY GAN HUI FANG) (EN. BENEDICT CLEMENT D’SILVA) (PN. GOH LAY CHIN)
Guru Pelatih Pensyarah Penyelia Guru Pembimbing

Anda mungkin juga menyukai