Anda di halaman 1dari 4

Menurut Kamus Dewan Bahasa, sosialisasi merupakan suatu proses bagaimana

memperkenalkan sistem pada seseorang serta bagaimana orang tersebut menentukan


tanggapan serta reaksinya.Maksud sosialisasi ialah proses di mana seseorang individu dapat
mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran yang diamalkan oleh masyarakat bagi
membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi
adalah proses seumur hidup. Proses sosialisasi mempunyai hubungkait yang erat
dengan proses pendidikan. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi, bekerja
sebagai satu kumpulan atau melakukan kawalan diri. Pendidikan ialah satu usaha
sistematik yang dibuat oleh masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap
dan kemahiran kepada ahlinya. Ia merupakan satu proses untuk memperkembangkan potensi
individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. Ramai ahli sosiologi berpendapat
bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses
interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme biologikal kepada insan
sosial.

Terdapat tiga jenis sosialisasi iaitu pertama sekali sosialisai primer, Sosialisis utama ini adalah
sosialisis pertama yang dilakukan oleh seseorang ketika peringkat awal kanak-kanak.
Sosialisasi ini menjadi pintu bagi seseorang untuk bergaul serta merapatkan hubungan
silaturahim dengan masyarakat lain. Sekolah adalah tempat yang wajib dihadiri oleh
seseorang dalam usaha untuk mendapatkan ilmu supaya dapat meneruskan kehidupan
dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Pelakuan yang dirujuk adalah seperti
pertuturan seseorang, cara perhubungan, pemilihan bahasa dengan individu lain, pengurusan
emosinya, daya tahan, kerajinan dan tanggungjawab, sebagai sebahagian daripada ejen
sosialisasi boleh membawa kebaikan, tetapi juga boleh membawa perkara-perkara buruk
dalam kehidupan orang ramai. Seterusnya adalah sosialisasi sekunder. Sosialisasi sekunder
berlaku pada peringkat kanak-kanak remaja dan dewasa. Pada peringkat ini, proses
pengembangan konsep diri kanak-kanak akan berlaku. Kanak-kanak akan menerima konsep
baru, berlaku perubahan dan penyesuaian akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya
sekolah, media massa dan masyarakat. Ketiganya adalah sosialisasi semula atau
resosialisasi. Proses ini mungkin akan berlaku kepada seseorang individu. Sosialisasi semula
ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik atau mendadak. Misalnya, apabila
seseorang terlibat dalam kemalangan, konsep kendirinya akan berubah supaya dia harus
lebih berhati-hati di jalan raya. Perubahan itu akan berlaku dengan cepat dan kekal dalam
pendiriannya.

Seterusnya, guru juga sebagai agen sosialisasi akan berfungsi dimana kewujudan
sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan
kriteria diri. Heaton dan Brown (2009) ini jelas menerangkan faktor guru yang
mengkhususkan kepada harapan atau jangkaan terhadap murid. Ini dapat mensosialisasikan
mereka dalam pendidikan untuk menjadi seorang yang berjaya. Selain itu, A.G. Soejono
mengatakan bahawa pendidik adalah orang dewasa yang bertangungjawab memberikan
bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohani, agar pelajar dapat
mencapai kedewasaan dan mampu hidup berdikari serta memenuhi tanggungjawabnya
sebagai makhluk Tuhan. Oleh itu, guru merupakan agen sosialisasi yang sangat produktif
kerana pelajar meluangkan banyak masa di sekolah. Tambahan lagi, guru juga mempunyai
banyak peluang dan kesempatan untuk memupukkan sosialisasi dalam diri setiap pelajar.

Peranan guru yang paling penting ialah menanam nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Pelajar
diibaratkan sebagai kain putih maka gurulah harus mencorakkan identiti pelajar dengan
memberikan nilai-nilai murni. Guru yang berkualiti merupakan tonggak kepada
kemajuan dan pembangunan pendidikan. Pembentukan keperibadian iaitu nilai-nilai
personal dalam kalangan murid-murid supaya menjadi insan yang berguna dibantu oleh guru
adalah tidak dapat disangkal. Sehubungan dengan itu tugas guru dewasa ini bukan sahaja
mengajar tulis baca tetapi peranan guru lebih bertanggungjawab, besar dan sukar daripada
kita dianggap. percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bersikap penyayang, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan sebagainya
adalah ciri- ciri yang patut seorang guru mengemukan kepada murid-murid. Selain itu, guru
juga harus mengajar matapelajaran kesantunan kepada pelajar supaya pelajar dapat
mengawal tingakah laku mereka semasa bersosial dengan orang lain. Selain itu, guru juga
harus mempunyai sifat prihatin dan sabar yang tinggi. Ini kerana pelajar lebih meyukai guru
yang suka mendengar pandangan pelajar dan guru yang suka menolong pelajar yang
mempunyai masalah. Mereka ialah ‘role model’ yang menjadi kayu ukur
kepadaperkembangan moral dari pandangan pelbagai perspektif dan pihak, terutama sekali
murid-murid di sekolah tersebut.

Tambahan pula, Bagi melahirkan insan yang bermoral, guru haruslah memberi peluang
kepada murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
sosial. Guru juga boleh mempertahankan nilai moral murid yang cepat terpengaruh dengan
rakan sebaya. Guru boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik dan
memberangsangkan pemikiran murid yang lebih aktif. Contohnya, guru boleh mengadakan
program mengenai kesejahteraan pelajar pada masa akan datang seperti pengenalan kepada
bidang pelajaran di university atau kolej.

Seterusnya, guru juga memainkan peranan penting dalam menangani satu isu tingkah laku
dalam kalangan murid. Guru bertanggungjawab dalam memupuk sikap, nilai dan sahsiah
murid yang sempuna supaya selaras dengan kehendak masyarakat. Guru
menggunakkan pelbagai teknik untuk menarik arah mereka. Misalnya, belas- kasihan,
bertolak ansur, bertimbang rasa dan bekerjasama. Cara-cara psikologi seperti tersebut,
mudah guru dapat membentuk tingkah laku murid. Guru perlu berusaha untuk membimbing
dan membentuk tingkahlaku murid yangpositif dan menghentikan tingkahlaku negetif
mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Asas penting dalam pembentukan
tingkahlaku murid adalah dengan membina hubungan yang positif antara guru dan
murid didalam sekolah atau bilik darjah. Kemahiran menggunakan strategi kepada
seorang guru.

Akhirnya, sosialisasi amat penting kepada masyarakat. Kita sebagai masyarakat Malaysia,
kita sangat mementingkan perpaduan antara kaum. Oleh itu, sosialisasi mampu merapatkan
hubungan silaturahim antara masyarakat. Agen-agen sosoaialisasi harus menjalankan
tanggungjawab mereka dengan baik supaya kita dapat mewujudkan generasi muda serta
masyarakat yang lebih berkualiti. Selain itu, guru juga harus memainkan peranan yang sangat
besar dalam memupukkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Dengan ini,murid,guru dan
masyarakat perlu mengambil berat mengenai sosialisasi ini agar tidak mengakibatkan kesan
kepada kesejahteraan negara.
Rujukan

(n.d.). Retrieved from https://www.kompas.com/skola/read/2020/02/01/140000269/sosialisasi--


pengertian-proses-fungsi-dan-tujuannya?page=all

(n.d.). Retrieved from https://pendidikan.co.id/pengertian-sosialisasi-tujuan-macam-fungsi-media-


dan-contohnya/

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai