Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Profesional

Pernyataan Sebelum Praktikum

Semasa taklimat berkenaan praktikum di Auditorium Taza pada Rabu (22 Mei
2019), saya dan rakan-rakan serta guru pelatih yang lain yang lain telah dimaklumkan
bahawa praktikum ini merupakan satu aktiviti yang wajib dijalani oleh para guru pelatih

Semasa taklimat tersebut, penceramah telah menerangkan perkara-perkara


yang kami perlu tahu dan faham mengenai praktikum. Antara yang diterangkan ialah,
praktikum perlu dilaksanakan bagi memudahkan guru pelatih berinteraksi dalam
pengendalian untuk semester akhir iaitu penyediaan Kajian Tindakan. Selepas
praktikum guru pelatih wajib menyediakan portfolio bagi tujuan semakan dikendalikan
oleh pensyarah yang ditetapkan oleh Unit Praktikum. Praktikum ini bertujuan untuk
membiasakan guru pelatih dengan persekitaran di sekolah sebelum mereka berada di
alam pekerjaan pada masa akan datang.

Para guru pelatih diperuntukkan masa selama tiga bulan untuk praktikum.
Sepanjang berada di sekolah pilihan masing-masing, guru-guru pelatih dikehendaki
mengkaji keadaan sekolah tersebut. Kajian boleh dilakukan dengan menggunakan
instrument seperti pemerhatian, senarai semak, temu bual serta aktiviti yang dijalankan.
Ini adalah penting agar para guru pelatih dapat mengenali budaya sekolah dan ilmu ini
boleh dijadikan bekalan sehingga bergelar guru nanti.

Persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalani sesi praktikum
yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Sepanjang
tempoh praktikum tersebut, saya dikehendaki untuk menyiapkan segala tugasan yang
telah diberikan oleh Unit Praktikum. Oleh itu, saya perlu membuat beberapa
persediaan sebelum menjalani praktikum tersebut.
Perkara seterusnya yang perlu saya lakukan semasa praktikum ialah
mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tugasan berpandukan senarai
semak yang telah disediakan oleh unit praktikum. Di samping itu, saya juga perlu
menyediakan portfolio praktikum dan menyimpan segala hasil maklumat yang diperoleh
serta hasil penulisan yang telah dibuat ke dalam portfolio sebagai bukti serta rujukan di
masa akan datang.

Sebagai seorang guru pelatih, bimbingan serta tunjuk ajar dari guru yang
berpengalaman amat penting dalam melatih guru pelatih menjadi guru yang berjaya.
Sehubungan dengan itu, saya perlu berbincang dan sentiasa meminta tunjuk ajar dari
guru pembimbing saya dari sekolah tersebut. Nasihat serta bimbingan yang padu amat
penting kepada saya sebagai seorang guru praktikal yang baharu di sekolah tersebut.

Sebelum menjalani praktikum, saya mendapatkan pelbagai tips tentang kaedah


mengawal bilik darjah dengan bijak melalui buku serta laman sesawang. Saya juga
telah membuat perancangan awal berkenaan peraturan-peraturan yang perlu murid-
murid patuhi sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Saya
turut merancang aktiviti PdP yang dapat menarik minat murid dalam pembelajaran
mereka di dalam bilik darjah.

Saya berharap agar praktikum yang akan saya jalani pada 11 Jun 2019 hingga 6
September 2019 berjalan dengan baik sepertimana yang telah dirancangkan.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa bersedia dalam
mengahadapi segala cabaran yang datang.

Anda mungkin juga menyukai