Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
No. 7,
Kampung Sungai Siput,
55000 Lubuk China,
Alor Gajah, Melaka.
02 Mei 2017
Assalamualaikum, menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara sihat seisi
keluarga. Apa khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya
semasa menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya bekerja.
Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 28 April yang lalu. Antara
tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya.
Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk
pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah.
Sahabatku Farhan,
Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuih-muih
sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah pertandingan tarik tali,
pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun. Saya sungguh gembira kerana turut
menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan. Apatah lagi apabila keluarga kami mendapat tempat
pertama dalam pertandingan mencari harta karun.
Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam sambil
menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar bersama keluarga
dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai tersebut.
Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta yang
menyewa kayak dan ‘jet ski’ untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh seronok kerana ayah
telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar pantai.
Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu acara
cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana keluarga kami juga
bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping menerima beberapa lagi hadiah lain.
Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang
sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng.
Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan berpeluang
menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang.
Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya
kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi membalas surat saya
ini.
Sahabatmu,
Amiruddin
Kamu dan keluarga kamu telah berpindah ke rumah baru. Tulis surat kepada kawan kamu untuk
menceritakan tentang hal itu.