Anda di halaman 1dari 18

PUSAT PENGAJIAN ILMU

PENDIDIKAN
Pengajian Keberkesanan Sekolah
PMC528

OLEH:
NAMA NO MATRIK
LIM SIN YUN S-PM0021/18
DINEESHWARY A/P SUBRAMANIAM S-PM0004/18
MOHAMAD AMLI GHAZALI P-PM0118/19

NAMA PENSYARAH:
PROF. DR. ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH

1
Huraikan maksud dan ciri sekolah berkualiti (quality school). Seterusnya bincangkan
cara mengaplikasi kerangka mengkaji kualiti keberkesanan sekolah/ pendidikan.
Jelaskan masalah yang timbul jika kerangka tersebut digunakan.

1.0 MAKSUD PENDIDIKAN BERKUALITI

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara". Dari sini jelas dapat dilihat pendidikan berkualiti ialah pendidikan yang
dapat menghasilkan manusia seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Manusia yang ingin dilahirkan ini ialah manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan,
yang beramal dengan ilmunya, yang baik akhlaknya dan yang bertanggungjawab serta tenang
hidupnya dengan sihat tubuh badannya. Dalam aspek-aspek tersebut ada terkandung unsur-
unsur kualiti seperti kecemerlangan, kepuasan hati, ketahanan dan lain-lain yang semuanya
menggambarkan kebaikan.

1.1 MAKSUD SEKOLAH BERKUALITI

Sekolah berkualiti bermaksud komited untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang


merangsang. Kualiti sesebuah sekolah itu juga akan diukur dari banyak aspek, antaranya
kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, pentadbiran, hubungkait antara guru dan ibu bapa dan
sikap dan disiplin guru. Pencapaian dari segi aspek tersebut boleh dimiliki dengan adanya visi
dan misi, pemimpin, operasi, kewangan dan penilaian yang berkualiti.

1.1.1 SKPMG2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan


Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini
adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan
bidang pendidikan semasa.  

2
Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS)
menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang
tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaiatu pada bulan
Mac, Julai dan November. Jadual 1.0 dan 2.0 merupaan lima standard dan taraf SKPMg2 .

Standard Standard 1 Kepemimpinan


Pengoperasian
Standard 2 Pengurusan Organisasi

Standard 3 3.1 Pengurusan Kurikulum

3.2 Pengurusan Kokurikulum

3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Standard 4 Pembelajaran dan


Pemudacaraan

Standard Standard 5 5.1 Kemenjadian akademik


Kemenjadian
5.2 Kemenjadian Kokurikulum

5.3 Kemenjadian Sahsiah

Jadual 1.0 Standard SKPMg2

TARAF TAKRIFAN
Cemerlang Sekolah berjaya membentuk murid yang berketerampilan, berpencapaian
(90-100%) tinggi dalam pelbagai bidang dan mampu
bersaing di peringkat antarabangsa atau sekolah berjaya melonjakkan
pencapaian murid dalam pelbagai bidang ke
tahap yang lebih tinggi.
Baik Sekolah diuruskan dengan baik dalam semua aspek dan kondusif kepada
(80-89.99%) pembelajaran. Seseluruhan warga sekolah menunjukkan komitmen dalam
meningkatkan kualiti dan iklim pendidikan.Sekolah mampu merealisasikan
dasar serta program pendidikan negara.
Sederhana Keseluruhan warga sekolah melaksanakan tugas secara rutin dan mencapai
(50-79.99%) standard minimum yang ditetapkan.
Sekolah berjaya membentuk murid pada tahap pencapaian yang minimum
dalam pelbagai bidang.
Lemah Sekolah diuruskan pada tahap lemah dan kurang kondusif kepada

3
(20-49.99%) pembelajaran.Keseluruhan warga sekolah melaksanakan tugas secara rutin
dan belum mencapai standard minimum yang ditetapkan.Pencapaian murid
dalam pelbagai bidang berada di bawah tahap minimum yang ditetapkan.
Sangat Lemah Sekolah diuruskan pada tahap sangat lemah dan tidak kondusif kepada
(0-19.99%) pembelajaran.Keseluruhan warga sekolah kurang menunjukkan komitmen dan
kesungguhan dalam melaksanakan tugas.Sekolah memerlukan bimbingan
sokongan, dorongan dan pemantauan segera secara tegas daripada
pihak berkepentingan supaya dapat berfungsi dengan sepatutnya.
Jadual 2.0 Taraf SKPMg2

Di Malaysia pula Falsafah Pendidikan Negara (FPN) memberi penekanan kepada usaha
sekolah untuk mempamerkan kecemerlangan;

“....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Melihat penyataan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawa kualiti sesebuah sekolah
dilihat dari sudut untuk melahirkan manusia yang seimbang dari aspek itelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat untuk menentukan
kecemerlangan sesebuah sekolah.

Sementara itu hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan sekolah berkualiti
ditingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah pada
peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan. Terdapat anugerah diberi untuk aspek bukan
akademi kepada peringkat negeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’ ‘Johan
Pertandingan Landskap’ sekolah ikon PIBK dan sebagainya.

2.0 CIRI- CIRI SEKOLAH BERKUALITI

Di Malaysia, sekolah yang berkualiti dinilai berdasarkan Dokumen Standard Kualiti


Pendidikan Malaysia (SKPM). SKPM ini disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa ciri yang menjadi penanda aras kepada
sesebuah sekolah untuk mencapai taraf sekolah berkualiti iaitu :

4
ii. Kemahiran komunikasi v. Menggerakkan warga sekolah

iii. Kemahiran merancang vi. Kemahiran membuat keputusan

iv. Kemahiran memotivasi vii. Kepimpinan instruksional

5
viii. Perkongsian kepimpinan

Gaya Kepimpinan

Gaya kepimpinan pentadbir sesebuah sekolah merupakan faktor yang sangat penting dalam
menentukan halatuju sesebuah sekolah. Menurut Mohd Najib A Ghafar dan Tamyis Arbak
(2008), gaya pengetua atau guru besar dapat menetapkan polisi dan prosedur para guru dan
kakitangan lain menjalankan tugas. Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada
kejayaan pemimpinnya dalam mengurus organisasinya dengan baik. Gaya kepimpinan
lazimnya membabitkan cara penggunaan kuasa yang dimiliki oleh pemimpin berkenaaan.
Kepimpinan sekolah berperanan sebagai berimpak tinggi dan berupaya menggembeling dan
menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pengajaran.

Bagi mencapai hasrat tersebut, kepimpinan sekolah hendaklah mengamalkan gaya


kepimpinan yang efektif, memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga
sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan, menerajui penyediaan
perancangan strategik, dan mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk
kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

Penetapan dan perlaksanaan hala tuju organisasi sekolah


Visi adalah matlamat yang hendak dicapai manakala misi merupakan penerangan yang lebih
jelas, tersusun dan realistik. Pencapaian visi dan misi sekolah merupakan makna pencapaian
mutu sekolah. Mutu sekolah yang diharapkan dinyatakan dalam pernyataan visi dan misi.
Menurut Dwi Sukaningtyas, Djam’an Satori, dan Udin Syaefuddin Sa’ud (2016) dalam kajiannya
bertajuk “Pengembangan Kapasitas Manajemen Sekolah Untuk Merealisasikan Visi Dan Misi”,
visi merupakan tujuan akhir sekolah yang dicapai dalam jangka panjang sedangkan misi
merupakan tujuan jangka menengah yang selanjutnya biasa dirinci dalam tujuan sekolah yang
harus dicapai setiap tahun operasional sekolah.

6
Maka, visi dan misi sekolah sekolah menjadi dokumen penting sebagai penetapan dan
perlaksanaan hala tuju. Dokumen penting ini harus difahami dan dihayati oleh seluruh warga
sekolah supaya objektif yang ditetapkan mudah dicapai. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di
sekolah perlulah lebih ke arah mencapai visi dan misi sesebuah sekolah supaya hasrat visi dan
misi dapat dicapai seperti yang dirancangkan.

Kemahiran komunikasi berkesan


Komunikasi merupakan salah satu aspek yang sangat berpengaruh yang perlu diamalkan oleh
kepimpinan sekolah. Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau
kurang berkomunikasi boleh menyebabkan syak wasangka, salah anggap atau curiga di
kalangan pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus kepada
kemerosotan semangat guru di sekolah keseluruhannya.

  Di sebaliknya, komunikasi yang berkesan membuka laluan kepada kepimpinan sekolah


untuk berkongsi idea dan menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang berkepentingan
sama ada dalaman atau pun luaran. Yusof Bin Boon & Azizah Binti Ghazali (2011), menyatakan
semua gaya komunikasi ekspresi positif, ekspresi negatif, arahan kerja, penglibatan, rasional
kerja dan penerangan kerja mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasan kerja.

Seiring dengan hal ini, Teknologi maklumat merupakan saluran yang berkesan untuk
menyampaikan maklumat. Pihak sekolah seharusnya mempunyai halaman blognya sendiri atau
halaman facebook yang amat popular masa kini. Teknologi internet memudahkan pihak sekolah
menyalurkan maklumat dan berkongsi idea dengan orang lain. Kewujudan kumpulan tertutup
dalam facebook boleh berfungasi sebagai saluran yg boleh merapatkan hubungan dengan
seluruh warga sekolah. Kumpulan PIBG juga perlu berfungsi untuk merapatkan hubungan
dengan pihak ibubapa pelajar, dimana mereka boleh menyalurkan maklumat atau perkongsian
idea.

Kepimpinan Sekolah

Pemimpin harus mempunyai kemahiran memotivasikan dan menggerakkan warga sekolah


mencapai matlamat yang ditetapkan. Kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada hubungan
yang erat antara pihak pentadbir dengan guru – guru, pelajar dan pihak ibubapa pelajar serta
PIBG sekolah. Kepimpinan melalui teladan, konsep kekeluargaan dalam organisasi, sekolah
penyayang adalah di antara beberapa contoh konsep yang boleh diamalkan. Keharmonian dan

7
keceriaan seluruh warga sekolah adalah kunci kepada kejayaan. Warga sekolah seronok dan
ceria semasa melaksanakan tanggungjawab mereka dan hal ini boleh mengelakkan
ketegangan atau tekanan yang melampau dalam proses pengurusan.

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Sebarang keputusan atau tindakan hendaklah dibuat secara adil dan saksama berdasarkan
peraturan dan pusat tanggungjawab yg diberi. Pentadbir harus faham dan jelas setiap peraturan
yang diadakan berdasarkan  Perintah Am Kerajaan, Pekeliling Kementerian dan Ektika
Profesion Keguruan supaya segala keputusan yang diambil tidak bercanggah dengan peraturan
yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pentadbir hendaklah memfokuskan aspek budi bicara
supaya keputusan yang diambil adalah bersifat rasional.

Kepimpinan instruksional

Kepimpinan instruksional menggambarkan kecekapan kepimpinan sekolah yang berkesan.


Kepimpinan sekolah menerajui perlaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya pelajar. Persekitaran sekolah yang
kondusif dan ceria menjadi daya tarikan kepada pelajar untuk seronok berada di sekolah.
Persekitaran pembelajaran yang menarik dan pelbagai menjadikan pelajar seronok belajar.
Sehubung dengan ini, teknik pengajaran didik hibur akan memberikan impak yang besar
sekiranya digunakan secara efektif. Selaras dengannya, makmal komputer hendaklah
digunakan sepenuhnya di mana penggunaan LCD dan perisisan Power Poin boleh digunakan
secara optimum.

Perkongsian Kepimpinan

Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab untuk memupuk kesedaran


tanggungjawab bersama dalam menguruskan sekolah. Agihan tanggungjawab hendaklah
bersifat adil dan seimbang kepada keseluruhan warga sekolah dan tidak membebankan satu
pihak sahaja. Bersaing secara positif dan mengelakkan prajudis serta buruk sangka akan
mewujudkan suasana yang ceria. Idea dan saranan dari staf bawahan juga harus diterima
secara terbuka dan difikirkan serta diimplimentasikan jika ianya baik untuk kemajuan sekolah.
Cara ini dapat mewujudkan perasaan bawa idea dan saranan mereka di iktiraf serta dihargai.

8
3.0 CARA MENGAPLIKASIKAN KERANGKAN MENGKAJI KEBERKESANAN
SEKOLAH/PENDIDIKAN

Matriks Menilai Kualiti Pendidikan

Digunakan untuk meniali keberkesanan sekolah atau sIstem sekolah

 Indikator hasil
 Petunjuk prestasi
 Petunjuk input
 Untuk pembangunan dalaman & penambahbaikan
 Akauntabiliti dan kualiti jaminan

Pendekatan Sel

Sering guna satu sel atau beberapa sel secara berasingan untuk membentuk penilaian. Cth:
penilaian seringkali hanya guna indikator self-evaluation sekolah dan input untuk memenuhi
tujuan pembangunan dalaman .Pendekatan ini mudah dan senang serta paling kerap
digunakan dalam sekolah .Tetapi seringkali keputusannya biased dan kurang disenangi oleh
semua pihak di sekolah.

Pendekatan Berlapis (Layer Approach)

Menggunakan satu atau beberapa lapis dari matriks untuk membentuk penilaian kualiti
pendidikan.

9
Lapis 1 mencadangkan penilaian kualiti pendidikan harus memasukkan indikator input,
performance dan outcome bagi tujuan pembangunan dan akauntibiliti dalaman serta school self
evaluation tetapi bukan external evaluation

Lapis 2 mencadangkan penilaian harus merangkumi school self evaluation dan


penilaian luaran bagi tujuan pembangunan dan akauntibiliti dalaman dengan menggunakan
indikator performance tetapi bukan indikator input dan outcome

Pendekatan Matriks Secara Menyeluruh

Menggunakan pendekatan sel dan berlapis secara komprehensif. Pendekatan ini menekankan
penilaian sekolah secara menyeluruh termasuk school self evaluation and external audit,
serving formative and summative functions and using multiple indicators.

Kerangka ini boleh diaplikasikan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran di sekolah .
Apa yang penting adalah pihak sekolah harus memahami bahawa kerangka ini merupakan
kerangka yang menjadi pelengkap kepada amalan-amalan pengurusan di sekolah. Oleh kerana
fokus utama kerangka ini ialah menukarkan strategi kepada tindakan melalui PETUNJUK
(INDIKATOR) maka langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah ini ialah kenal pasti
kehendak stakeholder, ibubapa, dan komuniti.

Ini kerana strategi, misi dan visi sekolah harus selaras dengan kehendak
pelanggan.Lakukan analisis mengenai kekuatan, kelemahan, peluang danancaman sekolah.
Analisis ini merupakan langkah yang penting untuk menghasilkan strategi yang sesuai dengan
kehendak misi dan visi sekolah.

Janakan Strategi

Daripada analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman, strategi organisasi dapat
dihasilkan daripada kerangka ini ,iaitu perspektif pelanggan, proses dalaman,kewangan dan
perbelanjaan dan pembangunan staf. Strategi ini dijalinkan melalui beberapa dimensi bagi
mencapai misi sekolah

Bina Peta Strategik

Melalui pendekatan hubungkait ‘Cause and Effect’.Hubungkait antara komponen strategi


digunakan untuk mengenal pasti pemacu prestasi bagi strategi yang menghasilkan kejayaan
bina pengukuran bagi strategi yang dipilih.

10
Bagi memantapkan dan merealisasikan strategi yang telah dibina, setiap strategi perlu
dinyatakan kepada bentuk yang boleh diukur. Melalui pengukuran ini ianya dapat
menterjemahkan strategi kepada tindakan dan hasil seperti yang telah dinyatakan di dalam
kerangka ini.

sokongan dan komitmen warga sekolah.

Pembinaan strategi sekolah serta penggunaan kerangka memerlukan sokongan


daripada pihak pentadbir dan komitmen keseluruhan warga sekolah. Bagi merealisasikan misi
dan visi sekolah semua staf harus faham kerangka konsep dan hubungkait antara tindakan
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, disiplin sekolah, amalan-amalan pengurusan
dengan kerangka konsep ini. Oleh itu kerjasama yang erat dan komitmen yang bersungguh-
sungguh adalah perlu untuk menjayakan penggunaan kerangka ini.

Bagi meningkatkan dan menjamin keberkesanan sekolah serta memenuhi tuntutan


pelbagai pihak, sekolah harus mempunyai strategi dalam amalan-amalan pengurusan seharian.
Satu daripada kerangka pengurusan yang diguna pakai dalam bidang perniagaan dan boleh
diaplikasikan dalam bidang pendidikan ialah ‘The BalancedScorecard’. Kerangka ini mempunyai
empat dimensi yang penting yang mengandungistrategi yang menjurus kepada kejayaan misi
dan visi sekolah. Fokus utama kerangka ‘The Balanced Scorecard’ ini ialah menukarkan
strategi kepada tindakan melalui pengukuran prestasi. Namun begitu penggunaan kerangka ini
dalam konteks sekolahharus mendapat kerjasama dan komitmen seluruh warga sekolah bagi
menjaminkeberkesanan sekolah.

11
Malaysian School Effectiveness Framework

(Muhammad Faizal, Saedah, Norfariza Mohd Radzi , & Faisol Elham, 2011)

Konseps Kualiti Pendidikan

Kualiti Pendidkan adalah sifat set elemen dalam input, proses, dan hasil sistem pendidikan
yang menyediakan perkhidmatan yang memuaskan sepenuhnya pemilihan strategik dalaman
dan luaran dengan memenuhi jangkaan dan eksplisit yang jelas. Penunjuk kualiti pendidikan
boleh ditakrifkan sebagai penunjuk yang digunakan untuk menggambarkan aspek utama kualiti
pendidikan dalam input, proses, dan hasil di peringkat sekolah atau di peringkat sistem.

Fungsi Petunjuk Kualiti

Maklumat yang menggambarkan prestasi sekolah atau sistem sekolah dalam mencapai
keadaan atau keputusan pendidikan yang diingini. Maklumat ini membantu untuk
menggambarkan fungsi semasa dan keberkesanan sekolah. Maklumat mengenai ciri-ciri
sekolah atau sistem sekolah yang diketahui dikaitkan dengan keadaan dan hasil yang diingini.
Maklumat ini membantu ahli sekolah, pembuat dasar, pendidik dan orang ramai untuk
meramalkan prestasi masa hadapan sekolah.

12
Perbezaan Antara Tahap Sekolah Dan Sistem Sekolah

Isu-Isu dalam Menilai Kualiti Pendidikan

 Bagaimana untuk menjaga keseimbangan antara kedua-dua fungsi kualiti pendidikan?


 Bagaimana untuk menjaga keseimbangan antara penilaian diri sekolah dan penilaian
luaran?
 Bagaimana untuk memilih kombinasi penunjuk kualiti yang bersesuaian?
 Bagaimana untuk menguruskan perbezaan di antara tahap sekolah dan tahap sistem
sekolah?

Rangka Kerja Keberkesanan Sekolah Ontario

 Penilaian untuk sebagai dan pembelajaran


 Kurikulum, Pengajaran dan Pembelajaran
 Program dan Laluan
 Perkongsian Rumah, Sekolah dan Masyarakat
 Suara Pelajar
 Kepimpinan Sekolah dan Kelas

Petunjuk Penilaian New Zealand Untuk Ulasan Sekolah (2011)

 Pembelajaran pelajar : penglibatan, kemajuan dan pencapaian


 Pengajaran yang berkesan
 Memimpin dan mengurus sekolah

13
 Mengawal sekolah
 Budaya sekolah yang selamat dan inklusif
 Melibatkan ibu bapa dan masyarakat

Tiga Gelombang SER in Malaysia (Muhammad Faizal et al. (in press)

Gerakan Gerakan keberkesanan


Gerakan keberkesanan
penambahbaikan dan penbambahbaikan
sekolah
sekolah sekolah

Sumbangan Gerakan Keberkesanan Sekolah

• Tumpuan kepada pembolehubah dapatan (Cth : pencapaian akademik pelajar)

• Mementingkan ekuiti (jurang antara lokasi sekolah & jantina)

• Menggunakan data pembuatan keputusan

• Memahami bahawa dapatan iaitu sekolah adalah focus utama keberkesanan

Sumbangan Gerakan Penambahbaikan Sekolah

• Tumpuan kepada sebarang pembolehubah proses

• Mementingkan proses penambahbaikan yang dilaksanakan secara berterusan

• Mementingkan data yang dikutip dalam bentuk kualitatif

• Menumpukan factor sekolah sebagai sumber untuk berubah dengan tumpuan kepada
budaya sekolah dan pengajaran guru

14
Sumbangan Gerakan Keberkesanan Dan Penambahbaikan Sekolah

• Tumpuan kepada gabungan semua pembolehubah proses

• Mementingkan pembentukan semula struktur dan budaya sesebuah organisasi


mementingkan data berbentuk kuantitatif dan kualitatif untuk membuat keputusan

• Memahami kepentingan factor sekolah, guru dan murid adalah punca pembentukan
semula struktur dan budaya sekolah.

4.0 ISU KERANGKA SEKOLAH BERKUALITI

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah nadi kepada usaha membangunkan


modal insan yang memacu kejayaan negara pada masa hadapan. Sistem pendidikan yang
berkualiti adalah perlu bagi mengharungi era globalisasi ini kerana dipercayai bahawa sistem
pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang boleh menjadi global player
dengan ciri-ciri peribadi unggul seperti sifat jati diri yang unggul, inovatif, produktif,
berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan, dan kreatif bagi menangani cabaran negara dan
arus globalisasi (Mohamad, 2002). Produk berkualiti adalah terhasil daripada kualiti pengajaran
guru-guru manakala kualiti pengajaran guru pula adalah terhasil daripada kualiti pengurusan
(Abu Bakar & Ikhsan, 2003).

Terdapat dua kategori dalam membincangkan mengenai sekolah berkualiti dalam


konteks keberkesanan sekolah iaitu (1) tahap pendidikan dan (2) sistem pendidikan. Tahap
menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah peringkat, tingkat. Dalam konteks pendidikan
di Malaysia, tahap atau peringkat pendidikan terdiri daripada Pra sekolah, Sekolah Rendah,
Sekolah Menengah, Lepas Menengah.

Sementara itu, sistem pula ialah cara atau kaedah melakukan sesuatu; cara yang teratur
untuk melakukan sesuatu. Sistem pendidikan di Malaysia dikawal selia oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia yang mempunyai bahagian-bahagaian, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan agensi-agensi tertentu. Terdapat beberapa kategori sekolah.
sekolah kebangsaaan, sekolah venarkular, sekolah swasta dan lain-lain. Walaupun, di Malaysia
mempunyai dasar pendidikan yang sama dan falsafah pendidikan yang sama. Tidak dinafikan
bahawa apabila terdapat sistem pendidikan yang berbeza, agak sukar untuk mencapai
matlamat yang sama.

15
Berdasarkan kerangka sekolah kualiti, terdapat (4) isu yang menimbulkan persoalan terhadap
kualiti pendidikan dan sistem pendidikan.

1) Bagaimana hendak menyeimbangkan antara 2 fungsi kualiti pendidikan dalam


negara ini?

2) Bagaimana untuk menyeimbangkan antara penilaian dalaman dan luaran


misalnya antara pentaksiran dan peperiksaan di peringkat sekolah ?

3) Bagaimana untuk memilih kombinasi yang sesuai bagi indicator kualiti walhal
terdapat dua kategori yang berbeza antara tahap dan sistem?

4) Bagaimana untuk menguruskan kelainan tahap sekolah dan sistem sekolah


dalam konteks pendidikan di Malaysia?

Selain itu, terdapat guru bukan opsyen (bukan kemahiran bidang sebenar) mengajar
matapelajaran seperti Matematik dan Sains. Selain itu, guru mengalami stres terhadap beban
tugas yang bertambah. Tugas hakiki terabai, sementara Pdpc akan kurang berkualiti.

Masa yang sama, sistem Penilaian – Sistem pendidikan Malaysia yang dahulunya
berpusatkan peperiksaan menyebabkan pelajar kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir
aras tinggi. Walau bagaimanapun, sekarang pendidikan di Malaysia sedang menuju ke arah
pentaksiran. Namun begitu guru-guru lama masih lagi dalam pemikiran berorietasikan
peperiksaan. Tambahan pula, di dalam pertembungan orientasi peperiksaan dan pentaksiran
ini; ramai pelajar-pelajar masih kurang mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi. Ini
dibuktikan dengan kedudukan TIMSS dan PISA berada di tahap yang kurang memuaskan
berbanding negara-negara jiran.

Umumnya kebanyakkan ibubapa mahu anak-anak mereka memperolehi dalam


pencapaian akademik dan dalam erti kata yang lain mendapat banyak A. Walhal falsafah
pendidikan Negara hendaklah melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek Jasmani Emosi
Rohani dan Intelektual. Ibubapa kurang memainkan peranan ke arah tahap dan sistem kualiti
sekolah.

Sehubungan itu, kajian luar negara, oleh Teddlie dan Stringfield (1985,1993)
menunjukkan bahawa keberkesanan sekolah telah melaksanakan strategi yang agak berbeza,

16
bergantung kepada konteks SES daripada sekolah tertentu di bawah peperiksaan. Perbezaan
ciri-ciri ini yang dikaitkan dengan keberkesanan sekolah-sekolah menengah dan rendah SES
berputar di sekitar enam bidang:

1) Promosi jangkaan pendidikan -Sekolah-sekolah SES-Tengah yang dipromosikan kedua-


duanya tinggi harapan pendidikan masa kini dan masa depan, manakala sekolah rendah SES
ditekankan harapan pendidikan sekarang sahaja.

2) Gaya kepimpinan utama-Pengetua-pengetua SES yang berpengaruh cenderung menjadi


baik pengurus, manakala pengetua SES rendah yang cenderung menjadi pemula yang mahu
untuk membuat perubahan di sekolah.

3) Penggunaan struktur ganjaran luar-Ganjaran akademik luaran yang jelas adalah ditekankan
di sekolah-sekolah SES yang rendah, sementara mereka telah dimainkan di sekolah menengah
SES.

4) Penekanan dalam kurikulum sekolah-Kurikulum menawarkan fokus pada dasarnya


kemahiran dalam sekolah-sekolah rendah SES yang berkesan, manakala sekolah menengah
SES yang berkesan mempunyai kurikulum yang diperluaskan.

5) Hubungan ibu bapa dengan sekolah-Penglibatan ibu bapa digalakkan di pertengahan-


Sekolah-sekolah SES, sementara pengetua dan kakitangan di banyak sekolah rendah SES
membuat sempadan untuk menghalang sekolah dari pengaruh komuniti negatif.

6) Tahap pengalaman guru-Sekolah-sekolah SES yang berkesan mempunyai lebih banyak guru
yang berpengalaman, manakala sekolah rendah SES yang berkesan kurang berpengalaman
guru.

Di samping itu, kajian yang dijalankan di California (Hallinger dan Murphy, 1986)
mengesahkan perbezaan antara sekolah dengan pelajar dari latar belakang SES yang berbeza,
terutamanya berhubung dengan:

1) Perbezaan dalam kurikulum-Kurikulum di sekolah rendah SES adalah sempit, memberi


tumpuan kemahiran asas; kurikulum di sekolah tinggi SES adalah luas, memberi tumpuan
kepada pelbagai kemahiran akademik.

17
2) Jangkaan pelajar yang berbeza - Sumber jangkaan di sekolah rendah SES adalah sekolah
itu sendiri dan cenderung menjadi sederhana; di sekolah tinggi SES, sumbernya adalah rumah
dan sekolah dan cenderung sangat tinggi.

3) Perbezaan gaya kepimpinan utama - Gaya kepimpinan utama dalam berkesan Sekolah
Rendah SES adalah tinggi berhubung kawalan arahan dan orientasi tugas; dalam sekolah tinggi
SES yang berkesan, ia adalah rendah hingga sederhana berhubung kawalan arahan dan
sederhana dalam hal orientasi tugas.

4) Penglibatan ibu bapa yang berbeza -baik-hubungan rumah adalah lemah di rendah- Sekolah
SES dan sekolah-sekolah tinggi SES yang kuat.

Kesimpulannya, walaupun dalam kajian ini, sudah pun mempunyai kerangka yang jelas
dalam konteks kualiti keberkesanan sekolah. Namun begitu, warga pendidikan harus memberi
komitmen yang bersepadu terhadap isu-isu dikemukakan dalam aspek kerangka sekolah
berkualiti demi mencapai keberkesanan sekolah seperti yang dihasratkan. Isu-isu ini tidak wajar
diketepikan tetapi ia harus diuruskan dengan baik agar ia selari dengan ciri-ciri, objektif dan
hasrat kualiti keberkesanan sekolah.

Rujukan

Siti Noor Ismail, Yahya Don (2015). Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan
hubungannya dengan gaya kepimpinan pengetua. JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN |
Januari 2015, Bil. 2, Isu 1.

Charles Teddlie, David Reynolds (2000). The International handbook of School Effectiveness
Reasearch.

Sufean bin Hussin.., (2005). Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Siri Panduan Guru.
PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Jaap Scheerens (2000). Improving School Effectiveness. Unesco, International Institute for
Educational Planning.

18

Anda mungkin juga menyukai