Anda di halaman 1dari 55

Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi dan Kepentingan Mata Pelajaran.

Pada akhir sesi murid dapat:-


Objektif : 1 Memberikan maklumat tentang mata pelajaran yang perlu
dipelajari dalam tahun satu.
2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran A/1A

Langkah- : Set induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan beberapa
lagu/suara dalam pelbagai bahasa/isyarat yang melambangkan
setiap mata pelajaran.
Contoh: - Lagu ”Good Morning” – Bahasa Inggeris
- Lagu ”Ten Little Indians” – Matematik
( Lampiran A/1A )

1. Murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan secara kelas


dan kumpulan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan setiap mata
pelajaran Tahun 1.
3. Soaljawab secara lisan.

Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid.

:
Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpasti
Rumusan mata pelajaran yang akan dipelajari.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam


akademik.

1
LAMPIRAN A/1A

“ Good Morning ”

Good morning, good morning,


Good morning to you,
Good morning, good morning,
And how do you do.

“ Ten Little Indians ”

One little two little three little Indians,


Four little five little six little Indians,
Seven little eight little nine little Indians,
Ten little Indian boys.

One little two little three little Indians,


Four little five little six little Indians,
Seven little eight little nine little Indians,
Ten little Indian girls.

2
Bidang : Akademik.

Tajuk : Guru Dan Mata Pelajaran.

Pada akhir sesi murid dapat:-


Objektif : 1. Mengenali singkatan bagi setiap mata pelajaran.
2. Menyebut singkatan bagi setiap mata pelajaran.
3. Menerapkan nilai murni menghormati guru.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Jadual Waktu Kelas, Lampiran A/1B

Langkah- : Set induksi:


langkah Murid menyebut nama guru-guru yang mereka kenali.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan jadual waktu


kelas.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan setiap makna
singkatan bagi mata pelajaran dan guru yang mengajar mata
pelajaran tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran
1B dan meminta murid mewarnakan singkatan yang sama
dengan warna yang sama.

Penilaian : Murid boleh mewarna singkatan mata pelajaran dalam jadual yang
disediakan.

:
Mengenali mata pelajaran dan guru serta mengamalkan sikap
Rumusan menghormati guru.

Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Suka.

3
LAMPIRAN A/1B

Contoh:

Jadual Waktu Kelas Tahun 1 ________

7.45 8.15 8.45 9.15 9.45 10.15 10.45 11.15 11.45 12.15 12.45
HARI
8.15 8.45 9.15 9.45 10.15 10.45 11.15 11.45 12.15 12.45 1.15
ISNIN PERH PK MZ MT R BM BM PS PS AM AM
SELASA MT MT BM BM E BI BI BA BA AM AM
RABU BI BI MT MT H BM BM BM AM AM
KHAMIS PK PK BM BM A BI BI MZ SC SC
JUMAAT MT MT BI BI T BM BM BM SC

BM BAHASA MELAYU SC SCIENCE


(Nama Guru) (Nama Guru)
BI ENGLISH AM AGAMA / MORAL
(Nama Guru) (Nama Guru)
MT MATHEMATIC MZ MUZIK
(Nama Guru) (Nama Guru)
PK PENDIDIKAN KESIHATAN PS PENDIDIKAN SENI
(Nama Guru) (Nama Guru)
BA BAHASA ARAB PERH PERHIMPUNAN
(Nama Guru) Semua Guru

4
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Membaca - Main Peranan

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif : 1. Mengetahui kepentingan membaca.
2. Memahami bahan bacaan.
3. Melakukan simulasi ayat mudah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad Imbasan (disediakan oleh guru sebelum sesi pengajaran)

Langkah- : Set induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyanyi lagu
berkaitan dengan haiwan.
Contoh:- Lompat Si Katak Lompat
- Bangau Oh Bangau

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan


membaca.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad imbasan dan
membaca ayat.
Contoh: - Burung terbang.
- Katak melompat.
3. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan dan ketua diminta
mengambil satu kad ayat .
4. Murid menggayakan aksi mengikut ayat yang diperoleh.

Penilaian : Pemahaman pembacaan melalui aksi yang digayakan.

:
Teknik membaca yang betul dapat membantu murid dalam
Rumusan memahami bahan bacaan.

Falsafah : ‘Membaca Jambatan Ilmu’

5
Bidang : Akademik.

Tajuk : Kemahiran Mendengar – Telinga Gajah

Pada akhir sesi murid dapat:-


Objektif : 1. Membuat pergerakan mengikut arahan yang diberikan.
2. Sentiasa peka pada arahan atau maklumat yang diberi.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kertas A4, Lampiran A/1C

Langkah- : Set induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi arahan mudah.
Contoh: Angkat tangan kanan
Angkat tangan kiri
Hentak kaki kanan
Hentak kaki kiri

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4.


2. Murid melukis bentuk mengikut arahan guru.
a. Lukis bulatan besar di bahagian atas kertas.
b. Dalam bulatan besar lukis dua bulatan kecil di kiri dan kanan.
c. Di bawah bulatan besar lukis satu segiempat tepat secara
menegak.
d. Di kiri kanan segiempat tepat lukis 2 segitiga.
e. Di bawah segiempat tadi, lukis 2 segiempat tepat secara
menegak.
( Lampiran A/1C )
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih secara rawak beberapa
orang murid untuk mempamerkan hasil kerja mereka.
4. Murid diminta memberi pendapat tentang hasil kerja rakan.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan
mendengar dalam proses pembelajaran.
Murid boleh membuat pergerakan dan melukis bentuk mengikut arahan
Penilaian :
yang diberikan.

Rumusan : Pentingnya kemahiran mendengar dalam pengajaran dan pembelajaran

Falsafah : Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.

6
LAMPIRAN A/1C

Contoh:

Bidang : Akademik.

7
Tajuk : Kemahiran Mengingat – Telefon Rosak

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:


1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2. Memupuk kerjasama dalam kumpulan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad Bergambar – Lampiran A/1D

Langkah- : Set induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menyuruh murid menamakan
beberapa nama haiwan yang mereka tahu.

1. Wakil setiap kumpulan diminta melihat dan mengingati gambar


haiwan yang ditunjukkan.
2. Ahli kumpulan yang lain duduk dalam bulatan kecil.
3. Wakil akan mengingat semula gambar yang dilihat dan
membisikkan nama-nama haiwan ke telinga murid yang
pertama, murid pertama membisikkan kepada murid yang kedua
dan seterusnya.
4. Murid yang terakhir akan diminta untuk menyatakan semula
perkataan-perkataan yang diingatinya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan kemampuan daya
ingatan kita berbeza dari segi gambar dan perkataan.
6. Gabungan antara gambar dan perkataan akan meningkatkan
kemampuan daya ingatan.

Penilaian : Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing dan memerhatikan


cara murid melaksanakan aktiviti.

:
Teknik mengingat dapat membantu pelajar dalam proses
Rumusan pembelajaran.

Falsafah : Otak kita memang berpotensi untuk mengingati apa yang kita belajar.

8
LAMPIRAN A/1D

Contoh:

9
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Pekerjaan di sekolah

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif : 1. Mengenalpasti pekerjaan yang terdapat di sekeliling
mereka.
2. Menceritakan pekerjaan yang terdapat di sekeliling sekolah
dan ahli keluarga.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1A

Langkah- : Set Induksi:


langkah Murid-murid dibawa melawat kawasan sekolah dan melihat
pekerjaan yang terdapat dalam kawasan sekolah.

1. Penerangan dan bersoal jawab secara lisan dengan


murid.
2. Mengedarkan Lampiran K/1A .
3. Murid mengenal pasti pekerjaan yang terdapat di sekolah
berdasarkan Lampiran K/1A.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pekerjaan yang terdapat di sekolah.

Penilaian : 1. Murid-murid dapat mengenalpasti jenis-jenis pekerjaan


yang terdapat di sekolah.
2. Murid-murid menyiapkan latihan (Lampiran K/1A)

Rumusan : Terdapat beberapa jenis pekerjaan di sekolah.

Falsafah : Setiap pekerjaan saling memerlukan antara satu sama lain.

LAMPIRAN K/1A

10
Nama: __________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ____________________

Susun huruf membentuk perkataan yang betul berdasarkan


gambar.

1.
U G U R

2. K I R E N A

3. T U A K N G S U P A

T N A K U G K E N U B
4.

P E N G A L W A
5
K E S L E M A T A A N
.

11
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Pekerjaan Ahli Keluarga Saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif : 1. Mengenalpasti pekerjaan yang terdapat dalam ahli keluarga
masing-masing.
2. Menceritakan pekerjaan yang terdapat dalam keluarga masing-
masing.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1B

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar keluarga.

1. Penerangan mengenai sesuatu pekerjaan merujuk kepada


gambar.

2. Soal jawab secara lisan mengenai pekerjaan ahli keluarga murid.

3. Mengedarkan Lampiran K/1B dan murid menjawab soalan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang pekerjaan ahli keluarga.

Penilaian : Murid-murid dapat menyiapkan latihan.

Rumusan : Terdapat beberapa jenis pekerjaan dalam sesebuah keluarga.

Falsafah : Pekerjaan membawa keselesaan dan jaminan dalam keluarga.

12
LAMPIRAN K/1B

Nama: _______________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : __________________

Pekerjaan Ahli Keluarga Saya

bapa ibu

abang kakak

13
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Cita-cita Saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Murid-murid dapat menyatakan pekerjaan yang mereka minat.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Kad imbasan jenis-jenis pekerjaan (Lampiran K/1C)

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar pelbagai jenis
pekerjaan.

1. Soal jawab secara lisan dengan murid berkaitan cita-cita mereka.

2. Mengedarkan Lampiran K/1C.

3. Murid-murid membentangkan jawapan masing-masing.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang cita-cita.

Penilaian : 1. Murid menceritakan tentang cita-cita masing-masing


2. Murid-murid dapat suaikan nama pekerjaan dengan gambar.

Rumusan : Setiap orang mempunyai cita-cita yang berbeza antara satu


dengan yang lain.

Falsafah : Manusia harus mempunyai cita-cita untuk membentuk kehidupan


pada masa hadapan.

14
LAMPIRAN K/1C

Nama: _________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ____________________

SENARAI PEKERJAAN

GURU DOKTOR PEGUAM

JURURAWAT JURUTERA POLIS

AHLI SAINS AKAUNTAN BOMBA

TENTERA CHEF ARKITEK

AHLI ASTRONOMI KERANI PENSYARAH

AHLI PERNIAGAAN JURUTEKNIK

PELAKON JURUTERBANG JURUJUAL

15
Bidang : Kerjaya

Tajuk
: Peralatan Bertugas

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Murid dapat mengenali peralatan asas berdasarkan jenis
pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Lampiran K/1D

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan sejenis alat yang
digunakan dalam sesuatu pekerjaan.
Contoh: pen, gunting, spanar dan lain-lain

1. Bersoal jawab secara lisan dengan murid-murid berdasarkan


peralatan yang telah ditunjukkan.

2. Penerangan tentang peralatan yang biasa digunakan semasa


bekerja.

3. Mengedarkan Lampiran K/1D dan murid menjawab soalan.

4. Perbincangan jawapan murid.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara


keseluruhan tentang pekerjaan ahli keluarga.

Penilaian : Murid-murid menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Terdapat berbagai jenis alatan berbeza mengikut jenis pekerjaan.

16
Falsafah : Peralatan diperlukan untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.

LAMPIRAN K/1D

Nama: ________________________________________________________

Kelas : _____________________________ Tarikh : ___________________

Suaikan jenis peralatan dengan pekerjaan yang betul.

tukang kebun

tukang jahit

doktor

mekanik

tukang kayu

17
Bidang : Kerjaya

Tajuk : Tiru Macam Saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Murid-murid dapat menunjukkan gaya mengikut jenis pekerjaan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Murid Tahun 1

Bahan : Tiada

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menggayakan aksi sesuatu
pekerjaan dan murid diminta meneka

1. Penerangan tentang gaya sebenar sesuatu pekerjaan.

2. Meminta murid memilih jenis pekerjaan dan menggayakannya di


hadapan kelas secara bergilir-gilir.

3. Murid dibimbing ketika menggayakan jenis pekerjaan yang


ditunjukkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan secara keseluruhan


tentang aktiviti yang dijalankan.

Penilaian : Meniru gaya yang betul berdasarkan pekerjaan.

Rumusan : Terdapat gaya yang berbeza mengikut jenis pekerjaan.

Falsafah : Gaya pekerjaan yang berlainan menjadikan pekerjaan tersebut lebih


sempurna.

18
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Salam Perkenalan (Bina hubungan)

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif : 1. Mengenali rakan baru.
2. Berinteraksi dengan rakan baru.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kad warna ( Merah, biru, kuning, hijau dan hitam )

Set Induksi :
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan warna-warna
langkah
kepada murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kad-kad warna
kepada semua murid.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengarahkan murid-murid
berkumpul mengikut kad warna yang sama.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid berkenalan
dengan ahli dalam kumpulan warna yang sama ( Nama penuh dan
nama panggilan ).
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid
datang ke hadapan. Murid akan memperkenalkan diri dan
menyebut nama beberapa rakan yang lain.

Penilaian : Murid boleh menyebut nama rakan baru.

Rumusan : Murid akan dapat mengenali rakan-rakan baru di dalam kelas.

19
Falsafah : Hidup perlu berkomunikasi di antara satu sama lain.

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Kelasku Rumahku

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menyemaikan perasaan kasih sayang murid kepada kelas.
2. Mewujudkan sikap tanggungjawab murid kepada keceriaan kelas.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PS/1A

Gambar kelas yang cantik, gambar kelas yang kotor

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar kelas yang
cantik dan yang kotor.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan ciri-ciri kelas


yang
bersih.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan


tugas
yang boleh dibuat untuk menjaga kebersihan kelas. Contohnya,
murid menyapu dan mengutip sampah di dalam kelas.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid


membersihkan kelas.

Penilaian : Menyatakan secara lisan perkara-perkara yang boleh dibuat untuk


menjaga kebersihan kelas.

20
Rumusan : Murid menganggap kelas sebagai rumahnya sendiri.

1. Kelas sebagai rumah yang perlu dijaga dan disayangi.


Falsafah :
2. Sepakat membawa berkat.

LAMPIRAN PS/1A

GAMBAR KELAS YANG BERSIH DAN KEMAS

GAMBAR KELAS YANG KOTOR DAN TIDAK TERATUR

21
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Hormati Guru

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menyebut ucapan bertatasusila dengan betul.
2. Menunjukkan sikap hormat terhadap guru.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : LAMPIRAN PS/1B

Kad perkataan ( ucapan bertatasusila )


1. Assalamualaikum cikgu.
2. Selamat pagi cikgu.
3. Terima kasih cikgu.
4. Maafkan saya cikgu.
5. Selamat sejahtera cikgu.

Langkah- : Set Induksi:


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan kad perkataan ucapan
bertatasusila kepada murid.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyebut.


ucapan bertatasusila berulang-ulang.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid.
situasi yang sesuai menggunakan ucapan bertatasusila tersebut.

Murid tahu menggunakan ucapan bertatasusila mengikut situasi yang


Penilaian :
sesuai.

22
Murid menggunakan ucapan bertatasusila untuk menunjukkan rasa
Rumusan :
hormat kepada guru.

Falsafah : ‘ Hidup perlu beradab’

LAMPIRAN PS/1B

Assalamualaikum cikgu

Selamat pagi cikgu

Terima kasih cikgu

Maafkan saya cikgu

Selamat sejahtera
cikgu

23
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengurusan Tekanan ( Jom Relaks )

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mempelajari cara mengatasi tekanan
2. Mempelajari teknik pernafasan yang betul

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lagu Instrumental ( jika perlu )

Set Induksi:
Langkah- : a. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid melakukan
langkah aktiviti pernafasan ( menarik dan menghembus nafas ).
b. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tentang
kepentingan aktiviti pernafasan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid melakukan


aktiviti memanaskan badan.
2. Murid diminta mengira 10 hingga 0 secara perlahan – lahan
sebanyak 5 kali sambil dibimbing oleh guru ( aktiviti di atas ).
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kita menyedut
oksigen dan membebaskan karbon dioksida semasa bernafas.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakukan semula
aktiviti di atas.
Aktiviti ini sesuai jika dijalankan dengan diiringi alunan muzik.

Penilaian : Murid dapat bernafas dengan cara betul .

24
Rumusan : Belajar cara hidup yang sihat.

Falsafah : 1. Manusia perlu belajar cara mengatasi tekanan .

2. Kesihatan menjadikan hidup bahagia.

Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental

Tajuk : Pengurusan Diri

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menyedar tanggungjawab mengurus diri.
2. Menguruskan diri tanpa bantuan orang lain.
3. Mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Bedak, sikat, minyak rambut, getah pengikat rambut , pengetip kuku

Set Induksi:
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memulakan aktiviti ini dengan
langkah
membuat pemeriksaan kuku murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih dua orang murid
( lelaki dan perempuan ) yang berpakaian lengkap dan kemas
untuk dijadikan model.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan ciri-ciri
kekemasan diri yang ada pada kedua-dua model tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
empat kumpulan.
4. Setiap kumpulan diminta memilih seorang wakil dan
menghiaskannya untuk dijadikan model paling kemas.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan dan
penilaian berdasarkan penampilan model dari setiap kumpulan.

Penilaian : Murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara menjaga kebersihan

25
dan kekemasan diri.

Rumusan : Kekemasan dan kebersihan diri adalah penting dalam kehidupan.

Falsafah : Kebersihan sebahagian daripada iman.

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Individu (Awal Kanak-Kanak)

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menyatakan peranan dan tanggungjawab ibu bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Kertas A4

Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling mengemukakan soalan kepada
langkah murid.
i. Siapakah yang mempunyai bilangan adik beradik yang ramai?
ii. Nyatakan berapa orang lelaki dan perempuan?

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab mengenai


keluarga.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang
murid bercerita mengenai ibu bapa mereka.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan kertas A4 untuk
melukis gambar ibu dan bapa mereka.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan hasil kerja
murid.

Penilaian : Murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh Guru

26
Bimbingan dan Kaunseling.

Membantu murid memahami dengan baik kaedah berkomunikasi


Rumusan :
yang berkesan.

1. Kasih sayang ibu sepanjang hayat.


Falsafah :
2. Kasih sayang, sabar dan berani.

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Keluarga Saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Murid dapat memahami hieraki dalam keluarga.
2. Murid dapat menyatakan salasilah keluarga mereka.
3. Murid dapat menghormati keluarga masing-masing dengan
panggilan yang betul.

Masa : 30 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran IB/1A ( Carta Keluarga )

Langkah- : Set Induksi :


langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid
mengenai panggilan-panggilan yang sesuai dalam keluarga.
1. Murid memberi contoh-contoh panggilan yang digunakan dalam
keluarga.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan carta keluarga.
3. Murid mengisi maklumat yang terdapat dalam carta.
4. Murid membentangkan hasil kerja masing-masing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.

27
Penilaian : Murid dapat menyiapkan carta ‘Keluarga Saya’ yang diberi.

Setiap ahli keluarga mempunyai panggilan khusus berdasarkan


Rumusan :
kedudukan dalam keluarga.

Falsafah : Hormati ahli keluarga.

LAMPIRAN IB/1A

Contoh:

Carta Keluarga

AYAH IBU

ABANG KAKAK SAYA ADIK

28
Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Anak Soleh

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif : 1. Mengetahui tanggungjawab seorang anak terhadap
kedua ibu bapa.
2. Memahami peranan anak terhadap ibu bapa.
Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1
:
Bahan Lampiran IB/1B

Langkah- :
langkah Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lagu “Anak
Soleh”.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan


senikata lagu Anak Soleh.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menggariskan rangkai kata di bawah dari senikata lagu
Anak Soleh :
 MEMBELA APABILA SUDAH DEWASA,
 JANGAN BIARKAN MEREKA SIA-SIA DI HARI TUA,
 BAHAGIAKAN MEREKA HINGGA KE HUJUNG USIA
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang
tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa
berdasarkan senikata lagu.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
membuat rumusan yang berkaitan dengan peranan

29
anak terhadap ibu bapa.

Penilaian : Murid dapat menggariskan rangkaikata berdasarkan lagu.

Rumusan Anak yang baik mestilah bertanggungjawab terhadap ibu


: bapa.
Falsafah : 1. Anak yang yang bertanggungjawab terhadap
ibubapanya di berkati Tuhan
2. Anak yang bertanggungjawab akan beroleh kejayaan
dunia dan akhirat.

LAMPIRAN IB/1B

Anak Soleh

Kenangi ibu bapa


Doakanlah sejahtera…
Kita anak harus membela apabila sudah dewasa
Jangan biarkan mereka
Sia-sia di hari tua
Kecewa hidup dan merana
Kerna perbuatan anak derhaka

Bahagiakan mereka hingga ke hujung usia


Bila sampai waktu ajalnya
Anak soleh sebagai harta

Hai ibu bapa


Kami permata anda

30
Tidak jemu berdoa
Agar sejahtera terpelihara …

Di dunia bahagia
Akhirat pun begitu jua
Inilah harapan kami semua
Moga Allah kabulkan doa

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Menyayangi ibu dan ayah

Pada akhir sesi murid dapat:


1. Menghargai jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa mereka.
Objektif : 2. Melahirkan perasaan kasih sayang mereka kepada kedua ibu
bapa.
3. Menyebut nama ibu dan bapa.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Model kereta , anak patung atau barang mainan yang murid sayang,
Bahan :
kertas lukisan dan pensel warna.

Set induksi :
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai barang
permainan yang murid ada atau bawa.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meneroka perasaan murid


semasa mendapat hadiah atau pemberian daripada ibu dan
bapa mereka semasa sambutan hari jadi dan
sebagainya.
2. Mendapatkan respon mengenai kasih sayang ibu bapa
terhadap murid dan murid terhadap ibu bapa.
3. Murid melukis gambar hadiah yang akan diberikan kepada ibu dan
bapa.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara

31
menyeluruh mengenai kasih sayang ibu bapa kepada anak-
anaknya.

Penilaian : Murid melukis gambar hadiah kepada ibu bapa.

Rumusan : Setiap anak perlu menyayangi kedua ibu bapa.


1. Ibu bapa adalah insan yang banyak berkorban untuk
: anaknya.
Falsafah
2. Hargai dan kenanglah jasa ibu bapa untuk selamanya.

Bidang : Keibubapaan

Tajuk : Selamat Hari Lahir Ibu

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengetahui tarikh lahir ibu.
2. Mengucapkan “Selamat Hari Lahir Ibu”
3. Menyediakan kad ucapan hari lahir ibu

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Beberapa keping contoh kad ucapan, kertas warna, gam ,gunting,


Bahan :
bahan hiasan dan pensel warna.

Set Induksi :
Langkah- :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh kad
langkah
ucapan Selamat Hari Lahir.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid
mengenai tarikh lahir ibu masing-masing.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan bahan-bahan untuk
menyediakan kad ucapan.
3. Murid menghasilkan kad ucapan masing-masing.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyampaikan
kad tersebut kepada ibu masing-masing.

32
Penilaian : Murid menghasilkan kad ucapan ”selamat Hari Lahir Ibu”

Rumusan : Murid dapat mengetahui tarikh lahir ibu masing-masing.

Falsafah : Mengenali dan menyayangi ibu.

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Potensi Diri - Siapa Saya

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Membina keyakinan diri.
2. Menyatakan potensi diri memperbaiki kelemahan diri sendiri.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1A

Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar tokoh-tokoh
langkah negara dan bertanya tentang tokoh tersebut.
1. Bertanya kepada murid tentang sifat-sifat tokoh yang
ditunjukkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan
ringkas tentang tokoh.
3. Murid mengisi Lampiran PD/1A tentang diri sendiri dengan
bimbingan Guru Bimbingan dan Kaunseling .
4. Murid mengisi Lampiran PD/1A tentang sifat-sifat terpuji.
5. Murid berbincang dan menyenaraikan tentang sifat positif dalam

33
diri masing-masing.

Penilaian : Menyiapkan Lampiran PD/1A yang diberikan.

:
Murid menyedari dan menghargai potensi dirinya dan bakat yang
Rumusan ada.

Falsafah : ‘Hargai Diri Sendiri’

LAMPIRAN PD/1A

SIAPA SAYA

Nama : ……………………………………………………………………..

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

bertanggungjaw berdisipli bersopa menghorm baik hati


ab n n santun ati
suka membantu pemurah tegas rajin Kerjasam
diri a

1. Yasmin memberi sedikit wang kepada


kawan-kawannya yang miskin.

2. Raihanah menyiapkan kerja rumah yang


diberikan oleh gurunya.

3. Muhamad Luqman membongkokkan


sedikit badannya apabila berjalan di
hadapan ibu bapanya.

4. Fatin Syuhada bersedekah kepada fakir


miskin.

5. Farhan menolak ajakan rakan-rakannya


ke kafe siber.

6. Fakrul Ramzi membantu rakan-rakan di


dalam
kumpulannya.

34
7. Farish Aiman tiba ke sekolah tepat pada
waktunya.

8. Halijah memaafkan rakan-rakan yang


telah membuat salah kepadanya.

9. Ady memberi salam kepada guru-guru


yang masuk ke kelasnya.

10. Muhamad Nazri membantu ayahnya


membasuh kereta setiap hujung minggu.

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Potensi Diri

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menguruskan diri sendiri dengan baik.
2. Menjaga kebersihan diri tanpa bantuan orang lain.
3. Menanam sifat menyayangi diri sendiri di kalangan diri murid
tersebut.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1B

Set Induksi:
Langkah- : Murid yang kemas dan bersih dijadikan contoh kepada murid lain.
langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang dengan murid
tentang kebaikan kebersihan dan kekemasan diri.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan keperluan murid
tentang pengurusan diri.
3. Murid-murid berbincang tentang senarai semak pengurusan diri
murid.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu murid dengan
memberi motivasi untuk menggalakkan murid menguruskan diri
sendiri.
Murid mengisi senarai semak pengurusan diri sama ada
Penilaian : mereka mampu menguruskan diri secara praktikal.

35
Rumusan : Murid mampu menguruskan diri secara praktikal.

1. Kita perlu menyayangi diri sendiri.


Falsafah :
2. Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada kita.
3. Setiap anggota badan perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut
fungsinya.

LAMPIRAN PD/1B

PENGURUSAN DIRI

Senarai Semak Pengurusan Diri

Tandakan (√ ) dalam petak yang disediakan.

Bil. Aktiviti Ya Tidak


1. Setiap pagi saya bangun tidur
sendiri.
2. Saya memberus gigi seminggu
sekali.
3. Saya mandi pada waktu pagi.
4. Saya menyikat rambut dengan
rapi.
5. Saya memotong kuku setiap
minggu.
6. Pakaian saya bersih dan kemas.
7. Saya mencuci sendiri kasut
sekolah.
8. Saya memastikan tubuh badan

36
saya sentiasa bersih.
9. Selepas makan, saya tidak
mencuci tangan.
10. Saya tidur dan rehat
secukupnya.

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Asas Komunikasi

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Berkomunikasi dengan berkesan.
2. Menggunakan laras bahasa yang betul.
3. Berinteraksi antara satu sama lain.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1C

Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar murid dan
langkah guru.

1. Membahasakan diri sendiri sebagai ‘Saya’ dan membahasakan


guru sebaga ‘Cikgu’.
2. Memperkenalkan kepada murid tentang kata ganti diri yang
sesuai digunakan.
Contoh: - kami ( ganti diri pertama )
- kamu ( ganti diri kedua )
- mereka ( ganti diri ketiga )
3. Latih tubi sebutan dan ejaan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedar Lampiran PD/1C.

37
Murid dinilai dari kemampuan membahasakan diri sebagai ‘Saya’
Penilaian : dan guru sebagai ‘Cikgu’.

Murid berupaya menggunakan kata ganti nama diri yang betul


Rumusan :
dalam komunikasi harian.

1. Membina asas komunikasi positif.


Falsafah : 2. Kemahiran komunikasi merupakan aset utama dalam diri murid.

LAMPIRAN PD/1C

ASAS KOMUNIKASI

1. Lukiskan gambar / wajah saya (diri sendiri)

SAYA

2. Lukiskan gambar / wajah cikgu saya.

GURU SAYA

3. Lukiskan gambar / wajah rakan saya.

KAWAN SAYA

38
Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Sekolahku

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Menanam kecintaan kepada sekolah.
2. Mengenali budaya sekolah
3. Mematuhi peraturan sekolah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1D – Sekolahku

Set Induksi:
Langkah- :
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang sekolah
dengan murid.
1. Penerangan ringkas daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling
tentang matlamat datang ke sekolah.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membawa murid-murid melawat
papan kenyataan maklumat sekolah.
3. Mengisi Lampiran PD/1D tentang sekolah.

Penilaian : Murid dinilai daripada lembaran kerja yang diberikan.

39
Rumusan : Murid berupaya menyatakan matlamat hadir ke sekolah dan
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhinya.

Falsafah : ‘Sayangilah Sekolah’

LAMPIRAN PD/1D
SEKOLAHKU

Nama : ………………………………………………………………………….

Nama Sekolah :
……………………………………………………………………….

Arahan : Tandakan (√ ) pada pernyataan yang betul dan ( X )


pada
penyataan yang salah.

BIL PERNYATAAN TANDAKA


. N

1. Liza akan membuang sampah ke dalam tong sampah.

2. Ravi tidak berbaris ketika membeli makanan di kantin.

3. Salimah memberi salam ketika berjumpa guru-guru.

4. Rahman membuat bising ketika guru tiada di dalam kelas.

5. Wiza datang awal ke sekolah setiap hari.

6. Roslan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh


guru.

7. Lim sentiasa berpakaian kemas ketika hadir ke sekolah.

8. Ramon tidak memakai stoking ke sekolah.

40
9. Semua murid di Kelas 1Gemilang bangun dan mengucapkan
salam ketika Cikgu Rina masuk ke kelas.

10. Murid-murid berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

Bidang : Pembangunan Diri Murid Tahun

Tajuk : Potensi Diri – Impianku

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengetahui hala tuju mereka pada masa hadapan.
2. Murid mengetahui pelbagai jenis perkataan.
3. Murid tahu bagaimana untuk mencapai impian mereka.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PD/1E – Impianku , Gambar pekerjaan – Kad Huruf

Langkah- Set Induksi:


langkah :
Guru Bimbingan dan Kaunseling membawa sebuah kotak yang
mengandungi sikap positif dan negatif.
1. Murid dikehendaki memilih dan menyusun kad huruf
berdasarkan cita-cita dan minat dalam bidang kerjaya yang
akan mereka ceburi.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyatakan
pekerjaan-pekerjaan lain yang mereka tahu.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan bidang tugas
pekerjaan-pekerjaan yang telah dinyatakan oleh murid.
4. Murid menjawab latihan ( Lampiran PD/1E ).
5. Murid diminta mewarna gambar-gambar pekerjaan yang telah
dipilih.

41
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang aktiviti yang dilakukan.

Penilaian : Murid dinilai daripada latihan yang telah dijawab.

Rumusan : Murid telah membina impian pekerjaannya sendiri.

Falsafah : 1. Minat akan timbul jika murid mengenali sesuatu pekerjaan.


2. Pekerjaan adalah satu ibadah.

LAMPIRAN PD/1E

IMPIANKU

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

Doktor Posmen Polis

Guru Jururawat Ahli Bomba

1.
Encik Omar mengajar murid-murid di
sekolah.

2.
Encik Muthu menghantar surat setiap
hari dari pejabat pos ke rumah orang
ramai.

3.
Cik Liza membantu Doktor Lim mencuci
luka di kaki pesakit itu.

4.
Encik Ramli memadam kebakaran yang
berlaku di kilang perabot.

42
5.
Ayah Rosham Nor bertugas di balai polis.

6.
Ibu Rosni sedang mengetuai
pembedahan di hospital itu.

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : First Aid kit

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1. Mengenalpasti alatan yang terdapat di dalam First Aid

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : “First Aid” yang lengkap , Lampiran PP/1A


Set Induksi:
Langkah- : Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid meneka apa yang
langkah ada di dalam genggamannya. (sejenis ubat- contoh panadol)

Murid meneka apa yang ada di dalam genggaman guru.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab dengan murid


tempat yang paling sesuai untuk menyimpan ubat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan First Aid kepada
murid.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan satu persatu
alatan dan ubatan yang ada di dalam First Aid
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membimbing murid menyebut
nama ubat dan peralatan yang terdapat di dalam First Aid

43
5. Guru Bimbingan danKaunseling memberi penerangan tentang
penggunaan ubat yang memerlukan pengawasan orang
dewasa.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran
PP/1A.
7. Murid mencari dan menyenaraikan alatan yang terdapat di
dalam First Aid

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan alatan di dalam First Aid.

Rumusan : First Aid penting kepada manusia

Falsafah : Ubat – penawar dan racun

LAMPIRAN PP/1A

Nama:....................................................................
Tahun:.............................

Senaraikan alatan yang terdapat di dalam First Aid

gunting pisau
pensel

ubat pemadam kain


anduh

minyak angin minyak masak


cawan

pembalut luka dettol


sudu

1. ..............................................................

44
2. ...............................................................

3. ..............................................................

4. ...............................................................

5. .................................................................

6. .................................................................

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Kami Benci Rokok

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mengetahui asap rokok membahayakan kesihatan

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran PP/1B, PP/1C, PP/1D

Langkah- : Set Induksi:


langkah Bersoaljawab dengan murid tentang gambar yang ditunjukkan.
(Lampiran PP/1B.)

45
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan lirik lagu “Sakit Asap
Rokok”( Lampiran PP/1C)
2. Guru Bimbingan danKaunseling membimbing murid menyanyikan
lagu tersebut.
3. Murid menyanyikan lagu tersebut mengikut kumpulan.
4. GuruBimbingan dan Kaunseling mengedarkan lembaran
kerja(Lampiran PP/1D).
5. Murid diminta melengkapkan lirik lagu tersebut.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lirik lagu.

Rumusan : Mengetahui bahaya asap rokok .

Falsafah : Merokok Membahayakan Kesihatan.

LAMPIRAN PP/1B

46
LAMPIRAN PP/1C

SAKIT ASAP ROKOK


( Lagu irama Tok Wi )

Sakit apa Tok Wi,


Sakit paru – paru,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap rokok.

Sakit apa Tok Wi,


Tidak besar besar.

Kesan asap rokok,


Badan tidak besar.

47
Sakit apa Tok Wi,
Sakit telinga, hidung,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap rokok,

Sakit apa Tok Wi,


Sakit lelah asma,
Kenapa Tok Wi,
Sebab asap rokok.

Oleh itu kawan,


Jauhkan diri,
Bahaya rokok boleh cepat mati.

LAMPIRAN PP/1D

Lengkapkan lirik lagu di bawah berdasarkan jawapan yang


diberi

Bahaya telinga Sakit paru-paru

rokok kawan asap lelah

SAKIT ASAP ROKOK


( Lagu irama Tok Wi )

(1) ........................... apa Tok Wi,


Sakit (2) .......................................,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap (3) ................................

Sakit apa Tok Wi,


Tidak besar besar.

Kesan (4) ............................ rokok,


Badan tidak besar.

48
Sakit apa Tok Wi,
Sakit (5) ..............................., hidung,
Kenapa Tok Wi,
Kesan asap rokok,

Sakit apa Tok Wi,


Sakit (6) .............................. asma,
Kenapa Tok Wi,
Sebab asap rokok.
Oleh itu (7) .................................,
Jauhkan diri,
(8) ................................... rokok boleh cepat mati.

Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Mewarna gambar ( Poster )

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Mewarna gambar yang diberi dengan menarik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : Gambar (Poster) - Lampiran PP/1E

Set Induksi:
Langkah - : Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa
langkah bungkusan hadiah
Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan hadiah tersebut
akan diberikan kepada pemenang pertandingan mewarna.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan gambar/ poster

49
kepada murid.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid
aktiviti yang akan dijalankan.
3. Murid mewarnakan gambar tersebut.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih beberapa orang
pemenang dan menerangkan hasilkerja mereka.

Penilaian : Menyiapkan tugasan yang diberi.

Rumusan : Dadah itu membunuh

Falsafah : Hidup harmoni tanpa dadah

LAMPIRAN PP/1E

50
Pendidikan Pencegahan

Pendidikan Pencegahan (HIV/AIDS)

Pada akhir sesi murid dapat:


1. Mengetahui tentang kempen penyakit HIV / AIDS

60 minit

Tahun 1

Poster – Lampiran PP/1F

Set Induksi:
Menunjukkan poster HIV / AIDS.

51
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan secara umum
mengenai HIV/AIDS
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan poster kepada
murid .
3. Murid mewarnakan poster setelah mendengar penerangan guru.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih hasil kerja yang terbaik
dan dipamerkan di hadapan kelas.

Murid dapat mewarnakan poster yang diberi

Murid mengambil bahagian dalam kempen perangi AIDS/ HIV

Amalkan gaya hidup sihat

LAMPIRAN PP/1F

Contoh:

52
Bidang : Pendidikan Pencegahan

Tajuk : Minuman Yang Menyihatkan

Pada akhir sesi murid dapat:


Objektif :
1. Membezakan minuman yang baik untuk kesihatan.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun Satu

Bahan : Bahan maujud (botol dan tin minuman),Lampiran PP/1G

53
Langkah- : Set Induksi:
langkah Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan bahan maujud (air
mineral dan minuman dalam tin).

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut


minuman yang menyihatkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid
menyenaraikan beberapa jenis minuman yang mereka tahu.
3. Guru Bimbingan danKaunseling menerangkan minuman
yang
sihat dan tidak sihat untuk diminum.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran
PP/1G kepada murid.
5. Murid menjawab latihan yang diberi dengan menulis
perkataan ’baik’ dan ’tidak’.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan jenis
minuman
yang sihat dan tidak sihat untuk diminum.
(minuman yang sihat : air soya, air mineral)
(minuman yang tidak sihat : air tin, minuman bergas, arak)

Penilaian : Murid dapat menyiapkan latihan yang diberi.

Rumusan : Kita perlu tahu memilih minuman yang sesuai dan berkhasiat.

Falsafah : Minuman yang berkhasiat, baik untuk kesihatan.

LAMPIRAN PP/1G

Nama: ________________________________

Tuliskan ‘baik’ atau ‘tidak’ pada gambar di bawah.

1. 2.

54
4.
3.

5. 6.

55

Anda mungkin juga menyukai