Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK NANING Kod Sekolah: MEA 0075

1. Nama Guru NADIYA BT AWANG@SEMAIL


2. Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,
4. Pengarang Mumtazah Tumian dan Mahfuzah 5. Muka surat: 104
Omar
6. Terbitan Telaga Biru sdn. bhd
7. Sinopsis :
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah . Sifat marah ini
diumpamakan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas
bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan garang. Ianya
digelar raja binatang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberi panduankepada pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah.
Amarah yang tidak terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat
di sekelilingnya. Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan
seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang lebih positif. Tugas guru
berhadapan dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar
sekolah seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh
itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan
berkhemah dan bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal
akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak kerana guru adalah suri teladan.
10 Kesimpulan
Sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan, kegigihan,
kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal kemarahan perlu
dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya serta cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ........................................................
( NADIYA BT AWANG@SEMAIL ) ( )

Anda mungkin juga menyukai