Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN

Keluarga berdasarkan kamus dewan edisi ke-4 bermaksud seisi keluarga yang mengandungi
suami,isteri dan anak-anak. Cemerlang pula membawa pengertian gemilang. Oleh itu, frasa
keluarga cemerlang dapatlah didefinisikan sebagai sebuah institusi kekeluargaan yang
gemilang dan bahagia. Bagi kebanyakan insan, keluarga ialah tempat mengadu masalah dan
keluarga juga akan sentiasa ada bila diperlukan. Dalam pada itu juga, ada orang yang tidak
pernah merasa nikmat berkeluarga pun kerana lahir-lahir, sudah berada di rumah anak yatim,
malah ada di antara mereka pun yang tidak mengenal ibu bapa mereka sendiri kerana
ditinggalkan sewaktu kecil. Ada juga yang melampaui batas, tidak bersyukur walau masih
dikurniakan keluarga dan merasa dirinya serba cukup.

Mengikut Wikipedia Bahasa Melayu, perempuan atau wanita pula, ialah salah satu
daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan
"perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya
dirujuk sebagai betina. Perkataan lain yang membawa erti perempuan ialah wanita, gadis,
dara, dan betina. Hari ini, kita dapat melihat beberapa kejadian-kejadian aneh yang berlaku
kebelakangan ini di mana wanita di negara kita menuntut hak yang sama rata dengan lelaki,
padahal mereka tidak sedar bahawa hak wanita itu, Islam sudah jaga. Mereka mahukan hak
kesamarataan seperti di negara Barat walhal mereka tidak sedar, bahawa wanita-wanita barat
sering berasa terancam dan sering dieksploitasi oleh kaum-kaum lelaki di sana. Dan bagi
orang kafir itulah azab yang pedih. Malah yang paling menyedihkan, ada di antara mereka
yang menuntut hak LGBT yang sama sekali diharamkan dalam Islam. Firman Allah dalam Al-
Quran dalam surah An-Nahli

Dan apabila seseorang dari keluarga mereka melahirkan seorang


anak perempuan, maka akan suramlah wajahnya dengan
tersangat suram dan dia juga akan berdukacita. (58)

Dia akan menyembunyikan dirinya dari orang ramai lantaran keburukan


(anak perempuan) yang telah dia lahirkan. Apakah dia perlu
mengekalkannya dalam keadaan hina, atau dia menanam saja anak
perempuan itu ke dalam tanah? Alangkah buruknya apa yang telah
mereka berbuat. (59)
Daripada ayat tersebut, kita dapat simpulkan bahawa masyarakat jahiliyyah apabila lahir anak
perempuan, maka mereka akan menanamnya hidup-hidup lantaran malu. Tetapi di sini, ingin
ditegaskan bahawa peristiwa bahawa Umar Al-Khatab menanam anak perempuannya dan
sentiasa bersedih menangisi perbuatan tersebut, adalah sama sekali cerita palsu yang direka-
reka kerana ingin memburuk-burukkan sahabat nabi. Jika benar Umar pernah membunuh
anaknya, sudah pasti Hafsah adalah mangsa pertama kerana beliau adalah anak perempuan
sulung Sayidina Umar. Tetapi Hafsah tidak ditanam bahkan beliau menjadi isteri kepada
Rasullullah. Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada menyebar berita tidak sahih berkaitan
insan mulia yang sudah lama dijamin ke atasnya syurga.

PERANAN INSTITUISI KELUARGA DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA


Pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini
bermakna, anak-anak hendaklah dididik dari kecil agar bila dewasa kelak, mereka akan
menjadi masyarakat yang berguna dan sentiasa takut kepada Allah. Allah berfirman dalam
surah At-Tahrim,

Wahai orang-orang beriman, jauhi diri kamu dan keluarga kamu dari api
neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, di atasnya ada
malaikat-malaikat yang sangat tegas dan bengis. Mereka pula tidak
mengingkari Allah atas apa yang diperintahkan dan mereka
mengerjakan apa saja yang diperintahkan. (6)

Dari ayat ini, Allah memerintahkan kepada orang beriman agar menjaga diri mereka dan
keluarga mereka dari azab api neraka. Dalam hal ini, kedua orang tua memainkan peranan
penting dalam membentuk keluarga yang cemerlang dan seterusnya dapat menyumbang
kepada masyarakat sejahtera kerana jika buruk kedua orang tua itu, maka buruklah perangai
seseorang anak itu. Kerana dinukilkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa Nabi SAW
menyebut,

Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah yang
menjadikannya Yahudi atau Majusi atau Nasrani.

Jika dilihat hari ini, anak-anak muda kita, ramai antara mereka yang tinggal solat, minum
arak, berjudi, berzina tanpa rasa malu malah berbangga menceritakan kepada orang ramai
tentang dosa mereka. Ada juga yang memperlekehkan sunnah nabi, naik atas pentas
berpakaian seksi menyanyi untuk menunjukkan bahawa dialah idola remaja-remaja malah
ada yang menghina agama ini tanpa rasa sebersalah. Bukan anak-anak muda saja, malah
ada di antara orang-orang tua yang masih mencintai dunia. Bak kata mereka, “Otai masih
berbisa”. Mereka lupa bahawa setiap perbuatan mereka akan ditiru oleh anak-anak mereka
umpama kata pepatah, bapak borek anak rintik. Baik yang tua atau yang muda, sama saja,
ramai antara mereka yang masih tak sedar-sedar. Leka barangkali.
Oleh itu, instituisi keluarga mestilah menjalankan suasana bi’ah solehah di mana ahli
keluarga sering nasihat menasihat. Jika seorang anak melakukan kesalahan, maka ibu bapa
berhak mengurnya. Begitu juga bila ibu bapa melakukan kesalahan, maka anak-anak
seharusnhya menasihatkan ibu bapa dengan penuh beradab. Manusia tidak sempurna,
mereka perlukan bimbingan walaupun mereka sudah tua, kadangnya mereka lupa. Saling
mengingatkan keluarga atau sahabat dalam perkara kebaikan ini adalah sunnah. Bayangkan
jika setiap keluarga di dalam Malaysia dapat menjadikan keluarga mereka keluarga
cemerlang, pastinya setiap masyrakat yang akan lahir adalah masyarakat yang berkualiti dan
masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan negara. Maka, jika baik
keluarga, maka baiklah masyrakat. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke
nasi, bagaimana acuan begitulah kuihnya.

PERANAN WANITA ISLAM DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA

َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ ‫َّ ي‬ َ َُ ََ ََ َ َ َ َ ُ َ ُ َُ ْ َ َ
ْ‫ب عن‬
ْ ِ ‫ض هريرْة أ‬ ْ ِ ‫اّلل ر‬
ْ ‫ب عنْ عن ْه‬ ْ ‫اّلل َص‬
ْ ِ ‫ّل الن‬ ْ ْ‫م عليه‬ْ ‫ال وسل‬ْ ‫ق‬:(‫ح‬ْ ‫ِلرب عْ ال َمرأ ْة تنك‬
َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ‫ي‬ َ َ َ ََ
: ‫ ل َمالها‬، ‫ َولح َسبها‬، ‫ َولج َمالها‬،‫ َولدينها‬، ْ‫اك تربتْ الدينْ بذاتْ فاظفر‬ْ ‫يد‬
Dari Abu Hurairah RA dari nabi SAW berkata : Seseorang wanita itu
dinikahi kerana 4 : kerana hartanya, dan kerana keturunannya, dan kerana
kecantikannya, dan kerana agamanya. Pilihlah kerana agamanya, dia
akan membahagiakanmu. -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Sahih.

Akhir-akhir ini, kita melihat bahawa populasi wanita semakin meingkat dari semasa ke
semasa. Apa yang memalukan, ada juga lelaki yang sibuk ingin merubah diri kepada wanita
seolah-olah mereka mencabar kekuasaan Allah. Jika Allah mengkehendaki azab, ke atas
mereka, maka Allah mampu. Mereka beralasan bahawa mereka sebenarnya ialah wanita
tetapi terperangkap dalam jasad lelaki. Adakah mungkin Tuhan melakukan kesilapan sewaktu
menciptakan makhluk-makhluknya? Adakah Tuhan tersilap dalam menentukan jantina bagi
makhluknya? Maha Suci Allah dari melakukan kesilapan.
Wanita tercipta dari rusuk lelaki, bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk
dijunjung, tapi dekat di hati untuk dilindungi dan untuk disayangi. Sungguh, sebaik-baik
perhiasan dalam dunia ini, adalah wanita solehah. Jika dilihat dalam sejarah Islam, terlalu
banyak pengorbanan yang dilakukan wanita-wanita Islam dalam membantu masyarakat
semisal Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri Nabi SAW yang sanggup berhabis harta, bermatian
membela Islam di saat orang-orang mengatakan Nabi Muhammad ialah pendusta. Di saat,
orang-orang menolak dan tidak mempercayai Nabi SAW, Khadijah tetap ada untuk
memberikkan bantuan dan semangat. Begitu juga dengan kisah Khawla al-Azwar yang
hebatnya beliau sehingga suara dan rintihannya dijawab oleh Allah dalam Al-Quranul Karim.
Ramai lagi seperti Rabiatul Adawiyyah, Asiah, Lubna dari Cordoba, dan Razia Sultan. Tetapi,
heroin-heroin dalam Islam ini, kurang didendang. Sekali-sekali, perlulah menceritakan
kehebatan wanita-wanita Islam juga yang ada sumbangannya seperti lelaki-lelaki Islam.
Sungguh, Tuhan telah mengangkat darjat wanita Islam sehingga dikatakan bahawa syurga
seorang anak terletak di bawah telapak kaki ibunya yang juga seorang wanita.
Antara peranan yang dapat dibuat oleh wanita dalam membentuk masyarakat ialah
menjadi pendidik. Tetapi perlu diingat bahawa setiap yang diajarkan adalah perkara benar
dan tidak mengajar dengan menggunakan emosi dan mendahulukan akal. Selain itu, isteri-
isteri hendaklah menjaga nama baik suami dan tidak menghebahkan aib suami atau sering
mengumpat tentang orang lain. Hal ini kerana, perbuatan tersebut akan menghilangkan rasa
hormatnya kepada suami dan ini jika berlarutan akan menyebabkan penceraian. Jika terlalu
banyak penceraian dalam kalangan orang Islam, maka agama ini akan dipandang enteng dan
hal ini mungkin akan membawa kepada ketakutan orang kafir untuk memeluk Islam. Maka
perpaduan masyarakat sukar dibentuk.

Wanita-wanita juga boleh mensalurkan idea-idea mereka melalui penulisan atau


menggunakan populariti dan pengaruhnyanya untuk menyebarkan ilmu yang benar. Wanita
juga hendaklah menjaga aurat-aurat mereka dan kaum lelaki hendaklah menjaga pandangan.
Dan berhenti melakukan perbuatan yang sia-sia seperti membuat video-video ‘tik-tok’ atau
mencari publisiti murahan dengan membuat video yang menunjukkan kebodohan. Ummat ini
sedang tenat, wanita terlalu ramai, mereka perlu belajar untuk mendidik diri mereka sendiri
dan tidak sewenangnya terikut-ikut dengan trend. Hal ini kerana, lelaki takkan mampu
melakukan apa-apa melainkan wanita sendiri yang merelakan perkara itu dan membuka
peluang bagi lelaki-lelaki trash di luar sana. Masyarakat tidak memerlukan wanita-wanita yang
meminta supaya hak LGBT diberikan, masyarakat tak perlukan wanita-wanita yang
berpakaian seksi hanya untuk mempamerkan perhiasan mereka kepada lelaki padahal yang
lebih berhak untuk itu hanyalah suaminya, dan masyarakat tak perlukan wanita yang bergelek-
gelek di aplikasi ‘tik-tok’ sekadar untuk mencari followers dan viewers yang tiada apa-apa
makna melainkan hanya sekadar angka. Demikian kerana itu semua, hanya akan
memundurkan masyarakat. Masyarakat memerlukan wanita yang berintelektual, dan
menyumbang kepada negara. Tebalkan perasaan malu, lebihkan berilmu.

KESIMPULAN
Intihannyannya, keluarga dan wanita Islam sangat penting dalam memainkan peranan
untuk membentuk masyarakat yang berkualiti dan berintegriti. Tidak salah untuk berhibur, tapi
batasan perlu dijaga. Akhir kata, kebenaran Islam itu, ditutup oleh orang Islam sendiri.
Tunjukkan bahawa Islam adalah agama yang benar, praktikkan Islam sebaiknya dan jadilah
seorang muslim yang sebenar-benar muslim. Dunia ini cuma permainan dan gurau senda.
Akhirat itu lebih nikmat dan lebih kekal.
Rujukan :-

Kamus dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

In’am Shuf-shuf (1997). Kepimpian Wanita dan Masyrakat Menurut Kaca Mata Islam. Batu
Cave, Selangor, Pustaka Ilmi.

Maksud perempuan. Wikipedia Bahasa Melayu (2006). Retrieved from


https://ms.wikipedia.org/wiki/Perempuan

Anda mungkin juga menyukai