Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada fasa praktikum pertama ini,saya telah ditugaskan di SK Rampayan, Menggatal selama 12 minggu iaitu
selama 3 bulan. Minggu pertama saya di sekolah ini dimulakan dengan sesi penyesuaian diri dengan
persekitaran sekolah yang baharu. Sepanjang minggu pertama berlangsung, saya berkesempatan mengenal
pasti pemasalahan utama yang telah dihadapi. Isu yang menjadi pemasalahan dalam minggu ini ialah
masalah kawalan kelas. Terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa orang
murid telah membuat bising dan tidak dapat dikawal dengan baik. Banyak masa telah dihabiskan bagi
mengawal keadaan kelas telah menyebabkan beberapa aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Hal ini telah menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif akhir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .
Latar belakang dan sikap murid yang berbeza menunjukkan murid memiliki kecenderungan dan minat yang
berbeza. Beberapa orang murid didapati bertindak membuat bising dan mengacau murid lain kerana murid
tersebut tidak berminat untuk belajar dan menginginkan perhatian guru. Murid juga didapati tidak dapat
membiasakan diri dengan guru oleh sebab guru tersebut baru sahaja mengajar. Jelasnya, isu-isu tersebut
telah menyebabkan kawalan kelas tidak dapat dikawal dengan baik sebaik sahaja murid mula membuat
bising.
3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Menurut N.M. Kok, (2012) keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu
elemen penting dalam merelisasikan sesuatu matlamat. Oleh itu, pemasalahan kawalan kelas menjadi
pemasalahan yang tidak wajar dipandang enteng bagi melancarkan dan merealisasikan keberkesanan
sesuatu objektif PdP. Namun begitu, pemasalahan ini merupakan pengalaman yang belum pernah dirasai
kerana guru pelatih baru sahaja menjalani fasa praktikum pada kali pertama. Namun, pemasalahan ini tidak
wajar dijadikan alasan bagi membiarkan pemasalahan ini berlaku secara berterusan.
6. Tindakan susulan
Tindakan susulan yang dijalankan ialah guru seharusnya bijak merancang strategi bagi menarik minat murid
untuk belajar dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran yang dapat membuatkan murid berminat dan
bersemangat. Sikap tidak mudah berputus asa mestilah disemat dalam jiwa seorang guru.Guru juga mesti
bertindak tegas dan menetapkan peraturan kelas bagi memastikan murid memahami dan menyedari
perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan. Di samping itu, guru juga perlu
sentiasa memperbaharui cara pengajaran bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan:
6-08-2018
Keberkesanan langkah yang diambil terbukti telah berjaya kerana guru telah mengambil inisatif menetapkan
peraturan kelas dan menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut aras kefahaman murid. Murid
yang lemah dan sederhana juga sedikit sebanyak dapat dikenal pasti oleh guru dan diberi perhatian yang
lebih oleh guru.
N. M. Kok. (2012). Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman. Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP, pp. 132-146.