Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS KENT

Nama Pelajar :MUHAMMAD EMIR IKHMAL BIN ISMAIL

Angka Giliran : 2018062310050

Nombor Kad Pengenalan : 001122-03-0123

Kumpulan/Unit : BM SJKC

Kod dan Nama Kursus : GSB1012

Tugasan 1 : Esei 1 ( 1,000 patah perkataan )

Tugasan 2 : Esei 2 ( 1, 000 patah perkataan )

Tugasan 3 : Pembentangan Kumpulan(30minit)

Tarikh Hantar : 6 September 2018

Nama Pensyarah : D. VASUTHEVAN A/L DAMOTHARAN

Markah Kerja Kursus


Tajuk Tugasan Wajaran Markah Markah Pelajar
1. Penulisan Esei 1 30%
( 1, 000 patah perkataan )
2. Penulisan Esei 2 30%
( 1, 000 patah perkataan )
3. Pembentangan Kumpulan ( 30 10%
minit )
Jumlah 70%
TUGASAN 1

Pandangan Tokoh Mengenai Aspek Kesantunan

Menurut Hamka (2002), kecantikan yang abadi


terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya. Kata-kata yang lemah dan beradab
dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan
hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal
budinya.
Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan
sebagai penggunaan bahasa yang baik,sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang
menjadi teman bicara. Melalui perkataan tersebut,
kesantunaan telah didefinisikan sebagai peraturan
perlakuan yang tetap dan dipersetuju oleh sesuatu
masyarakat dengan menjadi prasyarat dalam
kalangan masyarakat.
Menurut Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan
kesantunan ialah kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan
tertentu.Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan
dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata
yang santun.Strategi kesantunan melibatkan
beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan
masing-nasing, pengetahuan tentang perbezaan
taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal
perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang
menggambarkan maruah dan martabat.

Menurut Za’ba budi bahasa bukan sekadar


pertuturan, malah melibatkan tingkah laku. Za’ba
(1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku
yang baik seperti bersalam, menunjukkan muka
yang manis, cara duduk yang tertib, melayan tetamu
dengan menghidangkan juadah, membongkokkan
badan ketika melintas dan menggunakan ibu jari
apabila menunjuk sesuatu.

Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula,


menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar
sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
Biasanya mengamalkan budaya yang sama Ingin
melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
Ulasan

Jadual tersebut menunjukkan beberapa pandangan tokoh tokoh tempatan dan luar
negara tentang aspek kesantunan yang saya telah kaji benar kesahihannya. Maka, saya akan
mengulas serba sedikit beberapa pandangan daripada tokoh tersebut.
Saya tertarik dengan pandangan Buya Hamka di mana beliau ada menyatakan
bahawa keelokan adab bukan terletak pada wajah atau pakaian seseorang. Saya bersetuju
bahawa keelokan adab seseorang itu tidak boleh diukur dengan hanya melihat pada wajah
seseorang kerana itu adalah satu sifat yang zalim bagi sesuatu masyarakat. Tapi saya kurang
bersetuju bila beliau menyatakan keelokan adab itu bukan pada pakaian kerana pakaian
seseorang itu menujukkan bahawa keperibadian seseorang. Jika pakaian itu tidak
menunjukkan adab, mengapa orang Islam dituntut untuk menutup aurat? Hal demikian kerana
menutup aurat bagi orang Islam bukanlah sekadar kewajipan yang perlu dilaksanakan, tetapi
juga adalah untuk menjaga adab dan kesantunan masyarakat sesuatu kaum. Begitu juga
dengan pakaian pakaian tradisional sesuatu kaum yang menunjukkan konsep kesantunan
seperti baju kurung , baju melayu .
Manakala pada pandangan Awang Sariyan, saya bersetuju apabila beliau
menyatakan bahawa setiap kesantunan adalah peribadi mulia . Memang betul, setiap
kesantunan itu adalah peribadi yang mulia. Tetapi bagi saya setiap kesantunan yang tidak
mengikut syariat Islam, adalah bukan peribadi mulia. Contohnya bersalam apabila berjumpa
adalah sesuatu yang mulia tetapi jika seseorang muslim bersalam dengan seorang wanita
ajnabi ,maka perbuatan itu adalah haram dan tidak dikira beradab mengikut Islam.Bahkan
perbuatan itu dikira tidak menghormati maruah golongan wanita.
Seterunya , Za’ ba ada menyatakan bahawa budi bahasa bukan hanya sahaja
melibatkan pertuturan, malah juga melibatkan perbuatan. Beliau juga memberikan beberapa
contoh adat melayu yang baik untuk dipraktikkan seperti menunjukkan muka yang manis, cara
duduk yang tertib, melayan tetamu dengan menghidangkan juadah, membongkokkan badan
ketika melintas dan menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.Saya sangat bersetuju
dengan pendapat ini. Tambahan bagi pernyataan beliau, saya juga berpendapat budi bahasa
itu juga perlu mengikut adat dan kebiasaan sesuatu tempat kerana ada adat yang tidak yang
tidak dijalankan di sesuatu tempat malah ada yang dikira perbuatan terlarang.
Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa setiap pandangan tersebut
boleh diterima pakai dan dijadikan rujukan. Maksud kesantunan itu pada pandangan saya
sendiri, saya dapat menyimpulkan bahawa budi bahasa bermaksud satu tingkah laku yang
dipraktikkan oleh sesuatu masyarakat mengikut adat sesuatu tempat itu dengan cara yang
sopan tanpa menimbulkan sebarang konflik antara mana mana pihak tanpa melanggar syariat
yang ditetapkan dalam agama.
“Hak muslim kepada
muslim yang lain ada enam”
Lalu ada yang menanyakan, ”Apakah

keenam hal itu?” Lantas baginda ‫ﷺ‬


bersabda, ”(1) Apabila engkau bertemu,
ucapkanlah salam kepadanya, (2)Apabila
engkau diundang, penuhilah undangannya,
(3)Apabila engkau diminta nasihat, berilah
nasihat kepadanya, (4)Apabila dia bersin
lalu dia memuji Allah (mengucapkan
Santun menurut Kamus ’alhamdulillah’), doakanlah dia (dengan
dewan edisi keempat ialah mengucapkan ’yarhamukallah’), (5)Apabila
halus budi bahasa atau budi dia sakit, jenguklah dia, dan (6)Apabila dia
meninggal dunia, iringilah jenazahnya
pekerti, beradab dan sopan..
(HR. Muslim no. 2162).

Konsep
kesantunan
bahasa mengikut
pelbagai sumber

Wahai orang orang beriman!


Janganlah sesuatu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi
puak yang dicemuh itu lebih baik darpada mereka ; dan janganlah
pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh
jadi puak yang dicemuh itu dalah lebih baik daripada mereka ; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengah yang lain
; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain
dengan panggilan yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik
bagi orang yang sudah beriman,Dan (ingatlah) , sesiapa yang tidak
bertaubat (dengan perbuatan fasiknya) maka merekalah orang
orang yang zalim(11) Wahai orang-orang beriman ! Jauhilah
daripada banyak bersangka buruk kerana sesungguhnya
sebahagian dari bersangka buruk itu adalah dosa ; dan jangalah
kamu mengintip dan mencari kesalahan dan keaiban orang lain ;
dan janganlah setengah dari kamu mengumpat setengah yang
lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging
saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah Penerima
taubat, lagi Maha Pengasih (12)
Surah Al Hujurat 49:11-12
Ulasan

Setelah mengkaji dan memilih beberapa aspek kesantunan dari pelbagai sumber, saya
telah menghasilkan peta seperti berikut. Saya memilih beberapa aspek kesantunan dari
sumber kamus, Al – Quran dan Hadith .
Menurut kamus dewan edisi keempat , apa yang saya faham daripada makna santun
yang diberikan ialah, santun adalah satu kata kerja yang menunjukkan adab sopan. Maka
jika seorang itu penuh dengan sifat santun, maka ia boleh dikira sebagai penuh dengan
adab.Contohnya , orang melayu sangat santun dalam perkataannya.
Terdapat satu hak yang saya ingin tegaskan daripada hadis dia atas iaitu hak memberi
salam.Bila disebut tentang hak, maka ia merupakan suatu benda yang boleh dituntut jika
tidak dilaksanakan. Contohnya, hak sebagai warganegara Malaysia, kita layak untuk
mendapat perlindungan kerajaan dan bebas menganut mana mana agama. Maka saya ingin
mengulas serba sedikit daripada hak seorang muslim ke atas muslim yang lain .Antaranya
ialah, mengucapkan salam bila bertemu. Perlu diingat bahawa memberi salam juga terdapat
adabnya. Contohnya, seorang yang lebih muda hendaklah memberi salam kepada yang
lebih tua, kumpulan yang kecil hendaklah memberi salam kepada golongan yang lebih besar
dan orang yang berada di atas kenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang
berjalan. Bagi saya, memberi salam dapat membuang rasa malu untuk menegur di samping
dapat mengeratkan silaturrahim.
Dalam ayat 49, surah Al-Hujurat pula, terdapat beberapa larangan yang Allah gariskan.
Antaranya ialah, larangan mencemuh golongan yang lain, larangan membuka aib orang lain,
larangan memanggil orang lain dengan panggilan yang tidak disukai, larangan bersangka
buruk, larangan mencari cari kesalahan orang lain dan larangan mengumpat orang lain.
Saya ingin menegaskan tentang larangan mencari cari kesalahan. Apa yang salahnya pada
masyarakat hari ini saya lihat, mereka sibuk mencari cari kesalahan orang lain supaya dapat
menjadi modal untuk menjatuhkan seseorang itu. Saya bukan orang politik, akan tetapi saya
kurang bersetuju dan agak kecewa dengan sikap Tun Mahathir yang sering mencari cari
kesalahan Dato’ Seri Najib untuk menaikkkan dirinya. Bagi saya, tak perlulah mencari cari
kesalahan sehingga mengungkit sesuatu yang tidak patut. Saya tidak menyokong mana
mana pihak, tetapi jika terdapat bukti yang kukuh maka terbuktilah bahawa Dato’ Seri
bersalah . Dan jika benar Dato’ Seri memang bersalah dan terlepas dari apa apa hukuman,
maka cukuplah Allah yang mengadilinya pada hari yang tidak ada seorang pun akan dizalimi
iaitu pada hari perhintungan di akhirat kelak.
Kesimpulannya, saya berharap rakyat Malaysia dapat mempraktikkan keperibadian
yang penuh dengan adab sopan supaya negara kita dapat hidup aman dan harmoni. Segala
contoh yang diperkatakan di atas hanyalah untuk memberi nasihat dan tidak bertujuan untuk
memburukkan atau membela mana-mana pihak. Moga – moga bermanfaat.
KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

PENGERTIAN BUDI:

•Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik ,
perbuatan baik dan kebajikan
•Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan
masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi
Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai
bila-bila masa
•Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu
lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
•Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun
pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi
•Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang
menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah
diri.

PENGERTIAN BAHASA

•Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan
alat ucap manusia
•Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan
masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
•Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri
•Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
•Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka
hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam
kehidupan seharian.

PENGERTIAN BUDI BAHASA

•Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku,
tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
Ulasan

Seperti yang anda lihat di atas , berikut merupakan penjelasan bagi konsep budi bahasa
yang telah saya ambil daripada beberapa sumber. Saya telah membaca keseluruhannnya
dan saya akan membuat sedikit ulasan tentang maksud budi , bahasa , dan budi bahasa.
Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan bijaksanaan atau
perangai, akhlak, tingkah laku, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan
daya upaya yang baik. Daripada maksud yang diambuil daripada kamus, saya dapat
menyimpulkan bahawa budi bermaksud satu perbuatan , kata kata atau sifat pada
seseorang itu yang sentiasa dikaitkan dengan kebaikan. Maksudnya, jika sesuatu itu tidak
berkait dengan sesuatu tingkah laku yang baik, maka perbuatan itu tidak boleh dikira
sebagai budi. Manakala menurut Imam Al-Ghazali (2002) bahawa budi pekerti berasaskan
kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan amarah. Saya bersetuju dengan pendapat
Imam Al-Ghazali kerana sesuatu budi yang hendak dilakukan hendaklah berasaskan akal,
hawa nafsu dan amarah kerana boleh jadi jika seseorang itu melakuakan sesuatu budi itu
Nampak baik di mata orang, tetapi budi itu dibuat mengikut hawa nafsu tanpa mengira
pertimbangan akal dan amarah. Sebagai contoh, saya mengambil contoh rasuah. Jika dilihat
secara zahir, maka memberi seseorang duit untuk belanja, mak itu dikira budi, tetapi jika
hanya demi kepentingan sendiri, maka itu dikira bukan budi dan berdosa di sisi agama.
Seterusnya , penjelasan konsep bahasa. Menurut Gorys Keraf (1997:1), bahasa
adalah alat komunikasi antara anggota masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan
oleh alat ucap manusia. Saya kurang bersetuju dengan pandangan Gorys Keraf kerana bagi
saya sendiri, bahasa bukan hanya terbabit dengan pertuturan , kerana pergerakan fizikal
boleh membawa kepada pertuturan. Sebagai contoh, orang yang bisu biasanya bertutur
dengan bahasa isyarat. Setiap bangsa mempunyai bahsa tersendiri untuk dituturkan .
Sungguh, bahasa itu jiwa bangsa. Jika pupus suatu bahasa itu, maka pupuslah suatu
bangsa itu. Hal ini demikian kerana, anak- anak muda zaman kini tidak bangga dengan
bahasa sendiri akhirnya hilang identity sebagai bangsa tersebut. Misalnya, jika dilihat pada
masyarakat melayu di singapura tidak tahu langsung berbahsa melayu dan malu dilahirkan
sebagai bangsa melayu.Saya merasakan perkara ini sangat memalukan apabila suatu
bangsa itu tidak tahu menuturkan bahasa sendiri.
Akhir sekali, menurut maksud budi bahasa yang tertera di atas, tidak jauh beza
dengan maksud budi. Cuma di sini ditegaskan bahawa budi bahasa juga bukan terlibat
dengan perbuatan atau tingkah laku (budi) tetapi juga terlibat dengan kata kata yang baik
(bahasa). Justeru, saya dapat simpulkan bahawa budi bahasa ialah perbuatan yang baik
daripada semua asek tanpa melanggar syariat yang ditetapkan dalam agama. Daripada Abu
Hurairah , daripada Nabi SAW Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim). Hadis ini jelas menunjukkan bahawa seseorang itu hendaklah menjaga lisannya
daripada memperkatakan sesuatu yang tidak memberi manfaat dan jika tidak boleh untuk
berkata kata sesuatu yang baik, lebih baik ia diam. Bagi saya, budi bahasa yang baik ialah
yang paling baik dalam kata kata. Ada satu pepstah arab yang menyebut, lisan itu lebih
tajan daripada mata pedang. Oleh itu janganlah kita mengotorkan mulut kita dengan
perkataan perkataan yang tidak elok.
Secara kesimpulannya, budi bahasa merupakan satu amalan yang patut dipraktikkkan
dalam kalangan masyarakat agar kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan menjadi
model untuk negara negara serantau.
Masyarakat dapat
hidup dalam keadaan
Wujud sikap toleransi,

KEPENTINGAN KESANTUNAN BAHASA DALAM


harmoni dan aman
tolak ansur, hormat damai tanpa
menghormati antara sebarang
masyarakat persengketaan

MASYRAKAT MALAYSIA

Masyrakat akan
dipandang tinggi oleh Tiada lagi isu
pelancong asing dan perkauman atau
menjadi ‘role model’ pergaduhan antara
kepada masyarakat kaum di Malaysia
negara serantau
Ulasan

Seperti yang dilihat di atas, saya telah menghasilkan sebuah peta minda yang
terdapat empat kepentingan kesantunan bahasa kepada rakyat Malaysia.
Kepentingan yang pertama ialah, wujud sikap toleransi, tolak ansur, hormat
menghormati antara masyarakat. Setelah mencapai kemerdekaan ke-61, sikap sikap yang
terpuji ini semakin dapat dipraktikkan. Kerana setiap ahli masyarakat berinteraksi sesama
mereka tanpa ada sekatan bahasa atau tindakan yang boleh menyinggung perasaan
mereka. Interaksi yang berjalan dengan produktif itu menjamin tidak berlakunya sebarang
ancaman perpecahan antara kaum yang biasanya kita lihat berlaku di negara luar. Jadi,
masyarakat yang mengutamakan kesantunan budaya akan menjamin wujudnya toleransi
dan tolak ansur antara ahli masyarakat tersebut.
Selain itu, masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai tanpa
sebarang persengketaan kerana rata rata masyrakat tidak berbicara tentang perkara yang
berunsur sensitif atau mampu menimbulkan kekecohan pula. Lantaran itu, semakin banyak
orang berbudi bahasa semakin amanlah masyarakat negara ini daripada berpecah belah
dan sifat iri hati mahupun dengki.
Seterusnya,masyrakat akan dipandang tinggi oleh pelancong asing dan menjadi ‘role
model’ kepada masyarakat negara serantau.Hal ini dapat menjadikan maruah atau imej
negara Malaysia lebih baik. Setiap kali rakyat kita mengamalkan kesantunan bahasa sudah
pasti orang lain akan melihatnya lalu amalan itu menjadi buah mulut masyarakat luar. Aktiviti
yang sopan ini akan mula dikenali sehingga nama negara disebut-sebut oleh pihak asing
terutamanya menggunakan media massa zaman moden seperti internet itu.
Akhir sekali, tiada lagi isu perkauman atau pergaduhan antara kaum di Malaysia. Jika
dilihat pada kalangan rakyat Malaysia, kita dapat perhatikan bahawa perpaduan antara
kaum masih belum utuh. Kebelakangan ini sering saja berlaku pergaduhan antara pelbagai
kaum. Lebih lebih lagi pada era pemerintahan Malaysia Baru ini, masyarakat selain melayu
sibuk untuk menuntut hak yang sama seperti masyarakat Melayu. Tetapi bila orang Melayu
bersuara , tindakan tersebut dikira sikap perkauman. Itu bukan sifat perkauman, Sepatutnya
perkara ini tidak menjadi masalah dan masyarakat bukan Melayu hendaklah menghormati
perlembagaan yang diiktiraf dalam negara. Bukankah selama ini masyarakat juga
menghormati dan tidak merendah rendahkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Tidak
perlu dibangkitkan isu isu yang tidak penting semata mata unutk menimbulkan pergaduhan
dan pertelingkahan yang nenek moyang kita bermati matian berusaha untuk capai.
Natijahnya, kesantunan budaya dapat memberikan banyak impak positif kepada rakyat
di samping dapat mengeratkan perpaduan dan mengekalkan kemerdekaan yang dicapai
selama 61 tahun kita merdeka.Akhir kata saya ingin memetik sebuah kata-kata.´Kita harus
sedar bahawa kita hidup bebas dan merdeka hanya dengan adanya perpaduan dikalangan
rakyat.Tun Abdul Razak (BH 10 Ogos 2009)
TUGASAN 2

Tajuk video: Kakitangan Awam Tampar Pekerja Asing

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=eRwlwcMgMoc

-Dalam video klip berdurasi hanya 9 saat tersebut


menunjukkan seorang pendatang asing yang tampil ke
kaunter untuk berurusan dengan seorang kakitangan
awam.

-Tiba tiba kakitangan awam tersebut menjadi berang


lalu menampar pendatang asing tersebut di sebelah kiri
pipi lelaki tersebut.

-Tidak cukup dengan itu , kakitangan awam tersebut


menghentak hentak tangan pendatang asing itu
sebanyak lima kali sambil berkata “Diam! Diam!”

-Kelihatan pekerja asing tersebut terkedu dengan


tindakan kakitangan awam tersebut dan tidak mampu
berbuat apa-apa.
Ulasan

Demikian adalah video yang berdurasi 9 saat yang tular baru baru ini. Saya
mengatakan perbuatan dalam video tersebut adalah sangat tidak wajar.Tindakan yang
dilakukan oleh pegawai kerajaan itu lansung tidak menunjukkan keperibadian yang menarik
yang selayaknya tidak dicontohi oleh mana mana rakyat Malaysia di negara ini. Dalam
penulisan ini , saya akan membuat justifikasi tentang video tersebut. Terdapat beberapa
kesantunan songsang yang berlaku di dalam video tersebut. Kesantunan songsang yang
pertama ialah, pegawai ini tidak menunjukkan ramah mesra kepada pemdatang asing
tersebut. Sekurang kurangnya berilah salam, atau paling tidak pun senyumlah ketika
pendatang asing itu dating ke kaunter tersebut. Bagi saya, muka seseorang itu memainkan
peranan penting dalam sebuah pergaulan. Sungguh, manusia hodoh yang sering tersenyum
adalah lebih suka dilihat berbanding manusia yang cantik tetapi hanya dilihat kemarahan pada
wajahnya.
Kedua, saya melihat bahawa kakitangan kerajaan ini merasakan dirinya lebih mulia
daripada pendatang asing tersebut.Pepatah araba da mengatakan, manusia itu ibarat gigi
sikat , sama semuanya. Tiada apa yang membezakan seseorang manusia itu dengan
manusia lain , melainkan amalan dan takwa. Bukankah rakyat Bangladesh itu juga merupakan
agama sesama Islam juga.,Adakah kerana dia bekerja sebagai kakitangan awam kerajaan,
telah menjadikannya seorang yang mulia sehinggakan dia mempunyai hak untuk menampar
orang sesuka hati? Tidak. Allah berfirman “Janganlah sesuatu puak(dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang
dicemuh itu lebih baik darpada mereka” (Surah Al Hujurat 49:11). Secara kita tidak sedar,
kita selalu mendriskriminasi pendatang asing. Mungkin sebab kita rasa kita lebih hebat dari
meraka kerana mereka datang ke negara kita hanya untuk bekerja. Perkara perkara sebegini
juga menjadikan kita seorang yang “bias” . Perkara ini sangat tidak sihat begi kita rakyat
Malaysia yang di mana sering menjadi pengaruh luar dalam budi bahasa. Secara terusnya,
perbuatan ini dikira perkauman .
Kesantunan songsang yang ketiga ialah, kakitangan awam tersebut menggunakan
bahasa yang kasar dengan mengherdik-herdik pendatang asing tersebut. daripada
Nabi SAW Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat
maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Saya
melihat kakitangan awam tersebut tidak boleh menasihati dengan cara yang baik. Jika benar
pendatang asing tersebut memang salah atau mengganggu kakitangan awam tersebut, jadi
tegurlah secara baik dan berhemah serta penuh dengan kebersabaran. Orang bangla pun
manusia juga dan kebanyakan pendatang asing yang dating ke Malaysia itu faham dan boleh
bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi , perlukah kakitangan awam itu mengherdik herdik?
Kesianlah pada pendatang asing tersebut. Hal ini sangat tidak adil dan dikira zalim terhadap
manusia.
Akhir sekali, kesantunan songsang yang paling jelas ditunjukkan dalam video tersebut,
ialah kelakuan ganas. Pendatang asing bukan haiwan,. Mereka juga manusia. Pendatang
asing ialah pendatang asing. Dan saya lihat tamparan yang diberikan, bukan perlahan, tetapi
kuat dan sangat menyakitkan. Perlakukanlah orang lain sepertimana kita hendak
diperlakukan. Secara manusiawinya kita tidak boleh menampar, memukul orang sesuka hati,
perkara ini salah dari segi undang undang. Adakah kerana dia pendatang asing, kita layak
untuk melayannya sebegitu? Misalnya, tepat yang berlaku kejadian itu ialah orang putih,
adakah kita akan menampar orang putih ? Tidak bukan. Kita tidak pernah dengar pegawai
kita tampar orang putih kerana kebanyakan orang kita sangat memandang tinggi kepada
golongan penjajah. Minda kita terikat dengan perkara ini dan sangat menghormati mereka
walaupun meraka penjajah. Hal ini membuatkan kita fikir bahawa mereka ada rasional mereka
tersendiri dan perlu dihormati. Perkara ini juga membuatkan kebanyakan rakyat kita menolak
rasional bahawa bangsa bangsa seperti ini mempunyai rasional mereka juga.
Saya juga yakin , perkara ini juga bukan berlaku di pejabat imigresen . Jika kita lihat
pada situasi di bandar, jika pendatang asing menaiki bas, masyarakat akan pandang
pendatang asing dengan pandangan yang sombong dan adakalanya mengutuk ngutuk
pendatang asing dengan rakan rakan. Tahukah anda bahawa terdapat 3.3 juta pendatang
asing dan 1.7 juta pendatang asing yang sah.Mereka masuk ke Malaysia bukan kerana
mereka saja-saja nak masuk tetapi kerana negara kita bergantung kepada mereka
disebabkan gaji yang rendah dan kesediaan mereka untuk bekerja dalam sektor-sektor yang
berat seperti membina bangunan, jambatan dan mebuat rumah. Tambahan pula negara kita
lebih aman daripada negara mereka menyebabkan mereka memilih untuk bermastautin di
negara kita. Kita perlu ingat, ekonomi kita sendiri juga terbina dengan adanya pendatang
asing, jadi tidak adil untuk kita berlaku jahat kepada mereka sedangkan kita sendiri yang
membuka peluang pekerjaan di Malaysia kepada mereka. Kenapa kita perlu merendah-
rendahkan bangsa lain sedangkan kita tidak cuba untuk meninggikan bangsa kita sendiri?
Saya bercakap dengan kapasiti saya sebagai guru pelatih yang menuntut di IPG
Kampus Kent, cadangan saya kepada rakyat Malaysia supaya lebih menghormati golongan
pendatang asing ini. Bukan mereka yang meminta untuk dilahirkan sebagai pendatang asing.
Tiada siapa yang diberi peluang untuk dilahirkan sebagaimana yang mereka mahu. Oleh
kerana itulah , kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghakimi sesuatu golongan secara
sesuka hati. Hormat mereka, layan selayaknya sepertimana kita mahu diperlakukan dan
berhenti daripada mengejek-ejek mereka. Akhir kata daripada saya, saya berharap peristiwa
ini takkan berulang lagi pada masa-masa yang akan datang dan masyarakat Malaysia dapat
memperbaiki mentaliti mereka terhadap golongan pendatang asing. Malaysia Sehati Sejiwa.
Ulasan Pembentangan

Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan
bertulis.Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. Bahasa
halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.
Sebagai contoh,”Terima kasih, selamat datang, sila masuk, jemput duduk, tolong hulurkan
bantuan, minta kerjasama”Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang
sesuai,iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah ,lembut, dan sesuai,walaupun sewaktu
menyindir,tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Kesantunan dalam berbahasa juga
dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan
sesuai. Begitu juga dengan kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan
kehormat boleh menyebabkan seseorang berasa tersinggung dan marah. Dalam Bahasa
Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang
mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada
seseorang. Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah,
adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.
Kesantunan bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang
melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan. Kesantunan bukan verbal mampu
menggambarkan personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.
Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud
yang disampaikan lebih jelas. Dengan kata lain, gerakan anggota badan kita mampu
menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain. Contohnya, gerakan mata ke
sana dan ke mari menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan mendengar
sesuatu yang disampaikan kepadanya. Mata dan dahi berkerut menunjukkan seseorang itu
berminat tetapi tidak percaya. Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan
seseorang tersebut sedang berdusta dan sekiranya seseorang itu tidak memandang mata
seseorang yang berbual dengannya, ini menunjukkan bahawa dia sedang malu. Mimik muka
mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam
komunikasi bukan lisan. Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan,
menambat hati seseorang atau perasaan kurang senang. Jalinan komunikatif yang mesra
bermula dengan air muka yang jernih.
Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung
kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat. Penekanan utama dalam konteks
kesantunan berbahasa, dalam penggunaan bahasa yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah
cara perkataan atau frasa diucapkan dan sering kali disertai oleh gerak badan . Anak-anak
Melayu sentiasa diajar menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila
memberi dan menerima sesuatu. Penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan. Memberi
dan menerima sesuatu daripada seseorang dengan menggunakan tangan kiri ialah
perbuatan yang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam.Jika seseorang itu
terpaksa menuding kepada sesuatu semasa bercakap atau berinteraksi terutamanya
dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati dengan tujuan untuk menunjukkan
seseorang atau arah, jari telunjuk tidak boleh digunakan. Lebih sopan jika ibu jari kanan
digunakan. Dalam masyarakat Melayu, menuding dengan jari telunjuk dalam situasi tertentu
boleh dianggap sebagai perbuatan meninggikan diri, yakni dalam pengertian mengarah atau
memerintah pihak yang mendengar. Apabila seseorang itu harus lalu di hadapan pihak yang
lebih tua, yang lebih tinggi tarafnya atau pihak yang lebih dihormati seseorang itu hendaklah
meminta izin terlebih dahulu dengan melafazkan ungkapan “minta lalu” atau “tumpang
lalu”. Ucapan meminta izin ini boleh digantikan dengan perlakuan bukan verbal, antaranya
menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan
tangan kanan ke bawah. Perbuatan ini dianggap sopan dalam masyarakat Melayu.
Rujukan:

Noresah Baharum . Kamus Dewan (4th ed.). (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &

Pustaka .

Johnjenin2020 TV . (May,2018) Pegawai Imigrisen Tampar Pekerja Asing.Dimuat turun

daripada https://www.youtube.com/watch?v=eRwlwcMgMoc

I. Ahmad, (2010). Kesantunan Bahasa. Kuala Lumpur ; Ibrahim Ahmad.

Dhivya, S. (2015. Ogos) Kesantunan Masyrakat Malaysia. Dimuat turun daripada

http://sharondhivya.blogspot.com/2015/09/isu-kesantunan.html

Anda mungkin juga menyukai