Anda di halaman 1dari 7

POLICY BRIEF PROGRAM B4G

‘BACK-FOR-GOOD’

Sekitar 3.3 juta orang PENGANTAR


daripada keseluruhan Masalah kebanjiran warga asing, sama ada secara sah mahupun secara haram, tidak
32 juta penduduk di asing lagi dihadapi oleh Malaysia. Ianya disebabkan oleh pelbagai faktor-faktor uta-
Malaysia adalah meru- ma yang menyebabkan belakunya migrasi penduduk. Bayangkan dengan HANYA
pakan Pendatang Asing selang beberapa minit, sesiapa pun akan dapat merasai pengalaman seperti berada di
Bangladesh, Pakistan ataupun Nepal dengan hanya memandu di tengah-tengah ibu
Hanya 180,000 orang kota pada masa hujung-hujung MINGGU. Lazimnya, pada setiap hujung minggu,
PATI yang berjaya laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup serta kenderaan terpaksa mengikut
dikesan, ditangkap dan jalan sisi antara Bangunan Straits Trading dan Pejabat Majlis Peguam Malaysia,
dalam proses untuk di- menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul
hantar pulang ke negara Rahman. Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah
asal masing-masing. mula kelihatan, lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu sebagai
pusat utama pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang
pula, warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar. Selain mereka yang me-
Malaysia kini secara mandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan
perlahan-lahan namun yang kini lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai-kedai sudah diambil alih oleh
nyata, sedang dijajah warga asing, yang mana menjual barangan dari negara masing-masing atau mengu-
secara senyap-senyap sahakan restoran makanan yang menyajikan masakan tradisi mereka.
oleh bangsa asing.
Malaysia kini secara perlahan-lahan namun nyata, sedang dijajah secara senyap-
senyap oleh bangsa asing. Ini secara langsung juga menyebabkan kegusaran diterpa
di kalangan masyarakat Malaysia, akibat dari kebanjiran yang berlaku serta pening-
katan kadar jenayah yang dilakukan oleh bangsa asing. Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan oleh JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA sehingga September tahun
2018, menunjukkan sejumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah
adalah seramai 1.73 juta orang, dengan majoriti dari Negara Indonesia, Nepal, Bang-
ladesh, Myanmar, Pakistan dan China. Sementara itu, Jabatan Perangkaan pula
menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu
adalah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.
Hal ini amat membimbangkan semua kerana lebih ramai lagi berada di sini secara
haram ataupun apa yang ditermakan sebagai ‘PATI’ (Pendatang Asing Tanpa Izin).

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 1
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

sebanyak 15,590 operasi


penguatkuasaan berkai-
tan pendatang asing
tanpa izin telah dil-
akukan di seluruh nega-
ra, tahun ini bagi tem-
poh Januari sehingga
Disember 2019.

Apabila B4G telah dilaksanakan pendatang asing tanpa izin digesa supaya mengam-
bil peluang untuk menyertai program tersebut untuk proses penghantaran pulang ke
negara asal atau bakal berdepan dengan tindakan tegas menerusi operasi penguat-
Di bawah program B4G kuasaan. Namun sepanjang Program B4G telah melaksanakan oleh Jabatan Imi-
mana-mana PATI yang gresen Malaysia, sebanyak 15,590 operasi penguatkuasaan berkaitan pendatang as-
tidak mempunyai doku- ing tanpa izin telah dilakukan di seluruh negara, tahun ini bagi tempoh Januari se-
men perjalanan yang hingga Disember 2019.
sah, diarahkan menye-
rahkan diri yang mana Dan daripada jumlah operasi yang telah dijalankan, seramai 181,473 individu telah
mereka akan dikenakan diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 46,115 pendatang asing tanpa izin serta
kompaun dan 1,146 majikan telah ditahan untuk pelbagai kesalahan yang berkaitan Akta Imi-
kemudiannya mereka gresen. Pendatang asing tanpa izin yang ditahan melibatkan jumlah seramai 15,663
orang warganegara Indonesia, Bangladesh (10,020), Myanmar (4,847), Filipina
akan dihantar pulang
(3,485), India (2,631), Thailand (2, 605), Pakistan (1,808), Vietnam (1,630), China
serta merta.
(977), Nepal (929) dan 1, 520 daripada negara lain.

Manakala majikan yang ditahan pula melibatkan 1,089 orang majikan warga tem-
patan, Indonesia (9), Thailand (12), Bangladesh (10), Pakistan (6) dan lain-lain 20.

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 2
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

APA ITU?

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 3
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

Proses penghantaran KEPERLUAN B4G


semula PATI ke negara
Kemasukan pendatang asing yang tidak dikawal, terutamanya yang melibatkan ke-
asal lazimnya diuruskan
masukan PATI ini telah mewujudkan fenomena yang mana boleh mengancam
oleh pihak agensiagensi
keselamatan negara dan menjadi isu kritikal yang sukar untuk ditangani. Hal ini ber-
yang telah mendapat
tepatan dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Kanapathy (2008) yang menya-
kelulusan dari pihak
takan bahawa pengurusan migrasi merupakan tanggungjawab kompleks serta
Kementerian Dalam mempunyai nilai cabaran yang tinggi. Tambahan pula, faktor geopolitik dan budaya
Negeri (KDN) dan juga merupakan antara cabaran utama yang terpaksa dihadapi oleh pihak kerajaan Malay-
Jabatan Imigresen Ma- sia berusaha untuk mengatasi isu ini dengan bertindak tegas dalam melaksanakan
laysia (JIM). pendekatan pengusiran. Buktinya, kerajaan Malaysia telah membina sebanyak 14
Tahanan Sementara (Azizah, 2012).
Definisi buruh asing,
pendatang asing dan Isu kebanjiran PATI merupakan isu kontroversi yang seringkali dibahaskan dalam
warga asing mempu- kalangan sarjana, sama ada dalam negara atau luar negara. Isu kontroversi yang
nyai satu konsep yang menjadi perdebatan dalam kalangan pengkaji kebanyakanya memfokuskan kepada
berbeza. Buruh asing beberapa aspek sahaja, antaranya kajian yang melibatkan aspek kesihatan, peluang
ialah pekerja yang pekerjaan tempatan dan kepadatan.
bekerja di luar tempat
asalnya. pendatang as-
ing tanpa izin merujuk
kepada penghijrahan
manusia ke sesebuah
negara dengan cara me-
langgar undang-undang
imigrasi negara terse-
but. Warga asing pula
didefinisikan sebagai
seseorang yang datang
ke negara lain dengan
tujuan untuk melan-
cong.
Sumber: www.hmetro.com

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 4
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

TATACARA

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 5
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

KESIMPULAN
Namun begitu, pada era globalisasi ini, istilah ini diguna pakai dengan tujuan mela-
belkan pendatang asing tanpa izin dengan perkataan ‘warga asing’ Istilah ini diterap-
kan diguna pakai di dalam pelbagai sumber dan ianya menjadikan perkataan warga
asing tersebut menjadi dua makna yang berlainan. Warga asing yang pergi ke
sesebuah negara dengan mempunyai permit yang sah dan tidak melanggar undang-
undang negara yang ingin dituju pada kebiasaannya tidak akan menghadapi sebarang
risiko untuk ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa. Antara faktor-faktor yang
mendorong kedatangan pekerja asing di sesebuah negara adalah disebabkan oleh
faktor kemiskinan di negara asal mereka. Penduduk di negara seperti Myanmar, Vi-
etnam, Kemboja, Indonesia, India, Bnagladesh dan Pakistan mengalami kebuluran
akibat kemusnahan bahan makanan oleh bencana alam atau tiada punca pendapatan
serta kekurangan kemudahan infrastruktur. Keadaan ini telah mendorong mereka
meninggalkan negara mereka bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Kebanjiran
pendatang asing hanya akan menambahkan pelbagai bentuk permasalahan yang
terpaksa dihadapi oleh masyarakat tempatan. Apabila B4G dilaksanakan, ianya
mendapat sokongan yang baik daripada keseluruhan rakyat Malaysia, yang mana
berharap agar Jabatan Imigesen Malaysia akan teruskan.

RUJUKAN

1. Azizah Kassim. 1987. The Unwelcome Guests: Indonesian Immigrants and Ma-
laysia Public Responses. Southeast Asian Studies.

2. Azizah Kassim. (2012). Dasar pekerja asing di Malaysia: Perlunya anjakan para-
digm. Bangi,Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Kanapathy, V. (2008). Controlling irregular migration: The Malaysian experi-


ence International Labour Organization (Working Paper Series No. 14) Bangkok,
ILO Asian Regional programme on governance of labour migration.

4. https://www.imi.gov.my/images/fail_pengumuman/2019/7_Jul/faq-bm.pdf

5. https://www.imi.gov.my/images/fail_pengumuman/2019/7_Jul/carta-alir-bm.jpg

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 6
POLICY BRIEF PROGRAM B4G
‘BACK-FOR-GOOD’

PROFIL PENULIS

MOHD FARID BIN MHD NASIR

Berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Menamatkan pengajian dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi. Kemudiannya melanjutkan
pengajian di Universiti Teknologi Mara, kini penulis sedang melanjutkan pengajian
Ijazah Pentadbiran Awam, di Universiti Utara Malaysia, kampus Sintok. Aktif ber-
sukan serta mempunyai minat mendalam terhadap koleksi kereta-kereta antik serta
retro. Sudah berkahwin serta dikurniakan dengan 3 cahayamata.

Pengalaman / Kerjaya:

1. Pernah melibatkan diri dengan kerja-kerja sosial ketika di Universiti Teknologi


Mara.

2. Mula berkhidmat dengan Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun 2006 hingga
kini.

3. Aktif dalam penglibatan sosial di jabatan.

4. Pernah melibatkan diri dalam risikan Jabatan Imigresen Malaysia.

MOHD FARID BIN MHD NASIR / No Matriks; 249080


GMGA 2023 Dasar Awam 6