Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Rasulullah merupakan role model yang perlu dicontohi oleh umat Islam dalam apa jua
keadaan sekalipun. Sikap dan sifat yang terkandung dalam diri baginda perlu dicontohi dan
diteladani terutamanya para guru. Bagi mewujudkan pendidik yang memiliki roh Islam, perlu
melihat sisi kehidupan atau sifat peribadi Nabi Muhammad s.a.w sebagai pendidik, kerana
hakikat diutusnya Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah di muka bumi ini adalah sebagai
uswatun hasanah iaitu tokoh teladan dan rahmatan lil-‘alamin iaitu rahmat bagi seluruh
alam.

2.0 KEPIMPINAN RASULULLAH SEBAGAI KETUA NEGARA

2.1 KEADILAN

Tentang sifat keadilan dan kejujuran baginda Rasululah s.a.w terkenal dalam pelbagai
riwayat, bahkan di masa baginda belum dilantik menjadi Rasul, baginda sudah terkenal di
kalangan masyarakat kota Mekkah sehingga baginda diberi gelaran al-amin iaitu seorang
yang boleh dipercayai dan jujur dalam menyampaikan segala maklumat[ CITATION Saf15 \l
17417 ]. Dalam melakukan keadilan baginda tidak pernah membezakan di antara seorang
dengan seorang yang lain. Hal ini kerana dari keadilan dan kejujuran baginda di dalam
menjatuhkan keputusan, maka orang ramai akan berasa puas hati terhadap keputusannya
itu. Keadilan Rasulullah bukan sahaja diakui oleh umat Islam malahan pihak lawan atau
orang-orang yang memusuhi juga mengakui hal ini. Ketika Nabi Muhammad menjatuhkan
hukum potong tangan ke atas seorang wanita bangsawan Quraisy yang mencuri sehingga
baginda bersabda: “Demi Allah, sekiranya Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri,
nescaya aku potong tangannya”. Kata-kata baginda ini menunjukkan keadilan yang ingin
diberikan melibatkan semua pihak termasuklah kaum kerabat. Oleh yang demikian, Baginda
sentiasa dicintai dan disanjungi oleh rakyat serta pengikut kerana tidak wujud sebarnag
pengamalan isitilah “double standard” atau diskriminasi dalam pentadbiran Baginda.

2.2 PERANCANG YANG TEPAT

Rasulullah merupakan pemimpin yang mempunyai kepakaran dalam merancang dengan


tepat. Baginda membuat analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman terhadap
rancangan yang telah dan akan dilaksanakan. Pada suatu peristiwa, kaum kafir Quraisy
telah mengugut untuk mendera sahabat yang memeluk Islam. Antara yang terlibat ialah
Sayidina Zubair bin Awam, Sayidina Uthman bin Affan dan Sayidina Abu Bakar. Rasulullah
telah mengambil keputusan dengan mengarahkan umat Islam berhijrah ke Habsyah bagi
mengelakkan ramai sahabat didera dan diazab. Arahan baginda ke Habsyah ternyata

1
sebuah perancangan yang tepat. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di bumi
Habsyah ada seorang raja, tidak ada orang yang terzalim di negaranya. Oleh itu,
berhijrahlah ke sana, Allah akan menunjukkan jalan keluar[ CITATION Red14 \l 17417 ]
kepadamu”.Melalui rancangan ini umat Islam telah terselamat.

2.3 BERANI

Allah telah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai manusia yang paling berani dan tiada
tandingannya. Tentang keberanian dan ketabahan hati baginda telah cukup terkenal di
dalam riwayat, sehingga dinyatakan oleh beberapa orang sahabat baginda, bahawa baginda
seorang yang amat berani[ CITATION Abu98 \l 1033 ]. Diriwayatkan oleh ad-Darimi dari Ibnu
Umar r.a berkata: “Aku belum pernah melihat seseorang yang lebih berani dan lebih
bertabah hati serta lebih pemurah daripada Rasulullah.

Pada zaman kanak-kanak, baginda pernah diminta bersumpah atas nama berhala
Lata dan Uzza. Namun begitu, baginda berkata, “Demi Allah tidak ada nama yang kubenci
selain daripada Lata dan Uzza”. Kata-kata baginda yang tegas ini jelas menunjukkan
keberanian baginda dalam menyatakan pendirian diri. Selain itu, baginda juga berani
berdakwah seorang diri kepada puak-puak penentang seperti kaum kafir Quraisy dan
pembesar-pembesarnya setelah dilantik menjadi Rasul. Segala kezaliman yang Baginda
terima daripada kaum kafir Quraisy tidak sedikit pun menggoyahkan keberanian dan
keimanan baginda dalam usaha meninggikan agama Islam. Malahan keberanian baginda
telah membuatkan kaum kafir Quraisy sanggup memberikan apa sahaja sama ada harta,
pangkat dan wanita asalkan baginda sanggup berhenti daripada berdakwah. Semua
tawaran tersebut ditolak oleh Rasulullah dan baginda meneruskan dakwah baginda untuk
menyebarkan Islam (Redwan, Sayuti, & Burhanuddin, 2014).

3.0 KAITAN KEPIMPINAN RASULULLAH DENGAN TUGAS SEORANG GURU


3.1 KEADILAN

Menjadi seorang pendidik yang adil bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia tidak
mustahil. Seorang guru perlu bersikap adil kepada semua muridnya. Jika dia seorang ayah
atau ibu, maka dia harus adil kepada semua anaknya. Perasaan tidak suka atau benci
terhadap seseorang tidak selayaknya menghalangi manusia untuk bersikap adil. Contohnya,
seorang guru tidak menyukai seorang murid kerana perangainya yang buruk, maka guru
harus tetap memperlakukan sama dengan murid-murid lainnya dalam hak dan
kewajipannya. Begitu juga dengan adanya rasa kasih sayang tidak boleh menghalangi
seseorang untuk berlaku adil. Misalnya, guru memiliki kasih sayang lebih kepada anak
muridnya yang pandai di dalam hatinya, maka ia tidak boleh melebihkan murid tersebut dari

2
murid-murid yang lain dalam hak dan kewajipannya. Oleh yang demikian, keadilan yang
disampaikan kepada manusia akan melembutkan hati, menghapus kedengkian dan
menumbuhkan kasih sayang.

3.2 PERANCANG YANG TEPAT

Sebagai seorang pendidik yang berilmu, kita perlu mempunyai perancangan yang tepat
sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (pdp). Guru perlu menganalisi
kekuatan atau kelemahan metode pengajaran yang ingin digunakan agar tidak tersalah
konsep dan tercapai objektif pdp. Akal dan kemampuan murid-murid adalah berbeza-beza.
Mereka satu sama lain saling berbeza dari segi kualiti penerimaan dan pemahaman
terhadap isi pelajaran yang yang disampaikan kepada mereka[ CITATION Zai12 \l 17417 ].
Justeru itu menjadi sebuah cabaran kepada pendidik untuk memastikan proses pdp berjalan
dengan lancar dan semua murid mencapai objektif sesebuah pdp. Guru perlu memiliki
minda yang kreatif, kritis dan inovatif agar dapat melahirkan murid atau anak didik yang
berjaya di dunia dan akhirat. Hal ini kerana guru merupakan salah seorang individu yang
memainkan peranan yang besar dalam mencorak kehidupan anak muda ke arah yang lebih
baik dan cemerlang. Perancangan yang strategik diperlukan untuk mewujudkan generasi
yang cinta akan ilmu dan beramal dengan ilmu yang dipelajari.

3.3 BERANI

Mencontohi keberanian Rasululullah sebagai pemimpin negara merupakan suatu kemestian.


Keberanian adakalanya bererti sesuatu yang dapat menjadikan orang lain berasa gentar.
Nabi s.a.w merupakan manusia yang paling berani sehingga para sahabat semua
berlindung kepada Baginda ketika perang benar-benar sedang berkecamuk (Shukeri,
Ahmad, & Mohamad, 2012). Dalam mencontohi kepimpinan ini, guru perlu peka terlebih
dahulu terhadap keadaan sekeliling. Sebagai pendidik, sikap berani dalam dunia pendidikan
merupakan suatu cabaran yang menarik untuk dihadapi. Keberanian merupakan sendi-sendi
daripada sebuah kejayaan. Keberanian dalam dunia pendidikan dapat dilaksanakan
dengan menyampaikan pengetahuan dengan sejujur-jujurnya meskipun pengetahuan
tersebut bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan kebijakan pemerintah. Guru perlu
menjadi seorang yang berani kerana benar agar matlamat hidup yang betul dapat dikecapi.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, Rasulullah merupakan pemimpin agung pilihan Allah. Ketokohan baginda


dalam bidang kepimpinan dan pendidikan menyerlah dalam segenap sudut dan peringkat.
Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan
yang lebih baik dan teratur.

3
RUJUKAN
Abu Muhammad Izzuddin. (1998). Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa.
Mohamad, S., Abdullah, A. N., & Adnan, M. A. (2012). Rahsia Kepimpinan Islam dan
Kejayaan Negara Menurut Huraianal-Quran. Proceedings: The 2nd Annual
International Qur’anic Conference (pp. 343-357). Malaysia: Centre of Quranic
Research (CQR).
Redwan Yasin, Sayuti Ab. Ghani, & Burhanuddin Jalal. (2014). APLIKASI KUALITI
KEPIMPINAN RASULULLAH S.A.W. QURANICA, International Journal of Quranic,
69-82.
Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. (2015). Sirah Nabawiyyah. Kuala Lumpur: Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia.
Zaidah Kusumawati. (2012). Ensiklopedia Nabi Muhammad s.a.w sebagai pendidik. Jakarta:
Lentera Abadi.

4
5

Anda mungkin juga menyukai