Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan pertama yang timbul dan muncul
dalam minda ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat juga beberapa tugasan yang lain yang perlu disiapkan
dalam tempoh yang sama tetapi selepas menyelesaikan tugasan, saya sangat menarik
kerana saya tidak menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Situasi
seperti ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk
melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak
pernah berputus asa dan memberi alasan serta helah untuk menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang ditetapkan.
Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini.
Antara masalahya ialah saya tidak tahu apakah topik yang dapat dipilih untuk membuat
kajian berbentuk tinjauan. Saya dan rakan saya telah mengambil inisiatif untuk berbincang
dan berkolaborasi untuk memilih satu topik untuk kajian. Kami telah berjaya memilih topik
mengenai BMI pelajar IPGKTAA di mana mereka hendaklah mengisi butiran-butiran
mengenai tinggi dan berat badan mereka. Kami telah membentuk satu soal selidik di laman
sesawang supaya pelajar IPGKTAA dapat mengakses dengan senang untuk menjawab
soalan kami. Terdapat 43 pelajar IPGKTAA yang membei respon kepada soal selidik kami.
1
Kami telah berasa gembira dan berterima kasih kepada pelajar IPGKTAA yang
memberi sokongan dengan menjawab soal selidik serta membantu kami untuk membuat
analisis. Seterusnya, masalah yang saya hadapi semasa membuat tugasan ialah saya tidak
beberapa mahir dalam membina grafik melalui Microsoft Excel. Saya tidak pernah
menggunakan Excel untuk membina grafik. Saya dapat menyahut cabaran melukis grafik
melalui bimbingan pensyarah kerana beliau telah mengajar saya dan rakan-rakan saya
untuk menggunakan Excel pada masa kuliah dengan memberikan beberapa contoh. Saya
juga telah melayari internet tentang cara-cara membina grafik melalui Excel dan saya telah
menambahkan ilmu pengetahuan saya.
Terdapat pelbagai medium untuk saya mencari maklumat yang berkaitan dengan
tugasan yang diberikan melalui internet, buku-buku di perpustakaan dan sebagainya.
Perpustakaan menjadi tempat untuk saya memperoleh bahan untuk dimasukkan dalam
tugasan yang diberikan. Kemudahan internet yang disediakan oleh pihak institut juga sedikit
sebanyak memudahkan saya untuk mencari bahan-bahan kerkenaan tajuk tugasan di laman
sesawang. Semasa mencari bahan yang berkaitan dengan tajuk tugasan di laman internet
juga merupakan satu cabaran kepada saya. Hal ini demikian kerana bukanlah mudah untuk
mencari sesuatu bahan yang betul-betul sahih di laman sesawang kerana terdapat
sesetengah halaman ditokok tambah isu kandungannya tentang konsep statistik.
Kebaikan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah saya dapat meningkatkan daya
pemikiran saya untuk menganalisis dan menilai sesuatu tinjauan mahupun perkara yang
dibincangkan. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, saya
akan mempraktikan sebaik mungkin dan saya akan turunkan ilmu ini kepada para pelajar
nanti. Setelah saya membuat banyak pencarian, saya berharap ilmu ini akan terus
bermanfaat kepada para pelajar. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pensyarah saya atas kesudian beliau untuk meluangkan masa
memberi tunjuk ajar dan membimbing saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Beliau juga
mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menerangkan dengan jelas dan terperinci tentang
tugasan ini dan akhirnya saya mampu menyempurnakan tugasan yang diberikan pada masa
yang telah ditetapkan.