Anda di halaman 1dari 3

.,.

,
",

Suruhanjaya Tenaga

C> ~UrUhanJayaTenaga
(Energy Commission)
Tingkat 13, Menara TH Perdana
Maju Junction, 1001 Jalan Sultan .Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel: 603 2612 5400 Fax: 603 2693 7791

Rujukan Kami: ST(lP/KKE) 16/1 (3)

, Julai 2008

Semua Pendawai

Semua Kontraktor Elektrik Yang Berdaftar Dengan ST

Semua Institusi-institusi Yang Ditauliah

Tuan 1 Puan,

PEKELlLlNG JABATAN KESELAMATAN ELEKTRIK, SURUHANJAYA TENAGA


(ST) BIL. 2 TAHUN 2008

Pemakaian Garis Panduan Pendawaian Elektrik (GPPE) di Bangunan


Kediaman di Semenanjung Malaysia dan Sabah

1. TUJUAN
_W"

Tujuan Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Pendawai,


Kontraktor Elektrik dan institusi-institusi yang ditauliah mengenai pemakaian
Garis Panduan Pendawaian Elektrik (GPPE) di Sangunan Kediaman sebagai
panduan asas pendawaian sebagaimana yang dikehendaki di bawah
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.

.-C. ..-
2. LATAR BELAKANG

2.1 GPPE ini telah dibangunkan oleh Jabatan Keselamatan Elektrik, ST dengan
kerjasama pihak MARA (lnstitut Kemahiran MARA), GIATMARA (Pusat
GIATMARA), Kementerian Selia dan Sukan (Institut Kemahiran Selia Negara
dan Institut Kemahiran Tinggi Selia Negara), Jabatan Tenaga Manusia
(lnstitut Latihan Perindustrian), JKR Elektrik, TEEAM, persatuan-persatuan
kontraktor elektrik dan pihak industri . Mereka telah banyak memberi
kerjasama di dalam menggubal dan melengkapkan garis panduan ini.

2.2 GPPE ini telah disediakan dengan ringkas dan padat yang mengandungi
rajah-rajah litar skematik pendawaian fasa tunggal dan fasa tiga, rajah-rajah
skematik pendawaian lampu, rajah-rajah pendawaian soket alir keluar dan
sebagainya. GPPE ini juga menerangkan secara ringkas mengenai
pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan terhadap sesuatu
pepasangan sebelum ianya dimula tugas.

2.3 Mengikut Peraturan 75, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, semua kerja-kerja


elektrik hendaklah dilaksana atau dijalankan oleh Kontraktor Elektrik yang
berdaftar dengan ST. Kontraktor Elektrik hendaklah mengambil kerja secara
sepenuh masa Pendawai (kategori yang bersesuaian) dan didaftarkan
dengan Suruhanjaya Tenaga sebagai pekerja kompeten dengan kontraktor
tersebut.

2.4 Mengikut Peraturan 12, 13 dan 14, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, mana-
mana kerja-kerja pendawaian elektrik hendaklah dibawah penyeliaan
langsung Pendawai berkaitan (kategori yang bersesuaian) dan apabila siap,
ianya hendaklah juga diuji oleh Pendawai yang berkelayakan. lanya perlu
dilakukan sebelum sesuatu pendawaian elektrik dapat diberi bekalan oleh
Pemegang Lesen.

3.0 PEMAKAIAN GPPE

3.1 GPPE ini adalah sebagai panduan kepada Pendawai dan Kontraktor Elektrik
bag; memudahkan sistem pendawaian elektrik di bangunan-bangunan
kediaman dipasang dengan sempurna dan selamat untuk digunakan.
Pelaksanaan pemasangan pendawaian elektrik hendaklah dilakukan dengan
betul dan seragam serta pada tahap atau standard yang sama.
.- ---------

3.2 GPPE ini juga amat berguna kepada pemunya bangunan kediaman dan
institusi yang ditauliah (sebagai panduan pembelajaran dan amalan
pendawaian).

3.3 GPPE ini hendaklah dijadikan sebahagian daripada silibus pembelajaran


supaya dapat menyeragamkan standard pembelajaran pemasangan
pendawaian elektrik kepada semua institusi-institusi yang dibenarkan
(ditauliah) untuk menjalankan kursus dan peperiksaan kekompetenan
Pendawaian (Fasa Tunggal atau Fasa Tiga).

3.4 GPPE ini juga dapat meningkatkan kefahaman tenaga-tenaga pengajar


supaya standard pembelajaran dipertingkatkan selaras dengan perundangan
sedia ada..

3.5 GPPE ini hendaklah dibaca dengan merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik
1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Standard MS IEC 60364:2003

.
'Electrical Installations of Buildings', MS 1936:2006 'Electrical Installations of
Buildings - Guide To MS IEC 60364' dan MS 1979:2007 'Electrical Installation
of Buildings - Code of Practice'.

3.6 GPPE ini boleh dimuat turun daripada laman web ST iaitu www.st.qov.mv.

4.0 TARIKH KUATKUASA

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini ditandatangani.

Sekian, terima kasih.


. "'..
"'-

(lSMAlrSIN AN~
pen~~ Jabata~'~~~elam~ Elektrik
b.p. Suruhanjaya Tenaga.

Anda mungkin juga menyukai