Anda di halaman 1dari 3

BORANG SOAL SELIDIK

KAJIAN IMPAK MEDIA SOSIAL DALAM LIBAT URUS KOMUNITI DAN


PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)

Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)


INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera tuan/puan rakan media sosial


MPAJ,

Penggunaan media sosial sebagai salah satu peralatan (tools) yang


berupaya merapatkan jurang antara rakyat dan Kerajaan telah terbukti di
peringkat global. Agensi-agensi Kerajaan di negara ini telah disaran agar
mempergunakan sepenuhnya (leverage) saluran media sosial untuk tujuan yang
sama. Kajian ini dijalankan untuk melihat impak saluran komunikasi ini dan
mencadangkan tindakan susulan menambahbaikan agar komuniti sasaran dan
MPAJ dapat menerima faedahnya.

2. Kerjasama tuan/puan dalam kesudian meluangkan sedikit masa menjawab


lima (5) soalan mudah yang disertakan adalah amatlah dihargai dan diucapkan
terima kasih. Sekian.

Norhamimah Binti Ibrahim


21 Ogos 2015

………………………………………………………………………………………………………………………………

Soalan 1 :

Tahun tuan/puan menyertai sebagai “friend” Facebook MPAJ (pilih satu sahaja):

2011 2012 2013 2014 2015

1
Soalan 2 :

Pada pendapat tuan/puan, maklumat/berita yang menarik perhatian dan diikuti


oleh tuan/puan (tanda 2 yang utama sahaja)

Aktiviti sosial dan kemasyarakatan MPAJ seperti sukan, gotong-royong


dan sebagainya bersama komuniti MPAJ
Isu dan masalah semasa yang akan memberi kesan kepada komuniti
MPAJ seperti serangan denggi, masalah kebersihan longgokan sampah
dan sebagainya
Akta/undang-undang/inisiatif/prosedur baru yang diperkenalkan oleh
MPAJ atau Kerajaan dan mempelawa komuniti MPAJ memberi komen
dan cadangan penambahbaikan.
Berita aktiviti dalaman warga MPAJ seperti berita perhimpunan bulanan
MPAJ, lawatan pegawai tinggi agensi luar Negara dan sebagainya
Lain-lain berita dan aktiviti MPAJ dan komuniti (nyatakan):

Soalan 3 :

Platform media sosial yang disediakan oleh MPAJ telah memberi nilai tambah
(value-add) kepada komunikasi dan libat urus (engagement) kepada komuniti
MPAJ. Contoh: respon MPAJ kepada pertanyaan adalah lebih cepat dan mudah
Setuju
Tidak Setuju
Kurang Pasti

Nyatakan sebab:
________________________________________________________________
________________________________________________________________

2
Soalan 4 :
Bagaimana tuan/puan menilai penyampaian perkhidmatan MPAJ dengan
wujudnya saluran media sosial ini?.
Lebih baik
Tiada perbezaan dibandingkan dengan sebelum adanya media sosial
Tidak pasti

Pandangan/komen tuan/puan:
______________________________________________________________
_______________________________________________________________

Soalan 5 :

Bantu MPAJ untuk membantu tuan/puan. Kongsikan pendapat membina


(constructive comments) tuan/puan untuk membaikki komunikasi dan libat
urus (engagement) MPAJ bersama tuan/puan melalui penggunaan media
sosial untuk faedah dan kesejahteraan komuniti Ampang:

________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai