Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 4: Refleksi

Selepas melaksanakan pengajaran makro berdasarkan RPH yang telah dihasilkan


dalam tugasan 2, saya telah membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan sepanjang
sesi pengajaran makro saya.

Antara kelemahan saya ialah kurang persediaan diri dalam pengajaran saya. Kurang
penguasaan saya terhadap RPH telah menjejaskan kelancaran sesi pengajaran makro
tersebut. Hal ini telah menyebabkan urutan pengajaran makro saya mengalami sedikit
perubahan iaitu lupa menerangkan hubungan konsep gandaan 5 (sifir 5) dengan senggatan
minit pada jam dinding. Oleh itu, persediaan diri dari segi emosi sebelum memasuki kelas
dan penguasaan diri terhadap prosedur dan langkah pengajaran dalam RPH amat penting
dan haruslah diambilberatkan oleh setiap guru bagi memastikan kelancaran proses PdPc di
dalam kelas.

Kelemahan yang seterusnya ialah contoh soalan yang disediakan kepada murid
tidak mencukupi. Murid mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya bagaimana membaca
masa dan konsep senggatan minit disebabkan kekurangan contoh yang dikemukakan.
Contoh yang tidak mencukupi ini akan menyebabkan saya tidak dapat mengenalpasti sama
ada setiap murid adalah benar memahami apa yang telah dipelajari dalam sesi tersebut.

Tambahan pula, penghasilan BBM saya juga kurang efektif dalam pengajaran saya.
BBM yang disediakan boleh ditambahbaikkan dengan lebih berfokus kepada konsep
senggatan minit. Seterusnya, saya juga perlu menerangkan hubungan waktu pagi, petang
dan malam dengan masa waktu pada jam dinding kepada murid-murid dengan jelas. Hal ini
supaya murid dapat menguasai hubungan antara masa dan waktu dengan baik.

Antara kekuatan dalam sesi pengajaran makro saya ialah set induksi yang dirancang
dapat menarik minat murid-murid dalam kelas. Video yang dipilih adalah sesuai dengan
tahap murid tahun 2 dan juga menerapkan seni muzik dalam pengajaran. Seterusnya, saya
juga menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dengan menggunakan slaid
powerpoint dalam pengajaran saya. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian
murid di dalam kelas kerana animasi yang menarik telah digunakan dalam slaid powerpoint
yang disediakan dan bukan kaedah lampau “Chalk dan Talk” sahaja. Kekuatan yang
seterusnya ialah penerangan saya dengan suara yang lantang dan jelas. Semua murid
dapat mendengar arahan dan keterangan saya di dalam bilik darjah.

Seterusnya, bahan bantu mengajar (BBM) yang saya sediakan untuk digunakan
dalam pengajaran juga dapat menarik perhatian dan minat murid untuk belajar topik Masa
dan Waktu. Murid-murid tertarik kepada jam dinding yang mempunyai mata, kaki dan
tangan. Di samping itu, saya juga melaksanakan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Aktiviti
secara berpasukan ini dapat merangsangkan murid-murid untuk bekerjasama dan
berkolaboratif dalam menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan. Pengajaran makro saya
juga dilengkapi dengan lembaran kerja untuk disiapkan dalam kumpulan dan kerja rumah
tentang topik yang diajar. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh manakah pemahaman
murid tentang apa yang dipelajari dan sebagai panduan kepada saya untuk merancang
langkah yang perlu diambil seterusnya. Maklum balas dan jawapan yang diberi oleh murid
dapat membolehkah guru untuk menentukan murid tersebut sama ada aktiviti pengayaan
atau pemulihan diperlukan.

Kekuatan yang seterusnya ialah pengajaran makro saya juga menerapkan nilai-nilai
murni kepada murid-murid. Saya telah mengalakkan murid-murid untuk bekerjasama dalam
menyiapkan lembaran kerja semasa aktiviti kumpulan dan juga menerapkan nilai
menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang berfaedah pada masa lapang. Di
samping itu, pengajaran saya juga melibatkan murid dengan aktif. Saya telah memanggil
murid untuk menjawab soalan dan menunjukkan masa pada jam dinding yang disediakan.
Dengan ini, murid tidak akan kehilangan fokus dan sentiasa memberi perhatian kepada
pengajaran saya.

Anda mungkin juga menyukai