Hak Cipta Terpelihara. E-Book ini adalah PERCUMA dan bukan untuk dijual. Tidak
dibenarkan mengeluar ulang atau mengguna mana-mana bahagian E-Book ini dalam
apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada elektronik, mekanik, fotokopi,
rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa izin bertulis
daripada penerbit. Sila laporkan kepada noorizam@zetro.com.my jika berlaku penjualan
E-Book ini.
=
Motivasi
E-Book ini dihasilkan untuk memberi motivasi dan menyalurkan maklumat umum
mengenai subjek yang akan dibincangkan. Ia boleh dianggap sebagai mengandungi
nasihat kuanseling, motivasi, membina keyakinan diri.
Cara penyampaian E-Book ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak
dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak.
Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan infomasi di dalam
E-Book ini ketika penulisan, namun begitu infomasi mengenai motivasi boleh berubah-
ubah.
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam E-
Book ini adalah tepat dan lengkap. Penulis, penerbit serta pengedar E-Book dengan ini
secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti,
sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi
kandungan E-Book ini, secara langsung atau tidak langsung.
Kenapa? Sebab apa ramai di antara kita masih tidak dapat mencapai apa yang
kita inginkan. Jika anda ingin tahu, di antara penyebabnya adalah kerana kita terlalu
banyak matlamat hidup. Tahun lepas matlamatnya lain, tahun ini lain, tahun depan apa
pula? Sejak di bangku sekolah lagi kita ditekankan supaya mempunyai matlamat hidup.
Hari ini, perkara seperti dialog di atas masih lagi berlaku. Kenapa tidak kita
tetapkan matlamat kepada yang satu. Jika anda mahu mengecapi kejayaan kenapa
tidak setiap langkah dan perancangan anda menjurus ke arah mencapai kejayaan?
Tidak mustahil bukan?
Apakah matlamat anda ketika anda mengakhir peperiksaan SPM yang lalu?
Adakah ianya sudah tertunai? Jika belum.... tanya diri anda kenapa anda tidak dapat
menunaikannya.
Mari kita motivasi diri kita disini. Bayangkan.... jika suatu hari anda yang
mengalami kegagalan di dalam hidup, apakah yang anda rasa?
Jangan patah semangat dahulu.. baca apa yang ingin saya tulis untuk anda.
Saya ingin ingatkan kepada anda.. setiap kegagalan ini bukanlah kerana anda kurang
pintar atau anda dilahirkan dalam keluarga yang miskin atau keadaan lahiriah yang
membuat anda begitu. Anda menjadi gagal kerana dari hari anda dilahirkan sehingga
anda berada pada usia hari ini, anda masih hidup dalam dunia awang-awangan
mengharapkan seketul emas dan intan permata jatuh ke pangkuan anda.
Apakah maksud saya? Ya.. kerana anda lebih banyak berangan-angan daripada
berusaha, omong kosong anda lebih tinggi daripada anda benar-benar
melaksanakannya.
Seperkara lagi, anda mengharap dan berharap tetapi anda mengabaikan suatu
nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
Ok! Sekarang anda buat pilihan, anda ingin terus gagal atau mengecapi
kejayaan? Tiada siapapun yang ingin mengalami kegagalan. Betul? Adakah saya hari ini
dilahirkan untuk terus mengecapai kejayaan?
Ingat.. saya juga seperti anda, seperti mereka yang pernah mengalami
kegagalan. Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal. Sejarah sering
menceritakan kepada kita mengenai kejayaan seseorang sering kali dikaitkan dengan
kegagalan masa lampau mereka. Jika anda pernah membaca buku “Berani Gagal” oleh
Billi Lim pasti anda ketahui nama-nama besar yang sering mengalami kegagalan
sebelum berjaya.
Nasihat saya, anda buatlah pilihan. Pilihlah matlamat hidup anda yang paling
sempurna dan tidak membebankan anda supaya mudah anda mengecapinya.. Semasa
anda membaca E-Book saya ini, cuba anda lihat kedudukan anda sekarang. Bagaimana
keadaan anda sekarang? Bagus? Tidak bagus? Kurang bagus? Atau memang teruk!
Jadi, inilah hak anda. Hak anda adalah membuat pilihan sama ada anda ingin berada
pada kedudukan yang mana satu. Sangat bagus – bagus – kurang bagus atau terus
berada dalam keadaan teruk sampai bila-bila?
Anda amat perlu sekali mempunyai matlamat di dalam hidup anda. Saya yakin
dengan anda! Kenapa saya yakin dengan anda? Sebab saya tahu, anda cuma perlu
tambah sedikit usaha untuk mendekatkan diri anda dengan matlamat tadi. Jangan
hiraukan anasir-anasir jahat mengatakan anda tidak boleh merubah hidup anda. Anda
mesti kuat! Sekuat matlamat anda.
Diingatkan kepada anda jika anda masih lupa apa itu matlamat hidup.
Matlamat hidup anda, saya boleh samakan ianya dengan KEJAYAAN anda.
KEJAYAAN itu umpama melaksanakan matlamat atau cita-cita yang telah anda
tetapkan. Jika anda mempunyai matlamat, nasihat saya jangan sesekali
menangguhkannya.
“Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri hidup. Mat Salleh
panggilnya procrastination.” – Dr Irfan Khairi (Jutawan Perniagaan Internet)
Oleh itu, jangan cuba amalkan untuk sentiasa menangguh kerja-kerja anda.
Ingat! Terlalu ramai di antara kita ini tidak mencapai matlamat oleh kerana mereka
memberi banyak alasan.
Saya ambil satu contoh baik yang boleh anda ikuti dan teladani. Nicol Ann David,
seorang remaja berumur 23 tahun, merupakan pemain skuasy nombor 1 dunia (ketika
E-Book ini diterbitkan) dan merupakan jurucakap pelbagai produk. Beliau merupakan
anak kelahiran Pulau Pinang, menggegarkan sukan skuasy apabila melakar kejayaan
demi kejayaan di peringkat Asia sekitar tahun 90an pada usia belasan tahun.
Kini beliau muncul sebagai pemain skuasy wanita nombor satu dunia ketika
berumur 23 tahun. Ini merupakan satu-satunya pemain Asia yang meraih gelaran itu dan
beliau memenanginya pada tahun 2005. Nicol mula bermain skuasy ketika berusia lima
tahun dan muncul sebagai pemain profesional ketika umur 19 tahun.
Begitulah juga, jika anda meletakkan matlamat untuk berjaya dalam perniagaan
internet. Sebaiknya kepada mereka yang masih muda inilah masa yang sesuai untuk
meletakkan matlamat andai. Akan tetapi kepada mereka yang terasa umur mereka agak
lewat, sebenarnya anda juga masih berpeluang. Bukan faktor umur atau masa yang
menjanjikan anda berjaya. Sasaran matlamat itu boleh dipendekkan atau dipanjangkan.
Semua ini bergantung kepada usaha anda.
Anda terdesak? Anda tertekan? Apabila situasi begini apa yang anda biasa
buat? Menangis? Mengeluh panjang? Gelabah?
Macam-macam bermain dalam kotak fikiran. Jika anda ingin tahu, ini semua
adalah pemikiran yang negatif. Seharusnya anda meninggalkan cara berfikir seperti ini.
Anda ingin tahu bagaimana cara untuk membuang pemikiran negatif ini?
Jom baca lagi.. Ok, saya syorkan kepada anda dalam masa 7 hari mendatang
ini, cuba anda berfikir secara positif. Latih diri anda supaya berfikir sesuatu yang sihat
dan baik. Sekiranya anasir-anasir negatif ini cuba masuk dalam minda anda, cepat-
cepat ubahkannya dan berfikir mengenai yang positif. Jika anda berjaya membuat
latihan berfikir secara positif ini dalam masa 7 hari berturut-turut, saya yakin anda akan
dapati suatu perubahan yang amat positif dalam cara anda berfikir!
Siapa disini sanggup menerima cabaran saya? Tunjukkan bahawa anda boleh
bersikap positif! Email kepada saya jika anda berjaya membuat perubahan ini.
Anda boleh mengambil contoh positif ini untuk dijadikan bekalan kepada anda.
Berfikir secara positif kenapa mereka ini boleh berjaya dan kenapa tidak anda.
Ingat lagikah anda, sewaktu anda bersekolah rendah, setiap habis waktu
persekolahan, di luar sekolah ramai penjaja yang menjual minuman dan makanan
ringan. Tahukah anda berapakah modal permulaan mereka dan berapa pula
keuntungan yang mereka perolehi pada hari itu?
Tidak kira apa juga perniagaan yang anda lakukan sebenarnya ia adalah
semangat dan dorongan untuk mendapatkan pendapatan. Perbezaannya adalah teknik
dan taktik. Setelah anda meletakkan matlamat, pastikan anda mendisplinkan diri.
Bagaimana hendak mendisplinkan diri?
Jom kita imbas kembali kenangan anda sewaktu anda mula-mula memasuki
alam persekolahan. Anda ingat lagi, sewaktu anda mula-mula memasuki sekolah rendah
tahun 1. Anda diarahkan supaya beratur diluar kelas, kemudian mengikut arahan ketua
darjah;
Anda pula berasa teruja apabila kali pertama mendapat arahan sebegitu. Ada
pula antara kawan-kawan kita menangis kerana tidak biasa dengan keadaan seperti itu.
Maklumlah, kali pertama memasuki alam persekolahan.
Mari saya ajak anda membayangkan perkara ini. Jeng jeng jeng ☺ ) .....
Bayangkan.....
Ketika anda berada di jalanraya, anda memandu kereta anda dengan sesuka
hati, tidak memakai tali pinggang kaledar, memandu pula dalam keadaan tidak cukup
tidur.. Meter kenderaan anda pula mencecah 180km/sejam.. Tiba-tiba.... anda tidak
dapat mengawal kenderaan anda.. kenderaan anda berputar-putar (bayangkan) .. Anda
nampak sebuah treler di hadapan anda semakin dekat dan dekat.... Akhirnya..........
Anda buat kesimpulan sendiri atas bayangan tadi..
Jadi nampak? Betapa dahsyatnya, jika anda tidak ada displin dalam diri anda.
Anda bangun seawal pagi, datang awal apabila membuat temujanji dan
menerapkan nilai-nilai murni. Ini adalah contoh disiplin diri yang baik. Saya tahu dalam
diri manusia punyai naluri inginkan kebebasan. Tidak mahu kongkongan. Kalau boleh
biar dunia ini menjadi hak milik anda sepenuhnya.
Sebenarnya disiplin diri itu menjadi suatu tugas seluruh manusia dan semua
aspek kehidupan. Ia bersaling kaitan dengan setiap langkah dalam kehidupan anda dari
cara bertindak sewaktu anda disentuh orang lain sehinggalah kepada reaksi anda
terhadap jatuh bangun hidup anda dan semasa anda menghadapi hari-hari mendatang.
Lakukan apa yang anda suka, tetapi mestilah mengikut cara yang betul. Satu
kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang
kita dalami ini mempunyai jalan pintas untuk berjaya. Anda terlalu gelojoh dan tidak
sabar untuk mendapatkan pulangan yang hebat dalam perniagaan anda. Jangan
sesekali mengambil jalan pintas dengan menerapkan cara penipuan (SCAM) dalam
perniagaan anda. Disiplinkan diri anda dengan mengikut etika dan terma yang telah
ditetapkan.
Baca bersungguh-sungguh kata hikmah di bawah ini dan sematkan dalam minda
anda:
“Saya hendak berniaga, tetapi tidak tahu apa yang saya ingin niagakan.”
“Saya menjaga anak di rumah, mana ada masa saya hendak bekerja.”
“Saya nih baru je umur 18 tahun, belajar lagi. Mana ada modal nak berniaga”
“Buat apa saya nak berniaga, saya tak minat, biar saya habiskan masa saya
dengan berchatting dan berforum”
“Memang saya berniaga, tapi perniagaan saya tak maju-maju. Bosan saya.”
“Nanti-nantilah, kalau ada rezeki atau masa, saya berniagalah.”
“Awak boleh tolong saya ke? Anda teknik baik untuk berniaga?”
Anda lihat, itulah senario yang boleh dikatakan hari-hari terjadi kepada
masyarakat kita. Apa kaitan dialog diatas dengan topik kali ini? Sebenarnya, ia ada
kaitan dengan motivasi hati. Hati yang baik memberikan otak yang cergas dan positif.
Mari kita mendekati bidang keusahawanan. Kalau anda lihat hari ini, ramai di
antara kita mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Lihat sahaja di laman-
laman web hari ini, bengkel-bengkel yang mengendalikan pelbagai perkara yang
berkaitan dengan keusahawanan. Sebagai contoh laman web RahsiaInternet.com
memberi peluang kepada anda belajar cara memulakan perniagaan internet yang
menguntungkan dari rumah dalam masa 7 hari. Anda perlu menggerakkan hati anda
untuk melakukan perubahan dalam diri. Pupuk semangat rasa ingin belajar. Sebagai
contoh dapatkan tips, ulasan dan kejayaan usahawan internet Malaysia di blog peribadi
saya. Selalulah layari blog saya ini, agar ianya menjadi panduan dan semangat kepada
hati anda untuk terus kuat mengharungi cabaran hari ini.
Mulakan di fikiran anda dengan berfikir secara positif. Bagaimana anda ingin
membuka kunci yang menghalang anda untuk mencapai matlamat anda dengan
berkesan? Berfikir secara positif. Fikirkan boleh. Fikirkan ianya tidak sesusah mana.
Fikirkan tiada mustahil dalam hidup anda! Saya yakin anda pasti akan dapat membuka
kunci ini.
Orang berkata, bukan senang untuk menjadi jutawan atau berpendapatan hebat!
Memang kata-kata mereka di luar sana adalah benar. Percayakah anda, bahawa kata-
kata ini anda boleh ubahkannya menjadi realiti seperti contoh “adalah mudah untuk
menjadi jutawan”. Inilah matlamat anda. Motivasikan minda anda dengan menetapkan
matlamat tertinggi anda. Jika anda ingin menjadi kaya lagi 2 tahun, anda perlu berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Jika ditafsir dengan mata kasar, ia nampak sukar tetapi
ianya tidaklah mustahil bagi mereka yang bersungguh-sungguh.
Simpan apa yang anda tulis tadi dalam dompet anda atau tempat yang mudah
anda membacanya. Baca setiap hari dan bersungguh-sungguh mendekati matlamat
anda. Jika anda dapat membuat perubahan dalam beberapa bulan ini, sila mesej
kepada saya dan ceritakan kejayaan anda. Saya ingin sekali membaca pengalaman
anda. Berkongsi pengalaman yang positif dan hebat akan menjadikan diri anda lebih
hebat!
“Meletak sejuta usaha lebih baik dari meletak sejuta angan-angan”
Tiada jalan pintas untuk anda mengecapi kejayaan. Seperti kata pujangga,
usaha itu adalah tangga kejayaan. Anda perlu memperkasakan ilmu dan pengetahuan di
minda anda. Anda memperolehi E-Book saya dan sekarang anda membacanya. Inilah
jalan petunjuk anda yang sebenar dalam mengecapi kejayaan. Dengan pengetahuan
yang anda perolehi di sini, ia akan memudahkan anda mencapai kejayaan demi
kejayaan.
Sebab itulah kenapa anda perlu memotivasikan diri anda. Mempelajari teknik
dan taktik tanpa mempedulikan motivasi, anda tidak akan dapat mengecapi kejayaan
yang hebat. Apa yang anda perlu sekarang, baca lebih maklumat (seperti di blog saya
atau E-Book ini) dengan mempelajari daripada mereka yang berjaya.
Tahukah anda?
• Kajian membuktikan bahawa manusia hanya menggunakan kurang dari
lima peratus daripada otaknya. Ini menunjukkan terdapat lagi potensi di
minda kita yang belum diteroka. Mereka yang berjaya menggunakan
bahagian minda yang digelar subconcious mind dengan baik.
• Sebenarnya, sesiapa saja boleh mengaktifkan subconcious mind dan
superconcius mind dalam mencapai kejayaan. Anda akan mempelajari
pengenalan kepada penggunaan minda ini dan mengetahui cara
menggunakannya dengan mudah dan berkesan melalui pakar dan orang
berpengalaman.
Jika anda inginkan lebih lagi motivasi dan bahan ilmiah dari saya, nantikan
keluaran E-Book seterusnya dari saya. Diharapkan E-Book ini dapat membantu anda
mendapatkan infomasi berguna dan memberi manfaat yang amat berharga kepada
anda. Untuk pengetahuan anda, saya dalam merancang untuk menerbitkan E-Book
yang lain pada masa akan datang. Sokongan daripada anda pasti menyuntik semangat
saya untuk memberikan sesuatu yang berguna untuk anda. Jumpa lagi ☺
Noorizam Shah
Noorizam Shah mendapat Diploma Pengurusan Teknologi dari Universiti
Teknologi Malaysia. Selepas mendapat Diploma, beliau telah mengikuti kursus Steel
Building System dari Australia.
Beliau mengenali Internet bermula sejak tahun 1999 dan banyak mencipta
script untuk ruangan sembang, disamping hobinya membina laman web. Daripada
minat dan sekadar suka-suka, beliau mula didedahkan dengan dunia perniagaan
internet pada 2005.
Walaupun masih baru, ini bukanlah suatu kelemahan bagi beliau untuk terus
mengembangkan minat seterusnya menjana pendapatan hasil dari perniagaan
internet. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
keusahawanan, beliau meninggalkan profession kerja beliau yang lama dan
menyertai sebuah syarikat korporat di KLIA. Beliau manfaatkan masa 9-5 untuk
mendalami ilmu-ilmu perniagaan internet dari beberapa tokoh-tokoh ternama
usahawan internet masakini.
Dengan kewujudan blog ini, anda berpeluang mendapatkan tips dan ulasan
bagaimana beliau menjana pendapatan di internet.
P.s: Anda digalakkan untuk mengedarkan E-Book berguna ini kepada mereka yang
memerlukan motivasi serta membina keyakinan diri.
P.s.s: Anda dibenarkan untuk menjadikan E-Book ini sebagai pemberian PERCUMA
dalam perniagaan, blog, laman web, forum atau komuniti anda.