Anda di halaman 1dari 9

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SEK.KEB.KAMPONG BARU Kod Sekolah:KBAA060

1. Nama Guru ZAWAWI BIN OSMAN

2. Judul Buku Pengurusan Bimbingan & Kaunseling

3. Nama Pengarang Mok Soon Sang

5.Bahasa(Buku
4. Bidang Pengetahuan Profesional Melayu
)

6. Tarikh Penulisan Sinopsis 14/01/2016 7. Bil. Muka Surat 120

8.
Sinopsis:

Buku ini mengandungi  12 bab, dimulai dengan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia dan
diikuti dengan teori-teori kaunseling. Pembaca akan mendapat pengetahuan bagaimana
menjalankan Kaunseling Individu dan Kelompok serta Penyediaan Inventori dan Rekod.

Masalah disiplin berlaku kerana berlaku konflik dan tekanan dalam diri pelajar. Pengurusan
konflik secara berkesan dijangka dapat mengubah tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik
berdasarkan norma-norma yang diterima masyarakat.

Bimbingan secara berkesan dapat melahirkan pemimpin yang berkesan.Ia juga boleh
mewujudkan komunikasi berkesan ke arah Budaya Cemerlang di sekolah.

Pengurusan stress secara berkesan pula  dapat mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan kerana pelajar dan guru dapat melaksanakan tanggung jawab masing-masing
tanpa tekanan dan melaksanakan kerja dengan gembira
         
BORANG SINOPSIS BUKU

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Buku  ini memberi pengetahuan kepada  para guru meningkatkan ilmu dalam bidang psikologi
pendidikan

10
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:
.

Buku ini memberi kemahiran kepada para guru mengurus masalah pengajaran dan pembelajaran
para pelajar dan juga masalah peribadi serta peluang melanjutkan pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZAWAWI BIN OSMAN )

Nama Sekolah:SEK.KEB.KAMPONG BARU Kod Sekolah:KBAA060


BORANG SINOPSIS BUKU

1. Nama Guru ZAWAWI BIN OSMAN

2. Judul Buku Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah 

3. Nama Pengarang Abdullah Hassan dan Ainon Mohd

5.Bahasa(Buku
4. Bidang Pengetahuan Profesionalisme Bahasa Melayu
)

6. Tarikh Penulisan Sinopsis 28/01/2016 7. Bil. Muka Surat 95

8.
Sinopsis:
Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah
berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi apabila
sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan guru-guru di sekolah
itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan cara yang berkesan.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-
murid sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila guru memberitahu pihak sekolah
mengadakan program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga takut apabila ibu bapa mereka
memberitahu mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya.
Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang dijalankan bagi murid-murid sekolah
menggunakan teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan kesan psikologi yang negatif
kepada murid-murid itu.

Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pakar-pakar psikologi
BORANG SINOPSIS BUKU

tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada tiga kumpulan utama:
1. Guru-guru sekolah supaya mereka menjadi lebih berkesan dalam menjalankan tugas
mendorong dan mengajar.
2. Individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi supaya program mereka menjadi lebih
berkesan.
3. Ibu bapa supaya mereka lebih memahami faktor-faktor yang diperlukan oleh anak-anak
menjadi manusia yang berjaya.

9.
Nilai Pengetahuan / Pengajaran:
1.      Menerangkan bagaimana murid dapat membina konsep diri yang positif.
2.      Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif.
3.      Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk Berjaya.
4.      Melatih murid bersikap optimis.
Melatih murid tangguhkan kepuasan iaitu jangan bersikap puas pada kejayaan.
6.      Melatih murid berani melakukan kesilapan. IQ tinggi bukan penentu kejayaan.

10
Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P:
.
1.      Membangkit semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2.      Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3.      Menerangkan teori-teori dan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik
darjah.
4.      Menerangkan prinsip-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5.      Memahami ilmu padagogi dan gunakan strategi motivasi mendorong murid.
6.      Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZAWAWI BIN OSMAN )
Nama Sekolah:SEK.KEB.KAMPONG BARU Kod Sekolah:KBAA060

1. Nama Guru ZAWAWI BIN OSMAN


BORANG SINOPSIS BUKU

Mengurus Disiplin Pelajar


2. Judul Buku

3. Nama Pengarang Abdullah Sani Yahaya

5.Bahasa(Buku
4. Bidang Pengetahuan Profesionalisme Bahasa Melayu
)

6. Tarikh Penulisan Sinopsis 11/02/2016 7. Bil. Muka Surat 132

Sinopsis :
8.

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya.
Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak
tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan
bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih
gemilang.
     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan
budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang
membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi
muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk
menguasai minda anak watan kita.
   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah
individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai
salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah
kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan
bimbingan & kaunseling dan pembimbing rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.
  Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi
orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi
sekolah sebagai tempat tahanan dan  kongkongan.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


BORANG SINOPSIS BUKU

9.
     Buku ini menerangkan faktor mempengaruhi disiplin pelajar seperti cara asuhan dan didikan
di rumah, sikap negatif ibu bapa terhadap pembelajaran, persekitaran tempat tinggal juga
banyak membentuk perilaku pelajar, sikap guru yang tiada ketulenan sewaktu mengajar dan
ketiadaan motivasi dalaman dalam diri pelajar berkenaan.
    Selain itu, permasalahan disiplin yang menjadi isu negara juga dibentangkan seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas, datang lewat, pakaian berfesyen dan selekeh, rambut tidak diurus
dengan baik, merokok dan dadah. Permasalah ini berpunca dari diri pelajar itu sendiri, pengaruh
rakan, pengaruh media, kurang kawalan ibu bapa, kurang kawalan pihak sekolah dan
masyarakat yang tidak lagi memainkan peranannya
    Di samping itu, terdapat saranan untuk  membaiki masalah ini seperti penerapan nilai dalam
bilik darjah, pemupukan nilai di rumah, pemupukan nilai dalam kalangan rakan,
pemupukan  nilai di sekolah dan membudayai ilmu. Terdapat juga cadangan untuk
memantapkan program Pembimbing Rakan Sebaya. Hanya rakan sebaya yang lebih arif dan
dekat dengan rakan mereka.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


10
.
   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap yang positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah laku
dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini amat sesuai
supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah serta bijaksana. Guru perlu
mengawal disiplin dengan bijak supaya tidak  akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak
seperti melempang dan memukul pelajar. Para pelajar yang baik boleh digunakan untuk
membimbing pelajar yang bermasalah ini dan walau apapun tindakan ingatlah guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu adalah
menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya supaya dapat mengamalkan
nilai-nilai yang baik.
   
BORANG SINOPSIS BUKU

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZAWAWI BIN OSMAN )
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SEK.KEB.KAMPONG BARU Kod Sekolah:KBAA060

1. Nama Guru Zaleha binti Morat

M.E.P.S Concept – Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul.


2. Judul Buku

3. Nama Pengarang Datin Paduka Dr. Hjh. Sharifah Mazlina

5.Bahasa(Buku
4. Bidang Pengetahuan Profesionalisme Bahasa Melayu
)

6. Tarikh Penulisan Sinopsis 15/07/2015 7. Bil. Muka Surat 154

Sinopsis :
8.

Buku yang ditulis ini mengandungi konsep motivasi berdasarkan pengalaman dari Datin
PadukaDr.Hajah Sharifah Mazlina. Setiap kandungan dalam buku ini ditulis dengan tajuk yang
ringkas dan coretan yang padat dan penuh makna. Pelbagai langkah-langkah dan panduan
dikongsikan oleh penulis kepada pembaca secara jelas dan ringkas untuk dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Buku ini juga amat sesuai untuk semua peringkat umur bagi mereka yang
mahu mengamalkan betulkan yang biasa dan biasakan yang betul seperti mana dalam coretan
penulis.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran


9.

Motivasi kendiri dapat dipertingkatkan melalui pembacaan buku motivasi seperti ini. Dalam
melalui kehidupan yang penuh cabaran, perkongsian pengalaman dapat membantu kita untuk
membina daya fikir dengan lebih baik dan membuat keputusan dengan lebih bijak. Sejarah
BORANG SINOPSIS BUKU

mengajar kita untuk  dijadikan sebagai pengajaran dan sempadan. Motivasi mendorong
individu untuk terus berusaha dan meningkatkan keupayaan seseorang agar tidak mudah
berhenti menyerah kalah.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


10
.
Dalam melaksanakan tugas kerja sebagai seorang guru, banyak perkara yang mendorong
seseoranguntuk terus laksanakan tanggung jawab yang diterima. Melalui pembacaan buku
motivasi seperti inidapat meningkatkan daya kendiri dan mengekalkan sikap positif dan amalan
terbaik sepanjang beradadi dalam mahupun di luar sekolah.
      

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZALEHA BINTI MORAT )

Anda mungkin juga menyukai